Dunia sebenar Shida: November 2011

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Wednesday, 30 November 2011

Sayang betul Nuffnang dengan shida, ke sebab kes SHIDA HARMI | BE ke 22 :)

   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah, sayang benar Nuffnang dengan shida kan. tak sia-sia shida update akaun Nuffnang hantar ticket, update survey dan lain-lain.  Nuffnang bagi shida Buffered Earning (BE) ke 22 iaitu Microsft Multi-Product. Shida sendiri pun tak perasan iklan ini.Dalam bulan NOVEMBER ni saja shida dapat sampai 5 BE syukur^^ Kalau korang perasan cuba klik-klik tengokkan apa ada dalam tu. then bagitahu shida ok? ok lah! eh eh :) Disamping shida dapat BE juga, dan dan lah! 2 BE shida sudah ME (meterred earning) nasib earns yang running tu memuaskan. so hanya tinggal 3 BE yang tengah running. Hope dia running berpanjangan AMIN ;)
ini lah SHIDA HARMI yang dimaksudkan shida, aiikk..nama sama la pula. hello! hello! hello! saya SHIDA'R a.k.a SHIDA RADZUAN bukan HARMI ok hehee^^ shida ni sekarang tengah hangat digosipkan dengan penjaga gol Harimau Malaya kita Khairul Fahmi a.k.a Apex. macam-macam lah dunia retis ni. kadang-kadang shida pun tak faham. lepas satu satu hot story dari si Apex ni. Ini lah salah satu gambar aksi panas dari mereka yang tersebar di internet dan media. Harap ia segera selesai untuk maruah masing-masing.
uihh^^ seksinya Shida Harmi ni. para kaum Adam sila sila tutup mata anda jangan dilihat gambar-gambar ini  kecuali gambar Apex hehe^^ tapi tapi bagi habis baca entri shida dulu ok. Lepas tu boleh tutup mata ;p 

cara-cara mendapatkan BE, request BE, update akaun nuffnang, hantar ticket dan lain-lain sila klik sini > tutorial nuffnang



Tuesday, 29 November 2011

ya allah!! sabar saja lah!! apa nak update ni!! arrggghhh...!!

   Assalamualaikum, peace upon you.
otak jadi blurr wehh!! tak tahu kenapa, lepas kejadian semalam dalam masa 6 minit BAHRAIN skor sampai 3 biji gol!! pada hal team Malaysia dah leading dulu 2 - 0, oh tidak!! terus jem wehh!! otak semalam terkedu tangan nak menaip semalam. Tutup lappy terus tidur je cehh!! konon frust lah sangat hehee.. tapi betul sangat-sangat, memang shida sedikit kecewa dengan game semalam. Tapi apa kan daya kena terima hakikat kan! walau apa pun shida masih sokong dan terus menyokong pasukan Harimau Malaya kita. dan berharap pasukan bola kita Harimau Malaya terus fokus dan jadikan game semalam satu pengalaman yang tidak patut dilakukan sekali lagi! HIDUP Harimau Malaya!!
kena terima hakikat kepada semua yang kecewa semalam, game semalam corak permainan memang terbaik, ada sistem tapi hilang fokus itu saja. Walau apa pun semoga berjaya untuk Harimau Malaya kita perjalanan masih jauh dan masih sempat untuk memperbaiki kelemahan skuad bola. Majulah sukan untuk Negara!




Sunday, 27 November 2011

SEGMEN: Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa

   Assalamualaikum, peace upon you.
segmen zareliqa, thank you iqa sebab invite shida join segmen ke2 iqa ni :) segmen ke2 ini segmen untuk follower-follower iqa, so bagi yang nak join follow lah dulu then baru join ok. nak join boleh klik banner atas tu atau mana-mana nama zareliqa yang telah shida link kan terus ke entri segmen. ha kan mudah macam tu^^ syarat-syarat super simple ^_^ jom bersegmen dengan blogger zareliqa.
so dalam segmen ni iqa minta pandangan tentang :                                                       FOLLOWERS dan READERS mana lebih penting?
*kalau nak ikutkan karma blog kedua-duanya bersangkutan atau berkaitan. sebabnya kalau tak ada follower mana datangnya reader, betul tak? bak kata iqa follower didahulukan reader diutamakan, haaihh.. dah macam tema 1Malaysia! bagus-bagus! apa yang penting disini kedua-duanya harus dijaga harus didahulukan dan harus diutamakan. kita femes pun kerana mereka, kita naik pun kerana mereka malah kita turun pun kerana mereka. Tanpa mereka "reader dan follower" siapalah kita sebagai blogger.  -sekian, peace no war-



Jom kenali anonymous a.k.a hery a.k.a lelaki pakaian hitam | pelik mereka ini!!

   Assalamualaikum, peace upon you.
Firstly shida nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433H buat semua umat islam seluruh dunia. Lambat pula buat entri tentang Maal Hijrah kan. 2 3 hari ni shida sangat-sangat sibuk, kerja banyak lepas tu letih, mata pula pantang nampak katil mula nak STIM saja!! STIM nak tidur lah!! berat sangat-sangat mata ni, bila dah sibuk letih macam ni mula lah dunia bloging shida terpaksa stop sementara. Pernah satu ketika tu, jam baru pukul9 malam shida on lappy buka --> login blog dan dan mata shida jadi kuyu, mengantuk, padahal niat nak bloging sebab awal lagi kan. Tak tahu lah sekarang susah nak kawal untuk tidur ni.

sejak shida jadi jarang bloging ni, ANON-anon suka eh bertenggek, bertandang dalam blog shida ni. ANON yang di maksudkan ini ialah nama tanpa link. tak kira lah ada nama atau tak ada tetap shida panggil ANON. kadang-kadang bila baca apa yang dorang shout ni buat shida ketawa geli hati terasa hati sebabnya..

sebabnya shida rasa dia kadang-kadang berpura-pura. ada pula yang tanya soalan yang bukan-bukan, cakap bukan-bukan, buat perkara yang bukan-bukan yang boleh buat orang nak HENTAM sama dia. Nasib lah dia tak tinggal link kalau tak kan dah jadi femes sekejap dalam blog ni ^_^

sebabnya shida rasa dia ni HATER shida ke?? tapi sejak kapan lol?? usik orang pun shida tak pernah ini kan pula cari pasal, minta maaf lah shida bukan jenis macam tu, siapa yang kenal shida tahu lah shida ni macam mana, bukan lah seorang yang boleh mendatangkan HATRED!!

sebabnya "aku dah mula FEMES"  <--- arghhh.. tolonglah shida perasan lebih, ini memang tak boleh blah!!  femes syok sendiri boleh lah! shida wujudkan blog ini pun bukan bertujuan nak mengejar GLAMOUR!! oh please lah!!

sebabnya shida dah malas nak fikir hal dunia ANON sebabnya langsung tak ada faedah!! buang masa dan buang tebiat fikirkan tentang itu. Jadi just IGNORE!!lah. Kalau dorang ni komen atau shout perkara atau pesanan yang membantu tak apalah, kita boleh terima ini tak disebaliknya pula..hhmmm..tak apa! think positive sudah!!

sebabnya..ha! sudah tak ada sebab lagi jom layan si ANON dibawah yang sempat shida print screen tanpa dia sedari. IP pon shida sudah detect!! yeahh!!

 apa yang dia nak shida pun tak tahu, kalau ga tahu ditanya dong!! arghh..gemas dehh!!




Thursday, 24 November 2011

Terima kasih sekali lagi Nuffnang untuk BE ke 21 | rezeki jangan ditolak!

   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah macam tak sangka pula shida dapat lagi BE dibulan yang sama. sekarang sudah ada 4 BE tengah running. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kekalkan trafik blog sekarang earns BE semua dah melebihi RM10. tak lagi campur CTR BONUS shida. harap-harap BE kali ni lama. Terima kasih jugalah sebab kawan-kawan blog shida tak putus-putus berkunjung ke blog shida ni. MAAF juga sejak kebelakangan ni shida agak kurang BLOGWALKING sebab terlalu sibuk dengan hal-hal dirumah. Tugas yang shida pikul sekarang agak berat dah terasa macam bebanan macam sudah berkeluarga pula ^_^ amboiii!! gataii naa!! hahaa^^
Nuffnang oh Nuffnang terima kasih ya! i love u lah!! eh tadi masa blogwalking blog ke blog rasanya Cik Jiejah si minah pink kita ni dapat BE yang sama ADIDAS NEO, tahniah cik jiejah sayang sama lah KITA ^_^ dengan harapan shida kali ini dapat buat yang terbaik untuk blog dan membantu sesiapa didalam kesulitan dalam mengedit blog. harap-haraplah dapat membantu dengan mudah ~
maaf shida akan lebih pastikan blogwalking lagi lepas ni, tunggulah keadaan dirumah kerja dirumah ni dapat distabilkan dalam seminggu ni. ANYAH jangan marah ye ^_^  *nak tips dapat BE sila lihat TUTORIAL shida thank you :)




Wednesday, 23 November 2011

Wordless Wednesday | Kepulangan yang dinanti! syabas harimau muda!

   Assalamualaikum, peace upon you.





Tuesday, 22 November 2011

Tahniah!! Harimau Muda Malaysia Juara Bola Sepak Sukan Sea 2011

   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah alhamdulillah shida sangat-sangat bersyukur dan berasa sangat-sangat lega dengan kemenangan BOLA SEPAK dalam SUKAN SEA kali ini. Segulung tahniah buat pasukan HARIMAU MUDA kita kerana berjaya membawa pingat EMAS buat Malaysia sejurus menambah lagi jumlah pingat emas kita. Tahniah juga pada ketua pasukan Malaysia BADDROL BAKHTIAR yang menguruskan pasukannya dalam perlawanan sangat baik dan sekali gus mengharumkan nama NEGARA MALAYSIA dengan tendangan penalty nya yang membolos terus kegawang GARUDA MUDA. Apa-apa pun bola menang dan emas untuk Pasukan Bola Malaysia, tahniah! tahniah dan tahniah! shida tersangat happy ^_^
MEREKA adalah yang terbaik!! kita harus memberi pujian kerana mereka telah bekerja keras untuk MALAYSIA. Tumpuan seterusnya untuk perlawanan seterusnya :)




Monday, 21 November 2011

Penangan lagu Price Tag by Jessie J dari seumur 2 - 3 tahun fuhh!!

   Assalamualaikum, peace upon you.
 
cukup banyak video sebenarnya cuma ini saja yang dapat shida share dengan korang semua sebabnya terlalu banyak sangat video-video yang buat show dekat youtube :) adik-adik ni semua bijak dan pandai menyanyi suka shida tengok mereka-mereka ni comel je! yang umur 2 tahun comel-comel je, walaupun mereka tak tahu lagu apa yang mereka nyanyikan tapi memang mereka ada bakat terpendam hehee^^ korang nak tengok video asal? just click gambar-gambar yang shida print screen ni. semua shida dah tengok hehee ^_^ sebenarnya ada banyak peringkat umur yang nyanyi lagu ini, tak percaya?? korang search saja dekat youtube.com dengan keyword "price tag" ok! sure dapatlah!! jom layan video original dari Jessie J sendiri lagu PRICE TAG!



Sunday, 20 November 2011

Akhirnya Malaysia ke Final | tahniah Skuad Harimau Muda Malaysia!!

    Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah akhirnya Malaysia Skuad Harimau Muda kita beraksi di perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea. Menentang semula Skuad Garuda Muda dari Indonesia. Pendapat shida Skuad Harimau Muda kita tidak lagi perlu gentar kerana masing-masing pernah bertemu dalam perlawanan dalam kumpulan. Mahu pun kita menang pada perlawanan tersebut tetapi janganlah kita mengibaratkan seperti perlawanan final nanti akan menjadi mudah. Mungkin skuad Garuda Muda akan bersiap sedia untuk perlawanan akhir nanti. Walau apa pun Skuad Harimau Muda Malaysia harus lebih berhati-hati dan fokus serta jadikan perlawanan sebelum ini sebagai satu pengalaman, pengajaran dan mencari teknik-teknik serangan dan kelemahan pertahanan Skuad Garuda Muda Indonesi untuk ke Final nanti. Insyallah ada rezeki dan tuah Skuad Bola Harimau Muda kita ini akan menyumbang lagi pingat untuk meningkatkan lagi kedudukan Malaysia.
target shida dalam game ni nanti mungkin 2-0 tapi walau berapa pun shida tak kisah janji menang hehe^^ Semoga berjaya buat skuad Bola sepak negara dan para atlet yang masih dalam perlawanan. Jangan lupa kawan-kawan kita tonton perlawanan ni esok malam. Moga tuah berpihak pada kita lagi ^_^ 
to izzaq please semangat dan bangun semula! skor lagi untuk shida dan seluruh rakyat Malaysia masa Final nanti  ~_^ tak nak jatuh-jatuh tergelincir lagi ya :) balas balik untuk gambar dibawah ini. sangat-sangat kurang ajar!!
gambar shida terpaksa remove bagi tidak buat sesiapa terasa atau berkecil hati.
KALAU INFO INI SHIDA SILAP MOHON MAAF BAGI YANG TERASA!!



Friday, 18 November 2011

ganjaran untuk blogger pilihan | follower 2324 blog shida, tahniah!!

   Assalamualaikum, peace upon you.
pada entri yang lepas klik sini > untuk baca ,shida telah pun menangkap muat blogger pilihan atau follower bertuah shida menerusi gadget follower yang memaparkan nombor-nombor bertuah yang bakal follower atau blogger bertuah mendapat ganjaran. seperti yang dijanjikan. setiap follower yang bertuah akan mendapat ganjaran EDIT BLOG secara percuma dari shida. hasil design shida sendiri
Jadi blogger yang bertuah adalah cik ANA tapi dia masih muda dari shida. dan masih newbie dalam dunia bloging. katanya suka warna pink jadi shida design blognya warna pink campur putih, siap ada bunga-bungan lagi. semoga cik ANA terus bersemangat dalam dunia bloging dan berjaya kelak. Jom nak lihat full page terjah blog cik ANA segera :)
haa!! ini blog lama cik ANA , shida sempat print screen untuk dijadikan kenangan :) so sekarang blog cik ANA dah jadi warna pink sangat-sangat pink sebenarnya dan cik ANA boleh geng dengan mereka-mereka ini CIK JIEJAH AZHAFIZAH WANIE CUNNDAA haa!! wanita-wanita anggun ini sume minah pink tau^^ kelas korang ~_^
Tahniah sekali lagi pada cik ANA, sudi-sudi lah selalu datang dan jenguk teratak biru shida ni ^_^



Tahniah!! pada team bola sepak malaysia menewaskan indonesia 1-0

    Assalamualaikum, peace upon you.
tahniah sekali lagi bagi skuad bola sepak malaysia telah menewaskan sang GARUDA muda dalam sukan sea ke 26 ni. Kalau nak diikutkan masa game tadi lebih 3 gol dah kita dapat tapi sayang izzaq sia-siakan peluang yang ada depan mata. patut boleh skor tergelincir pula. Tak apa lah, yang penting HARIMAU muda kita berjaya untuk melangkah ke perlawanan seterusnya.

 tahniah! tahniah! dan tahniah!
 aduihh^^ jatuh pula izzaq ni ^_^
nampaknya ada lagi ANON yang cuba-cuba nak cari masalah lagi, kalau berani berdepan!!



Thursday, 17 November 2011

Terima kash Nuffnang untuk BE (buffered earning) ke 20

   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdullah shida rasa lega walaupun 2 3 hari ni shida rasa macam terasa bengang nak marah fedup semuanya ada lah, nasib lah shida ni penyabar juga tahan saja telinga, orang atau anon asyik cakap yang bukan-bukan dekat shida dan blog yang tak seberapa ni. tak apa lah shida tolak ketepi je soal tu. sebabnya ada cerita lagi menarik dan best dari itu shida nak share kan dengan korang semua :) happy juga rasanya ~
pada selasa lepas entri yang ini ---> klik sini Nuffnang dengan baik hati bagi shida BE ke19 dan hari ni dengan kecoh-kecoh pasal ANON a.k.a HERY buat hal lam blog shida naik pula BE ke 20 berlegar-legar dalam blog shida yang tak berapa indah ni. Alhamdulillah syukur dan terima kasih pada Nuffnang untuk BE Prince Hotel, Taiwanese Restaurant Promotion :) kalau korang jumpa iklan ni cuba klik tengok apa ada dalam tu ya :)
rasanya hujung tahun nanti (2011) shida dah boleh cashout duit Nuffnang ni untuk kali ke3 seronok dan best kerjasama dengan Nuffnang. Dalam menghasilkan earning sambil shida belajar bersabar dan berjimat cermat. mungkin duit kali ke 3 ini shida nak hadiah untuk pemenang GA shida yang akan datang, mungkin shida plan nak buat GA tahun depan (2012) ^^insyallah, sekali lagi terima kasih Nuffnang dan juga pada kawan-kawan blogger yang sentiasa support shida dari shida seorang newbie hingga seperti sekarang :)
untuk tutorial NUFFNANG boleh klik TUTORIAL ditab menu shida Thank You!
amaran keras!! tak faham sila bertanya jangan komplen dulu ya! shida tak berapa suka sikap macam tu :)



Wednesday, 16 November 2011

kurang ajar betul blogger ni!! tak faham tanya bukan komplen itu ini!!

     Assalamualaikum, peace upon you.
pelik pula bila shida baca shout orang ni namanya "hery" tak ada link. actually shida tak tahu tutor nuffnang yang mana yang dia tengok then dia tak boleh buat, lepas tu dia salahkan shida pula. Soalan dia pun tak berapa clear "AJAR TUKAR NUFFNANG TU" setahu shida,shida tak ada tutorial ajar tukar nuffnang tu?? tukar apa? Kalau tak tahu tanya bukan komplen itu ini ok. Kalau rasa tutor shida tak membantu dan tak faham, carilah tutor orang lain. itu pun kalau jumpa la. setahu shida tak ramai blogger buat tutor NUFFNANG! 
Dalam dunia ni tiada yang sempurna tiada yang tidak membuat kesilapan so macam shida ni manusia biasa kalau ada tutor shida yang korang tak faham atau kurang faham ok shida mohon MAAF mungkin itu kelemahan yang datang dari shida sendiri. PLEASE! kalau ada tutor yang korang tak faham tak kisah lah NUFFNANG atau BLOG boleh shout atau inbox shida difacebook. Shida tak ada masalah boleh bantu. Cuma cepat atau lambat saja sebab shida pun sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja seharaian. Harap Maklum dan terima kasih :|
agak terasa dengan sikap blogger tu :(



Tuesday, 15 November 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ke2 sesi Nov | Nuffnang Bagi BE yang ke19

   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah usaha shida menuggu BE baru akhirnya dapat juga shida. Terima kasih Nuffnang sebab sudi beri blog shida BE baru lagi "Maybelline Fashion Week 2011" Ini bermakna entri yang lepas shida request BE berjaya. dan minggu lepas shida update akaun Nuffnang dan hantar ticket maksudnya berjaya juga lah :) Alhamdulillah rezeki shida kali ini. Shida akan jaga BE ini bagai menatang minyak yang penuh Al-maklumla satu-satunya BE baru yang shida dapat. Termasuk BE yang lama yang masih running shida sekarang ada 2 BE yang melekat dalam blog shida . Terima Kasih Nuffnang i love you ^_^
shida ada sediakan tutorial Nuffnang mungkin boleh membantu korang > klik sini





Monday, 14 November 2011

Tahniah pada Pasukan Negara: Hoki Juara Piala Sultan Johor | Malaysia vs Kemboja 4-1 BOLA Sea Games

   Assalamualaikum, peace upon you.
Tahniah pada pasukan Hoki Negara bawah 21 tahun kerana telah menjuarai Piala Sultan Johor yang pertama pada tahun 2011 ini, satu pengakhiran tahun 2011 yang membangga bagi era sukan tahun ini. Dengan kemenangan ini masa depan arah tuju pasukan Hoki Negara bawah 21 ini semakin cerah dan mendapat tempat dan nama dalam dunia sukan HOKI. Untuk team kali ni shida memang tabik pada mereka sebab kebanyakan pun pemain-pemain baru dan pelapis-pelapis muda team hoki negara. Perlawanan yang berlangsung di stadium hoki Taman Daya. SYABAS!!

TAHNIAH TAHNIAH DAN TAHNIAH UNTUK PASUKAN NEGARA !!

Kedudukan Terkini Sukan Sea/ Pungutan bagi kesemua negara.




Sunday, 13 November 2011

Keputusan Penuh AIM 18 | Anugerah Industri Muzik 2011

   Assalamualaikum, peace upon you.
secara keseluruhan dari mula dan pengakhiran AIM 18 kali ni sangat best dan paling menarik minat shida nantikan adalah persembahan dari Najwa Latif dan Greyson Chance. Kedua-duanya artis youtube yang menjinakkan diri dengan meng'upload' video-video mereka dilaman web tersebut. Best lagu paparazi tu and persembahan lagu terakhir pokok dari hazama pun best juga shida suka lagu tu ^_^ tak lupa juga pada hos  AIM18 AC MIZAL dan ZIZAN so sweet mereka lawak ala-ala manja^^ so keputusan penuh AIM 18 seperti dibawah:
1. ARTIS BARU TERBAIK AIM 18
-Najwa
2. LAGU POP TERBAIK AIM 18
-Sedetik Lebih – Anuar Zain
3. LAGU NASYID TERBAIK AIM 18
-Nora feat VOU – Pedoman
4. LAGU POP ETNIK TERBAIK  AIM 18
-Adibah Nor (Joget tak Senang Hati)
5. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK (LELAKI) AIM 18
-Anuar Zain (Sedetik Lebih)
6. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK (WANITA) AIM 18
-Yuna (Penakut)
7. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK  AIM 18
-Tiga Suara (beribu sesalan)
8. VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah AIM 18
-Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)
9. LAGU ROCK TERBAIK AIM 18
-API  (Pelita)
10. LAGU B.MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA AIM 18
Ku Menunggu (Rossa)
11. LAGU  TERBAIK AIM 18
-Yuna (Penakut)
12. ALBUM TERBAIK AIM 18
-The Malaysian Philharmonic Orchestra (Sheila Majid)
13. Artis Kembara AIM 18
Yuna
14. Artis Mobile Celcom Terbaik AIM 18
6ixth Sense
15. Anugerah Sri Wirama AIM 18
Puan Beh Suat Peng
Tahniah pada semua pemenang AIM 18 2011 ^_^