Blog bersawang gara-gara dihambat ANJING! | shida semakin sembuh :) | Dunia sebenar Shida Blog bersawang gara-gara dihambat ANJING! | shida semakin sembuh :)

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Sunday, 4 December 2011

Blog bersawang gara-gara dihambat ANJING! | shida semakin sembuh :)

   Assalamaulaikum, peace upon you.
hahaa^^ memang lawak peristiwa kena kejar anjing ni, memang satu perkara yang tak dapat shida lupakan mungkin sampai ke anak cucu kot. sebab kena ikut parut luka la kan kalau sampai tua pun parut ada memang akan bercerita la kat cucu. hahaa^^ lawak-lawak~

ok ok ceritanya macam ni, suatu petang yang cerah-cerah sejuk, petang tu shida dengan senang hati pergi joging, tengah syok-syok joging tiba-tiba ada anjing gila mengejar shida dari belakang. bila shida toleh anjing tu semakin hampir dan shida pun berlari pecut tapi tak pecut mana la sehingga shida jatuh tersungkur tepi jalan. dan dan la anjing tu terus berhenti dan patah balik. Agaknya anjing tu pun kesian tak jadi nak mengejar.

dalam keadaan kesakitan jatuh lutut macam dah kebas, gagah juga bangun dan teruskan perjalanan balik rumah dalam keadaan tempang huhu :( sakit oooooooooo..masuk hari ini dah 4 hari shida terlantar kat katil tapi alhamdulillah dah ok kaki dah sihat. lutut bengkak dan surut. Now dah boleh update blog yang dah bersawang ni. 

BE dari ada 5 iklan tengah running. hari tu dah tinggal 3 BE, 2 BE sudah ME. tadi shida semak akaun Nuffnang lagi tinggal 2 BE saja. 1 BE dah ME huhu.. gara-gara tak update blog tak blogwalking ini lah padahnya huhu..trafik turun selama  4 hari tak blogwalking. semua pun tahu dengan cara blogwalking boleh meningkatkan trafik blog. tapi apa kan daya sayangi diri sendiri baru benda lain kan :)

now shida dah pulih dah boleh aktif seperti biasa. rindu dekat kawan-kawan yang sayang shida sentiasa tanya tentang kesihatan shida. terima kasih banyak-banyak. ok lah shida nak mula blogwalking. Jumpa di blog masing-masing ok shida datang segera :)

ni shida nak share sedikit tips macam mana nak mengelak dari dikejar anjing (tapi kalau dah berdepan dengan anjing tips ni pun dah tak ingat punya cuma tahu "selamatkan diri" betul tak??)  :
  • jangan berlari bila berdepan dengan anjing
  • bila ada anjing ditepi anda jangan cuba-cuba melihat sehingga ke dalam mata anjing tersebut ini membuatkan anjing tersebut merasa anda cuba ingin melawannya
  • elakkan dari lalu atau berjalan dikawasan yang banyak anjing
  • kalau berjalan seorang diri pastikan membawa payung untuk keselamatan
  • bila anjing mula nak menyerang atau rapat ambil lah batu ke, kayu atau benda keras dan baling kearah anjing tersebut sampai anjing tu lari
  • bila anjiing tersebut nak menyerang kita baring dan pura-pura mati eh! boleh pakai ke tips yang ni?? musykil betul hahaaa^^
terima kasih :)



27 Jari Ohsem:

Azhafizah[フィザ] said...

kat sini ade kes camtu sebab tu fiza dah tak jogging dah..takut!phew~nasib lah takde ape..dalam paper pun ade kes anjing kejar budak sampai parah masuk sepital..banyak anjing liar majlis tak mo amek kesah..patut kene amek tindakan kan..alhamdulillah shida sehat dah..take your rest first ye..congrate dapat BE tu..

Lia Irdelia said...

kena kejar anjing?

huhuu.. ngerinya..
hope shida ok la yerk?.. :)

patriq said...

sian sida huhu..lain kali joging ajak pat lah ok heheee..

Cik Azizah said...

Alhamdulilah shida semakin sihat. syukur!

Onitsuka_hana said...

hana pernah kena kejar ngan anjing tp time tu nek basikal. hehe anjing liar kowt

peyansanstaro said...

ustaz saya cakap..
bila ada anjing jgan lari just bagi salam je dekat dya. pasti dya akan lari dari kita...

p/s : sempat ke nak bagi salam...
nmpak je anjing trus lari... automatik kot.. Ayoo, fobia kena kjar dgan anjing.. choyy pnya anjing !

cik panadol said...

wah! nasib tak kene geget...moga cepat sembuh ye...

sy dulu2 kalo nmpk anjing dah start pandang semacam je kt sy...sy akan tunduk ke bawah, mcm nk amik batu/pasir kt jln tu...bila anjung tgk sy buat mcm tu...trs diorg lari...itu yg sy amalkan smpi skrg hehe...

Boboi Boy said...

Haha.Adek pon penah kena kejar anjing ! tkot2

Wanie said...

laaa, kena kejar anjing rupanye..huhu..nasib la anjing tu tak serang shida mase jatuh..kire betul la tips yg kat bawah ni..die ingat shida dah pengsan die pun patah balik..hehe

dasyat jugak shida jatuh sampai bengkak2..huhu..

Bui Junaidi said...

anjing tu nak joging seiring sejalan dgn shida kot..hahaha

kesian dia..semoga cepat sembuhlah yer

mummyriena said...

sabar jer lah shida oii nk bt cmne dah msa tu ko yg dia nmpak so dijadikan mgsa hahaa..lawak tol aku dlu ko bukan ratu pecut ke? cmne leh terkandass hahaha opss!! tlebih lak gelakk kih2..

Saiazuan said...

walaupn anjing tu kna ikat pn tkt nk dekat.. haha

cunndaa said...

teringat masa cunndaa keje kat shah alam...kena kejar dek anjing, nasib masa tu dah nak sampai umah...pecut 5km sejam jawabnye

Nurkhaliesah said...

grr . hahhaa . adik paling takut dengan anjing -.-

_mauhaha_corner said...

semoge cepat sembuh..insyallah..:))
sebaik k.shida xkne gigit ngn anjing..kalau tak sampai cicit k.shida pown bley bercerita..hehe

Polskahackrew said...

masa kecik dulu kena kejar anjing sampai masuk rumah orang..haha.. tp skrg dah tau cara elak dr di kejar..sama mcm tip awak..jgn lari..buat dono ja walaupun anjing menyalak pada jarak yang sangat dekat..mmg sifat semulajadi anjing untuk kejar anda jika anda lari.. tip untuk halau anjing yang menyalak senang saja..jika anjing tu jauh sedikit dari anda..anda berlari ke arah anjing sambil berteriak seperti orang mengamuk.. anjing tu takut dengan bunyi yang anda buat.. sama seperti anda takut kepada bunyi salakan anjing..

Situasi sama saja..sama ada anda takutkan anjing atau anjing takutkan anda..('',)

Pamie said...

haha..ada tips lagi..

Pondok Usang said...

wahh.. membahayakan kecihatan betul la..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

patutlah sunyi..
masa kecik dulu pernah kena kejar anjing..skrg ni bila nmpk anjing memang sedia dah batu kat tgn.. :)

Syuxer said...

syuk amat anti dengan anjing..garang gila dan sesuka hati nak kejar anak orang..nak pelihara wat cara pelihara, agaknya anjing gila sesat kot hehe...

tips2 tuh agaknya mesti kita lupa bila adrenalin ketakutan jadi high

Hafizzi Aziz said...

olololo...kesiannyaa...
tips elak dikejar anjing..
yang pura2 mati tue x sure leh pakai ke tak..hihi..

caliph shuriken said...

oic, patutlaa senyap jaa x bW byk hari.. nsib baik x kena gigit..

*yup, btul tu.. jgn dok renung direct mata anjing tu, msti kena terkam punya laa...

zareliqa afiqa said...

Kesiannya kat shida.huhu~ Iqa kalau nampak anjing awal2 ag dah hilangkan diri dari pandangan anjing tu,huhu..takut!=.=

Fyfy Liew said...

anjing ni pelik2 tau. ada yg kita tak kacau pun tiba2 p gigit kita. fy dlu masa kecik tgh duduk main tak kacau pun anjing tu,tibe2 kene gigit. perghhh sakit dia tuhan je tau,dah gigit taknak lepas pula tu. >,< argh!

Odah + One = OdahOne said...

oic...siannya shida nseb bek xkena gigit...odahone lmbt tau berita ni sbb xblogwalking (BW)...BW mmg pnting kalo x xtau berita kwn2...get well soon my frenz

owhhhh said...

org yang bela anjing tu pun satu, dah tau anjing garang nak mampus,,janganla dok biar merayau sampai luar laman rumah..dah tu buat roadblock kawasan rumah org,,tak malu punya tuan anjing!!!suruh ar ,letak la dalam rumah,,ni nak jage jalanraya buat ape,nak mampos,,PBT tlg la ambil tindakan,kang kena gigit nanti..aku cabut gigi anjing tu elok2

Anonymous said...

It's really great that there are still people who share this point of view. Let's fight for it! kamagra 100mg