Penunggu Istana vs Seru buat shida tak tido malam! | Dunia sebenar Shida Penunggu Istana vs Seru buat shida tak tido malam!

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 24 June 2011

Penunggu Istana vs Seru buat shida tak tido malam!

Assalamualaikum, peace upon you,
Hari ini shida sangat-sangat berpuas hati sebab dapat juga tengok juga movie seru dan penunggu istana memang best lah shida tengok tadi. Layan habis cuma komen untuk cerita seru ni memang ok terbaik tapi shida tak berpuas hati sebab jalan cerita dia orang yang rakam  memang geram tak dapat tengok sepenuhnya. ada scene-scene yang best macam aksi dorang berlari dipukul dan sebagainya tak nampak dengan jelas. sudah lah dalam gelap sabar jelah! rasa nak jumpa PIERRE ANDRE minta dia shoot betul-betul, tak nak jalan cerita macam tu! tapi memang best! masa mula-mula scene kan nampak awal ashari, nora danish dan pierre andre sendiri. Ingat dorang berlakon rupanya bukan cuma pelakon tambahan saja. lawak pun ada, tapi nora danish seksi juga baju dia time tu hehe..opss!
klik untuk lebih jelas!!
ini antara part-part yang ada dalam seru ni. masa mula-mula tengok tak nampak lagi apa kaitan cerita ni dengan SERU lastly baru tahu rupanya ada sepasang suami isteri tua yang menyeru anaknya yang sudah lama mati untuk hidup kembali dengan bantuan salah anggota kru dalam pembikinan cerita hantu tu la. Ending cerita ni tiada siapa yang hidup dan semua kru dalam tu mati dibunuh. ish! seram lah korang tengok sendiri lah!


habis cerita Seru tadi terus sambung tengok Penunggu Istana. pelakon dalam cerita ni semua shida tak kenal kecuali kru-kru seekers tu pun 3 orang saja. Tapi nak diikutkan cerita seru ni ada yang kata betul-betul terjadi ada juga kata cuma khabar angin, sampai sekarang shida tak tahu kesahihan cerita Penungu Istana yang dirakam di Istana Billah,papan,perak. hoh? Perak? shida sendiri baru dengar nama tu huhu^^ Jalan cerita memang best. Nampak real tapi tak tahu lah kejadian tu betul-betul terjadi atau diedit.
ini antara part-part yang ada dalam cerita Penunggu Istana  tu, mengikut cerita sekumpulan pelajar ni nak buat satu kajian tentang paranormal dengan bantuan team seekers, selama seminggu mereka berada diistana lama tu hingga hari terakhir, mereka dapat satu part dimana penampakkan tingkap terbuka dengan tiba-tiba. Selepas itu salah seorang dari kumpulan pelajar tersebut macam tidak puas hati dengan kewujudan yang boleh dikatakan seperti tipu-tipu. Mereka stay sehingga 15 hari dan sesuatu yang aneh dan pelik berlaku sepanjang pengambaran. Nak cerita pun seram apa kata korang tengok sendiri. Boleh juga tengok dari youtube.com bagi yang berani saja ok. ending cerita ni shida sempat print screen ayat-ayat ni.

klik untuk lebih jelas!!
tak sure sama ada cerita ni betul atau telah dicerita semula oleh penyelidik sebenar dan dilakonkan semula. Shida tak sure apa yang shida nak cakap memang seram. Banyak part-part yang buat shida rasa terkejut dan tergamam. Ada yang nampak hantu real. tapi tak tahu sahih ke tak. hanya yang diatas saja yang tahu. peace!

esok insyallah shida nak tengok dua cerita ini KARAK dan KONGSI tengok poster macam best hehe^^ kalau korang belum tengok cerita seru dan penuggu istana. boleh la tengok walaupun orang kata cerita dah lama kan tapi jalan cerita best! seram! ini baru masuk dengan shida. Shida memang suka tengok cerita seram! lagi berkisahkan hantu dan pembunuhan. tengok pula time tengah malam lagi best! ada yang berani macam shida?? sila angkat tangan macam saya! ^_^




17 Jari Ohsem:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

mcm best jer Citer ni kan..
suke tgk citer seram2 tp itulah..
Hubby mesti x bg...dia mls klu nntn citer seram2..sambil sis ni menjerit2.. katanye x feel nk nntn..padahal..yg menjerit2 tu lah yg feel kan..hiks.. ;)

Mila Ahmad said...

dew org ckap movie penunggu istana 2 betul² terjadi tapi xpastilah..

missamy said...

penunggu istana tuhh , dowg berlakon je . sara tuhh ad blakon dlm nur kasih the movie and ammar ada blaon kat astro wrna skrg :)

shida'R said...

Blogger LiLy @ MumMyQiStInA: hahhaa itu lumrah wanita sis kalo jerit2 nih hahaa^^ shida masih cool tgk..:P

shida'R said...

Blogger Mila Ahmad: beb! shida pon dgr mcm tuh taw. agak seram juga.

shida'R said...

Blogger missamy: rsanya dorg lakon semula..tp watak dan jln cerita real yg blaku..hhhmmmm not surelah!

wan_cikgumuzik said...

bagi laa link kat mana nak donlod citer2 nihh.. cikgu tataw nihh.. pllzzzzzz.... :( sambil wat muka kesian..

apik pehe said...

haha..abes semua dia layan cerita dalam satu hari..hahahah

shida'R said...

Blogger wan_cikgumuzik: cikgu shida dwload dari youtube jer huhu, link yg lain nnt shida usaha carikan ok :)

shida'R said...

Blogger apik pehe: apik ade berani =p

KinosKoko said...

ala..da lm x tengok movie...grrr

shida'R said...

Blogger KinosKoko: lepas ni kena rajin2kn diri hehe^^

apik pehe said...

hahaha..berani kalo tengok ramai2..hahaha

shida'R said...

Blogger apik pehe : yeke nih? ke dia lari dlu nyorok xmo tgk ekekee..shida bru lpas tgk cerita karak lps mhrjalawak td..perghh!

caliph shuriken said...

owh xde masa nk layan movie.. anime pun x sempat jgak, huh...

shida'R said...

Blogger caliph shuriken : perghh! layan anime shida xpnah tgk pon best sgt ke?

SYAF said...

layannnnn