Dunia sebenar Shida: February 2011

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Monday, 28 February 2011

3 peristiwa terburuk melanda shida :(

Assalamualaikum, peace upon you.
ceritaku dan 3 ekor penguins haha ^_^
Hai semua,ada sehat? huhu penat betul shida 2 3 hari ini. melayan pelbagai kerenah dari atas sampai bawah dari depan sampai kebelakang. korang dapat bayangkan tak penat macamana yang shida alami. AMARAN! baik korang tak payah bayangkan sebab amazing gila!! =P shida mula merepek ni ok ok  hmm. so peristiwa-peristiwa yang bakal shida cerita ni jangan korang simpan dalam kepala lak sebab ini bukan peristiwa masuk dalam exam sejarah okay ^_^ hahhaa.
peristiwa pertama:
gilesss gigi shida patah wehh naseb la gigi bahagian belakang tak la nampak sangat buruknya gigiAku uwaaa :( now tengah pikir nak jumpa doktor gigiAriema ke tak =P boleh ke dia cari balik tak pun sambung balik gigi shida yang patah tuh..huuuuwaaaaa..
peristiwa kedua:
kalau korang perasan la cbox shida lain sikit . sikit jer tak banyak sebabnya shida buat acc.cbox baru. sebab cbox shida yang lama tu problem. tah siapa punya kerja yang hack aku sampai cbox aku sendiri tak leh buka asyik keluar "try again" waklu la internet aku ok bai. nak try apa lagi. siapa punya kerja ni menyusahkan aku lah! bla.bla.bla.bla. shida malas nak cakap ape lagi stop sini!!
peristiwa ketiga:
selesai sudah vote untuk contest blog paling hebat by Aida Shafiena .fuhh. tak sabar nak tunggu result siapa yang bertuah tu kan ^_~ shida tak tau la vote shida camne dengan internet yang slow kuberserah jerla ~ ok ni saja tiga peristiwa yang shida maksudkan  kat sini happy reading daaa ~

p/s: kepada sesiapa yang ade follow dan singgah sebelum 28/2/11 sila lah inform shida balik ye. cbox shida problem shida xdapat tengok siapa yang follow dan singgah blog shida huhu.sorry diatas kesulitan ini .


Saturday, 26 February 2011

kalau blog shida layak korang vote ok (:

Assalamualaikum, peace upon you.
Hai semua shida nak type pendek jer. entri ini shida akan stay sampai hari ahad so kalau korang rasa blog shida layak menang korang vote blog shida NO.6 kat sini k kalau rasa ada blog yang lebih layak dari blog shida ok tak perlu buat apa-apa. kemenangan shida ditangan korang ok. Tempat vote ada disidebar blog penganjur. apa-apa pun good Luck to me and peserta-peserta lain . thanks pada member-member yang sudah vote blog shida (:



Friday, 25 February 2011

shida menang lagi hadiah misteri contest E-SHOP WISH'S

Assalamualaikum, peace upon you.


 Powered by BannerFans.com 
Hai korang hehee. Sorry la late post entri kali ni bukan apa line problem lagi la aduhh sakit jiwa tul!! firstly shida nak ucapkan ribuan terima kasih pada kakNawal kerana bagi shida menang contest kakNawal ni. Ha korang ingat tak contest apa yang shida maksudkan? ala contest tentang barangan sauna tuh tuk kurus-kurus macam Hanis Zalikha heeehee ahaks =P so kakNawal ni pilih shida sebagai pemenang hadiah misteri. ok lah tu menang juga kan pape pun thanks kakNawal. oh sebelum terlupa shida nak ucapkan tahniah juga pada pemenang pertama dapat set sauna bernilai RM390 fuhh!! Nadia oh Nadia tahniah yer. boleh la shida gi umah nadiah nak test power barang sauna tuh. hehee. dan pemenang lain-lain tahniah juga shida ucapkan =)  kalau korang nak keterangan lanjut tentang sauna ni boleh klik banner atas tu akan terus ke blog kakNawal,boleh runding harga tau! tu yang best! ok korang daaa. happy reading ~




Thursday, 24 February 2011

shida nak jawab tag by salsalbilah.blogspot.com

Assalamualaikum, peace upon you.
Ribuan terima kasih diucapkan pada cik Bunga yang comel cute mute yang sudi tag shida dikala shida kekeringan idea nak mengisi apa entri kali ini. Hye korang,peace dari shida heehe. hope sume rakan-rakan blogger shida sehat-sehat belaka. Kepada blogger yang bernama GM a.k.a Gerbang Mini hope kamu cepat sembuh ya! makan obatnya jangan malas-malas. Oppss shida masih lagi menunggu blogger-blogger lain join GA shida ni. Ok jangan buang masa jom kita layan tag ni =)
  • apakah status anda?
seperti yang sedia maklum shida sudah pun berpunya jadi status shida disini adalah couple a.k.a in relationship tetapi kami belum ada ikatan yang sah jadi makanya shida masih  dalam tanggungan dan hak keluarga yang sah!
  • cerita tentang diri anda?
aduhh nak cerita apa nih bunga. nothing special about me la. hurmm hentam saja la labu~ shida sorang yang sensitif dan cepat terasa hahaa eh itu dulu sekarang shida okay macam biasa boleh dengar kritikan orang dan sebagainya. sukakan warna biru putih pink dan hitam myb lepas ni ungu plak hehee. Sorang yang simple dan pemalu. seyes! korang  patut percaya ni! nampak jer macam ni bila berdepan shida orang yang paling kebelakang sekali adessss~
  • ceritakan tentang blog anda?
blog ni berumur 7bulan hehee masih newbie taw. lahir pada tanggal 19 Julai 2010 seminggu selepas shida couple dengan my hencem haaaha. then shida cat kan dia dengan warna biru dan putih seperti sekarang tapi masih mula-mula blog shida ni tak macam ni taw. boleh dikategori kan blog selekeh dan serabut. kalau de contest blog paling selekeh dan serabut elok lah blog shida yang dulu tu tercalon hahaa. now da berubah azam da banyak dalam blog ni. syukur~ so shida namakan blog shida ni Dunia siGadis'Biru (:
  • apa pendapat anda tentang blog?
blog adalah sumber segala ilmu fuhhh! kenapa shida cakap macam tuh,sebabnya dulu dari blog shida ni ZERO sekarang dah jadi TEN taw so banyak benda shida belajar dengan blog ni.
  • nasihat anda pada kawan yang baru buat blog?
nasihat shida satu je "kejujuran" kalau jujur semua orang suka and 1 more thing jangan la letak widget banyak sangat, tau lah korang suka widget yang comel-comel tu tapi kesian kat shida line celcom dah slow,nak buka blog yang ada beribu-riban widget comel-comel tu mahu sejam baru leh buka itu pun cbox or smix lum tentu kua or muncul dengan sempurna. huhu lastly shida close sorry ^_^
  • nyatakan keunikan blog anda?
nak cite pasal keunikan blog tak de tapi nak cite pasal keunikan warna dalam blog shida ada. biru dan putih,amacam unik tak hehee =P
  • sampai bila nak tulis blog dan apa impian anda dalam dunia blog?
kemungkinan besar shida akan stay sampai jari sendiri give up nak type. tak kesah la dah kawen ke dah tua ke kalau rasa mampu shida akan menulis lagi dalam blog ni. dan impian juga hope menjadi seorang blogger yang berjaya seperti Hanis Zalikha *hahaa prasan giler =P ~
  • sahabat yang nak ditag :
yanie j azwa@whitelover gigiAriema mrGhost tag bunga balik ok ni saja blogger-blogger yang shida tag. done! thank you! dah lewat ni nak tido dulu nite all ^_^


Wednesday, 23 February 2011

pabila broadband shida merajuk. hhaaiihhh!!

Assalamualaikum, peace upon you.
Hai korang apa cerita malam-malam ni? sihat? ada yang dah tido ke? awalnya tido malam masih muda lagi taw. tak apa lah myb ada yang letih bekerja atau balik dari kuliah kan. hari ini shida cuti sebab tu tanya camni. Nama jer cuti tapi satu apa pun tak leh buat disebabkan broadband shida ni merajuk. Tak tahu kenapa,nak kate tak bagi makan (bayar bil) dah makan dah. Dah la makanan kau untuk sebulan mahal gile! shida sendiri tak makan mahal macam tu dalam sebulan. Tadi petang cadang nak blogwalking kan yerla shida baru je buat GA hari ini nak la shida war-war kan kat warga bloggerian ni. 
Malang shida buka saja tapi x connect pun bila connect dia kua benda alah ni. buka main page google pun problem. dasat gile broadband nih! memang nak kena dengan aku! huhu ~
tak tahu lah pe masalahnya. sebelum ni shida pakai broadband maxis. 2bulan pertama ok. performance mantap selepas 2 bulan semuanya hancus line teruk giler memang rasa ralat beli hhaihh tapi sebelum pakai broadband maxis dengan celcom shida guna streamyx tau. Tapi pakai setahun jer lepas tuh shida tukar pakai broadband, yerla dulu modem kat depan shida la jenis online sampai ke pagi buta rasa macam mengganggu orang sekeliling nak tido so shida buat keputusan close streamyx pakai broadband je, main la sampai ke pagi pun sape pun tak halang, hahaha! sekarang huhu. nak blogwalking pun susah gara-gara broadband ni. Dalam dunia blog ni kemantapan internet tu kan penting. kalau laju senang nak blogwalking. lagi-lagi shida suka masuk blog-blog yang canggih manggih ni. widget sana sini fuhh memang menguji betul lah! huhu k lah stop sini dulu nak gi minum jap daa ~ happy reading =)


Monday, 21 February 2011

shida jakun lah! baru buat fanpage hahaa :p

Assalamualaikum, peace upon you.
hye korang just nak bagi tahu shida dah ade FANPAGE baru buat jer semalam. heehee sedikit jakun wakakaka padahal blogger lain dah lama buat, shida baru nak buat. Tak pe shida tak kesah orang nak cakap apa yang pasti shida happy ok daa ~


Sunday, 20 February 2011

Alhamdullah syukur shida menang 1st GA Pearl by Moon

Assalamualaikum, peace upon you.
Aduhh penat shida taw baru balik dari keluar tadi sampai naik lenguh nak tercabut kaki ni ha,huhu.sakit lah! hehee kesian korang baru wat entri dah baca keluhan kepenatan shida ni sorry ye sayang-sayang semua~ tak pe lah shida semangat nak update entri kali ni sebabnya. shida menang 1st GA Pearl by MOON taw yang shida join bulan january ritu. so keputusannya seperti dalam gambar di bawah ni =)
ada 5 pemenang semuanya mengikut kategori so shida menang bahagian "hadiah misteri" jelas tak? nampak tak header shida yang comel-comel tuh hehee. tak nampak tak apa shida besarkan lagi k =) tengok lak gambar bawah nih hehee.
ha camne cukup terang tak hehee. kalau tak cukup terang lagi klik jer gambar untuk tumbesar gambar lebih berganda-ganda hahaa. shida berterima kasih sangat-sangat pada cik moon sebab bagi shida peluang menang GA ni. lagi pun ini kali pertama shida menang GA selama berblogging tak penah lagi menang taw. bila dah menang lagi bersemangat rasanya weee.wee.winkkk. heheee. Tahniah juga pada peserta yang menang ditempat pertama,kedua,ketiga dan keempat. tahniah yer semuanya =)


psssstt.korang shida lak nak wat GA nanti jangan lupa join ye.tunggu~

Saturday, 19 February 2011

jom keluar shopping dengan shida (:

Assalamualaikum, peace upon you.
Hai semua :) masih ingat shida ni,hehee sorry la lama menyepi tak blogwalking pun. Shida sibuk sikit la kat rumah ni.  Ni pun baru balik kerja kul6.00 tadi mandi and terus buka lappy nak update blog. Malam ni shida lewat sikit online nak keluar shopping hehee. Insyallah bulan5 ni nak kenduri so sibuk sikit nak beli barang-barang untuk kenduri. nanti selesai semuanya shida balas kunjungan korang k. Ada juga yang follow shida nanti shida follow balik k. Bukan apa kadang-kadang  line broadband ni macam selalu wat hal. Penah sekali tetiba tak de angin tak de ribut tetiba tak boleh connect huhu. sabar jerlah! apa-apa pun insyallah shida balas semua yang korang buat kat blog shida ni ya. Thank so much taw pada GIGI,GM,YANIE,AZWA,ADIK nanti malam sembang k. dan yang lain-lain tunggu shida jejak korang balik k lah azan dah berkumandang lah nak solat dulu daaa jumpa nanti malam k mungkin lewat sikit bye ~


pssstt. nanti shida nak buat GA korang nak join tak?? heheee.daaa ~

Thursday, 17 February 2011

shida dah berubah lah! eh yeke??

Assalamualaikum, peace upon you.
Hai readers, adakah anda sehat hari ini?bertenaga?ceria seperti selalu? ada ya? bagus sekali hahaa. Actually jus ignore tajuk post shida tu. yang sebenarnya yang berubah tu blog shida bukan shida lar. adehh buat kalut betul la shida ni. kalau shida yang nak berubah kenapa?teruk sangat ke perangai dia?buruk ke? apa ke ini ke? bla.bla.bla.bla. just stop it!! hmmm. teruskan entri ha. korang nampak tak apa yang berubah kat blog shida nih. actually shida bari tukar beberapa kompenan kat dalam blog shida nih antaranya.header shida ni =)  tab menu shida,chatbox shida dan button next prev & home  shida (untuk last entri) apa-apa pun masih nampak biru haha. sorry guys shida memang suka warne biru ni tapi tak semua benda shida kenakan dengan warna biru dalam segala hal shida. sesetengah saja. warna biru akan shida letak atau pakai kalau ia bersesuaian dat all ~ jom layan camne rupanya hehee.
ini header yang sebelumnya =)
ini pulak header sekarang yang shida pakai (terbaru) ok ke??
yehuuu. ini pulak chatbox shida yang sebelum nih =)
yang ini pulak cbox shida yang sekarang. comel an ade bluebears lagi ^_~
yang ni pulak tab menu shida yang sebelum ni =)
ok ini pulak yang sekarang jus tukar font and color jer hehee.
ok yang ini pulak button next home dan prev untuk 'last or next entri' yangsebelum ni.
dan yang ini pulak yang shida pakai sekarang yang terbaru la katekan~
so ini jela benda atau kompenan-kompenan yang berubah dalam blog shida sekarang hehee. opss korang ini bukan untul dijual jus untuk santapan blogger-blogger lain yang suka tengok apa-apa saja yang berwarna biru macam shida hehe. happy reading daaa =)



Tuesday, 15 February 2011

Salam Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum, peace upon you.
hyep korang sihat ke hari ni? hope semuanya okay la macam biasa. Shida pun ok jus ada batuk-batuk sikit akibat minum ais banyak plus plus cuaca kat taiping ni yang tak menentu. So harini 15.2.2011 jatuh la hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada hari ini bersamaan dengan 12 Rabiulawwal. Mesti ramai lagi yang tak tahu kenapa kita sambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. 12 Rabiulawwal tahun Gajah ni lahirlah nabi kita kedunia sebagai pemimpin dan pendakwah suatu ketika dahulu. Banyak juga sejarah-sejarah pahit dan manis beliau pada zaman itu. Nabi kita juga pernah diberi gelaran Al-Amin yang membawa maksud orang yang terpecaya. Jadi marilah kita sama-sama beramal dengan sunnah-sunnah nabi kita dan berdoa agar kehidupannya disana lebih aman dan sempurna. Ingatlah bahawa Nabi kita juga tak pernah putus-putus mendoakan kesejahteraan umatnya. amin. Salam Maulidur Rasul~ jom baca kisah atau sejarah Nabi Muhammad S.A.W klik sini .

Monday, 14 February 2011

who want to be my Valentines (:

Assalamualaikum, peace upon you.
Hari ini pagi isnin masuk dah 14hb February 2011 hari yang ditunggu-tunggu oleh semua couple-couple seluruh dunia untuk meraikan pesta valentines. Ada juga desas desus yang menyatakan tidak elok jika kita meraikan hari Valentines ini. Sumber  tuh shida baca  sendiri disini klik sini . Tak pelah yang penting pada hari Valentines ni jangan kita menyalahgunakan hari itu. Isi kan ia bersama dengan kasih sayang yang ingin diberikan pada pasangan atau orang yang kita sayang. Tak semestinya pada teman istimewa saja pada kedua-dua orang tua kita,adik beradik pun boleh atau kawan-kawan yang kita sayang. opss! beri kasih sayang yang halal saja ok =) ingatlah setiap hari pun hari kasih sayang untuk kita semua ~
p/s to sharulsaya : jaga diri baik-baik kat sana k. walaupun  u selalu sibuk,tak de masa tuk i tapi i tak pernah anggap benda nih akan mengganggu hubungan kita. selagi ada kasih sayang yang terbina antara kita selagi tu kita akan bersama selamanya k. eh u dah lama kita tak gayut lama-lama kan,rindu sangat-sangat time tu. ada masa kita gayut-gayut lagi ok =)
Happy Valentines Day sayang,i love you so much!


Sunday, 13 February 2011

kita harus peka dengan penipuan sms yang berleluasa!

Assalamualaikum, peace upon you.
tadi petang shida dapat msg nih dari sape tah,sepolan mana yang berani hantar msg macam ni kat shida. Act shida dah penah nampak blogger lain wat entri tentang penipuan sms yang macam shida nih. Cam pelik la plak sejak bila ayah shida ade kat balai  polis,ayah elok-elok duduk kat rumah.haiihh penipu sungguh! kalo tengok no pengirim pun dah taw da no.sesat +628991767757 cam pelik jer no nih. haihh cam dah tak de kerja lain nk duit orang jer ~
p/s: lebih berhati-hati lah lepas ni mungkin bukan ini saja yang mampu dorang buat mungkin ada yang lebih dasat lagi,cuma kita jer yang tak tahu,apa-apa pun langkah berjaga-jaga perlu diambil lepas ni ~

Friday, 11 February 2011

Show Me The Meaning Of Being Lonely

Assalamualaikum, peace upon you.

done!

Thursday, 10 February 2011

kelakar ke bila shida nak belajar bahasa indonesia (:

Assalamualaikum, peace upon you.
eh kenapa entri shida berbaur indon heheee. tak ada lah ntah hari ni layan sakan kat facebook nih. shida ngan yaniej gila-gila cakap indon ntah kami cakap betul ntah idak. maen sebut jer tapi tengok yanie ngomong semakin meriah hahaha. adehh guling-guling shida gelak hahahaa. Sam  Azhari pulak memang dari indonesia dan juga my sifu bahasa tapi memang dah boleh cakap sebab selalu layan cerita indonesia kat astro hahaaa. layan la gambo kat bawah nak join ok gak jom la.layan. tak tahu pukul berapa nak habis ini post wall tuh dah dekat 400 hahaa ~
ada juga member lain yang nak cuba mencuba hahaaa~
guling-guling bila baca balik hahaaa ~
nak lebih jelas pembacaan klik gambar rajah ya hahaaa ~
ha time nih dah last-last almaklumla da lewat  sume dah jadi mata panda =P kalau korang nak baca full version klik sini  tapi kena add yanie dulu baru boleh baca sebab kami sembang kat facebook yanie hihi ~

done! nite all baru nak tido nih ~


Wednesday, 9 February 2011

contest blog paling hebat by Aida Shafiena

Assalamualaikum, peace upon you.
hehee. nampak tak banner atas nih comel an =) shida join contest by Aida Shafiena "contest blog paling hebat by Aida Shafiena" so shida nak penuhi dulu 6 syarat yang diperlukan untuk join contest ini syarat-syarat seperti dibawah ini :
ini original syarat dari blog Aida Shafiena =)
syarat 1. Follow blog Aida Shafiena dan Mira Awaludin
done !
syarat 2. Apa yang hebat mengenai blog shida =)
Actually blog shida ni tak layak nak digelar 'hebat' sebab shida edit pon biasa-biasa jer setakat pakai photoshop. lain la ada pakai adobe flash ke atau yang sekutu dengannya baru la boleh dikategori blog hebat.setakat hebat dengan keputihan blognya plus plus biru boleh la ngeee. tapi itu penilaian shida tak tahu pulak penilaian dari mata Aida Shafiena dan Mira Awaludin nanti tetiba plak dapat gelaran blog paling hebat hihi. alhamdulillah la =) untuk pertama kalinya shida join contest untuk kategori blog ni shida rasa teramat-amat teruja sebab before ni tak penah join walaupun ade sepolan-sepolan yang mengugut shida untuk join contest kategori blog. sebabnya Shida sedar diri blog shida nih blog Dunia siGadis'Biru jew =P
Apa yang hebat mengenai blog Aida Shafiena dan Mira Awaludin ^_~
nak cerita tentang blog-blog penganjur kita ni pulak seyes memang cool simple but nice,ada lagu-lagu yang mengcengkam jiwa kusyuk shida dengar boleh dikatekan shida tak kan pangkah [X] la sebab nak dengar lagu-lagu yang berkumandang sampai habis.pastu ada cartoon yang cute macam blog budak tadika comel jer =) yang paling penting blog dia putih bersih macam shida punya blog ngeee :D bila masuk sejuk mata memandang hehee. i loike !thumbsup!
syarat 3. Cik Aida Shafiena boleh kire yer kalau tak cukup saya tambah lagi (:
syarat 4. masukan banner contest di sidebar dan entri
done!
syarat 5. tag 3 orang rakan blogger yang korang rasa menarik dan paling hebat
syarat 6. komen entri beserta link entri
done!
so siap entrinya pada korang yang nak join boleh je sila klik sini and close date 22 February 2011 (selasa). sempat lagi mana yang nak join tuh so hadiahnya setakat nih masih lagi misteri hahahaa ~

Tuesday, 8 February 2011

cerita myspace vs ngangkung agaknya mana menang?

Assalamualikum, peace upon you.
bermulalah kisahnya disini. Kedatangan orang lama kelaman sosial myspace.com membuatkan dia terkejut beruk comel melihat myspace kini sudah berubah wajah. OMG. tu saja yang mampu dia katakan. pastu teliti dengan baik setiap design yang diperbaharui itu. kejap-kejap garu kepala kejap-kejap garu pipi kejap-kejap garu ..eh yang tu tak leh cakap. Apa shida nak buat sekarang ni? kenapa buka myspace pulak? eh camne nak edit? eh camne nak klik ni. eh kenapa tak leh buka plak profile? eh sapa yang online nih? eh mana friend shida? eh mana nak klik ni? eh eh eh adehhhh banyak betul eh. lastly shida pangkah [X] hahaa..padan muka =P
ini lah wajah myspace shida. hahaha. simple giler. sape yang de myspace nak add boleh la tapi inform k bila suda add sebab shida jarang on myspace nih. last login boleh kelihatan disitu 25 July 2010 hahaha agak lama shida tinggalkan myspace bersawang seperti @_@ tapi banyak kenangan manis shida bersama myspace ni. Yang paling shida tak boleh lupa kenangan shida bersama yaniej dan sharulsaya memang ingat sampai kapan pun. tapi sekarang myspace dah tak macam dulu tengok la gambar-gambar bawah :
 tengok laman utama pun agak serabut lah. adehh.
macamana nak edit uuwaaaa. tak reti ah! adehh.
sorry la tetiba terkeluar pulak cerita ngangkung. itu bermakna shida dah malas nak cerita pasal myspace bla.bla.bla.bla. korang dah tengok ke belum cerita ngangkung? best ke tak best? hehee. bagi shida separa best. kalau diberi 5 star shida cuma bagi 2.5 star jer sorry jalan cerita tak berapa tepat la,seyes ingatkan cerita seram benor tapi banyak lawak jer adehh. Shida masih menunggu tayangan cerita seram yang boleh buat shida tak tido malam. huhu. act. shida nih suka giless tengok cerita seram-seram ni. tak tahu kenapa. kadang-kadang shida boleh tengok sorang-sorang lagi. heehe ada ke sape-sape yang ada minat sama macam shida??
hantu kak limah BALIK RUMAH akan menyusul nanti tunggu ~

Monday, 7 February 2011

better in time (:

Assalamualaikum, peace upon you.
hye semua eh eh macam kenal jer star plus music-music noted nih,mauknya tak kenal kalo dah kena tag sampai 20 orang mesti la ramai yang jawab tag nih,pergi jer blog sini ada tag ni,blog sana ada tag nih, blog sinun  pun ada,blog sinin pon ada haihh apa nak dikata nama pun tag kan jawab jerlah. Firstly thank to Cik Yana dan Cik Fyna yang sudi tag shida untuk mengisi masa-masa kehabisan idea nak post entri kih3 jangan mare! Jom kita tengok permainan apa yang cuba shida sesuaikan diri nih (:
Rules and  Regulation
Put your library music on shuffle. For each question, press the next button for your answer. You must write that song title as the answer of the question, no mater how silly it sounds. Most of the time they seem to work though, strangely enough. Okay go! when you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer of no.20 is the title of your note.
@ ditranslate sikit oleh cik Yana yang bijaksana =)
Dia cakap setkan shuffle music player korang tu. Tekan next setiap kali nak jawab soalan berikutnya dan letak tajuk lagu tu sebagai jawapan. Maknanya korang tak payah tulis jawapan yang korang fikir, cuma tulis tajuk lagu sebagai jawapan. Jawapan iaitu tajuk lagu pada soalan no 20 akan jadi tajuk entry korang.Jom tengok bagaimana permainannya.
1. If someone says, “Is this okay?”, you say?
so what - pink *hahaa macam terkena plak =P
2. How would you describe yourself?
ku sapu airmata perpisahan - unknown artist *seyes mmg xtaw lupa
3. What do you like in a guy/girl?
kekasih halal - wali band * hahaaaaaa =P
4. How do you feel today?
berdua lebih baik - acha septriasa *hmmm ok gak
5. What is your life's purpose?
chain hang low - jibbs *kahkah..giless
6. What's your motto?
never knew i needed - Neyo *adesss
7. What do your friends think of you?
baby it's you - jojo *guling-guling gelak =P
8. What do you think of your parents?
aku scandal - hujan *kahkah..
9. What do you think about very often?
untuk mencintaimu - seventeen *apa-apa lah ~
10. What is 2 + 2?
i dont love you - mcr (my chemical romance) *yesszaaa!
11. What do you think of your best friends?
because of you - Neyo *lalallallaa~
12. What do you think of the person you like?
aku rindu sayang kamu - black * wee witt :P
13. What is your life story?
london bridge - fergie *aaa tidakkkk =P
14. What do you want to be when you grow up?
just dance - lady gaga * wakakaka crew =P
15. What do you think of when you see the person that you like?
 lagu untuk mu - meet uncle hussein *tah ler..
16. What will you dance at your wedding?
terima kasih cinta - afgan *haha tetiba jer..
17. What will they play at your funeral?
happy birthday - the click five *OMG
18. What is your biggest fear?
suka sama kamu - dibagindas * fuhh~
19. What is your biggest secret?
party in the USA - miley cyrus *ini memamg crazyyy!
20. What will you post this as?
better in time - leona lewis *fuhh done!
20 yang terlibat yang akan menghasilkan tag ini lebih meriah dari biasa adalah :
*sorry to cik yana dan cik fyna shida tag u back ahaks =P
giless ah penat!! cukup 20 yang kena tag =) *kalau korang dah dapat tag nih jus abaikan =)
                  

Sunday, 6 February 2011

Opss! ada yang tak berani masuk blog shida kenapa??

Assalamualaikum, peace upon you.
adehhh galak tol tajuk entri shida kali ni sorry tak de kena mengena ya mahu pun yang hidup atau pun yang sudah tak de dalam dunia nih..hmm..ok at first shida nak wish pada diri shida sendiri "good luck" sebabnya untuk awal-awal tahun nih shida agak galak masuk contest sana sini hahaha..amik kau! yerlah tahun lepas shida sibuk dengan contest shida sendiri sehingga shida abaikan warga-warga blogger yang invite shida masuk contest itu ini..bla..bla..bla..bla..bla. shida membebel sorang diri dalam bilik. Eh lupa shida sebenarnya nak buang sticker pencarian follower bertuah shida ni. sebab..................................eh tak de apa lah hihi..apa-apa pun shida masih menunggu follower yang bertuah tu =) ok bye ~

Saturday, 5 February 2011

Featured Blogger untuk Februari 2011 dari NUFFNANG

Assalamualaikum, peace upon you.
Hai korang dah tido semuanya? hope masih lagi ade readers yang masih belum tido dan sudi baca entri shida kali ini. So topik hari ni shida tak penah lagi post selama shida berblogging kan. Korang baca kan tajuk entri shida "Featured Blogger untuk Februari 2011 dari NUFFNANG" so mana yang tak tahu or dah tahu shida nak bagitahu la kan. Blog pilihan untuk Bulan Februari  2011 dari Nuffnang adalah blog c33ram00n.blogspot.com so sape yang nak kenal-kenal boleh la klik nama yang telah shida bold kan k =) sumber shida dapat pasal ni dari nuffnang sendiri. Tak caya korang tengok bahagian Featured Blogger ok. Boleh baca penulisan sendiri dari tuan blog. Nak baca penuh keratan dibawah sampai habis boleh la klik sini ok. Happy reading ~

 Thank to Firdaus kasim coz sudi bagi shida award ini =)
Photobucket
ok yang ini pula award dari  firdaus kasim korang boleh terjah blog dia klik pada nama telah shida link terus ke blognya. Dengan beraninya firdaus nih bagi shida award blog berkualiti..ish biar betul firdaus ni blog shida nih baru lagi tak layak awak nak letak blog shida tinggi melangit macam tuh. lain la blog Ben Ashari Irine Marcello Cik Epal Hanis Zalikha dan yang sewaktu dengannya ,itu ok lah memang tabik spring babe! jangan tanya kenapa shida cakap blog dorang blog yang berkualiti,fikir sendiri ya sayang ~ apa-apa pun thanks firdaus kasim selamat =)
 owh firdaus kasim no need cakap cam tuh,awak tak cakap pun boleh je tukar banner =)

Friday, 4 February 2011

Happy Holiday! Happy Chinese New Year!

Assalamualaikum, peace upon you.
Hello MySweety MyPrince hehee.ok ke cuti untuk kali ni,mesti dah kemana-mana jer korang pergi kan. Best la kalau korang holiday jauh-jauh. Shida cuti ni tak kemana la. Paling-paling TAIPING SENTRAL dan TESCO ulang alik ke situ jer adehh nek busan dah,actually dah 2 hari pergi dua tempat tu jer. tak pe lah pergi sana ok gak leh tengok lampu-lampu Chinese New Year kan. Macam-macam warna shida tengok. Apa-apa pun shida nak ucapkan Happy Holiday dan Happy Chinese New Year to all bloggerian yang merayakan tahun baru ni. Pada yang bukan chinese selamat bercuti yay! seronok kan =) *shida lambat wish lah sorry k. eh kenapa ada kek pulak nih??
thanks to my Lady Boss yang bagi shida kek besar ni untuk shida enjoy with myFamily. Ada lagi dia bagi buah limau pun ada sekotak. aduhai banyak limau kat umah shida nih sebab sebaris rumah shida nih kiri dan kanan juga cina,dua kiri dan dua kanan juga cina. Jiran shida sebaris cina saja lorong lain baru ada melayu dan india. Jadi semua duk bagi limau. Bak kate mak "dah boleh jual balik buah limau ni bila kami himpun semuanya" hahaa..lawak tol! tapi untung juga kan bukan senang nak makan limau free hehee. kami sekeluarga enjoy bersama-sama weeee =)
"HAPPY CHINESE NEW YEAR"


Thursday, 3 February 2011

Contest Money Guess

Assalamualaikum, peace upon you. 
jom korang main teka-teka duit nampak best so shida join la contest ini. kalau kawan-kawan nak join boleh terus ke blog En.Muhamad Hisyam bin Sidek ni. Segala aturan ada disana. Jadi dengan berani dan slumbernya shida meneka jumlah wang/duit yang berada dalam gambar rajah dibawah:
RM177.80
hope betullah tekaan shida nih,nak tengok gambar tuh lama-lama agak nak fensan agak berputar gak mata shida nih hehe..so seperti biasa shida nak tag beberapa sahabat blogger shida nih white lover@azwa Cik Yana hazwan dot com Zirconia@zuZu Chikova@anGah
done!!