Dunia sebenar Shida: September 2011

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 30 September 2011

Jom Join Bloglist Ini Blog Bui

   Assalammualaikum, peace upon you.

tempek banner dulu.siap dah! ok hye sayang-sayang semua. Hari ni dengan topik baru shida nak join Bloglist dari sis BUI . dia nak buat bloglist baru so shida pun teringin nak join. 
 
kenapa shida nak join bloglist sis BUI ni sebabnya shida firstime masuk blog sis selalu pergi blog blog lain mesti jumpa banner meletop sis tu. so Hari ni dengan lafaz bismillah shida langkah kanan masuk blog sis. firstime tau ;) baru kenal sis ni dah berumah tangga, paling tak sangka sis brutal diluar jiwang didalam uihh sis hebat tu hehee^^

ok itu saja Thank You sis ~_^





Thursday, 29 September 2011

Team hacker semakin berleluasa sekarang! apa patut korang buat? | Jom selamatkan blog sebelum menjadi mangsa HACKER!

   Assalamualaikum, peace upon you. 
hye korang! hari ni keluar isu tentang hacked pula sebab semakin hot dorang ni menggodam lawan web orang sesuka hati dorang kan. Eh kejap-kejap sorry sangat-sangat sebab 2 3 hari ni entri shida mengarut-ngarut saja. hahaa^^ caliph kata picture yang shida rembat dari sana sini semakin extreme hahaa^^ lawak je bila shida baca. entah mood ting tong macam tu lah! lain kali shida jadi lebih sopan sikit hehee ;p tu lah shida ni nak berlagak jadi ganas tapi tak reti huhuhuu ;p

ok ok fokus pada entri sebenar, sebenarnya shida nak keluarkan isu ini sebab member blog shida si CHACHA ni blog dia kena hack. wahhh sedih kot kalau blog jadi macam tu. hari tu blog shida kena TEST REMOVED oleh abang google tapi dah ok sebab shida bagi dia surat love love. Abang google sayang shida pastu dia bagi balik blog shida ni tanpa cacat cela sedikit pun (nanti shida buat tutorial blog kena removed ) sekarang blog chacha kena hacked pula. Memang cuak juga lah tapi ini bukan cuak rasenya nak teroyak kot huhuh^^ klik gambar atas untuk pembesaran atau klik nama chacha kalau nak tengok secara real. Ada sesiapa boleh bantu cha? Jalan penyelesaian dah ada,buat pun atas pengalaman orang. so harap sangat-sangat membantu cha dan cha dapat balik blog kesayangannya itu.

update : blog cha dah pulih, lega alhamdulillah :)
biasa orang akan tanya kenapa blog kita kena hack?sebab apa ya?

kalau nak cerita tentang punca memang banyak sebab komuniti hacker ni diseluruh dunia. Jadi punca tu sukar diramal. sebelum ni kecoh tentang gov nak mansuhkan donwload-download percuma disemua laman sesawang jadi secara tak langsung terjadilah hacker-hacker dilaman web gov yang berkaitan dan tidak berkaitan *sorry isu ni shida tak research tapi atas pemerhatian saja. betul tak betul terpulang! shida tak kisah!  TAPI ada juga tentang isu hacker ni saja suka-suka nak kacau disebabkan kelemahan PASSWORD kita sendiri. disini shida tunjukkan beberapa contoh password popular yang mudah orang detect terutama siHACKER.
 idea sini > blogger zuan & sumber sini > tom'shardware
jadi? korang jangan lah ada rasa malas dengan password ni. kalau boleh cipta satu password yang bersilang dengan nombor dan huruf serta panjang, sebagai contohnya seperti : shida24cutesangatdia87 atau shida24gadis87yangcomel eh eh ni contoh saja tau jangan marah ngeeee.. ;p tapi tapi kalau korang buat pertukaran password yang menggila passwordnya shida sarankan korang salinlah atau copy kat mana-mana ok. sebagai reminder untuk korang. kalau lupa korang boleh rujuk betul tak? tak rugi buat untuk keselamatan blog atau laman sesawang korang. Macam password shida sekarang pun rasa macam tak cukup strong! dan selamat, nak tukar lah risau pula nanti terkena huhu^^ orang cakap sediakan payung sebelum hujan kan betul tak??

jom cek password/katalaluan korang sama ada kuat atau tak klik sini > password checker


shida juga sediakan beberapa TIPS menjaga password korang. moga membantu ^_^
  1. menggunakan password/katalaluan yang kuat. seperti dalam entri shida.
  2. sering mengubah password anda.
  3. pastikan password/katalaluan anda tidak sama dengan laman sesawang yang lain seperti facebook, twitter, myspace dan lain-lain.
  4. jangan menulis atau simpan password/katalaluan ditempat yang tidak selamat.
  5. Jangan menggunakan hint password/pembayang katalaluan.
  6. Jangan save password bagi pengguna internet explorer.
  7. lagi panjang password lagi selamat.
  8. selesai online atau menggunakan laman sesawang korang. pastikan signout bukan pangkah ok.
  9. jangan menggunakan default password.
  10. apa yang penting korang kena berhati-hati dalam menggunakan internet. kalau password kuat macam mana pun,panjang macam mana pun kalau nak kena,kena juga.
selamat beramal ^_^





Wednesday, 28 September 2011

Wordless Wednesday | apa yang korang nampak? cer citer..

   Assalamualaikum, peace upon you.
apa yang korang nampak cer citer.. sorry gambar dirembat agak keterlaluan ^_^




Tuesday, 27 September 2011

Jom layan gambar-gambar funny, cute, sweet dan censored ;p

   Assalamualaikum, peace upon you.
hari ni macam tak ada mood nak buat entri banyak-banyak macam selalu, mood tak de dah kelaut lah huhu^^ kesian kan kat shida selalu ada masalah perasaan adehh^^ adat lah orang bercinta memang macam ni kan ~ jom layan gambar-gambar bawah ni ;)
jangan tiru aksi diatas hahaa ^_^





tutorial : cara nak buang Powered by Blogger

    Assalamualaikum, peace upon you.
sebenarnya banyak lagi tutor yang shida tak sempat publish untuk korang. dah banyak shida draft tapi belum sempat edit balik saja. shida edit satu persatu mana yang sempat ok. tutor yang ni pula cara kita nak buang "powered by blogger" ramai yang tak tahu cara nak buang sebab dengan mendelete di gadget saja tidak berjaya sebab ada hal lain yang perlu korang buat dulu. jom follow tutorial ini ;)
masuk >> dashboard >> design >> editHTML >> tick expand widget
ctrl+f  cari kod ini >> <b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'>
dah jumpa kod itu sila tukar 'true' kepada 'false' contoh seperti kod dibawah, lepas itu korang SAVE dulu ok :)
<b:widget id='Attribution1' locked='false' title='' type='Attribution'>

kemudian pergi balik ke >> pageElement >> remove gadget Attribution
dah remove 'powered by blogger' akan hilang pada blog korang dah berjaya lah! yay! ;)





tutorial : cara nak buang Subscribe to: Posts (Atom)

   Assalamualaikum, peace upon you.
biasa korang nampak tak perkataan ni kat blog korang? ada rasa nak buang tak? ok kalau ada jom shida bagi tutorial macam mana nak buang ok :) simple saja^^

masuk >> dashboard >> design >> editHTML >> tick expand widget
ctrl+f cari kod ini >> <b:include name='feedLinks'/>
 bila dah jumpa kod ni korang delete ok. lepas tu boleh preview dulu sama ada hilang ke tak "Subscribe to: Posts (Atom)" tu kalau hilang berjaya lah!! dah boleh SAVE k.




Sunday, 25 September 2011

kemaskini Nuffnang minggu ke3 | thank you Nuffnang bagi shida BE lagi!

    Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah baru request BE time hantar ticket kat nuffnang 2 3 hari yang lepas shida dah pun dapat BE baru dari iklan skyscraper. Terima kasih pihak pengiklan dan Nuffnang sudi atau memberi peluang blog shida ni mendapat iklan kekal. sebenarnya shida tak harap pun nak dapat BE lagi, sebabnya 2 3 bulan ni shida macam susah nak dapat BE, bila request saja Nuffnang kata macam ni..tapi shida tak putus asa cuba ngorat juga!! Nuffnang ni.

Pengiklan yang memilih blog yang mereka ingin untuk iklan di. Blog anda bersaing dengan semua blog lain di luar sana bahawa berkongsi genre yang sama seperti demografi blog anda. Memandangkan terdapat hampir 100,000 blog dalam masyarakat, kempen dihamparkan sama rata kepada semua blog dan oleh itu ia tidak mengejutkan bahawa setiap sekarang dan kemudian blog anda tidak dipilih untuk mana-mana kempen CPM tertentu. :)

so nak dapat BE banyak atau lebih-lebih tu macam tak ada harapan la. lagi-lagi ramai yang dah tahu macam mana cara nak dapatkan BE, shida sendiri pun ada buat tutorial dia kat sini klik ok > TUTORIAL NUFFNANG. tapi tapi lagi tak boleh belah pihak nuffnang kata blog shida dah banyak terima BE. dia kata macam ni..

Dari rekod kami, blog anda telah diberi banyak kempen CPM oleh pengiklan.
Sistem kami mengutamakan blog yang telah menerima kempen kurang CPM akan disyorkan kepada pengiklan pada masa akan datang untuk kempen iklan mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk memastikan semua blogger kita mampu untuk mendapatkan sama rata dari pengiklan. Ini bermakna akan ada kali di mana blog tidak akan dipilih untuk kempen jika ia telah mendapat banyak kempen untuk tempoh masa.
Dalam senario semasa anda, tidak ada apa-apa lagi yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan kekerapan pengiklan yang memilih blog anda untuk promosi menyebabkan ia agak puncak. Walau bagaimanapun, anda boleh berusaha untuk meningkatkan jumlah pendapatan yang anda boleh mendapat dengan meningkatkan trafik anda yang akan bermakna pengiklan mempunyai jumlah yang lebih besar ruang iklan untuk membeli di blog anda pada masa akan datang.

mana ada banyak baru 19 je! adehh^^ sabar sajalah kan memang pun tak dinafikan ramai sekarang blogger mengejar BE tapi bagi shida dah dapat yang sekarang pun alhamdulillah bersyukur je. setakat nih BE tersenarai sekarang adalah 19 BE (Buffered Earnings) yang masih hidup tengah berputar-putar sekarang cuma 2 saja. BE terbaru shida dari Maxis iPhone 4 Raya SS shida sendiri belum tengok lagi iklan BE baru shida ni hehee^^ harap Nuffnang bagi lagi BE untuk shida. wahhh!! tamak ngeeee ;p sebelum terlupa tahniah juga pada blogger apit dia pun dapat BE baru hehee^^ kelas kau maria!!

happy reading daaa ~_^




Saturday, 24 September 2011

SEGMEN : Zareliqa Mencari Blogger PEMARAH

    Assalamualaikum, peace upon you.
uihh PERAMAH rupanya ingatkan PEMARAH hehe^^ salam semua. Hari ini entri awal sikit sebab shida nak join Bloglist Cik adik manis ni namanya Zareliqa Afiqa cam unik pula nama tu. Tapi yang penting dia dalah Female so semua syarat dah shida ikuti. Tak pernah lagi join segmen bloglist so try lah hope sempat dapat antara 20 yang terpilih sebabnya dia buka untuk 20 blogger sahaja. dan harapan dari segmen ini untuk zareliqa Moga kita boleh lebih kenal rapat lagi, share sesuatu yang antara kita tak tahu tak kisah lah tentang apa sekali pun dan lain-lain lah.. adehh^^ panjangnya nama ZARELIQA nak panggil apa ya yang pendek-pendek sikit iqa boleh tak? boleh la ek hehee^^ thank you iqa :) 






Friday, 23 September 2011

google ini memang OWESOME | let's play it!

   Assalamualaikum, peace upon you.
memang syok main google gravity ni, korang dah cuba belum? lepas klik tunggu beberapa saat dia berpecah-pecah. lepas tu korang cuba lah type nama blog korang atau apa saja nanti dia akan keluar berpecah-pecah seperti gambar kat atas tu. heheee^^ menarik lah!! jom lah try korang!! nak main google gravity ni klik anak panah bawah ini ok.
||
||
||
||
||
||
||
||
\/





Thursday, 22 September 2011

sorry, the blog at duniakushida.blogspot.com has been removed.

  Assalamualaikum,peace upon you.
arghhh!!! geramnya semalam blogspot cuba-cuba removed blog shida dalam beberapa minit. masa tengah sedap-sedap blogwalking semalam shida cuba refresh blog tetiba keluar natang atas tu! memang cuak lah shida. masa tu dalam area 3pagi. shida masuk facebook cari kawan-kawan blogger shida. argghhh!!! lagi tension time tu semua orang dah tidur lah!!

shida blur sekejap tapi hati tuhan je yang tahu macam mana rasanya blog jadi macam tu ;( then shida tengok sis emy ulan masih online. shida cuba chat dia kat FB bernasib baik shida dia masih ada dan balas chat shida kat situ. shida minta dia buka blog shida untuk kepastian ke2. Then dia kata memang betul kena REMOVED, shida apa lagi panik lah!! then ulan tolong shida selesaikan masalah ni dengan menghantar email kepada blogspot. 

Shida search untuk cari email blogspot. lepas tu shida jumpa tapi shida tak tahu betul ke tak email ni. tak apalah dalam keadaan macam ni memang patut cuba saja. dari pengalaman sis emy ulan blogger fyna pun pernah jadi macam shida lepas dia hantar email terus ok blog dia tapi blog fyna masa tu dah 2 3 kali kena removed. itu lagi cuak!! now dia dah pakai domain sendiri. ok lah tu kan.

Alhamdulillah selepas hantar email dengan tak tahu email tu betul ke tidak kan shida cuba saja. dalam beberapa minit blog shida dah boleh buka. punya lah happy tak terkata. serius kalau di removed selamanya mungkin shida stop berbloging huhuhu^^ thanks blogspot sebab kembalikan blog shida ke asal tanpa cacat cela. Lain kali jangan lah test-test macam ni boleh gila aku!! insyallah shida akan keluarkan tutorial blog kena removed untuk panduan kita semua. ini baru blog shida belum lagi lagi dia kacau blog orang lain kan. 

korang tau muka orang cuak macam mana?? huhu kalau tahu ok macam tu lah muka shida semalam hahaaa..siotttt jerh!!



Wednesday, 21 September 2011

Wordless Wednesday | kad topup yang menjadi pembalut buku

  Assalamualaikum, peace upon you.
 muka buku dari depan
muka buku dari belakang
muka buku dari kedua-dua belah ;)
kan dah kata buku. nampak tak? ni shida lukis sendiri. sila percaya!!





Tuesday, 20 September 2011

tutorial : cara nak cantikkan blockquote | skew dan rotate blockquote

   Assalamualaikum, peace upon you.

cuba korang letak cursor pada blockquote shida sebagai contoh
ok tutorial kali ini shida nak tunjuk macam mana nak buat blockquote kita nampak lebih cantik dan menarik. shida bagi step mudah difahami untuk semua. jangan risau kalau tak faham boleh rujuk pada shida okay ;)

masuk>> design >> editHTML >> klik expand widget 

cari kod ini >> .post blockquote:hover {  
bila dah jumpa kod ini korang copy dan paste kod dibawah ni

yang ini hanya letak background warna sahaja.
1.
background: #F778A1;
-webkit-border-radius: 36px 12px;
-moz-border-radius: 36px / 12px;
-moz-transform: rotate(-2deg);
-webkit-transform: rotate(-2deg);
 atau nak letak background bergambar boleh guna kod bawah ini :
2.
background: url(URL BACKGROUND);
-webkit-border-radius: 36px 12px;
-moz-border-radius: 36px / 12px;
-moz-transform: rotate(-2deg);
-webkit-transform: rotate(-2deg); 
 atau

ini ada 3 cara kod untuk korang copy, 

kod yang ke3 korang boleh pakai jika korang tak ada kod yang nak dicari jadi korang boleh tambah kod ini sendiri ok ;)
3.
.post blockquote:hover{
background: #F778A1;
-webkit-border-radius: 36px 12px;
-moz-border-radius: 36px / 12px;
-moz-transform: rotate(-2deg);
-webkit-transform: rotate(-2deg);
boleh tengok contoh gambar dalam editHTML shida tunjukkan supaya lebih jelas.

dah selesai dah puas hati boleh lah SAVE . kalau nak tukar warna background boleh klik sini > kod warna
idea asal dan kredit diberikan pada : owner yang cute ;)



tutorial : cara nak buang navigation bar pada blog

     Assalamualaikum, peace upon you.
bagaimana nak buang navbar diatas pada blog?? mudah saja follow step shida ok :)

masuk >> design >> editHTML >> cari kod ini >> /* Variable definitions
dah jumpa copy dan paste kod dibawah  sebelum kod yang dicari tadi seperti gambar bawah
#navbar-iframe { display: none !important; }
 sebelum SAVE apa kata preview dulu, kalau jadi hilang navbar tu baru lah SAVE ok ;)
semoga berjaya ^_^





tutorial : cara nak guna atau pakai Blokquote dalam entri | untuk newbie

  Assalamualaikum, peace upon you.

mungkin ramai lagi blogger atau newbie yang masih tak tahu cara nak guna atau pakai blockquote. Jom belajar dengan melihat tutor bergambar yang shida sediakan hope ia membantu ;)

buat new post seperti biasa. highlight kan pada perkataan atau ayat yang korang nak guna quote seperti dalam gambar dan klik bahagian > " < preview dulu untuk melihat hasilnya. 

bagi yang belum edit post blockquote mungkin tak ada apa-apa tapi jangan risau shida ada tutor simple untuk buat quote korang jadi cantik dan sedap mata memandang ;)

selamat mencuba ;)






tutorial : cara nak buat post blockquote yang simple

   Assalamualaikum, peace upon you.
semalam 3 entri tutorial telah shida buat untuk korang tentang template denim, kali ini shida nak tunjuk bagaimana nak buat post blockquote yang simple dan senang jom follow step bawah ni :)

masuk >> design >> editHTML >> tick expand widget
cari kod ini >> .post blockquote { *lebih mudah guna ctrl+f 

dah jumpa paste kod dibawah selepas kod yang dicari seperti contoh gambar dibawah.
background: #FFFFFF;
border: 3px dotted #000000;
padding: 7px;
untuk colour background dan boder boleh tukar-tukar warna mengikut citarasa korang, kodnya boleh rujuk sini > kod warna

ini contoh editHTML yang sepatutnya korang kena paste ok, hope membantu ;)
dah siap boleh preview kalau dah puas hati boleh save!


atau

nak pakai blockquote yang ada background pun boleh cuma tambah kod dibawah selepas >> background: #FFFFFF; *contoh seperti gambar contoh dibawah.
background-image:url( link background );
 ini contoh dalam editHTML jika nak tambah background ;)
kalau dah berpuas hati boleh SAVE ok

___________________________________________________________________________________

untuk boder boleh tukar boder seperti ini dibawah
 untuk boder : solid

untuk boder : dashed

untuk boder : dotted

moga tutorial ini membantu semua, terima kasih ;)

noted: sebelum nak cuba tutor ni pastikan korang ada buat post blockquote dalam entri utama supaya bila edit senang nak preview ^_^ 




tutorial : cara rapatkan header pada body blog bagi pengguna template denim | menarik!



  Assalamualaikum, peace upon you.
ok tutor ini juga masih untuk sipemakai template denim. cara untuk rapatkan header dengan body blog. mudah saja cuma follow step-step dibawah ok :)

masuk >> design >> editHTML >> tick expand widget
sila cari kod ini > # header { sudah jumpa, apa yang perlu korang buat adalah menukar dibahagian boder:
boder: 1px tukarkan kepada ----> 0px
yang lain tak perlu usik apa-apa setelah selesai sila preview kalau jadi save. kalau macam senget-senget boleh kurangkan size blog jika perlu. AMARAN wajib preview dulu sebelum save.

selamat mencuba, ada pertanyaan boleh komen ;)




tutorial : cara nak tukar size blog bagi template denim (bergambar)

   Assalamualaikum, peace upon you.
tutorial ni mudah, bagi yang menggunakan template denim yang ingin menukar size blog menjadi lebih lebar kerana kalau pakai template denim yang asal kelihatan terlalu kecil so boleh ikut step shida. bagi template denim tak boleh tukar menggunakan template designer kecuali template biasa tapi tukar menggunakan editHTML.
cari kod > #header { dan tukar width: mengikut kesesuaian blog korang jangan terlebih lebar cukuplah pakai 900px saja. kalau konfem gantikan pada 760px tu ok.
lepas tu cari kod > #content wrapper { buat perkara yang sama gantikan dengan size yang sama 900px ;
kemudian kod > #main-wrapper { untuk bahgaian lebar entri jadi boleh letak 500px ; *cuma gantikan pada 464px saja ok.
dah selesai preview dulu sama ada seimbang kalau puas hati boleh save!

selamat mencuba ^_^