Dunia sebenar Shida: June 2012

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Saturday, 30 June 2012

Gambar Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah Ameer

   Assalammualaikum, peace upon you.
cantiknya Irma Hasmie berseri-seri muka dia ^_^
sekali lafaz ke En.Reza? hehee^^ Alhamdulillah ;)
antara artis (heliza helmi) yang turut hadir memeriahkan lagi Majlis Akad Nikah Irma Hasmie
Akhirnya selamat diijabkabulkan 29 June 2012 Irma Hasmie dan Reza Syah Ameer


Moga perhubungan mereka kekal hingga keakhir hayat. Pasangan yang serasi dan secocok gitu ;) tahniah buat Irma Hasmie dan Reza Syah Ameer Dato' Radzuan





Wednesday, 27 June 2012

Wordless Wednesday | BABY PALING HOT SEKITAR ABAD INI

   Assalammualaikum, peace upon you.





Tuesday, 26 June 2012

90 hadiah yang bakal diterima oleh pemenang Awesome GA Shida

   Assalammualaikum, peace upon you.
GA shida cuma tinggal 3minggu lagi untuk tamat. Shida pun rasa sangat-sangat teruja nak mengumumkan para pemenang nanti. Seperti biasa random.org adalah bantuan kekal oleh shida no pilih kasih no rasuah hahaaa^^ kalau nak join saja lah tak perlu fikir panjang. buat entri submit then like fanpage mereka lepas tu slowly follow sponsors shida ni. Ha! kan senang. bukan susah pun. Yang jadi susah bila korang follow time tu juga. Boleh ambil masa ok lagi pun GA ni berjalan sebulan setengah tak kan tak habis-habis follow lagi, sangat-sangat mustahil. sebab antara sponsors shida juga blogger yang dikenali yang korang sendiri memang dah siap-siap follow so itu juga lagi memudahkan korang tak perlu lagi follow sebab nanti jadi unfollow pula kan. Kalau korang buat macam tips shida ni memang mudah sebenarnya korang!
Jadi korang apa tunggu lagi. Mari join GA ni sebab berkemungkinan 90% dari peserta bakal terima hadiah dari shida dan sponsors. Untuk setakat ini jumlah peserta sekarang 104 peserta. Kalau lagi ramai lagilah banyak hadiah yang akan bertambah mungkin semua yang join dapat hadiah. Aduihh rugi pula shida sendiri tak dapat join ni. Hadiah memang menarik TOPUP, REVIEW BLOG, KAIN PASANG, BAJU KURUNG, DOODLE, BARANGAN MAKEUP, APAM POLKADOT, VITAMIN C, BUTTON, KEYCHAIN, BUKU-BUKU ILMIAH/NOVEL, BARANGAN CRAFT, SHAWL dan banyak lagi boleh klik sini untuk hadiah sebenar dari sponsors shida --->> Hadiah Sponsors ;)

Join jangan tak join kome, hadiah cukup banyak ni!!!





Monday, 25 June 2012

Lady Gaga Malaysia | Didie Alias atau Didie Gaga?

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ha! ni lah dianya Didie Alias Lady Gaga Malaysia, berfesyen ala-ala Lady Gaga kalau kawan-kawan perasan la. Kesemua design baju dan fesyen sama macam Lady Gaga berfesyen ala-ala HOT, SEXY, DARING. Sejak dari pengenalan "Lady Gaga Malaysia" juga Didie Alias ni semakin dikenali dan menjadi isu-isu hangat majalah gosip artis malaysia dan wartawan hiburan malaysia. Saban hari ada saja gosip dari artis ini. Lagi-lagi tentang cara pemakaian dia yang ala-ala Lady Gaga gitu. Betul ke sama fesyen-fesyen yang dibawa Didie Alias ni. Jom tengok gambar-gambar yang shida ambil semuanya dari Google saja :)
Sama ke?? hehee^^ Fesyen Lady Gaga ada dalam entri bawah ni cuba scroll atau klik sini untuk membuat perbandingan. Hah! sama kan lagi-lagi tang gaya rambut tu yang terangkat yang kembang yang lurus semua Lady Gaga ada. Hope adik-adik kakak-kakak dan makcik-makcik diluar sana tak terikut dengan fesyen-fesyen macam ni. Tak lawa mana pun macam patung je shida tengok. Lawa lagi Heliza Helmi ;)





Saturday, 23 June 2012

Fesyen Lady Gaga yang PELIK, HOT, EXTREME, SEXY, DARING

   Assalammualaikum, peace upon you.
Bila cakap tentang fesyen semua ingat shida nak buat fesyen apa pula kan, bukan-bukan disebabkan esok cuti sambil-sambil menaip entri ni lebih kurang pukul 4 pagi sambil tengok GERMANY VS GREECE memang mantap sebab GERMANY sekarang dah mendahului 4 gol di depan jadi memang perlawanan ni GERMANY yang menang! eh! salah fokus ni. Actualy nak share dengan korang beberapa Fesyen Lady Gaga yang bagi shida memang pelik baju-baju dia dan dia sendiri pun memang suka nampak DARING, HOT, EXTREME antara semua artis diluar sana sehingga menjadi ikut-ikutan pula. Jom tengok beberapa gambar yang mungkin korang sendiri tak pernah tengok lagi mungkin lah =.=
Sebenarnya banyak gambar-gambar yang lebih power lagi dari Lady Gaga ni, cuma shida tak nak lah copy semuanya sebab kebanyakkan baju yang dia pakai baju separa badan, ada juga yang bogel saja. Kang tak pasal-pasal kena cop blog lucah pula kan! hadooii..sabar jelah dengan Lady Gaga ni. Mungkin gaya fesyen negara barat memang sebegitu. Memang nampak lain dari yang lain dan unik tapi untuk kita dimalaysia ni tak perlulah nak berfesyen bagai sampai dedah sana sini. Cukup menampakkan muka yang manis dan ayu kompem semua pun suka. setuju??






Friday, 22 June 2012

Ragam si Ibu Ayah dan Anak pertama | betul ke selalu macam ni?

   Assalammualaikum, peace upon you.
Betul ke Ibu-ibu Bapa-bapa diluar sana? Macam-macam ragam bila time tidur, dapat pula anak yang jenis tidur lesak jenis nak selesa sorang-sorang kan ha! macam tu lah gayanya. Kalau tengok gambar-gambar ni macam anak-anak buah shida pun semua tidur lesak kecuali si Abang yang sulung tu. Yang no.2 dengan yang last aduihhh!! tuhan jelah tahu mereka tidur superb! lesak mengalahkan orang besar. 

Baru beberapa jam dorang dah buat putaran 190' esoknya genap 360' sabar jelah dengan mereka. kalau tidur katil besar (king) muat 3 orang je termasuk mereka berdua padahal bukan besar mana pun. si kakak 4 tahun si adik 2 tahun. Kalau shida tidur sekali dengan dorang sanggup tidur bawah. Bukan apa silap-silap kaki naik kat muka. hahaaaa^^ bukan silap-silap lagi dah selalu kena sabar jelah dengan budak-budak manja ni!

Kalau dekat rumah mereka yang mak dengan si abang tidur atas katil sekali. Adik-adik dengan abah tidur bawah hehee^^ nampak tak nampak tak? Mak pun tak tahan dengan dorang. Tidur bawah luas sikit lesak-lesak dorang sorang ke kiri sorang ke kanan abah tengah-tengah hahaaa^^ Esok pagi semua masing-masing punya style tidur. sekali-sekali shida nak snap gambar bagi dorang tengok kelakuan tu heheee ;)





Thursday, 21 June 2012

Jadual perlawanan peringkat suku akhir Euro 2012

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ha! korang layan bola? Komen sikit bagi peminat setia BOLA untuk PEREMPUAN saja, susah nak cari Fans Football Female ni sebabnya rata-rata yang minat bola adalah MALE/LELAKI. Tapi macam shida sendiri memang suka dan minat BOLA suka tengok walaupun kadang-kadang shida tak berapa paham selok belok tentang BOLA tapi shida cuba memahami. Jika ada yang shida tak faham kenapa, apa yang terjadi dalam padang tu shida tanya BF shida. Dia dengan spontannya memberi jawapan. Dia gembira sebab shida minat BOLA juga tapi tak boleh lawan dia lah minatnya. Dia pernah bagi shida Jersi MAN UTD ada dalam entri ini Tapi kalau tengok game sama-sama syok sebab masing-masing ada minat yang sama so tak  la boring kalau BF ajak keluar tengok bola kan :)  "dia cakap dah kahwin senang tak berebut tv bila musim bola..hahaaaa" So untuk Euro kali ini team-team pilihan shida semua masuk suku akhir syukrann :) Team korang macam mana??
thanks to blogger Fiz Graphic untuk banner yang superb!! cute ni!!


Ini adalah perlawanan rahsia kami antara Shida AbgFerOz dan Apit. Nak cerita balik dari A-Z memang panjang heheee^^ apa-apa pun tahniah buat AbgFerOz sebab team dia menang malam tu England 1 - 0 Ukraine tahniah! seperti yang shida janjikan shida sebagai pengadil/ref hahaa^^ nak buat entri untuk AbgFerOz bergabung sekali dengan entri SUKU AKHIR EURO ni baru mantap kan! hehee :)





Wednesday, 20 June 2012

Wordless Wednesday | Kolam palsu yang nampak SUPERB REAL!

   Assalammualaikum, peace upon you.
sumber : EMTV.COM.MY






Tuesday, 19 June 2012

Santai Petang : 3 perkara yang perlu kita ingat

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1- Kedekut.
2- Tewas kepada nafsu.
3- Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1- Adil dalam setiap tindakan.
2- Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3- Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1- Tunggu masuk waktu solat.
2- Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3- Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1- Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2- Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3- Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)


selamat beramal ^_^


 sumber : facebook

Saturday, 16 June 2012

Irma Hasmie & Reza Syah Ameer Dato' Radzuan nikah 29 Jun ini

   Assalammualaikum, peace upon you.
Tempek gambar Irma Hasmie besar-besar, suka tengok dia sekarang cantik dengan imej bertudung. Sudah hampir setahun imej ini dikekalkan oleh Irma Hasmie. I like!! Kalau tengok Astro Oasis atau Al-Hijrah selalu jumpa Irma dalam Prog rancangan tersebut. terbaik! Actualy nak cerita tentang Irma yang bakal Nikah pada 29 Jun ini di kediaman Irma. Shida ucapkan tahniah pada Irma dan Reza. Lepas ni Irma dah tamatkan zaman solonya dan kehidupan juga lebih mencabar. Kita sama-sama doakan yang terbaik buat Irma.
kad-kad jemputan juga telah siap diedar. Ada yang dapat tak kawan-kawan blogger? hehee :)
cerita penuh tentang irma dan reza klik sini >> irma dan reza murai.com




Friday, 15 June 2012

INFO/TIPS : fungsi dan kesan AIR pada tubuh badan kita

   Assalammualaikum, peace upon you.
Apakah kepentingan AIR dalam kehidupan seharian kita? Kalau nak diikutkan keperluan sangat-sangat banyak. Boleh dikatakan AIR adalah sumber terpenting bagi manusia dan alam semula jadi. Tanpa AIR? haaa.. lu pikir la sendiri!! Boleh ke tak ada AIR? nak mandi, basuh baju, basuh pinggan dan segalanya menggunakan AIR. Untuk tubuh badan kita pun AIR memang diperlukan untuk membantu sistem pemprosesan dalaman tubuh kita. Bagaimana ia membantu? Jom baca lagi ~

MINUM AIR PADA WAKTU YANG BETUL MEMBERI KESAN MENDALAM PADA TUBUH BADAN KITA
  • minum 2 gelas AIR setelah bangun dari tidur (petua awet muda) : membantu menggiatkan organ dalaman
  • minum 1 gelas AIR 30 minit sebelum makan : membantu penghadaman penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
  • AIR juga menyelaraskan suhu badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran
  • minum AIR sebanyak 2 hingga ke 6 liter sehari dapat menurunkan berat badan dalam seminggu sebanyak 2-3kg seminggu *jika diamalkan setiap hari dengan cara pemakanan yang betul.
  • AIR juga melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel
  • AIR juga membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan. Jika ia terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan

selamat beramal semua  ^_^





Wednesday, 13 June 2012

Wordless Wednesday | AMAZING GILA!

   Assalammualaikum, peace upon you.
korang boleh? Amazing gila!!

korang boleh?? sure tak boleh korang bukan qebauu hahaa^^






Tuesday, 12 June 2012

Cashout Says.my cuma 6 hari dah dapat payment memang AWESOME!

   Assalammualaikum, peace upon you.
dari sehari-hari nak update tentang says.my ni, hari ni baru tercipta sejarah  ngeehh^^ sejarah buat kali pertama cerita pasal says.my ni. Nak cerita tentang says.my ni sebab syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang boleh kita menjana pendapatan sampingan dengan mengiklankan iklan-iklan ini di mana-mana laman sesawang di internet. Macam shida juga sudah pun bersama says.my baru 4 bulan macam tu. cashout sudah 2 kali. Itupun sifu shida HAFIZZY FIZ GRAPHIC yang menjadi punca shida join benda ni. Selain Nuffnang, says.my juga merupakan sumber pendapatan sampingan untuk shida dan blog ni. Kadang-kadang nak tempah banner dan sebagainya so tak perlulah susah korang tahan lapar atau kerja OT, guna saja duit dari says.my ni. Mudahkan kadang-kadang juga mampu untuk bayar duit P1 WIFI shida yang jumlahnya sebulan RM96.00 memang mudah dengan says.my segalanya ditanggung. Bagi student juga bolehlah topup ke bayar duit broadband, belanja awek makan-makan ke kan.

Kadang-kadang mesti ada yang tak tahu shida join says.my ni sebabnya Medan Pengiklanan Says.my ni cuma pada Facebook shida saja. Dekat blog khas buat Nuffnang sorang. Tak nak curang hahaaa^^ tak la serabut blog semua jenis iklan ada kan. satu cukup la. Jadi bagi yang masih belum Join Says.my dan ingin menjana pendapatan bersama-sama boleh Join dengan percuma disini > daftar says.my  boleh menggunakan akaun FB untuk daftar mudahkan :) Transaction Fee pun tak mahal sama macam Nuffnang juga RM1 dia tolak dalam akaun tu nanti dan duit akan terus masuk dalam Akaun Bank kita bukan pakai cheque k. SO EASY!

CASHOUT SAYS.MY YANG PERTAMA
klik untuk tumbesaran dengan lebih sihat ^_^ 
Untuk yang pertama kali memakan masa 14hari untuk duit tu masuk terus kedalam akaun bank kita.  Firstime cashout terasa sangat-sangat teruja dan sampai sekarang shida masih bersama says.my. Thank you says.my :)

CASHOUT SAYS.MY KALI KE2
Untuk kali ke 2 ni lagi awal pihak says.my transfer cuma 6hari saja. Tak perlu nak tunggu lama-lama kan. So korang apa tunggu lagi jom la sama-sama kita menjana pendapatan sampingan dengan says.my ni. terbaik!!


  1. nak dengar orang asli speaking english? klik sini >> iklan says
  2. bijak gilerr kucing nih, nak tengok? klik sini >> iklan says
  3. Perempuan ni Buka Baju depan orang pula, bodynatur?? klik sini >> iklan says
  4. Wellness tool, great estern, klik sini >> iklan says

bagi yang klik tu terima kasih, nanti shida pergi tengok kat blog korang pula ada tak yang menarik untuk di klik ^_^ thanks~





Monday, 11 June 2012

Puteri Caroline Juara Mentor Musim 6 bersama Ella Ratu Rock Malaysia

   Assalammualaikum, peace upon you.
Dah terasa pun Caroline akan mengungguli Mentor Musim ke 6 ini. Tahniah buat Puteri Caroline yang menjadi Juara Mentor Musim Ke 6 dan mentornya juga memang superb artis iaitu Ella Ratu Rock Malaysia. Tahniah buat kedua-dua mentor dan portege memenangi hadiah Juara Mentor musim ke 6 sebanyak RM100,000  Naib Juara Zatul dan Ogy RM30,000 dan tempat ketiga Anas dan Faizal Tahir RM10,000 tiap seorang Tahniah!! banyak tu ^_^
 JUARA MENTOR MUSIM KE 6
Nama Penuh : Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama  Panggilan: Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun

 NAIB JUARA MENTOR MUSIM KE 6
Nama Penuh : Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama  Panggilan: Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun

 TEMPAT KETIGA MENTOR MUSIM KE 6
Nama Penuh : Anas Bin Ridzuan
Nama  Panggilan: Anas
Asal : Perak
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Ijazah Filem, Teater dan Animasi UiTM
dan aktif dalam teater bersama Dewan Bahasa dan Pustaka

 MENTOR DAN PROTEGE MENTOR MUSIM KE 6
Tunjuk Ajar Ku Sifu!!!! Yeahhhh.. ^_^