Dunia sebenar Shida: January 2012

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Monday, 30 January 2012

AJL ke26 | Tahniah! Hafiz AF7, M.Nasir dan Budi "Awan Nano"

   Assalamualaikum, peace upon you.

Tahniah buat Hafiz AF7 kerana Juara AJL ke 26 dengan merangkul vokal terbaik malam AJL. Tahniah buat Hafiz. best juga lagu Awan Nano ni, cukup sinonim jika dikaitkan dengan Johan Raja Lawak hehee. Tapi kenapa lagu Alyah tak boleh menang malam ni cuma mendapat tempat persembahan terbaik untuk malam AJAL ke 26 ini. Tahniah buat semua pemenang Jacklyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura, Faizal Tahir dan juga kepada penulis lirik serta komposer buat semua pemenang. Jom layan video lagu Juara dan vokal terbaik AJL 26 Hafiz - Awan Nano dan juga lagu Alyah - Kisah Hati sememangnya lagu itu sungguh menusuk KOLBU!
psstttt..nampak tak REMY ISHAK weee wittt hehee ^_^







Friday, 27 January 2012

Tutorial Nuffnang : cara nak hantar email pada Nuffnang!

   Assalamualaikum, peace upon you.
hari ni shida nak cerita sikit tentang NUFFNANG, sebelum ni ada beberapa blogger tanya shida "email nuffnang apa ek" "apa email nuffnang" "macam mana nak dapat email nuffnang" sebenarnya Nuffnang tak ada email yang khas. Tapi cara korang nak berhubung dengan nuffnang dengan satu cara menghantar ticket atau email kepada nuffnang melalui AKAUN NUFFNANG korang sendiri. Tak paham lagi?? jom tengok tutorial shida ni:
1. korang sign in dulu Akaun Nuffnang dan click contact us bahagian tab menu

2. korang tick bahagian "Blogger Enquiries/Suggetions"
3. selepas itu tekan NEXT >>
4. bahagian subject: korang isi la perkara yang korang nak sampaikan
5. tulis isi kandungan dalam kotak yang disediakan tu k
6. type betul-betul verify word yang diberi kalau rasa tak pasti  [reload new image]
7. Submit Ticket korang ok

dah siap semuanya korang tunggu la dalam 48 jam pihak Nuffnang akan reply email korang tu ok :)
selamat ber'email' bersama Nuffnang


"Nuffnang Nak BE baru lah!"




Thursday, 26 January 2012

Segmen:Adore Your Arts Part II

   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah syukur sebab terlepas nak join segmen part I now ada segmen part II, shida masih boleh join lagi segmen dari Azhafizah dan geng-geng group WLA dari Facebook. berminat nak join sebab ARTS! shida suka art tak kira la apa jenis pun janji art! dari sekolah pun shida memang ambil aliran ART! untuk segmen ini hadiah yang dipertaruhkan oleh penganjur adalah  vector, vector cartoon, doodle atau yang paling best!! flash header oleh Fahmi Mahat ni. Act kenal juga dengan Fahmi Mahat sebab banner yang shida pakai sekarang dia yang buat :)

Jadi untuk segmen part II ni shida cuba lah naseb dan gambar yang unik dan bagi shida seninya memang indah shida pertaruhkan adalah ini :
gambar ni shida ambil masa shida dan parent pergi PARIT BUNTAR PERAK sempena Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Shida tengok bahagian ikan-ikan ternampak lah ikan-ikan diatas ni pengusaha oleh orang melayu kita. syabas!! so kalau korang nak join masih sempat segmen tutup pada : 29 Jan 2012 11:59pm  hurryupp!!

untuk syarat-syarat semua shida dah patuhi hope tak langgar mana-mana syarat hehe dan good luck untuk diri sendiri dan juga peserta yang join nanti :) Nak join klik banner segmen ya!! thank you :)








senarai blog atau website yang akan digodam! | kes HACKERS lagi!

   Assalamualaikum, peace upon you.
salam korang :) untuk pembuka entri hari ni shida nak menyusun sepuluh jari sebab meninggalkan blog shida ni dalam keadaan yang tidak sempurna. 4 hari tak update! hambek ekau!! Kalau nak cerita panjang ceritanya. Nak diringkaskan 2 hari demam 2 hari blog cuti sebab CNY (chinese new year) pergi jalan-jalan bersama keluarga hehee..sangat-sangat syok! shida ada tengok movie kat Big Cinemas!! nak tahu cerita apa shida tengok?? tunggulah shida cerita pada entri seterusnya ok :)

ok mulanya shida nak share dengan korang khabar-khabar kurang senang untuk kita sebagai blogger ni rasa kurang senang dan kurang selesa mendengarnya. 2 hari yang lepas sebelum shida berlepas ke Kuala Lumpur shida ada belek-belek Facebook. Belek punya belek rajin duk baca duk like wall status kawan-kawan, ada lah hamba allah ni mengingatkan kawannya tentang blognya bakal digodam siap dia ping list blog yang bakal digodam lagi. Shida cuba buka link yang diberi memang banyak nama-nama blog dan website yang ada dalam list tu.

pertama sekali shida semak sama ada blog shida tersenarai, disebabkan list terlalu banyak so shida cuma ctrl+f saja. Alhamdulillah lega blog shida tiada dalam senarai tapi shida ada juga semak blog kawan-kawan shida yang lain, rasa sedih blog mereka ada diantaranya : blog Ain Zulaikha blog Firdani blog pelangi setakat ini lah yang shida dapat cari huhu..betul! tak betul! shida pun tak pasti tapi yang pastinya kita kenalah ambil langkah berjaga-jaga, tukar password korang tu ok. korang pergi semak blog korang sama ada tersenarai atau tak?? klik sini > list blog bakal digodam please! siapa ada info ni sila share!

sebab sebelum ni memang kerap team hacker menceroboh blog atau website, hingga sekarang masih bergiat aktif, berleluasa sehingga menyusahkan banyak pihak. Shida juga pernah keluarkan tentang hal HACKER baca entrinya disini > sipenjenayah siber! termasuk langkah-langkah yang perlu kita ambil tahu dan buat. Jom sama-sama kita selamatkan blog kita.

" kalau shida dapat info ni dari orang itu salah, maka salahlah shida. "





Friday, 20 January 2012

Apa tujuan korang berblog sebenarnya?? | tips berbloging!

    Assalamualaikum, peace upon you.
selamat pagi salam satu blogger :) rasa pelik je bila update blog seawal jam 9:00 am memikir memerah otak nak update apa. seperti biasa sumber shida yang utama biasanya dari keadaan sekeliling lah atau pun sekeliling wall di FACEBOOK. korang ada FB? tipu lah kalau tak ada. Fenomena berfacebook sekarang dah menjadi top10 dalam gejala atau aktiviti sosial harian. Jangan kata korang,shida sendiri pun kaki FB. so dengan dua mata ciptaan ilahi ni shida suka baca news feed dari kawan-kawan FB serta fanpage yang shida like. Tiba-tiba tertarik nak baca blog sorang blogger ni mengenai isu Rumah Wardina kena samun TAPI ceritanya pelik dan aneh dikatakan blogger tersebut secara ringkasnya kepada wardian "berlakon" dan mencetus satu kontroversi and lastly bila dah menjadi isu media Wardina sendiri meminta blogger tersebut berdepan dengannya sehinggalah kenyataan dibuat dalam entri blogger tersebut meminta maaf pada wardina dan suaminya. Paling tak syok baca berbalahan antara blogger dikomen sungguh-sungguh menyedihkan :(

itu yang pertama shida baca, yang kedua blogger ni pula menulis tentang politik. Blognya penuh dengan pengisian tentang politik UMNO PAS DAP dan sekutu dengannya. Shida baca beberapa artikel yang ditulis sepertinya dia sangat-sangat yakin dengan penulisan beliau. Rasa apa yang diperkatakan dalam blog tersebut adalah 100% betul! fuhh!! blogger ni berani buat berani tanggung nampak gayanya. Macam-macam ragam shida tengok blogger-blogger diluar sana. macam shida sendiri pun masih "bertatih" .

Dalam beberapa cerita yang shida share dengan korang ni cuma shida hairanlah. Apa tujuan sebenar kita berblog? kalau bagi shida sendiri PASTI 100% tidak menulis tentang keaiban seseorang, isu-isu POLITIK yang membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Shida suka menulis tentang perihal-perihal dunia yang boleh dijadikan ikhtibar dan panduan, berkongsi pengalaman dan kemahiran untuk semua. Isu-isu semasa pun ada tapi tidak lah sehingga membawa kekecohan. Bukan tak KENTAL! tapi nak berilmu dengan bersih. Orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Terpulang pada pandangan masing-masing. Shida lebih suka berbloging dalam keadaan happy dan sihat!
shida share lah dengan korang beberapa TIPS BLOGING untuk korang dan shida sendiri pelajari, ok jom sama-sama belajar :)

Paling-paling utama elakkan dari minda korang nak bloging kerana ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Mengumpat mengata entah benda atau perkara itu sahih atau tidak. Buanglah rasa hasad dengki korang tu kerana berbloging kerana itu memang tak membawa korang kepada blogger yang berjaya dan bersih! atau memang kosonglah! tapi lagi membawa korang dibenci pembaca adalah! Bila dah dicemuh dan dimaki apa yang korang dapat?? NOTHING! so kurang-kurangkan lah kontroversi dalam berblog. Tingkatkan kualiti blog itu lebih penting kurangkan kontroversi melainkan blog korang memang blog kontroversi tak boleh den nak cakap apa :p
Bloginglah dengan selamat dan telus supaya korang disukai dan senang didekati. Bila korang seorang yang friendly pasti ramai kawan, semua orang pun pasti nak dekat. Boleh juga menjadi sebahagian dari tujuan korang berbloging untuk mencari kenalan/kawan  yang boleh share with each other. Shida dah ramai kawan alam maya atau kawan-kawan bloging yang sempoi dan sangat-sangat baik, thanks korang :)
Gaya penulisan pastikan korang menitik beratkan dalam entri. Sebab tujuan utama pengunjung datang ke blog adalah melihat entri, apa ada dalam entri. Kalau menarik untuk dibaca pasti tertarik juga untuk meninggalkan komen pada entri tersebut. Kalau setiap entri korang mempunyai lebih dari 1 komen percayalah blog korang sebenarnya ada pembaca. Ini juga satu tarikan pada pembaca membaca artikel-artikel yang menarik seperti INFO TIPS HAL ISU SEMASA HIBURAN SUKAN TUTORIAL dan sebagainya. Ingat! penggunaan long form atau ayat skema adalah terbaik untuk penulisan kita.
Elakkan dari menjadi copycat sedunia. Bloginglah dan membuat entri dengan gaya penulisan tersendiri tak perlu copy bulat-bulat dan katakan ia hasil dari penulisan korang. Tulis entri kena jujur sebab pembaca sendiri boleh menilai tahap "original" entri korang. beb!!! nak copy boleh tapi ubah lah part-part yang perlu serta berikan credit kepada sumber korang ok :) terutama entri TUTORIAL paling banyak blogger copycat ..hmmm..
Mengejar populariti itu memang ada dalam setiap blogger. tipulah nak kata tak ada kan!! Semua orang ada cita-cita dan matlamat dalam arena bloging Ada yang nak jadi macam orang ni, macam orang tu. bagi shida lebih baik menunggu populariti datang kepada kita daripada mengejar. Menunggu dan mengejar ENDING dia tak sama, dah banyak contoh terdekat yang nyata ada disekeliling kita untuk dijadikan contoh. Tak percaya?? sila sila silalah buat :)
Part ni shida suka, biasa blogger otai atau blogger yang kategori dalam "temporarily popular" ni biasanya ada "EKP" apa maksudnya tu? hehee maksudnya 'eksyen' 'kerek' 'poyo' . Tak salah kalau korang otai dan femes korang ada "ekp" tapi biarlah bertempat. Kadang-kadang yang tak otai dan femes pun ada "ekp" ini perkara biasa bagi shida "ekp" tak bertempat namanya. Shida tahu tak semua blogger otai dan femes ni sombong dan "ekp" dan mereka juga lebih berhati-hati dalam pergaulan sebab ada yang nak bergaul "ada udang disebalik batu" faham kan?? orang kata "diam-diam ubi berisi" paham tak? hehee..faham-faham lah sendiri. Jadikan perkataan OTAI itu adalah satu simbol yang baik. Shida suka blogger otai dan femes membantu dalam dunia bloging, menegur dengan berhemah jika pasti itu adalah kesalahan. Tambahan pula yang jenis berpuak-puak shida sangat-sangat pantang!! tak suka blogger yang berpuak-puak. shida sure korang juga tak suka kan? jadi elak-elakkan, kita sebagai blogger lebih baik kalau bersatu dan ada nilai ingin membantu antara satu sama lain. tak gitu?
Ok part ni memang agak sensitif sikit. sebab shida sendiri juga berbloging sambil menjana pendapatan sampingan. TAPI tak boleh lah terlalu taksub ok sampai buka blog penuh dengan iklan saja. Lagi satu kalau buka blog mesti keluar iklan dulu, tak salah pun tapi biarlah berpada-pada kita sebagai blogger haruslah mesra pengguna jangan sampai tak ada siapa yang nak masuk blog kita tu. Rezeki kita masing-masing tak sama dengan orang lain. Orang kata rezeki masing-masing jadi setiap rezeki yang dikurniakan bersyukur ok. Terlalu mengejar pun tak sedap juga kita dengar. Mengejar yang yang halal itu lebih penting ..AMIN..
Apa tujuan korang berblog sebenarnya?? sila-sila share pada komen ya :) ok tujuan berblog pasti lah nak berjaya dalam dunia bloging. Maksud "BERJAYA" bukan lah berjaya sehingga dinobatkan dari mana-mana pihak "anda adalah yang terbaik dan berjaya". atau mendapat segulung ijazah sarjana muda "blogger terbaik" atau pengikhtirafan dari mana-mana pihak. Kalau dapat Alhamdulillah satu misi dah berjaya tapi sebenarnya berjaya dalam bloging adalah kepuasan yang kita sendiri dapat dalam bloging. Macam shida sendiri "kepuasan" itu adalah pembaca pengunjung pengomen pengikut dan macam-macam 'pe' lagi yang ada dalam blog Dunia sebenar Shida ni dan dapat kenal pula dengan kawan-kawan yang spoting (susah senang bersama) dan sumber inspirasi membuatkan shida lebih bersemangat untuk terus menaip dan berbloging hingga ke penghujung hari. Terima kasih kepada semua kerana membawa shida hingga ke tahap sekarang! dari sifar ke sepuluh. Terima kasih! love u all <3

satu page penuh entri kali ini sebab terlalu panjang ngam-ngam satu page, sorry ^_^ kalau nak faham cuba baca dari awal hingga penghabisan entri! pasti faham ceritanya bukan sengaja nak membebel :) sekadar perkongsian bersama, terima kasih ~

 entri ini juga hasil dari idea shida sendiri jika ada kesalahan mohon tunjuk ajar dan juga tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang sudah tiada. peace ^_^



Thursday, 19 January 2012

Apa pilihan shout kegemaran korang ?? | CBOX vs FIBOX

   Assalamualaikum, peace upon you.
salam satu blogger semua :) so hari ni shida publish entri agak kelewatan huhu. Sementara nak menunggu turn mandi ni shida taip beberapa text ringkas untuk korang. Ia juga satu peringatan untuk korang bila masuk blog Dunia sebenar Shida ni. Macam shida keperluan shout ni memang perlu!! dalam blog shida. Disamping kawan-kawan dapat tinggalkan pesanan ringkas atau panjang, disitu shida tahu juga tahap keperluan dan kegunaan blog shida ni. Bagi shida walau shida "FEMES" atau "TERKENAL" satu hari nanti <-- bila lah agaknye?? :P shida pasti sediakan juga satu shout buat kawan-kawan. Shida tahu tak ramai juga yang nak berbalas komen tapi meletakkan walau satu shout dalam blog satu idea yang terbaik untuk blog macam shida dan sesiapa saja.

Shida akan rasa janggal bila tak letak shout then pengunjung pasti komen pada entri TAPI yang dia komen bukan tentang penulisan yang kita karangkan tu tapi dia mengirim satu pesanan iaitu "hye singgah sini" "saya dah follow awak follow balik ye" so sia-sia je kita karang penulisan yang terbaik dari ladang sekali pun. dorang tak baca malah sibuk memberitahu kehadiran dorang ke blog kita! Tapi ini semua terpulang pada hak individu. Pendapat shida mesti ada SHOUT! :)

sebenarnya bukan perkara diatas yang nak shida sampaikan. Sebenarnya shida nak bagi tahu yang sekarang ni shida menggunakan 2 jenis shout iaitu FIBOX dan CBOX untuk penggunaan utama shida pakai FIBOX sebab shida tengok kegunaan dia mudah dan mesra cuma kadang-kadang suka problem juga so CBOX shida buat sebagai shout ke 2 JIKA! fibox mengalami kekejangan ya! hahaaa..kalau FIBOX problem korang jangan lah terus pangkah gunalah CBOX shida tu. kan shida ada pesan "FIBOX PROB?? KLIK CBOX DISINI" jadi korang klik lah cbox pasti boleh guna tanpa sebarang masalah. Biasa lah benda free mana ada yang sempurna kan :)

raya cina menjelma cuti tiba yahuuuuu!!!! blogwalking sampai pitam!!! korang cuti berapa hari??





Wednesday, 18 January 2012

Wordless Wednesday | super funny and creative!!

    Assalammualaikum, peace upon you.





Tuesday, 17 January 2012

Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com

   Assalamualaikum, peace upon you.
Salam Sejahtera semuanya,untuk bulan pertama 2012 giveaway kali ini shida ditag oleh blogger jejaka malaya iaitu Pamie "Aku Anak Labuan"  terima kasih tak terhingga kepada Bro Eyriqazz atau penganjur giveaway ini kerana menganjurkan satu giveaway yang menarik dan buat shida tertarik untuk join kan pamie :) so hadiahnya berupa wang kertas baru dari BANK NEGARA. mesti tak ramai yang ada duit baru ni. so kalau rasa nak cepat dapat dan buat koleksi terawal boleh lah join giveaway ini > klik sini atau banner atas! boleh lihat hadiahnya sekali. Tarikh tutup GA 31 Januari 2012.

so untuk melengkapkan syarat-syarat giveaway bro Eyriqazz meminta pesertanya meletakkan satu permalink entri terbaik blog dan lengkapkan ayat "Entri ini saya rasakan entri terbaik saya kerana" .........

sebanyak 480 entri yang telah shida karangkan selama setahun lebih shida berbloging dan diantara 480 entri ini bagi shida entri ini adalah entri terbaik blog shida "Team hacker semakin berleluasa sekarang! apa patut korang buat? | Jom selamatkan blog sebelum menjadi mangsa HACKER!" kerana..penemuan satu kajian yang dicipta oleh pakar dan shida cuba mengolah mengupas dan pertontonkan kepada semua blogger bagi meningkatkan satu kesedaran tentang "dunia hacker" atau kekejam siber masa kini serta memberitahu tentang kewujudan hacker ini perlu diambil kira. Meningkatkan dan memperkuatkan katalaluan blog masing-masing dan juga saling berhati-hati ketika bloging untuk keselamatan dan keharmonian blog masing-masing. Blog selamat kita pun happy betul tak? :)

Jadi untuk GA ini shida tag beberapa rakan seperjuangan iaitu Azhafizah Puan Azizah Aida Omar Apit Caliph dan Sis Lily . Semoga berjaya pada yang kena tag dan join jangan tak join :)

andai blog shida menjadi pilihan pemenang GA ni duit tu nak simpan buat kenangan :)




Friday, 13 January 2012

ragam kawan-kawan yang baru JOIN BLIN.GD | cashout earns blin.gd

   Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah earns yang ditunggu dah tiba. cukup RM100 shida dah boleh cashout earns dari BLIN.GD .Thanks tak terhingga juga pada blogger Apit sebab sudi invite shida ajar shida cara  menguruskan BLIN.GD ni. Untuk cashout yang pertama ni alhamdulillah walau agak terlewat sebab kesibukan yang melampaui batas tapi cukup untuk shida. cukup RM100 shida cashout je sebab untuk proses cashout je memang mengambil masa yang agak lama mungkin hampir 3bulan juga so kena sabar menunggu. 
apa yang bestnya blin.gd ni hanya sign in acc menggunakan acc facebook atau twitter saja so tak perlu bersusah payah nak register bagai cuma nanti bila dah sign in korang kena isikan detail bahagian profile :) untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh tanya sifu saya APIT.
hahaa.. korang tengoklah pasal blin.gd tu saja orang-orang yang mengarut dalam tu hampir 99 comments tambah yang atas 43 comments. shida ada invite 2 3 member join blin.gd ni dorang gelak guling-guling bila tengok earns up to date hahaa^^ mereka-mereka yang terlibat jangan marah dengan entri ni hehee^^ korang nak tahu ke kami mengarut berseloroh apa masuk sini > FB shida pssttt.. kena add dulu kalau belum add!

Nak Join BLIN.GD klik sini > BLIN.GD sebelum tu klik Sini untuk shida k tq :)






Thursday, 12 January 2012

Ini baru dipanggil tangan berseni | shida kagum lihat hasil seninya!

   Assalamualaikum, peace upon you.

Mungkin ramai yang dah tahu tentang kewujudan video ini. shida share lagi sekali dan shida sarankan korang tengok! mesti tengok! lihat sendiri dia menghasilkan satu seni atau lukisan pada cermin atau kaca dengan hanya menggunakan jari jemarinya sahaja! sangat-sangat unik dan shida kagum lihat hasil seninya! Tapi shida tak puas lah tengok dalam video tak berapa clear. mungkin depan-depan lebih puas hati kan :)





Wednesday, 11 January 2012

Wordless Wednesday | dengarkan lah wahai PECINTA!

   Assalamualaikum, peace upon you.





Tuesday, 10 January 2012

Tutorial Nuffnang : cara nak buang polls pada "Skyscraper"

   Assalamualaikum, peace upon you.
Tutorial Nuffnang kali ni mudah sangat-sangat iaitu cara kita nak buang polls pada papan iklan Skyscraper. Jom follow step mudah ini :)
1. login Akaun Nuffnang dan masuk "Blog Manager"
2. pilih "POLLS" dan pilih "No"
so DONE polls pada iklan skycraper tak akan keluar. 

> Selamat mencuba <



Monday, 9 January 2012

Akhirnya shida siap EDIT blog berwajah baru untuk gigiAriema

   Assalammualaikum, peace upon you.
blog simple untuk gigiAriema bertemakan merah dan hijau juga terselit binatang kecil-kecilan beberapa ladybird sebagai penghias latarbelakang pada blog gigiAriema. Nak lihat hasil sepenuhnya design blog gigiAriema, sila terjah blog Dr.Gigi gigiAriema. harga design ini?? sangat-sangat murah RM20 boleh kurang-kurang lagi, thank you :)





Sunday, 8 January 2012

berakhir sudah musim kesibukan shida | kemaskini Nuffnang #1

   Assalamualaikum, peace upon you.
salam blogger salam satu malaysia untuk semua, alhamdulillah tempoh kesibukan hampir tamat. shida dah boleh urus masa sendiri dan blog dengan sempurna. boleh lah tiap-tiap hari update blog :) baru syokkk!! kan!! selalunya asyik tak sempat saja. Balik rumah dah letih, bila letih confirm terus tidur. Mata pula pantang nampak bantal bushuukk mesti nak lena. huhu apa kan daya tanggungjawab yang wajib shida jalankan. pasni minggu pertama orientasi semua dah selesai so sedikit lega. Dah boleh atur semua kerja-kerja seperti sedia kala.

Tutorial blog pun dah lama shida tak update untuk korang kan. sibuk punya hal habis semua terbengkalai huhu^^ ada juga beberapa blogger yang request shida tutorial blog dan Nuffnang. cuma shida tak menyempat saja nak buat. MINTA MAAF sangat-sangat yer. hope ada yang faham lah dengan situasi shida sebagai seorang yang BEKERJA :) siapa yang sudah bekerja dia tahu lah bagaimana rasa diri di'apit' dengan kerja yang banyak, tension, buat itu ini tak kena! blog bersawang tak update, sabar je lah kan! 

insyallah lepas ni boleh shida hidup seperti sebelum ni kerja dan blogging :thumbsup: dalam masa terdekat ni shida akan buat beberapa tutorial yang di request oleh blogger-blogger berkenaan. harap bersabar yer. Selamat bertemu semula buat semua kawan-kawan seperjuangan. Jom blogpecut sama-sama ^_^

cakap tentang Nuffnang. untuk BE 2011 semua clear tepat pada waktunya huhu^^ hampehh!! ingat boleh bertahan sampai 2012. So memandangkan BE dah songlap! shida nak request lagi dari Encik Nuffnang untuk bagi lagi BE baru yang comel-comel untuk shida :)




 

Thursday, 5 January 2012

Happy Birthday to me | sekarang sudah semakin tua! sila percaya!

   Assalammualaikum, peace upon you.
Firstly nak ucap thanks pada korang semua sebab sudi wish birthday entri WW semalam, walaupun korang tak tahu birthday siapa korang tetap wish hahaa^^ Actually hari ini 5 January 2012 genapnya umur shida 2* eh! perlu bagitahu ke? malu ah! muda sangat! so sempena bulan january ni tibanya tarikh keramat shida dan juga terbitlah azam-azam baru 2012. Azam tahun lepas dah semua berjaya dilakukan. Hope tahun ada peningkatan dari tahun-tahun lepas. Penambahan azam mestilah ada termasuk lah "target kearah alam perkahwinan" ha! shida dah bagi hint mesti tahu umur shida lebih kurang lingkungan berapa. kan kan :)

sebelum terlupa thanks to sahabat sejati intan payung, pengerang jantung hati shida iaitu Puan Azizah dan Cik Azhafizah yang sudi buat entri BIRTHDAY untuk shida, terharu kot ^_^ terutama Cik Azhafiza yang sudi buat kad ucapan superduper cute! Nak baca entri itu klik nama-nama mereka! siap shida backlink terus ke entri tersebut. tak lupa juga pada rakan-rakan di facebook yang wish birthday dari semalam tepatnya jam 12am sehingga sekarang. ada yang shida tak sempat reply thanks tapi shida akan reply juga. Terharu tak habis lagi sebenarnya dapat kad birthday dari my mom <3 so sweet~ walaupun ringkas tulisannya tapi bermakna bagi shida sebab ini pertama kali mak shida bagi kad birthday. Selalu wish biasa-biasa je ~_^ thank you mak! love u!

sebenarnya ada lagi yang terharu, majikan shida pun wish tepat jam 12am dia wish birthday shida. dalam fikiran shida "amboii bos aku tak tido lagi" tapi sayang shida tak sempat nak reply sebab sibuk gayut-gayut dengan buah hati. Nanti petang shida jumpa dia baru boleh ucap thanks depan-depan baru gempak!! hahaa^^ setakat ni shida masih tangan kosong! hehee paham-paham saja lah! dah tua tak ada siapa nak bagi hadiah. hehee :P

dan yang terakhirnya shida nak minta maaf pada semua sebab tak dapat nak update entri macam selalu untuk minggu ini dan yang lepas-lepas diatas kesibukan yang melanda sejak-sejak ni. hujung tahun dan awal tahun shida memang agak sibuk. tapi shida janji after minggu ni shida update seperti biasa, blogwalking laju-laju, comment entri korang, balas jejak korang juga. Rindu nak buat semua tu sebenarnya. thanks pada semua yang sudi singgah tak kira masa di blog shida ni. ^^Thank You^^

agak-agak siapa yang nak teka umur shida berapa atau nak tahu ulangtahun yang ke berapa pada tahun 2012 ni sila PM shida ok hehee^^ gilesss.. :P





Wednesday, 4 January 2012

Wordless Wednesday | menghitung minit-minit terakhir menjadi tua!

   Assalammualaikum, peace upon you.




Sunday, 1 January 2012

hye hye 2012 bye bye 2011 | Selamat Tahun Baru buat Bloggerian

   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah hari ini 1 Januari 2012 iaitu bersamaan entri pertama bagi permulaan tahun baru ni. Rasa semangat pula nak buat entri pagi-pagi tahun baru ini. Jadi hari ni shida berada di rawang selangor rumah abang shida dan isterinya. Sambut tahun baru disini hehe^^ tak pernah-pernah selama hidup shida sambut tahun baru jauh-jauh. Esok pula nak shopping di sekitar Kuala Lumpur. Sebenarnya shida sekarang dekat juga dengan Cik Azhafizah sebab kami sama-sama berada dirawang. so esok kalau ada jumpa shida disekitar KL tegur-tegur lah yer :) hahaaa^^ bajet retis la pula!!

Doa Tahun Baru. Jom sama-sama kita baca:
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Amin :)

tak lupa juga tahniah buat OSBON kerana menjadi juara dalam Maharaja Lawak Mega 2011. Bagi shida OSBON memang layak digelar Maharajalawak Mega kerana lawak-lawak yang tak kering gusi dibuatnya serta tak basi. Tak ada satu episod lawak pun yang shida tonton tak gelak. Tengok Mr.Os saja shida dah rasa nak gelak tambahan pula dengan lawak pantun spontan si Abon memang terbaik. 350,000.00 memang banyak bahagi dua seorang dapat 175,000.00 seorang. Kaya lah pak sedara shida si Mr.Os ni. dan dan nak balik kampung jumpa dia ^_^
BOBOI juga tak kurang hebatnya, pesaing untuk OSBON juga. Pada mulanya shida memang ingat BOBOI juara kali ni sebab lawak mereka dari minggu ke minggu memang mantap! up to date kata Dato' Siti, shida pun suka lawak dari BOBOI lagi-lagi masa ada part najwa latif (gegirl) dengan game angry birds tambahan pula watak baru" Datin Maimun", macam tak terfikir game angry birds boleh dibuat watak lawak hehe^^  tapi untuk legend memang kena lah dengan selera lawak OSBON apakan daya fans veteran ramai undi hehee, apa-apa pun tahniah buat semua dari tempat ke4 SYOKK ke3 SAEHU ke2 BOBOI dan juara OSBON. tahniah!!