selamber!! je pakcik berdua ni makan buah langsat dalam kereta | Dunia sebenar Shida selamber!! je pakcik berdua ni makan buah langsat dalam kereta

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Tuesday, 31 July 2012

selamber!! je pakcik berdua ni makan buah langsat dalam kereta

   Assalammualaikum, peace upon you.
Nak dijadikan cerita time hari ahad yang shida keluar pergi ipoh kan, entri semalam ada bawah ni korang scroll tengok, ada kan?? masa dalam perjalanan ke ipoh kami tempoh beberapa traffic light, dalam menunggu lampu hijau tiba sebuah kereta saga biru berhenti sebelah kami. Saling tak tengok pun buat dek! je! tiba-tiba shida tergamam tengok pakcik ni letak tangan kat mulut then mulut dia macam kunyah-kunyah sesuatu nak kata bercakap tak mungkin, member sebelah dia diam je. Elok lampu dah hijau kereta semua bergerak elok tengah bergerak pakcik yang kunyah-kunyah tu buang kulit langsat ikut tingkap! perghhhh!!! tak tau malu tak puasa!! dah tua bangka kot!! Ayah shida geleng kepala tengok gelagat orang tua tu "mungkin sebaya ayah mungkin muda sikit dari ayah shida" . Kenapa susah sangat ke nak puasa?? ke memang seumur hidup dia tak pernah puasa? hampir separuh dalam perjalanan shida asyik fikir je.

Sebab tu orang bukan islam tak percaya bila kita orang melayu puasa, disebabkan benda-benda macam ni lah. Pernah 1 hari jiran tetangga lain lalu then berhenti sembang-sembang dengan shida. Dia tanya "u ada puasa ka?" eh Auntie mestilah puasa, "u tak da lapar" sebab tu saya bangun awal pagi (sahur) untuk makan, biasa memang tak de lapar, rasa biasa je, "tapi saya tengok ada yang makan juga itu macam mana kira?" kalau soalan macam ni keluar shida jadi susah nak terangkan. Lastly auntie tu paham sendiri, dia kata "orang yang makan tu kira orang tarak baik punya orang" bukan tak baik dia mencuri atau merompak dan sebagainya tapi tak baik dari segi agama dia sendiri "tak puasa" puasa kan wajib.

Kalau korang mampu korang puasalah jangan tak puasa ya! malu dekat adik-adik umur 5 6 7 8 tahun boleh puasa ini kan kita yang muda, sihat tubuh badan, puasa ya jangan tak puasa banyak keberkatan dan pahala yang dikurniakan kepada kita yang berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia ni. Peace  :)

Harga Nasi Ayam Mee Rebus Ramli RM4.80
ada yang teka tepat ke?? hahaaa^^ dah cek rasa tak ada
semua teka hampir-hampir, apa-apa pun Thanks, hehe :)




23 Jari Ohsem:

hazwan hairy said...

haha teruk betoi pakcik tuh..xingt Allah lah tuh..xtakut dosa n minat nk msuk neraka gamaknya..hahah

Nurmujahidah Ismail said...

astaghfirullahalazim,, ada jugak yang macam ni ye,, memang tak malu langsum,, tah pape

azizah :) said...

sepatutnya dah tua bagi contoh teladan kpd yg muda.. ni tak dia sendiri tak puasa..tak paham tol manusia ni kan.. nak kata syaitan kena ikat,,diri sendiri yang syaitan kot.huhuhu

piraaa said...

pakcik tu uzur kot. haha

Chuu Muqhlis said...

tak paham betul dgn org yg tgal puasa suka ati dia je kan., btw selamat berbuka shida ^^

Elih Japahar said...

Uzur kot..tak kan nak rotan br nak puasa kan :) salam ramadhan

C'Jai said...

semoga hidayah akan datang kepada mereka ..... :(

lama tak jengok cik shida...:)

-meeSUPERGIRL- said...

eh eh pokcik nih . asal gangster sgt ? boleh pulak tak puasa . tak malu . jatuhkan maruah agama sendiri . huh

laskar pelangi said...

nasib baik tengok gambar nasi ayam lepas waktu berbuka,takde lah rasa terliur...hihi =D

ohooo memalukan betol kalau org tua tak puasa,bebudak siap puasa penuh,dia boleh ponteng..eishhh

syiela said...

tua2 buat perangai tak senonoh.. haish malu la..

***lari 3 kupang hehehehe

diana said...

kalau tua2 pun tak puasa sah2 la zaman muda nya pun tak puasa..
kesian betul..

Ana Farhana said...

eeeee... tak maluuuu

Eca Dwinky Asha said...

lorr.uzur eh pakck tu...

caliph shuriken said...

aisey, rugi btul pakcik tu nti.. xde pluang nk msuk syurga khas utk org bpuasa, erkk...

Ezad Skytech said...

kesian tgk pak cik tu...budak2 kecik pun puasa...adehhh...malu la sikit...

mummyriena said...

gilerr lahap xdan tgu bbuka ka pakcikk oiitt!!

tilam.BKFM said...

kuang jaqq pkcik dah tua patut tnjuk teladan baik..aduihh malu..malu..

patriq said...

payah la kalo takat mkn buah lgsat bek pose jerhh adoii pakcik!!

fieda said...

muka tak malu ni..

IntaNBerliaN said...

itu yg susah bila bgsa lain tanya, mula kita susah nak xplain...

ayut said...

ayut pon keje surrounding chinese..dyorg pon ada taye mcm tu.mmg pyah ckitla nak explain sbb terang2 boleh nmpk bnda tu..adehh.smga sama2 beringat lah :)

Arra Ahmad said...

ta senonoh betul!

Che Rosliza Che mat said...

astaghfirullahalazim...itu jer yg mampu di ucap...dah tua tak insaf2 lagi...