kurang ajar betul blogger ni! spam ads secara tipu korang suka?? | Dunia sebenar Shida kurang ajar betul blogger ni! spam ads secara tipu korang suka??

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Saturday, 22 October 2011

kurang ajar betul blogger ni! spam ads secara tipu korang suka??

  Assalamualaikum, peace upon you.
hye semua, sihat? wahh^^ letihnya shida rasa hari ni, dengan hujannya. sakit kepala sebab pening-pening kena hujan. kepala ni asik basah kering basah kering je! kereta tak ada gi kerja naik motor ni lah padahnya. kat area utara bila petang saja hujan, kalau hujan mesti petang. dah balik kerja petang memang nasib lah! kalau demam ni tak boleh nak kata apa, dah 3 hari berturut-turut kena hujan saja. tak dan shida nak sampai umah dalam perjalanan tu dah hujan. huhu^^
kisah ini biar lah tunggu hujan dah reda dah tak hujan baru selesai masalah semua kan. lagi pun nanti orang kata hujan susah panas pun susah. anggap saja lah pemberian rahmat darinya. TAPI TAPI yang tak boleh biar bila ada blogger atau bukan blogger yang kurang ajar suka spam-spam iklan ads dorang kat shout!! 2 3 hari ni shida dah banyak terima tapi kali ni memang tak boleh tahan dah, kena gak tegur. Bagi shida tak ada masalah nak suruh shida klik tapi masalahnya cara korang salah. shida ni suka blogwalking. bila ada mamat ni cakap "entri best lah! jom baca entri saya" shida biasa suka baca entri kalau menarik shida komen. Tapi bila klik tengok-tengok kena tipu iklan churp-churp yang keluar, iklan says.my yang keluar. Rasa terkilan dan tertipu lah! shida sendiri tak ada masalah shida biar sampai habis loading. korang dapat juga earns tapi shida tak suka lah benda ni berlarutan. sampai tiap link ada iklan ads. rasa macam "blog aku ni blog pengiklanan" ke sampai semua letak link ads. 
Entri dan idea bukan senang nak cari, siap taip sendiri ok. bukan copy paste. blog shida pun blog untuk share ilmu share pengalaman dan sebagainya. Tak salah korang nak suruh klik tapi ada adabnya. Tak salah kan kalau korang minta klik. contoh "klik churp-chrup saya saya klik balik tq" sedap juga baca! heheee betul tak?? macam churp-churp senang bukan macam Nuffnang. Cuba kalau orang lain atau shida sendiri buat macam tu apa rasa?? suka ke? tak kan?? mesti tak best kan. korang fikirlah sendiri.
klik untuk lebih gembira ^_^
shida sentiasa pantau lah orang atau blogger yang suka spam-spam iklan ni. ini baru dua belum lagi yang lepas-lepas, yang shida terlepas pandang kan. kalau dah melampau sangat tak terkawal senang saja shida BAN! terus tak cakap apa dah ok. Mana yang shida dah terklik tu shida halalkan. rezeki masing-masing kan. Happy reading semua~

NOTED: shida nak tanya pendapat kawan-kawan lah sejujurnya, korang suka keadaan macam ni, suka orang spam iklan dalam shout korang bertalu-talu??




22 Jari Ohsem:

Azhafizah[フィザ] said...

sini pun petang2 hujan shida..fiza pun xsuke kalau spam camtu..cakap je suruh click..kan senang..

CintaKhadijah said...

pentipu betol. seriusly x suke. <--budak emo dah mai...hehe

peyansanstaro said...

Saya ada gak buat tp klau saya nak iklankan churp2 bagi kat hujung2 ayat tu msti ada pktaan "TQVM"...

klau yg dekat atas sekali 2 smua iklan je.. Hahaha~~

p/s : kalau nak klik pon boleh xklik pon boleh.. xkesah pon.. Yang penting kita enjoy.. Hehe =)

Saiazuan said...

sabor2..shout ni kekadang perlu, kekadang tak.. dlu pakai, tp sbb slalu sgt kena spam, trus remove...

Bro ahmad said...

cuak jugak spam2 ni...bro jarang dah klik link yang ada kt shoutbox

Cik tikah said...

main kotor. best la kan. sabo je la

khairul@kechik said...

pernah gak terkena.. dorang salah gunakan shoutbox. hampeh..

Mohd Shukri Fadzillah said...

its in the genes, cant blame them. "

Cik Azizah said...

dont like! dont like! tah la yunk..dorang amik kesempatan di sambil shout kat org lain..tak baik betol la..cara tipu. tak halal jadinya..emm

LiLy @ MumMyQiStInA said...

samalah juga kat sini..tiap2 hari hujan..

Sis pun selalu juga dapat iklan spam mcm tu..kadang rimas juga tau..ayat dia pun samalah mcm shida cakap tu..maybe org yg samalah..

shah Blogger said...

Salam. shah dulu pakai shoutbox mcm2 org ada . haha. ANyway skang dah delete dah shoutbox sb mcm kurang kepentingan kat blog saya :)

Suggestion :

1. Banned je .
2. Buang shoutbox - kalo ada kepentingan slalu komunikasi penting kat situ, xyah buang :)

patriq said...

pat tak ramai follower mcm sida mgkin xkena kot spam2, org nak dtg blog pun x ..hahaaa

syafiqakarim said...

da selalu kena mcm ni.nak suh klik,ckp je.ni tak,guna taktik koto.
mcm haram.xberkat duit kau!

haha.kan da marah :p

sarah mohamad said...

selalunya saya just delete jek, tapi kalau dah skmo buat gituu harus lah ban! hehehe

tiefazatie said...

erm..if apun sllu ban je nie..kalu tegur pun bkn reti bahasa kan..

caliph shuriken said...

dulu pnah dpt spam cmni.. agak2 laa klau nk spam pun, ni smpai byk kali dlm sehari.. tu x tmasuk skali spam smpai 6 link trus...

mummyriena said...

ada juga macam ni eh,kalau jadi kat aku pn aku xsuka shida..

tilam.BKFM said...
This comment has been removed by the author.
tilam.BKFM said...

ban je shida..sng cite kan..

Khairiyah aka Kerry said...

tu sbb kery buang shout box kerry huhuh

Odah + One = OdahOne said...

say no to spam menyepam...kasi pam (flush) terus dieorg dari dunia blog...hoho...cr duit guna cr halal barulh berkat

MaYa MustWany said...

pernah kene gak..hemm..hanya mampu "sabar je la"