Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 18 September 2012

sekadar ingin berkongsi "Bahasa Itu Indah"

   Assalammualaikum, peace upon you.
shida translate dulu ayat diatas berbunyi seperti berikut " sakit hati bila gaduh dengan BFF tapi hati ini akan bertambah sakit kalau tak dapat buat dia gembira masa dengan kita. Sekarang aku lepas hang sayang oii!. Aku tengok hang lagi gembira tanpa aku K takpa ceria selalu dengan BFF baru hang. Aku sayang hang! " so macam mana selepas shida translate? indah bukan bunyi dan bahasa dia :)
shida print screen dari FB hari tu status ni terupdate dekat new feed shida. Mula baca tak faham sangat sebab ayat dia macam tu, kali ke 2 baca baru paham hehee^^ gembira adik ni sebab bermain rebut kerusi tadi dekat sekolah ya^^ korang faham?? boleh tolong translate kan?? hehee :) Shida sekadar berkongsi bukan nak aib kan sesiapa. Nama pun shida hide kan supaya tak jadi satu isu besar nanti. Semua pun tahu kan bahasa-bahasa typing ni macam-macam, dulu shida juga pernah terjebak. Tapi sejak dah kerja dalam bidang yang lebih profesional shida dah buang tabiat guna bahasa-bahasa macam tu dalam typing sebab dalam kerja harian shida nak type surat-surat rasmi. Dalam blog shida juga shida praktik kan untuk memiliki sebuah blog yang berkualiti dalam penulisannya. Dulu tersasul-sasul juga tapi sekarang dah ok tiada masalah lagi tapi masalah TYPO memang tak boleh lari hehee^^ Hari ni baru nak mula singgah-singgah blog kawan-kawan, shida agak sibuk dan baru berkesempat nak wish pada korang semua Selamat Hari Malaysia :)



30 comments:

  1. Amboi. Tergigit lidah Fy baca. :/ Huahaha.

    ReplyDelete
  2. Sepatah haram tak faham kalau shida tidak jelaskan balik...Pening kepala sis...Pernah jugak ada blog type entry cam gini....

    ReplyDelete
  3. bahaya ni taku2 kalau terbawa dlm exam terutamanya bila buat karangan..cubit2 nuffnang kat cni

    ReplyDelete
  4. Nih sah orang utara. HAHA ayat cam cempera xD

    ReplyDelete
  5. ayokkkk.. yg atas tu boleh la paham sikit2.. tp yg bawah tu blurrrrrrrr trusss... apemende lah di taip kann nya

    ReplyDelete
  6. budak2 sekolah selalu guna bahasa mcm tu...akak pun xbapa faham kdg2 kena baca sampai 3 4 kali bru fhm hehe

    ReplyDelete
  7. akak mmg tak faham kalau tak translate dik oi.hehhehe

    *** dah jengah blog bro eqbal.. tahniah dear

    ReplyDelete
  8. klau en3 jgn taip semua cmni laa, susah nk baca tau.. klau sikit2 bole trima lagi, huh...

    ReplyDelete
  9. Susah nak faham bahasa macam ni. -,-

    ReplyDelete
  10. Budak2 muda sekarang memang suka merosakkan bahasa.. Kadang2 duk SMS ngan anak buah pon lagi teruk dari ni bahasa dia taip.. Sampai kena confirm 2,3 kali sebab tak paham..

    ReplyDelete
  11. budak2 sekarang guna bahasa sanskrit..:P

    ReplyDelete
  12. haha.. tp sy xbrape suke la org yg tulis2 cam gini...

    ReplyDelete
  13. fail.... haram nak baca cam tu...tergeliat lidah nak ngeja...

    ReplyDelete
  14. adeh..saya langsung tak dapat tangkap ayat2 tu.hahaha

    ReplyDelete
  15. yg kedua tu susah sikit nak baca..

    ReplyDelete
  16. adoi... tak paham gak mula2.. 2-3x baca baru boleh paham sikit2.. ee tolong la kalau karangan SPM ni fail! hehe

    ReplyDelete
  17. ar ar ar ar ar . hahahahhaha ! automatik jd gagap pulak mee ! haha

    ReplyDelete
  18. eeii.. x ske btol ayat belit2 camtu.. huh..

    ReplyDelete
  19. Mmg tak paham..terbelit2 lidah ni nk baca..Bila shida dah translate tu baru akak paham..

    ReplyDelete
  20. sakit otak cikgu membaca kalau macam ne rupe karangan...belum masuk part tulisan yang 'lawa'..

    ReplyDelete
  21. tak minat betul kalau jumpe bahasa2 gini..pelik..

    ReplyDelete
  22. Kalau ada pertandingan bahasa pelik-berbeli-belit, orang jenis macam ni patut masuk supaya dia tahu kehebatan dia dalam menggunakan bahasa. ;D


    ReplyDelete
  23. hihihi...adehh.ayut ok sikit kot :p

    ReplyDelete
  24. bahsa skg langsung sop x paham..
    pernah sekali kena AQ rupanya aku.. adus... huhuhu

    ReplyDelete
  25. huwaaaaa!!!rosak binasa bahasa kita jadinya..kadang2 tak paham dengan budak2 skrg..tak cukup ngan short form..di eja nya semua prkataan ikut mcmna dia sebot smpai langsung jd berbelit2 :(
    btw,jmput follow kmbali ye :P

    ReplyDelete
  26. hihii kadang2 yang suka wat ayat macam tuh dak sekolah.. mas kalau dah 3 patah perkataan tak faham, malas nak baca da.

    ReplyDelete
  27. owh mcm pernah ku lihat mcm ade juga dekat new feed aku shida hehee..mmg bbelit lidah baca haihhh..depa nih!!

    ReplyDelete
  28. pat kdg2 suka gak guna bhasa2 jerukk mcm tu heheeee :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.