Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Saturday, 2 July 2011

gejala rasuah yang berleluasa | berlaku depan mata shida! geram gila!

Assalamualaikum, peace upon you.
ok ini bukan cerita copy paste atau ciplak mana-mana web ok. cerita ni berlaku depan mata shida sendiri. Seorang pegawai bomba datang buat spotcheck secara tiba-tiba dekat semua area bangunan tempat shida kerja. biasalah kalau dah pegawai datang memang cuak sikit lah! dengan muka bengisnya. check punya check ada kesilapan yang terdapat ditempat kerja shida. iaitu tidak meletakkan alat pemadam api ditempat yang betul. itu saja, sepatutnya kalau lawatan yang pertama haruslah warning dulu. Lagipun dorang datang untuk edar ada peraturan baru yang pihak bomba buat. pegawai yang bertugas masuk dalam tempat kerja shida cuma seorang. Lepas tu dia sembang lama dengan majikan shida. Habis selesai majikan shida sembang dan bagitahu shida dari A -  Z rupanya dia nak duit kopi atau senang cerita RASUAH, kalau tak dia akan keluar surat denda atau kompaun saman. Dia cari masalah kat dalam ni selagi boleh cari. Memang geram lah rasa!
Esoknya dia contact majikan minta sponser katanya 'tiba-tiba' shida rasa hairan apa kaitan alat pemadam api dengan sponser. Rupanya dia minta duit kopi / RASUAH dia masih tak puas hati. Then tanya lagi sama ada kami dah betulkan atau tempat alat tu. Orang yang settle kan hal ni belum sampai dan jawabnya benda belum lah selesai. Majikan pun rasa terganggu dan rasa selagi tak bagi something dia tak akan berdiam dan terus buat kacau. Lastly majikan shida mengalah dan bagi duit kopi. 
Korang tau yang pegawai tu orang kita 'melayu' shida tak tahu bila tengok muka dia memang dia ni jenis muka tebal minta-minta duit kat orang. Majikan past money tu dalam sampul dekat shida minta bagi pada pegawai tu akan datang petang nanti. So dia berdepan dengan shida dengan muka tak malu ambil duit tu. dia ingat shida tak tahu. Shida rasa malu dan marah sangat-sangat. Kenapa perlu ada sikap macam ni? Rasuah kan amalam yang ditegar dalam islam. Shida dengan majikan pun,shida rasa serba salah sebab pegawai tu orang melayu shida pun melayu. Rasa seperti menindas kaum lain dan rasa pegawai bomba tu juga menyalahgunakan kuasa yang dia ada. Maaf shida nak cakap,walaupun duit tu duit majikan shida tapi shida memang tak halalkan huhu^^shida memang ANTI RASUAH ni! opss! lupa nak mention dekat korang majikan shida bangsa cina. Hope sangat lepas ni tak akan ada lagi benda ni terjadi depan shida. peace^^




11 comments:

  1. erghhh....kenyang sgt ke mkn duit y xberkat hmmm..manusia

    ReplyDelete
  2. arrggghhhh..!! report jer kat sprm..!! janji ada saksi, ada pelaku dan ada yg terlibat secara paksa mcm shida.. haiiisshhh..!! bomba tuu kena ajar mcm tuu jerr...

    ReplyDelete
  3. aihhh..kalu gitu gak..bakpo dok report terus kat headquarters dio?

    ReplyDelete
  4. ISHHH..BUAT MALU JER..MCMANALAH DUIT TU DIA NK BG MKN KELUARGA DIA..DUIT X BERKAT..

    ReplyDelete
  5. uishhhh orang macam tu memang tak berkat lah hidup dia..

    rasuah jangan sesekali kite amik, sebab kalau dah sekali rasa nak lagi heheh

    ReplyDelete
  6. sbb tu laa klau anak2 zaman skrg pangai pelik2.. salah satu punca mungkin diorg termakan drp sumber rezki yg cmni.. sy juz bgtau based on apa yg blaku di sekeliling kita...

    latest en3: tanya sama pokok

    ReplyDelete
  7. pergi report BPR...
    hehe..
    dengan bos shida sekali kena tangkap...

    haha..
    :P

    ReplyDelete
  8. emm,, kalo test kereta pon selalu denga orang duk rasuah,, kasik duet kat pegawai yang periksa kita tu nanti dia kasi lulus,, tak patut betol,, tapi x sume pegawai la camtu,, certain2 je,,

    ReplyDelete
  9. repot je dekat SPRM..rasuah pemusnah negara

    ReplyDelete
  10. ish3.. y teruknye melayu y mitak.. ase sedih plak.. miskin sgt ker smpai nak mitak2 rasuah nie..

    ReplyDelete
  11. kalau bomba mintak derma untuk kelab diorang tu korang rasa rasuah tak? siap tanya berapa nak derma, kalau ikhlas patut tak ada la tanya2 kot? haih..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.