Dunia sebenar Shida: August 2012

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 31 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 rakyat Malaysia!

   Assalammualaikum, peace upon you.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 buat seluruh rakyat Malaysia, sabah dan sarawak, tak kira walau dimana saja anda berada jika kerakyatan tu masih warganegara malaysia tu "Salam Kemerdekaan" dari shida untuk anda semua. So hari bersejarah ini semua rakyat malaysia cuti bagi yang bekerja tu tak mengapa nak sambut merdeka tak mestinya perlu cuti baru nak sambut, tengah kerja pun boleh sambut janji jiwa rakyat malaysia yang cintakan negara tu perlu ada! 
Macam shida sendiri hari ni cuti. Plan nak keluar kemana-mana belum ada mungkin bersantai saja dirumah sebab sabtu ahad shida masih kerja :3 (senyum malas "orang cuti aku kerja" ). Shida bangga duduk dinegara yang aman dan sentosa lagi bertuah kerana masih senyum setiap pagi ketika bangun pagi dan pergi kerja :) kalau kita tengok negara-negara lain setiap hari ada saja rusuhan peperangan yang berlaku, bunuh membunuh antara satu sama lain. Alhamdulilah di malaysia tiada semua tu bersyukur :) Untuk tema kali ni yang membawa maksud mendalam dan harapan bagi seluruh rakyat malaysia "Janji Ditepati" Jom kibarkan jalur gemilang!

Bayi yang selamat dilahirkan pada hari ni "Anak Merdeka"
Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!





Thursday, 30 August 2012

Blog Review : Dunia Shida dari SOP.NAME.MY

  Assalammualaikum, peace upon you.
Masih ingat tentang Segmen dari Abg Sop yang shida sertai ni? Semalam adalah turn blog shida direview. Alhamdulillah kritikan yang membina dan positif dari Abg Sop. Terima Kasih sangat-sangat. Lepas ni bolehlah shida mempertingkatkan lagi mutu kualiti dalam penulisan kerana bagi shida kualiti penulisan masih ditahap newbie. Shida cuba untuk menambahbaikan untuk masa depan Blog Dunia sebenar Shida ni :)
Ini pendapat Abg Sop, Macam mana pula pendapat korang jom komen membina diblog Abg Sop tentang blog shida, tak kira lah korang nak komen apa, shida boleh terima dengan hati terbuka. Ada juga rakan-rakan blog seperjuangan yang lain yang sudah direview boleh juga korang memberi kritikan dan komen sama-sama membina blog dengan jayanya :) klik banner Nama Abg Sop untuk terus ke blog review!





Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Ustaz Don Dan Husna

   Assalammualaikum, peace upon you.
sumber gambar kredit to : Nadia Zahari Photography
sumber idea kredit to : Blog Hiburan AbgNara


lastly : senyum semua peace ^____^




Wednesday, 29 August 2012

Wordless Wednesday | Earnings sudah 0.00 cashout Nuffnang ke4

   Assalammualaikum, peace upon you.
kosong sudah! tutorial cashout dengan new interface Nuffnang akan menyusul :)




Tuesday, 28 August 2012

Contest : Fizgraphic Vector Gambar Saya!

   Assalammualaikum, peace upon you.
Apit JAMBU gila banner tah siapa yang sponsors banner ni :p

Personally apit sendiri invite shida join contest yang julung-julung kalinya Apit buat, kalau apit tak invite pun shida memang nak join, nak support apit, dalam dunia bloging ni apit banyak bantu shida, boleh dikatakan kami ngam habis ^^ eh! siapa Apit/Fizgraphic? kalau korang tak kenal memang saja tau! pakar doodle, pakar vector, pakar segala pakar dalam menggunakan PS tak percaya masuk blog beliau sudah di upgrade secara rawak, kacakk blognya macam tuan dia, eh eh puji lelebih pula kan :p tak bukan nak bodek-bodek cuma memberitahu perkara sebenar tu saja ^_^ aci tak camni apit?? korang rasa nak vector free?? jemput join sama-sama contest ni. Tak rugi pun dapat free kalau tempah mahal tau! heheeee :D

oh ya! vector gambar shida yang shida pakai sekarang dekat header hadiah khas dari Azhafizah thanks darling, dapat free lagi yay! :)

Untuk syarat-syarat sudah shida penuhi hope tak ada syarat-syarat yang terbabas hehee :) 2 sebab kenapa nak gambar shida di vectorkan? sebab pertama:  vector yang pertama dari fiza yang ke2 nak dari apit pula :) dan sebab kedua: sebab nak support apit bukan sebab vector free ni ^_^ dan dan mereka yang kena tag adalah :  Aida Omar, Azizah blogpecut, Dedeq, AkuAyut dan Nurul Yui yang kena tag ni wajib join ye hehee atas permintaan tuan penganjur ^^ maafkan daku heheeee :p

kawan-kawan yang baik hati lagi budiman LIKE gambar ni untuk Apit ya :)





Monday, 27 August 2012

Keywords blog yang mengejutkan shida | "sex shida" gila ke apa ni??

   Assalammualaikum, peace upon you.
baik mengaku siapa yang search keywords macam ni, terkejut shida tau! sebab keywords macam ni first time masuk dalam blog shida, selalunya keywords tentang tutorial shida sendiri, freebies shida tapi hairan tak habis ni hehee^^ macam-macam lah korang ni. Mentang-mentang dah habis puasa kan search pun yang bukan-bukan je noty sungguh ni!! kemungkinan besar blog shida boleh tersangkut keywords macam tu disebabkan 3 entri dibawah ni jom skodeng : 



boleh jadi ke, entri diatas ni tersangkut dengan keywords 'sex shida' ?





Sunday, 26 August 2012

Tutorial : cara nak dapat code nuffnang dengan new interface

   Assalammualaikum, peace upon you.
Mungkin ini tutorial terakhir shida buat semua kawan-kawan, tutorial cara nak dapat code nuffnang. bagi yang tak tahu mungkin susah nak jumpa code tu sampai garu-garu kepala pening-pening kan hahaa^^ ada  ke?? so ikut tutorial shida ni pasti tak garu kepala lagi. Terus set dalam minda korang k :)

1. kalau interface yang lama code nuffnang berada di tab menu kan. tapi bagi interface baru ni korang perlu Update Survey dulu then submit. Selepas tu baru keluar satu ruangan hijau dimana ada satu link kita perlu klik untuk terus ke Add Ads Page (page code iklan nuffnang). Tak percaya?? cuba buat ok, tengok gambar yang shida print screen ni.

2. ini halaman Add Ads Page dimana shida rasa lagi mudah untuk semua pengguna-pengguna baru Nuffnang nak pasang iklan ni. Bagi yang masih blurr kan cuba lah selalu godek-godek acc nuffnang korang sendiri. Mesti jumpa semua yang korang rasa sebelum ni susah nak jumpa.
1. klik Ad Type >> dia keluarkan kod korang tick saja mana-mana part sama ada leaderboard (atas header), skyscraper (dekat sidebar) atau large rectangle (bawah entri). bila klik mana-mana part code akan diberi.
2. klik Placement >> dia akan ajar cara nak letak setiap part iklan yang diberi so kalau korang follow tutorial dari nuffnang sendiri pun memang dah faham so senang kerja shida sebagai cikgu tutor :p

ok selamat mencuba :)




Tutorial : cara Update Blogger Bio Nuffnang dengan new interface

   Assalammualaikum, peace upon you.
masih pening-pening nak cari update Blogger Bio dekat mana?? jom tengok tutorial shida buat ni. Kalau rasa nak bookmark entri ni lagi cantik^^ heheee :)

1. Log inn Acc Nuffnang >> klik button errow tu >> klik profile settings

2. dah klik profile settings >> klik Blogger Bio 

3. korang jawablah 7 soalan yang diberi. Wajib jawab jangan tinggal satu pun ok :) dah siap jawab boleh >> save changes


selesai :)





Tutorial : cara Update Survey Nuffnang dengan new interface

   Assalammualaikum, peace upon you.
ok untuk new interface Nuffnang mesti ada yang masih terpinga-pinga mana nak cari Update Survey / kemaskini tinjauan korang kan. Mula-mula shida pun tercari-cari juga kadang jadi bengang sebab lupa kan so shida buat tutorial ni untuk shida dan kawan-kawan sentiasa ingat kedudukan semua aset-aset penting dalam Nuffnang ni. Jom set dalam minda tutorial ni.

1. Login Acc Nuffnang >> klik My Nuffnang >> klik Manage My Blogs

2. klik >> Update Survey

3. korang jawab survey kat dalam tu tak kira macam mana cara korang nak jawab, lepas tu jangan lupa soalan "no. 10 Please describe your blog and yourself in no more than 100 words" penting ni korang wajib jawab tak boleh skip bila dah selesai jawab boleh >> Submit

selamat menjawab^^ dan update survey nuffnang ya :)






Tutorial : cara hantar email/ticket pada nuffnang dengan new interface

   Assalammualaikum, peace upon you.




1. buka Acc Nuffnang korang >> scroll kebawah dan klik "CONTACT US"

2. tick bahagian >> Blogger Enquiries/Suggestions >> Next

3. isi bahagian yang shida petakkan yang lain tak perlu kacau. dah siap! >> submit

selamat mencuba^^ jom hantar email dekat nuffnang :)




Saturday, 25 August 2012

Budak terjatuh dari motor nyaris mati digilis kereta di lampu isyarat

   Assalammualaikum, peace upon you.
Di China melaporkan budak perempuan nyaris mati digilis kereta ketika di lampu isyarat. Korang boleh tengok video dia memang sikit lagi, sipi-sipi je nak kena gilis, memang seriau shida tengok. Kadang kala kes gilis budak di negara China macam dah jadi satu habit atau kebiasaan bagi warga di China. Apa yang shida tahu undang-undang di sana ketat tapi parent yang membawa motor tu sendiri di tengah jalan raya besar pun tak pakai topi keledar (topi keselamatan). Kadang-kadang tak paham dengan tahap keselamatan yang dikuatkuasakan tu seperti apa. Moga menjadi iktibar kepada semua yang menonton dan yang mengetahui kisah ni. Nak memandu tu hati-hati kalau boleh muatan tu biarlah berpada, anak-anak pun sepatutnya diberi juga memakai topi keledar. Ingatlah nyawa adalah sesuatu yang bernilai dan berharga dan tidak boleh dicari ganti. Berhemahlah ketika memandu ya :)


Apa yang disampaikan pemberita tadi budak tu cuma lebam-lebam dan cedera akibat jatuh. Mesti sakit sebab shida pernah juga jatuh motor, bukan minah rempit tau!! tapi dah nak jatuh nak buat macam mana kan memang tak boleh nak elak benda dah nak berlaku, kena redha :)




Friday, 24 August 2012

Gambar Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna

   Assalammualaikum, peace upon you.
sumber gambar : Blog Hiburan Abg Nara

Tahniah Ustaz Don telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangan Husna 23 Ogos 2012, doakan semoga hubungan ini berpanjangan dan sentiasa bahagia selamanya, sweet saja pasangan ni suka shida tengok, suci bersih je :) Moga cepat timang anak nanti Ustaz Don insyallah. Ustaz Don atau nama penuhnya Don Daniyal Don Biyajid. Tahniah Uztaz Don!

untuk tatapan semua :) tapi dah tak single lagi hehee^^

terbaik :)




Thursday, 23 August 2012

entri pertama untuk Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum, peace upon you.
Hari Raya Ke 5 duit raya terkumpul setakat ini RM141.00 hahaaa^^ dah tua-tua dapat duit raya tu paling tak boleh blah! jangan tau orang tengok shida macam budak sekolah je walaupun umur sekarang sudah 25 tahun. Korang percaya tak?? haaa..haruslah percaya dan terima kenyataan ini shida sudah pun meningkat umur atau lebih senang cakap "dah tua". Now shida berada di Kuala Lumpur rumah abang shida di Rawang beraya sini. Agak-agak siapa orang Rawang datang lah beraya cewahhh hehee^^ Lepas ni nak pusing-pusing KL lepas tu berangkat ke selangor hantar adik shida balik POLITEKNIK sabak bernam :)

Kad Raya shida ada dapat lagi tau, tak tau lah camne keadaan kad hope tak hilang, lebih rela basah sikit-sikit dari hilang kad -kad tu huwaaaa ;(  janganlah kan! nanti minggu depan dah mula kerja shida dah boleh review balik kad-kad ni semua. semua dari blogger-blogger kenalan shida. Terima kasih semua :)