Bruno Mars 'The Lazy Song' | Dunia sebenar Shida Bruno Mars 'The Lazy Song'

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Tuesday, 24 May 2011

Bruno Mars 'The Lazy Song'

Assalammualaikum, peace upon you.
Dalam dunia weblog ini tak salah kalau kita guna bahasa dan budaya kita,tatasusila dan tatatertib yang kita sendiri tahu seperti mana yang harus kita guna dalam dunia blogging tapi shida masih tak paham kenapa ada lagi segelintir blogger yang masih tak guna apa yang kita telah pelajari selama kita bernafas ni. Maaf lah kalau ada yang menganggap benda yang shida perkatakan ini sindiran atau apa-apa lah. janji masej yang shida nak sampaikan ini sampai. bukan pada blogger malaysia saja. malah pada semua pengguna blogspot ni, tak kira lah orang melayu ke orang cina ke inggeris ke orang segala jenis orang lah! 

ceritanya macam ni "ada la! sorang blogger ni dari seberang namanya MAMAT (bukan nama sebenar) hari-hari spam kat cbox shida suruh follow. kalau spam satu tak apa lah spam sampai 5 ke 10 msg! agak geram juga lah keadaan tu, benda ini berlaku dah lama shida cuma perhatikan saja. mula-mula suruh singgah dan follow. ok shida buat shida singgah dan follow. lepas tu suruh shida klik ads dia. ok shida klik sebab dia kata "saya sudah klik ads awak sila klik back" jenis shida, apa saja orang buat shida mesti balas, walaupun kesahihannya cuma 50% saja. 

shida jenis tak kisah pun dia kata dia "follow" tapi sebenarnya tak pun , tapi macam shida tak pula semak sama ada dia follow or tak, tak pernah langsung. bila dia kata follow saja. shida masuk blog dia terus follow. sebab benda ni memang ada dalam dunia blogging so shida cuma abaikan. so berbalik pada mamat tadi kan. so shida dah buat apa yang dia minta. tiba-tiba hari ini datang lagi blog shida spam sampai 10 msg cakap suruh follow suruh klik ads dia. shida hairan berapa kali nak shida follow. dah selalu macam ini. tak cukup satu tempat. shoutmix shida pun dia spam. aduihhh!!! sabar jelah. apa yang shida buat shida biar je! lantak kau lah,singgah lah! spam lah! blog aku berapa banyak dah! shida dah tak hairan. kadang-kadang rasanya simamat ni tak ikhlas dalam dunia blogging. entah-entah pakai auto spam sebab msg berulang yang sama "suruh orang follow je" haaiihh!! geram! dah lah malas nak layan!

lebih baik layan video ni lagi best! menghilangkan tension dan kegeramanku hahaha^^



15 Jari Ohsem:

Ain Zulaikha said...

shida, kalau ain kan, ain buat donno je semua tu, skrg ni jarang tgk kat chatbox.. huhuh blogwalking kat orang yang komen first pastu dah habis baru lah chatbox lak.. takpe shida, adat berblog huhuhu kalau ketagih nak kejar earning tu payah lah.. biar rezeki datang dengan sendiri.. :) biar kan mereka, kita ikut hal kita k..

Syat0za Zai said...

tah pape je mamat tuh =="

caliph shuriken said...

pnah jgak kna cmni tapi rsa ni x mamat (x nama sebenar).. skali visit dia tinggal 5 msg.. klau 4x visit dh ada 20 msg yg sama dia saja.. last2 sy wt x tau smpai dia bosan.. skrg dia dh senyap, huh...

kotak bulat said...

xsuke orang yg mcm tu..
td lak ad dtg blog KB.
siap cakp.. "nice blog,follow me,i will follow u back"
errr... KB langsung xpegi blog dy..jgn harp la.. Kb bukn tergila sgt pun follower ni..

suka lgu tu.. hehehe

jehanfrhin said...

sabo je la.. kite bakor je...kasi hangus.. =p

Chikova_Araishii said...

haha chomel giler lagu tu okehh ;)

apik pehe said...

aih mamat tu..blogging ni takleh pakse2 tau..macam cinta gak..xleh paksa..hehehe

sarah mohamad said...

kalau saya, buat tak tahu je. sy selalu bw dekat yg selalu komen dekat saya. last baru tgk dekat shoutmix :)

Izz said...

haha.. itulah dunia blogging yg sbnr..

Ain Zulaikha said...

blogwalking heheehe

SHaRKFiQ SSM said...

sbb tu r Shark xnak letak shout mix or chat box.. lagi satu spam2 dr luar negara.. mmg mls nak layan.. semak je sm/cb ngan spam je..

komen lg best, br nmpak blogger tu ade smgt bloggerism... heheh.. istilah baru~ haha..

sori, lmbt jogging sini, blog de prob n tgh mncari keje skrg nih~ hehe.. aritu shida da g blog shark, mse hari guru, kalo igt..hehe~

shida'R said...

Ain Zulaikha: yup itu betul 100% tq ain =)

shida'R said...

adik Zai: tuhlah tah apa2 an :P

patriq said...

kite bako jer mamat tuh..kite bako jer...

shida'R said...

Blogger patriq: yerlah bako dia skali hehee^^