bola oh bola ^ | Dunia sebenar Shida bola oh bola ^

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Monday, 25 October 2010

bola oh bola ^


=| City hampa, United dan Liverpool menang tipis |=

Pemain Manchester City, Dedryck Boyata (dua dari kiri), dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mark Clattenburg (dua dari kanan) sewaktu perlawanan antara Manchester City menentang Arsenal di Stadium City of Manchester. 
Sports - Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris malam tadi 
menyaksikan sedikit kejutan yang dilakukan oleh pasukan 
Arsenal yang membelasah Manchester City 3-0 di tempat lawan.
Tersentak dengan kad merah yang diberi kepada 
pemain pertahanan City, 
Dedryck Boyata seawal minit ke-5 selepas 
mengasari Marouane Chamakh, 
City seolah-olah hilang keyakinan dihadapan penyokong sendiri.
Arsenal membuka jaringan pada minit ke-20 
menerusi pemain muda dari Perancis, Samir Nasri.
Meskipun Cesc Fabregas terlepas sepakan penalti 
yang diberi kepada mereka, 
Arsenal tetap hebat dengan gol dari Alex Song pada minit 
ke-65 dan Nicklas Bendtner 
pada minit ke-87 untuk membenam City.
Perlawanan diantara Stoke City dan Manchester United 
pula menyaksikan United memperoleh kemenangan 
pertama di tempat lawan musim ini.


p/s: tah sejak bila pndai post en3 hal bola nih..tah ler..pndai ke tgk bola kih kih ;p


0 Jari Ohsem: