Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Terbuka | Dunia sebenar Shida Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Terbuka

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Sunday, 25 March 2012

Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Terbuka

   Assalamualaikum, peace upon you
Hot! memang hot! semalam baru saja selesai majlis pertunangan pelakon wanita Irma Hasmie dan Reza Syah Ameer. Sekarang kita dikejutkan lagi dengan berita baru keluar dari avon ni. Awal Ashaari  melamar Scha Al-Yahya secara terbuka untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi. Mesti ramai yang tengokkan time tu dan ramai juga yang update status dekat Facebook kata "sweetnya awal" . Kesian pula kat shida tak sempat menonton aksi "sweet" tu :)
Katanya (awal) lagi dalam set tersebut dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan. wahhh!! gitu memang la sweet :) . Tahniah buat scha seru dah sampai jangan dalih-dalih lagi. Maka dengan rasa terkejut dan aksi spontan dari awal, scha menerima lamaran tersebut. Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini. Tunggu jangan tak tunggu ya :)
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. Bertuah la Scha Al-Yahya ni. hehee..untungla!! Tahniah!! sumber : murai.com.my


wahhhh..bila turn shida ni =.=








8 Jari Ohsem:

eyryn said...

ouh ! sweetnye.. ryn nak jugakk :p

naiemah_ramli said...

waaa....patung dia besarnya..heee..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

story of the day :D

Azhafizah[フィザ] said...

tak tengok pulak tadi..how sweet cara awal tu kan..dapat cincin,bunga n teddy lagi..untunglahhh

Gadis Bertudung Merah said...

wah... nnty lau jumper video tu..shared okey..sweet la awl tu.

MaYa MustWany said...

sweet..hope kekal hingga akhir hayat

CikPuan Azizah said...

sweet sangat kan..jijah tengok tadi pon terharu,terpegun..apatah lagi sche.. so sweet.moga sampai ke jinjang pelamin..

mummyriena said...

scha cantik suka aku tgk dia...heheee