TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga | Dunia sebenar Shida TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 20 October 2011

TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga

    Assalamualaikum, peace upon you.
ETIKA & ADAB KETIKA TEMUDUGA
  • datang awal sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit awal ke tempat temuduga untuk sesi persediaan anda.
  • sebelum ke tempat temuduga pastikan anda sarapan dahulu sekiranya waktu temuduga adalah waktu pagi. Yang penting lapik perut supaya kelihatan cergas dan bertenaga
  • berpakaian kemas baik lelaki atau perempuan dan berkasut sarung
  • bersikap positif dan sentiasa senyum. sekiranya ada rakan setemuduga tidak salah jika anda berkenalan antara satu sama lain. sikap ini juga membolehkan anda mengurangkan rasa gemuruh dan takut
  • memastikan sijil-sijil keperluan dan resume serta salinan sijil-sijil atau dokumen yang lain lengkap
  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga
  • Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah
  • seeloknya anda menunggu penemuduga mula dahulu untuk ditemuduga
  • Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat, benar dan betul, tidak berbohong.
  • Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  • Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  • Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar
  • membuat sedikit ulangkaji atau persediaan bagi bidang perkerjaan yang dipohon seperti tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon
  • Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  • Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  • Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  • Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu
  • Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

LARANGAN KETIKA TEMUDUGA 
  • dilarang sekiranya anda lewat ke tempat temuduga. masa atau janji adalah sangat penting dalam sesi temuduga. ia juga merangkap dalam kategori disiplin pekerja dalam menepati masa
  • dilarang membiarkan perut kosong ketika temuduga sekurang-kurang lapik perut, ini boleh mengakibatkan anda lemah kerana lapar, muka tidak bermaya dan tidak mampu berfikit dengan sempurna.
  • dilarang berpakaian menjolok mata bagi perempuan dan lelaki berseluar pendek ketika temuduga
  • dilarang bersikap sombong dan angkuh ketika ke temuduga, ini membolehkan anda terbawa-bawa sikap ini sehingga ke sesi temuduga anda
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh.
  • dilarang meletakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu
  • dilarang goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar.
  • dilarang bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  • dilarang menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  • dilarang berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  • dilarang sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  • dilarang sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

  ETIKA BERPAKAIAN KETIKA TEMUDUGA

noted: setakat ni saja shida boleh kongsi, kalau ada shida akan share lagi. sumber kebanyakkan shida search google dan atas dasar pengalaman sendiri juga :) Selamat beramal ^_^



27 Jari Ohsem:

apik pehe said...

huhu..apik take note

mizzkechique said...

hoh, mekaseh share yer.. =)

Cik Azizah said...

yup yg ni jijah amalkan masa mula mintak join nursing ada interview. Alhamdulilah berjaya :) kepada yg lain amalkan tips ni keyh..

patriq said...

bagus tipsnya sida ..hehe..

Bro ahmad said...

semoga berguna pada orang lain yang nak cari pekerjaan...good job shida

Saiazuan said...

last aku g inteview time nak apply kerani jusco..itu pun saja2 je... tak formal langsung, and result.. rejected.. lol

:D

peyansanstaro said...

Thank..
Gud info..
Berguna sangat-sangat..
Hehehe~~

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tips yang berguna..
Sis byk kali gak pegi interview kerja kerajaan..tapi susahnye nak dapat..interview kat swasta sekali jer dah dapat..tapi sekarang Dok kat rumah jer layan Qis.. ;p

zareliqa afiqa said...

thanks 4 sharing. :)

Nonie said...

nonie xpernh lg ade penglman interview....btw thanks shida info ni yer...^_^

Wanie said...

kalau formal bagi pompuan better pakai je baju kurung kan..

between banyak tips, penganggur kena take note..hehe

Azhafizah[フィザ] said...

Thanks shida untuk tips ni..^_^

caliph shuriken said...

nice sharing ^^

misyamissyou said...

payah sungguh kalau org yg jenis menggelabah..mesti kucar-kacir je interview uhuk! kena praktis

MaYa MustWany said...

semua yang mas g interview b4 this semua nya simple.xde hard core sangat.siap leh gelak2 gurau2 jugak.dapat gak keje tapi mesti mas selalu terpaksa cancelkan coz jarak jauh/kawasan sekeliling.

ohh ye nak tahu,kenapa xbgi unjuk salam tgn dulu ye?de setengah tak suka ek?

Ahmad Hisyam said...

boleh x pkai bju warna gelap utk i/view?

p/s: dh buat alexa review utk blog ni. hit me back yer...

Odah + One = OdahOne said...

temuduga dgn temudagu tu sama ke shida???

tilam.BKFM said...

baguslah tips ni shida :)

mummyriena said...

aku xpraktis dah tips ni shida, tggjawab skg jaga suami dan rysha je heheee..

tiefazatie said...

nice la sis..hee

Anonymous said...

suka blog ni...banner dia mmg tenang je nengok...:)

MG schmidt said...

nice!
tp MG blum penah ada experience itiview betul2 ag :)

Karya Mahirah said...

haaa siapa yg nak gi interview ni sesuai baca... kdg2 KM tgk ramai yang selamba je pakai tak ikut etika.

Lin Chalo said...

Nice.... thank you sharing ye.....

Syahidah Fadilah said...

singgah bace tips interview. boleh guna untuk interview nanti, heheh

Syaz Zamrose said...

Terima kasih :)

luka amigo said...

Terima kasih atas informasinya yang sangat penting izin shared buat belajar di rumah by author Peluang Bisnis Indonesia