saya sudah jatuh cinta :x | Dunia sebenar Shida saya sudah jatuh cinta :x

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 15 October 2010

saya sudah jatuh cinta :x

klik klik cinta anda ;)


Tanda-tanda korang dah jatuh cinta:

1.Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2.Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

3.Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

4.Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

5.Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

6.Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

7.Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

6 Jari Ohsem:

Dc said...

salam shida...utk mkluman shida Dc x leh komen kat shout box shida..ntah nape yer? shida sllu g blog Dc..n Dc terjah blik tp x leh tinggal kan jejak..sorry yer shida..

shida saje said...

masalah nih bukan dc jew de, de la 2 3 mmber yg len de prob gni..mcm skg shida pkai mozilla,tp org yg pkai gogle mmg xleh enter kat cb shida..shida sndri xtahu kpe..cuba dc try view pkai IE xpn Mozilla,bgntung pada yg dc pkai k ;p
sorry for this case ;)

Kyra said...

teringin nk bercinta..hehe:P

shida saje said...

bcinta la selagi ia nyew wujud utuk kite ;)

dansa said...

shida.sy suke ini.mungkin sbb sy sdang mengalaminya.

shida saje said...

wahhh dansa hebat ;)