Dunia sebenar Shida: May 2012

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 31 May 2012

Senarai penuh sponsors dan hadiah untuk GiveAway Blog shida

   Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah seramai 26 orang yang sudi sponsors untuk GA shida pada kali ini. Kalangan yang sponsors pun tak kurang hebatnya terdiri daripada blogger hebat dan peramah, alhamdulillah mereka semua mahu dan sudi bekerjasama dengan shida. Ada dari Blogger ada juga dari OnlineShop dan Fanpage di Facebook. So seperti yang dijanjikan oleh shida, kesemua sponsors akan mendapat backlink dari GA ini. Walaupun tak sehebat mana tapi shida akan usaha supaya feedback sponsors yang baik hati ni akan dapat berbaloi-baloi dan memuaskan hati masing-masing. Insayallah sama-samalah kita berusaha menjayakan GA ini. Aduihh!! sakit-sakit!! sampai sekarang shida masih mencari-cari satu nama untuk GA shida ni. Masih belum dapat hope termimpi time tidur nyenyak nanti hehee :) Jom kenali dulu sponsors GA shida dan hadiah yang mereka tawarkan. Untuk LikeFanpage shida akan buat satu page untuk memudahkan peserta LIKE. shida akan asing bagi yang onlineshop pula, korang perlu masuk page tersebut untuk LIKE. 

1. Shida / Admin Dunia sebenar Shida
- 15 peserta terawal akan dapat KAD RAYA KHAS dari shida
- Sepasang Baju Kurung / Kain Pasang  x1 pemenang
- Butang Baju Melayu  x1 pemenang
- Kerongsang wanita  x1 pemenang

- Shawl  x2 pemenang

- Dokoh Kalung Baju Kebaya  x1 pemenang

Topup x1 Pemenang

Review Blog  x3 pemenang

doodle comel lote  x3 pemenang

 Topup RM5  x2 pemenang

Voucher discount RM5  x3 pemenang   *for dvd korean drama

Kain Pasang   x1 pemenang
Vitamin C (10biji)  x2 pemenang

Shawl  x2 pemenang
- Pashmina  x1 pemenang    - Set Brush Make Up  x1 pemenang

 Topup RM5  x1 pemenang

Topup RM5  x1 pemenang

- Header  x3 pemenang     - Banner x1 pemenang

Topup  RM5 x4 pemenang
Button  x15 pemenang

Barangan Craft dari Yui  x3 pemenang

Shawl  x3 pemenang

Topup Rm5  x2 pemenang

Keychain  x5 Pemenang

Pin Blogger  x3 pemenang

- Blusher MISS ROSE (3D/matte bergantung pada sponsors)  x1
- Eye Liner / Lip Liner MISS ROSE  x1
- Mascara waterproof & longlasting MISS ROSE  x1

6 biji Apam Polkadot  x2 pemenang

Topup  RM10  x1 pemenang

 Topup RM10  x1 pemenang


Review Blog x1 pemenang

Topup RM5 x2 Pemenang

29. Gula-gula Kapas
Topup RM10 x 3 pemenang


30. Rahayu Izaima
Edit blogskin x 2 pemenang


31. Dhiyahsoppe
buku diatas x 1 pemenang


32. GA&Contest Fanpage
buku diatas x 1 pemenang


33. Marliyana Mayamin
brooch felt x 2 pemenang

 Stylish V-Neck Dress x 4 pemenang 
*klik nama sponsors untuk lihat lebih dekat tentang dress ni!

35. Nurjamal83
barangan craft x 1 pemenang



Jadi setakat ini saja sponsors shida, hadiah kemungkinan akan bertambah mengikut sambutan peserta GA shida nanti. Berharap sangat-sangat GA ni berjalan dengan lancar hendaknya amin~ So macam mana hadiah yang ditawarkan? menarik bukan? jangan buang masa lagi jom join GA yang super simple ni. Kemungkinan hadiah-hadiah ini menjadi milik korang. Cuba bagitahu shida hadiah mana menjadi pilihan hati korang? hehee~ selamat berkenalan dengan sponsors. Setiap penukaran hadiah dan penambahan sponsors akan shida update dari masa ke semasa. Follow dan Like Fanpage sponsors adalah diwajibkan untuk join GA ini atas tanda terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada sponsors GA shida. Hidup mesti ada give and take . Tak kan nak untung sorang² kan. So Good Luck untuk semua yang join nanti. Insyallah tak ada aral melintang shida akan publish entri GA pada 2hb atau 3hb June nanti :)

#perhatian ya,bagi gambar yang mempunyai CONTOH adalah bukan dari gambar sebenar dari sponsors cumalah gambar contoh untuk memberi gambaran hadiah saja. Selain daripada gambar itu adalah gambar sebenar dari sponsors!

bagi sponsors yang baru nk sponsors untuk GA shida ni, boleh PM shida melalui email (shidaradzuan@yahoo.com) atau FB sebelum 18 June 2012, kerana selepas tarikh tersebut shida tidak terima lagi sebarang sponsors dan GA berjalan seperti biasa selama sebulan dan berkemungkinan besar shida akan TAMAT GA ini awal jika perlu. Semakan feedback akan shida buat selepas GA ini tamat untuk memastikan semua sponsors mendapat sesuatu dari GA ini sebagai tanda penghargaan dari shida dan blog Dunia Sebenar Shida. Terima Kasih.






Wednesday, 30 May 2012

Wordless Wednesday | cerita amir, ustaz dan nyamuk

   Assalammualaikum, peace upon you.










Monday, 28 May 2012

Budak yang dimasukkan ke dalam mesin itu bukanlah ibu dan bapa

Assalammualaikum, peace upon you.
Ingat tak shida ada buat entri tentang ibubapa bergurau hingga membawa satu tragedi nak baca klik sini. Berita ni shida baca dekat Yahoo page sebenarnya budak ni dijaga oleh pengasuh dan lelaki dan perempuan yang dianggap ibu dan bapa kepada budak ni adalah sebenarnya pengasuh yang diupah menjaga budak ni. Menurut ibu budak tu dalam kes tersebut dia tidak mengenakan caj apa-apa atau tindakan kepada pengasuh tersebut kerana dianggap perkara yang tidak disengajakan akan tetapi jutaan penonton yang menonton video tersebut menggesa ibu budak tersebut mengambil tindakkan diatas kelakuan pengasuh tersebut. info penuh disini


macam-macam hal lah dalam dunia ni, ibubapa kena buka mata sekarang!








Sunday, 27 May 2012

Super Sunday | SILENCE!

   Assalammualaikum, peace upon you.
"Sometimes silence can be a very powerful tool for making others feel for their mistakes"







Saturday, 26 May 2012

Shida nak mencari sponsors GA shida yang akan berlangsung Jun nanti

  Assalammualaikum, peace upon you.  (entry auto publish)
Baiklah seperti yang shida pernah katakan pada entri-entri sebelum ni, shida nak buat GA yang pertama untuk tahun ini sempena kita umat islam bakal menempuh bulan Ramadhan dan bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri 2012 dan juga sempena sambutan Hari Ulangtahun kelahiran Blog Dunia Sebenar Shida juga, jadi hadiah-hadiah yang diberikan oleh shida sendiri atau sponsors tak kira dari bentuk wang atau benda mungkin korang boleh pakai atau guna untuk hari raya nanti jika ada rezeki. Jadi GA ini juga untuk shida membuat amal hasil dari duit berbloging, baru-baru ni kan shida pernah dapat cheque dari Nuffnang kali ke 3 jadi duit dari situ shida akan beli hadiah dan sebagainya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih untuk semua follower-follower shida dan pengunjung-pengunjung blog shida tak kira baru atau lama. Jadi GA ini akan berlangsung insyallah bulan JUNE sekiranya tiada masalah-masalah lain dan akan tamat pada 19 July 2012.

Jadi bagi yang berminat untuk menjadi sponsors untuk GA shida kali ini boleh PM shida di Facebook atau Fanpage shida sendiri untuk kita berbincang dengan lebih lanjut atau pun boleh email shida ke shidaradzuan87@yahoo.com. Kesudian korang menjadi sponsorship shida amat-amat lah shida hargai. Untuk yang menjadi sponsors feedback yang akan korang dapat dari GA ini adalah seperti followers, like fanpage (jika ada), trafik dan kepada sponsors shida juga akan mendapat cenderahati khas (tanda kenangan dan terima kasih) dari shida sendiri. Jadi yang berminat jangan lupa PM shida ok. Shida sangat-sangat mengalu-alukan korang semua atau follower shida sendiri yang hampir 3k ini turut join dan memeriahkan GA shida ni. Insyallah kalau ramai sponsors banyaklah juga hadiah dan ramai juga pemenang akan menerima hadiah (entah-entah semua dapat untung lah!). Mungkin ada kejutan yang akan shida buat masa Ulangtahun Blog shida nanti, sama-sama kita tunggu  :)

masa entri ni di publish kan antara 12:30am lebih kurangla, shida dah pun tidur esok nak bangun awal pagi ada kerja yang harus shida buat dan terus pergi kerja. Mungkin malam baru shida sempat blogwalking blog kawan-kawan ok thank you :)

update 29/5/2012 : 
sponsors dah cukup so bagi yang berminat nak jadi sponsors shida tunggu next GA ok dan shida sarankan korang join jelah GA ni memang tak rugi korang join, hadiah menarik dan blogger yang sponsors bukan calang-calang blogger! nantikan shida update list dan hadiah sponsors, memang superb GA kali ini :)









Friday, 25 May 2012

setiap Umat Islam yang berdoa untuk Danish Adam amat shida hargai

   Assalammualaikum, peace upon you.
Danish Adam ni anak buah shida yang ke3 masuk hari ni dah 3hari terlantar dekat hospital. Sayu hati tengok keadaan dia. Dia sakit paru-paru kembang. Biasa kalau paru-paru ni kembang sebab apa ya kawan-kawan? sebab terlalu lama berendam ke? 2 minggu lepas masuk cuti Wesak Day kami sekeluarga pergi mandi-mandi dekat Bukit Merah. Adam paling happy sekali time tu sebab dia firstime jejak kaki dekat Taman Tema Air ni. Umur dia Baru setahun 7 bulan. Kami mandi selama 2 jam sebab kesuntukkan masa. Tak kan disebabkan itu kot? Adam dengan shida memang rapat dia manja juga dengan shida bila jadi macam ni rasa kesain bertambah-tambah sedih. Hope dia cepat sembuh korang-korang yang baca entri ni doakan Adam cepat dan segera sembuh. Tak tertahan hati tengok dia duduk dalam hospital tu, cucuk sana sini ;(
Gambar terbaru dari kakak, dia send kat shida baru jap tadi. Cepat sembuh ya sayang. Hati asyik risau je ni, nak buat apa pun tak tak tahu dah ni. Asyik risau je memanjang. Semalam pun shida tak sempat blogwalking kawan-kawan. Insyallah malam ni atau esok shida terjah blog korang eh. Thanks kawan-kawan!

tanpa gelak tawa dia, gurau senda dia sunyi suasana rumah kami :(






Thursday, 24 May 2012

Selamat Ulangtahun Datin Sri Puan Azizah a.k.a Ratu BlogPecut

   Assalammualaikum, peace upon you.
Agak-agak kalau tengok VECTOR ni korang boleh cam Azizah yang mana??
Hah! tak kenal memang saja kan, Hari ini 24 May 2012 bersamaan 3 Rejab bulan Islam Hari Ulangtahun Datin Sri Puan Azizah kita, yang mana? yang mana? alah!! yang ratu blogpecut tu. Kalau korang dapat shout blogpecut dari blogger ni tak lain tak bukan lah memang sah-sah Azizah lah tu! ok tak perlu skema sangat panggil Azizah dah macam sesi interview lak hehee^^ Entri dikirim sebagai pengganti diri nak wish pada Azizah Selamat Hari Jadi. Semoga dihari jadimu membawa satu kenangan yang manis nan abadi disamping suami, keluarga dan orang-orang tersayang..AMIN.. Walaupun suami jauh jangan lah jiejah sedih-sedih ya! mungkin ini dugaan dan cabaran yang baru bermula untuk jiejah dan suami. Hope jiejah kuat!
Ha, pasal motor nak pos ke sabah macam mana jiejah? dah dapat selesaikan? So bagi kawan-kawan yang tahu cara nak pos motor ke sabah sila-sila inform jiejah ya! dia sangat-sangat memerlukan pertolongan boleh PM jiejah sesiapa yang tahu pasal ni. Hope semuanya berjalan dengan lancar. Shida kenal jiejah ni agak lama juga lah! dari tahun lepas lagi. Suka berkawan dengan jiejah sampai shida sendiri tak terucap dari kata-kata perwatakan dia sebagai seorang sahabat dan tiada alasan lain lagi kenapa kami berkawan rapat :) Kalau ikhlas semua benda yang kita lakukan akan menjadi baik dan sempurna. Moga perhubungan ini lebih kekal lama dan akrab walaupun belum lagi pernah bertemu muka dan berlainan status. Oh! lupa nak war-war kan shida masih single but NOT AVAILABLE ;p ok lah mengarut dah pagi-pagi ni. Jomlah sama-sama kita wish kat Azizah a.k.a Ratu Blogpecut kita ni "Happy Birthday Jiejah" !

For You Azizah :)






Wednesday, 23 May 2012

Wordless Wednesday | budak comel ni menyanyi, marah dan terus jatuh!

   Assalammualaikum, peace upon you.

bernyanyi dengan penuh emosi ;)
dah ketahuan dia malu dan marah pula!
tak dapat nak imbangkan badan dia jatuh kebelakang! hahhaa cutes!

full video dia cuba korang tengok tak rugi pun! alah dah terebih wordless!! hahaa







Tuesday, 22 May 2012

Gurauan Ibubapa membawa satu "tragedi" yang tidak boleh dilupakan

   Assalammualaikum, peace upon you.
Salam semua dan salam 1 Rejab bagi seluruh umat Islam. Semoga dibulan yang mulia ini mendapatkan kita keredhaan dan menghayati Bulan Rejab ini, untuk info lebih dekat tentang Bulan Rejab boleh dapatnya disini sila klik, Ok sebenarnya shida nak kongsi sikit satu kes yang shida dapat sumber dari Yahoopage dimana kes ini berlaku diluar negara dan diupload dilaman video youtube. Mengikut dari cerita itu Bapa kepada budak tadi ingin bergurau dan menakut-nakutkan anaknya, si bapa memasukkan anaknya yang berusia sekitar 3 tahun ke dalam Mesin Basuh Automatik itu dan diperhatikan oleh Ibu yang hanya tersenyum melihat gelagat 2 beranak itu.
Setelah si bapa menekan pintu Mesin tersebut, mesin itu terus berputar dan pasangan suami isteri itu terkejut melihat mesin mula berputar. Keadaan menjadi panik melihat anaknya sendiri di dalam mesin berputar seperti kain dibasuh. Ibu bapa tersebut berlari mendapatkan bantuan dan akhirnya mesin dapat diberhentikan dan menurut sumber anak tersebut mengalami lebam-lebam dibadan. Sadis betul bila tengok video ni berapa minit anak dia duduk dalam tu dalam keadaan berputar. Moga jadi pengajaran buat semua. Tak semua benda kita boleh dibuat gurauan lagi-lagi berkaitan dengan elektrik. Jom tengok videonya.







Sunday, 20 May 2012

BE ke 29 Maxis iPhone 4S Refresh Extension | bunyi macam awesome!

   Assalammualaikum, peace upon you.
ok type entri selaju yang mungkin sebab nak tidur sangat-sangat dah ni, Act shida dapat BE lagi dari Nuffnang. Thanks sangat-sangat pada Nuffnang memudahkan perjalanan blog usang ni :) BE yang ke 29 iaitu Maxis iPhone 4S Refresh Extension bunyi macam awesome kan? kalau jumpa jangan lupa klik reramai ya :) Eh! shida nak la iPhone 4S tu hehee belikan Encik Hantu sayang :) hehee~ Shida sebenarnya pada hari Jumaat 18 May, dah dapat BE yang ke 28 tu tapi tak sangka rezeki shida berbuah dua kali dapat lagi hari ni^^ syukrann, shida ada post pada Fanpage shida juga yang shida nak share beberapa tips ringkas untuk korang menuai dari sekarang untuk dapatkan BE (buffered earnings), boleh lah cuba mana tahu rezeki korang pula, dapat tak dapat itu belakang cerita yang penting buatlah dulu apa yang disuruh tinggalkan yang dia tak suruh sama lah macam dalam ISLAM juga kan :) kalau buat yang dia suruh baru lah dapat ganjarannya :) so jom usha beberapa Tips yang boleh pakai ni =)

  • rajin-rajin sikit update blog, dalam seminggu biar ada entri baru dalam 3 4 entri.
  • rajin-rajin sikit Blogwalking (ni yang shida lemahh) hahaaaa :p
  • update akaun Nuffnang tu bahagian > Blogger Bio 
  • dan juga bahagian > Blog manager > update survey/kemaskini tinjauan
  • rasa dah konfiden hantar lah surat cinta dekat Nuffnang cara tekan sini
  • up la trafik sikit tak yah riban-riban cukup sekadar kepuasan sendiri :)
  • update akaun Nuffnang dalam sebulan 2 atau 3 kali, kalau banyak kali lagi best!
  • sekian itu saja tips ringkas dari shida terima kasih =)






Saturday, 19 May 2012

Femes dah Bella dalam Super Spontan ni | Beruang comel kalah lagi!

  Assalammualaikum, peace upon you.
Ha kali ni nak cerita pasal Super Spontan yang shida sememangnya tak penah tinggal untuk tengok tv (Astro Warna) pukul 10 malam lebih sikit kira macam terlepas Adibah Noor punya starting lah, shida dah buka tv untuk tengok Super Spontan. Balik dari kerja kepala pusing, stress lepas tengok Super Spontan serius ok sikit tak lah stress sangat sebabnya semua dah terkeluar masa gelak hebat-hebat tadi kan hehee^^ lega~ Yang terkini pula pembantu Super Spontan yang comel lote tu si BELLA tu dah semakin hari semakin menjadi sebutan dimana-mana sampaikan komen yang diberikan pula pasal BELLA bukan pasal peserta-peserta Super Spontan kan sabar je lah! Lepas ni percaya lah ada pula BELLA tu berlakon mana-mana drama atau filem lepas ni hehee~ markett tinggi tu! Apa-apa pun tahniah untuk Team Angsa Ganas sebab menang lagi untuk minggu ini. Tahniah! tahniah! tak sabar pula nak tengok separuh akhir Super Spontan Minggu depan.
mana satu jadi pilihan kawan-kawan?? Shida?? macam biasa lah mana menang shida sokong hahhaa..^^ terukk betul!!!
kasi besarrr punya gambar BELLA comel ke?? heheeee =)
dah ada FANPAGE sekarang siapa suka pergi LIKE!