Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 12 March 2012

Lee Chong Wei tarik diri dari perlawanan Kejohanan All England 2012

  Assalamualaikum, peace upon you.
Lee Chong Wei tarik diri diset ke 2 dalam perlawanan Kejohanan All England 2012 yang cukup mendebarkan di Indoor Arena,Birmingham. Pasti semua rakyat malaysia ketika  itu kecewa dan sedih tapi tak mengapalah jika keputusan ini untuk keselamatan dan kesihatan  Lee Chong Wei itu sendiri. Kecederaan serius di bahu kanan Lee Chong Wei memaksa beliau untuk tidak meneruskan perlawanan ini dan memikirkan tentang perlawanan-perlawanan penting yang akan beliau hadapi jika bahu kanannya semakin serius. 
Walau apa pun keputusan Lee Chong Wei kami sebagai penyokong pasukan Negara sentiasa menyokong. Mungkin bukan rezeki Lee Chong Wei untuk Kejohanan All England kali ini. Dengan pengunduran Lee Chong Wei jaguh badminton dunia dari China Lin Dan ditabalkan sebagai Juara All England buat kali ke lima untuk dirinya.
Kelihatan balutan-balutan plaster dibahu kanan Lee Chong Wei yang nampaknya kecederaan yang agak serius. Moga kecederaan Lee Chong Wei kembali sembuh dan boleh beraksi lagi untuk Negara Malaysia.








14 comments:

  1. rasanya dah sampai masa tuk chongwei bersara.. kesihatan harus diutamakan

    ReplyDelete
  2. sedih tengok LCW main menahan sakit tapi semangat tetap kuat.Takpe LCW tak menang,tapi dia dah menang semangt.bangga! mesti tak best pada Lin Dan sebab menang FREE..kan?apa pun beremosi tengok perlawan malam tadi..^__^

    ReplyDelete
  3. sdh tp xpelah..byk lg rzki akan dtg :)


    ---hehe,zaza mmg suka tgk mcm beto tu...tp xkisah la mcm mn pun,asl kan dpt jdh tbaik :) ----

    ReplyDelete
  4. ape2 pon LCW mmg terbaik! banyak bantu negara malaysia :)

    ReplyDelete
  5. dia tarik diri bukan sbb dia dah kalah tapi dia sakit :) huhuhu kami tetap sokong LCW

    ReplyDelete
  6. dia ttp da membangga kan.
    kesihatan lbh pentinggg

    ReplyDelete
  7. moga dia cpt sembuh..

    p/s: shida..yui umh parents kat sg siput (u), tp skg yui keje kat Ipoh =) dok kat station 18.

    ReplyDelete
  8. agak2 kalo LCW xinjured boleh beat super Dan tak shida?...hoho...anyway, dua2 player ni ada kelas yg tsendiri & stkat ni player lain mmg xleh challenge

    ReplyDelete
  9. Kecewa tu memang ada tapi dia dah buat sehabis baik.. Kami tetap bangga dengan LCW!


    Rehat cukup², cepat sembuh, menang game lain dan kumpul harta lagi.. ;D

    ReplyDelete
  10. TAKPER MAYB BUKAN REZEKI DIA KALI NI..

    ReplyDelete
  11. tak pe lah.. xde rezeki untuk kejohanan ni.. lagipun kesian LCW yang tak bape sihat tu kan kan..

    ReplyDelete
  12. hope LCW dapat sembuh cepat dari kecederaannya dan meneruskan kejohanan berikutnya...

    Pemain Malaysia hebat 2 belaka

    ReplyDelete
  13. sedey. tp xpelah. xde rezki ag. olimpik 6t mane taw an. emas untuk Malaysia. insyaALLAH

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.