Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 27 July 2012

Juadah berbuka puasa paling syok | puasa ke 7

   Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulilah syukur kita masih lagi bernafas dibulan puasa yang mulia ni, hari ni masuk hari ke 7 kita berpuasa. so macam mana puasa kawan-kawan? tunggang terbalik ke? atau ok suda :) setakat ni perjalanan puasa shida dekat rumah bersama family ok je walaupun dalam rumah tak semua ada, adik-adik dekat tempat belajar masing-masing, abang dan kak long dengan keluarga masing-masing so dekat rumah betul-betul tinggal kami 4 beranak Mak Ayah Kak Ngah dan shida. Apa yang paling sedih semua akan balik pada akhir-akhir puasa. So nak bersama-sama lama-lama berbuka dan bersahur sama-sama memang tak dapat lah! merasa pun masa 1st puasa hari sabtu yang lepas, semua balik kecuali Abang shida, kakak ipar dan anak buah shida Esya <<-- lama tak tengok dia rindu!!
Untuk entri kali ni "Juadah berbuka puasa paling syok" sebenarnya keyword "juadah berbuka puasa" dah lama berlegar-legar dalam stats shida, dekat keyword Nuffnang pun ada mula dari 1st July sampai sekarang keyword tu keyword carian paling HOT! sentiasa menjadi TOP! dorang cari, tak kira lah dari mana-mana sumber kan. Biasalah bulan puasa mesti lah nak cari MENU utama berbuka puasa kan. Macam family shida sendiri yang sekarang cuma tinggal 4kerat ni MENU yang terbaik atau menu yang tak pernah tinggal dari mula puasa sampai hari ke 7 ni "SUP SAYUR"  fav family dan shida juga :) Sup Sayur ni mesti ada boleh dikatakan setiap hari mak masak. disebabkan semua makan sayur so tak jadi masalah jika masak hari-hari pun, lagi pula kan baik untuk kesihatan dan tubuh badan kita jika makan sayur lebih :)
lebih kurang macam ni lah SUP SAYUR tu, rembat gambar ni dari Google
oh ya! FLU shida dah semakin sembuh hari ni sangat-sangat ok, gara-gara cuma makan vitamin C saja, sungguh tak percaya!!





14 comments:

  1. ada org penah bgtau, kalau nk mengurangkan possibility dpt penyakit makan vit c.. nk cpat sembuh pun mcm tu jugak.. ape2pun get well soon.. =)

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh tau shida :-)

    ReplyDelete
  3. sup sayur pon kegemaran jijah..mudah buat..hehe

    bagus la makan vit c..tu lebih baik lawan penyakit.. moga terus cepat sembuh yunk!

    ReplyDelete
  4. huhuhu sedapnnnya
    Alhamdulilah sudah 7 ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. alahai..xshat lg ea shida..cian yer..mkn bnda pnas2 ea.minum air..take care k!ayut pon buka gan kwan 2 org je skrg..family raya pon yg dh kawen tak blik kg ayut dlu.so,mmg sorg jela :)
    tak nampk pon update shida kuar..dh tukar link dh..cane tu?

    ReplyDelete
  6. There are thousands of blogs that requires comments on them. What is the intention of blog comments? Sent From Blackberry.

    ReplyDelete
  7. alolo berempat jee ?? tggu adik bgsu balik mesti bgegorr rumah tuh .. haha

    ReplyDelete
  8. Sup sayur pun sedap.
    Salam ramadan Kareem :)

    ReplyDelete
  9. sup sayur mmg sedap kan shida..sup2 ni mmg lajulah mkn nasi terutama waktu sahur..

    moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  10. hampir setiap hari kt umah sy ada sup sayur ^_____^

    ReplyDelete
  11. suka juga sup sayur ni...

    alhamdulillah moga terus sembuh nanti :)

    ReplyDelete
  12. kalu sup sayur camni.. akka pun sk... mkn panas2 mmg sedap :-)

    ReplyDelete
  13. wah.dh baik.:)

    sedap sup sayur tu...

    ReplyDelete
  14. hehee..suami aku pn suka..ryshaa xpndai g nk mkn hahaaa..^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.