Mana letaknya nilai harga diri dan berperikemanusiaan manusia?? | Dunia sebenar Shida Mana letaknya nilai harga diri dan berperikemanusiaan manusia??

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Wednesday, 19 October 2011

Mana letaknya nilai harga diri dan berperikemanusiaan manusia??

  Assalamualaikum, peace upon you.
hai semua bloggerian semua :) sihat? hope semuanya sihat walafiat hendaknya. Bagi yang sakit-sakit tak sihat demam dan sebagainya cepat-cepat jumpa doktor ok. ambil tindakkan segera sebelum melarat sakit korang tu. sebab musim sekarang ni memang banyak orang sakit-sakit. Macam shida pun semalam hari ni sakit saja rasa. bukan sakit apa sangat la, tapi Sakit Hati dengan perangai atau sikap manusia sekarang yang semakin kejam dan zalim. Hati shida sakit bila dengar kes-kes buang bayi atau kelar bayi.
korang tengoklah bayi ni dikelar sendiri ibunya yang hanya baru berusia 14 tahun, muda lagi tapi hati sangat-sangat hitam dan kejam sanggup bunuh bayi yang tak berdosa atas kesilapan sendiri, keterlanjuran sendiri. Apa nak jadi lah dengan manusia sekarang ni. shida sedih dan pilu lihat keadaan bayi ini. Ini lah masalah remaja sekarang terdorong dengan perkara-perkara dilarang dan ditegah dalam islam. Bila dikawal dan tidak diberikan kebebasan mula lah memberontak. Tapi bila tidak dikawal beginilah jadinya menjadi seorang PEMBUNUH.
ini pula kisah seorang anak kecil berusia 2tahun dilanggar lari, berlaku ni di negara China. Shida cukup hairan manusia disana yang tiada perasaan berperikemanusiaan sanggup biar dan lihat saja anak kecil itu dilanggar oleh sebuah van. Pemandu van yang tak berhati perut itu langgar lari tinggalkan tempat kejadian, Lepas tu datang pula sebuah lori melanggarnya sekali lagi. Memang sadis lah shida tengok video ni. Rasa terkilan tengok sikap manusia sekeliling kat sana. Lepas tu datang seorang wanita yang agak berumur dan tarik budak tu ketepi. Datang pula siibu mengangkat anak kecil tu dan pergi. 
Yang hairan macam mana anak kecil itu boleh merayau-rayau kawasan tempat laluan kenderaan tersebut. shida pasti siibu menyesal tak sudah. Jadi pada ibu sekalian tolonglah perhati anak anda. Kalau boleh pintu atau pagar sentiasa berkunci supaya keadaan seperti dalam video ni tak kan terjadi pada anda. Jangan putih mata nanti kerana kecuaian anda.
kesudahan anak kecil tersebut koma dan amat kritikal keadaannya. Menurut pihak hospital keadaan anak kecil tersebut sangat-sangat lemah dan peluang hidup memang tipis dan hanya menuggu masa menghembus nafas terakhir.
seorang ibu kepada anak kecil yang dilanggar lari itu meraung kesediha. Nasi dah jadi bubur cuma mampu berharap anak kecil itu kuat dan terus hidup.  

Jadikan lah iktibar untuk kita semua. selamat berlamal ^_^





21 Jari Ohsem:

Bro ahmad said...

boleh dia tak nampak ehh..tak patut tul

Azhafizah[フィザ] said...

memang ke'binatang'an budak yang kelar baby sendiri tu..takde otak!nak marah jugak ni!

yang kes budak dilanggar kat china tu,ape yg fiza bace..di china ade undang-undang mengatakan sesape yang menolong orang yang kemalangan akan dikenekan hukuman mati.sebab tu xde sape berani tlg..xthu sahih ke x undang-undang tu..budak tu dah pun meninggal..

Azhafizah[フィザ] said...

memang ke'binatang'an budak yang kelar baby sendiri tu..takde otak!nak marah jugak ni!

yang kes budak dilanggar kat china tu,ape yg fiza bace..di china ade undang-undang mengatakan sesape yang menolong orang yang kemalangan akan dikenekan hukuman mati.sebab tu xde sape berani tlg..xthu sahih ke x undang-undang tu..budak tu dah pun meninggal..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tak sanggup tgk gambr bayi tu lama2..sedih sgt..anak kecil yg tak berdosa menjadi mangsa atas nafsu serakah mereka..

Budak yg kat china tu pun sedih juga..boleh plak dh langgar..diorg buat dek jer..lalu lalang mcm tu jer tanpa pedulikan budak tu..Butake ape mereka semua tu..

Wanie said...

huhu..nasib shida buat sinopsis cane budak tu kena langgar..mmg tak berani nak tgk video ni..kesian budak ni..

bukan retis said...

dunia akhir zmn...huhu.tula,yg xphm tu da langgr..yg len buat dek je..xde perasaan ke ape?huhuu

Odah + One = OdahOne said...

blur kejap xtau nak kata apa...speechless & redundant...

Cik Azizah said...

astaga. astaga. semuanya kejam! dorang ni memang xde perasaan lah. anak2 muda kita ni sanggup buat ape saja. tapi kalau ye pon jgn la sampai membunuh! kesian baby tu..die berhak hidup. kalau tak nak byk sumber lagi boleh di beri..eemm

yg kat china tu sengal!! tak paham la dorang ni tengok je budak tu kena langgar. die ingat binatang ke..mmg takde perasaan lsg! jijah tengok pon ngeri giler..tak sanggup sungguh myayat hati :(

mummyriena said...

tak sggup aku tgk shida ;(

tilam.BKFM said...

kejam gile budak tu, sanggup kelar bayi sendiri,susah2 keluarkn pastu kelar..mmg gile!

Saiazuan said...

geleng kepala tgk diorng ni.. astaghfirullah~

laskar pelangi said...

huh! terus rasa nak lempar budak perempuan yg kelar anak dia sendiri tu..dah la dia dah berdosa dengan apa yg dibuatnya..pastu nak kelar2 bagai..siot jerk! dah takde perasaan kasih sayang antara ibu ngan anak ke kan...kucing pun sayang anak dia..manusia zaman sekarang ni ntah pape...bodoh!! huhhhhhhhhh...=( bab camni terus rasa geram jer....

Ain Zulaikha said...

apa2 pun mmg kurang ajar gila lah orang yang langgar tu, dia macam sengaja je langgar budak tu..hish...
cuba orang langgar anak dia apa dia rasa...

PocoBoy said...

Manusia yang dimurkai Allah..
Astaghfirullahalazim..
Manusia-manusia...

Syuxer said...

gambar bayi yang dikelar itu memang ibunya tak perikemanusiaan langsung..nanti dalam penjara gamaknya akan kedengaran suara anak kecilnya saban malam hari..

video budak kecil dilanggar tuh..mengikut undang2 ekstrem kat sana kalau kita langgar tapi tak mati kena tangung kos banyak2..kalau langgar smpai mati,kna bayar denda sahaja..itula budaya kat negara sana tuh..nampak kejam tapi itula hakikatnya..

soal orang tak tolong ke tak, kalau tolong, orang yang kena langgar tuh akan jadi tanggungjawab orang tu..so ramaila yang tak berani nak tolong..itula kesan penangan budaya komunis..apapun fakta ni dari facebook..kalau salah fakta tuh,maka salah la syuk bagitau hehe

patriq said...

fuhh gilo demo..pakat2 nak bunuh anok segala..dashat!

Cik Nurul said...

haisshhhh terok betul org skunk.. kesian baby2 tu.. huwaaaaa~

MaYa MustWany said...

pemandu van lebih harap dak ni mati coz bayar tak mahal sangat dari dia hidup..kejam kan..hemm..

afzalsukasuki said...

macamana budak tu rasa sebelum dia mati dikelar ye.mesti dia terseksa :(

peyansanstaro said...

Manusia sekarang mmg kejap..
Oh, tidakkkkk~~=(

Scarlett O'Hara said...

Ya Allah!Mcm tu teruk rupanya keadaan bayi tu.Tak sangka sangat!tq sebab share gambar tu.Kalau budak takde otak tu beri anak dia pada sis, dengan senang hati sis terima.Tapi?Sedihnya!!!!