Dunia sebenar Shida: October 2012

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Wednesday, 31 October 2012

Wordless Wednesday | Kenali Wajah Mereka (artis luar negara)

  Assalammualaikum, peace upon you.
kenal ke?? hehee^^




CPUV dari Nuffnang BE ke 33 Microsoft Windows 8 | Thanks Blogger Deq's Qienz a.k.a Mama Qhayra

   Assalammualaikum, peace upon you.
A big Thanks to Nuffnang sebab bagi shida BE/CPUV yang shida sendiri tak sangka Nuffnang akan bagi lagi. Hampir sebulan lebih shida tak dapat BE huwaaa^^ so BE yang dapat ni BE yang ke 33 Microsoft Windows 8. Shida belum nampak lagi iklan BE yang ini. Kalau korang nampak tolong picit-picit sat untuk shida Thanks You :') Hope Nuffnang bagi lagi BE/CPUV untuk blog shida yang tertinggal dan bersawang selama 4hari ni. Hari ni kan P1wimax gagah walaupun hujan lebat tadi siang hehee^^ syabas!! macam ni la baru tak nak POTONG!!! :p

guna camera Samsung Galaxy S3 :)
Ok tengok baik-baik ye gambar tu perhatikan betul-betul hehee^^ cantik dak gambar tu?? haa shida guna camera samsung galaxy s3 tau :) insyallah dalam masa terdekat ni shida tunjuk eh dekat korang HP baru shida tu :) hehee^^ ok keychain yang comel tu datangnya dari Blogger Deq's Qienz a.k.a Mama Qhayra. Sis ni lah yang bagi shida keychain yang comel siap ada kad ucapan yang simple lagi. Ini salah satu tanda kenangan antara shida dan sis deq thanks eh :) tak terbalas shida budi baik sis bagi shida hadiah sebagai tanda kenangan dan perkenalan antara kita. Ha kalau korang cam doodle tu dengan design yang ada kereta tu agaknya korang ingat tak shida ada buat entri tentang blog yang shida edit dari tempahan hari tu. siap boleh buat kad simple lagi cayalah!! heheee^^ Apa-apa pun thank you so much sis deq's :)




Tuesday, 30 October 2012

Beraya Haji di Kuala Lumpur alangkah seronoknya sampai jatuh sakit!

   Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah shida selamat sampai ke rumah pada isnin pagi jam 2 lebih kurang macam tu lah! dengan jalan sesak, roadblok polis sabar jelah perjalanan yang memenatkan ni. Naik kejang pingang dibuatnya hampir 8jam berada diatas jalan raya yang luas terbentang! Raya haji tahun ni shida ada sedikit kelainan. Orang pulang ke kampung atau sebaliknya yang shida beraya di kuala lumpur rumah abang shida dan kakak ipar. Saja nak merasa beraya di tempat orang. Rasa memang berbeza lagi-lagi kuala lumpur tak macam raya pun shida tengok huhuu^^ Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa shida tak update beberapa hari ni kan. Mulanya memang nak update masa dekat rumah abang tapi orang kata "kejutan budaya" shida demam pula bila tiba di kuala lumpur. Demam+batuk+selsema, memang menyiksakan huhu^^ 
Raya pertama shida biasa-biasa sebab tak sihat kan! Cuma beraya dirumah sanak saudara yang tak balik kampung taiping perak. Rupanya ramai sedara shida tak balik taiping so dikesempatan tu kami beraya lah tak banyak rumah pun dalam 2 3 je, kebanyakan sedara shida memang stay taiping. Raya ke2 shida dan adik-adik beroperasi berjalan-jalan disekitar KL yang penuh sesak tu! Memang seronok tau dalam keadaan demamnya shida berjalan-jalan, sempat juga shida survey Samsung Galaxy S3 dan dah rembat 1 hehe^^ yang tu shida cerita dalam entri lain k :) dah puas ronda-ronda sampai tengah malam shida balik. Masuk raya ke 3 shida dan family jalan-jalan bawa anak-anak buah pergi Zoo Negara. Seronok juga enjoy-enjoy tengok binatang kan. Lepas tu kami berkelah dekat taman :) Esoknya berangkat pulang tapi singgah dua tempat ke slim river attend kenduri dan terus pusing balik ke sabak bernam hantar adik shida yang bongsu balik Politeknik. Lepas tu baru kami pulang ke taiping dalam area 7malam macam tu :) Perjalanan yang menyeronokkan bagi shida sangat-sangat happy :) nanti shida sambung entri lagi k :) blogwalking dulu!
masih boleh kan shida wish dekat korang?? Salam Aidiladha :)




Thursday, 25 October 2012

domain www.duniashida.com 3 bulan 3 hari | Fanpage Like sudah 1000!

   Assalammualaikum, peace upon you.
Pejam celik pejam celik dah 3 bulan 3 hari dah domain shida berlangsung. So selama 3 bulan ni banyak yang shida tempuh dan lalui bersama-sama dengan domain ni. Macam-macam masalah yang datang dan duga blog seusia 3 bulan berdomain ini. Peningkatan sejak memakai domain ni banyak yang shida dapat antaranya yang paling ketara adalah PR dari google shida dapat PR3 selama 3bulan, semasa baru tukar domain PR0. Selain itu ranking dari alexa juga semakin baik dari no data sehingga masuk bulan ke 3 dah dapat 382,728 untuk ranking alexa dan malaysia masih kurang puas hati bagi shida masih dibawah 2ribu. Dan berharap lepas ni shida mampu lagi mencapai sehingga bawah 1ribu ranking alexa dimalaysia AMIN :)
dan menarik perhatian shida sekarang Fanpage Dunia sebenar Shida sudah pun melepasi 1000 like! terima kasih tak terhingga kepada semua peng'like' tegar yang like fanpage ini. Insyallah shida manfaatkan sepenuhnya Fanpage Blog shida ni. Ada yang belum like jangan lupa like ok :) Biasa Fanpage ni shida ping-ping entri shida yang sudah pun shida publish diblog. Selain itu shida ada juga selitkan kenangan beberapa koleksi header blog shida. Pendapatan Blog shida dan juga kemajuan yang terdapat dalam blog ni selain alexa dan PR google. Sejak-sejak bertukar domain banyak perubahan yang drastik yang berlaku tanpa shida sedari. Alhamdulillah semuanya datangnya dari hasil titik peluh shida dan juga sokongan dari kawan-kawan blogger seperjuangan. Terima kasih tak terhingga ya korang :)
shida ada target untuk tahun ni shida nak kalau boleh entries shida sebanyak 1000 entries memandangkan sekarang sudah pun mencecah 712 entries. Hope sangatlah internet tak buat hal lagi kalau tak memang tak boleh shida update lagi. Lain-lain tu seperti trafik dan bilangan komen terserah mengikut keadaan shida blogwalking lah. Shida tak harapkan trafik yang tinggi janji shida happy bloging dan mempunyai teman blogger yang setia dengan blog shida. Orang kata bukan senang kita nak ada pembaca setia atau pengunjung setia blog ni. Mesti ada daya tarikan tersendiri untuk menarik minat semua pembaca kita. Insyallah shida akan lakukan yang lebih baik untuk masa akan datang. Sama-sama kita doakan ya :)




Wednesday, 24 October 2012

Wordless Wednesday | dah lama hidup ke bang!!

   Assalammualaikum, peace upon you.




Tuesday, 23 October 2012

hati luka jiwa merana dengan P1wimax ni!!

   Assalammualaikum, peace upon you.
Masalah P1wimax belum selesai lagi, ingat tak last shida publish entri hari sabtu scroll tak jauh pun entri tu. Ingat lepas event ni shida nak la BW tau dah semangat sangat-sangat, lastly P1wimax buat hal lagi. Kacau betul lah! terpaksa tunggu dia ok, tunggu hari ahad tak ok lagi, isnin pun tak ok lagi! rasa nak mengamuk je rasa tau! berapa hari tinggal blog tak update huhuhu^^ hari ni selasa! itu pun pukul12 tadi baru ok balik. Shida tak tahu lah masalah apa lagi dekat area umah shida ni. Sebelum ni masalah macam ni tak pernah ada pun! Kakak shida tengah plan nak tukar pakai streamyx tapi belum pasti lagi. Kakak shida rasa sayang nak potong shida pun tak tahu kenapa. Masalah ni dah berlarutan pun dia masih tak nampak lagi adehhh^^ kita diam je la sebab menumpang wifi dia kan hik3 :p Hope lepas ni tak de lagi masalah berulang!!

shida tengah slow-slow blogwalking ke blog korang!



Saturday, 20 October 2012

Shida teringin sungguh nak pakai Samsung Galaxy S3

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ada tak yang nak bagi shida free handfone ni? wahh^^ shida semakin gilakan handfone ni sejak bila tak tau lah! padahal shida memang tak layan tau handfone selain Nokia, sekarang pun shida masih pakai Nokia Brand. Shida baru dapat tau dari member shida Samsung Galaxy S3 ni dah jatuh harganya sekarang tinggal RM 1699.00, aduihh^^ semakin dekat dengan target shida tau! Insyallah bulan depan kalau tak lari bajet shida nak angkat satu Samsung Galaxy S3 ni. Berkenan sangat-sangat, shida jenis susah nak berkenan dengan sesuatu barang tu. Contoh macam lappy shida ni kan. Usia dia sekarang dah hampir 4 tahun tau. Selama 4 tahun shida baru format 2 kali. Shida barang-barang memang jaga dengan baik dan rapi :) Orang nak pinjam memang fikir 100 kali pun belum tentu nak bagi pinjam hehee :) Insyallah korang doakan ya shida dapat pegang Samsung Galaxy S3 ni :)

Esok dekat sekolah shida ada event dan shida orang yang paling sibuk sekali esok sebab nak menguruskan kaunter pendaftaran sorang-sorang huhuhu^^ so entri ni shida publish dulu esoknya shida blogwalking ke blog kawan-kawan ya! Maaflah shida kesempitan masa nak blogwalking sampai tak dapat nak mencelah sikit masa pun nak blogwalking. Shida update pun auto je huhuh^^ Maaf sangat-sangat ya kawan-kawan. Esok malam shida mula blogwalking ok :) Terima kasih tak terhingga pada yang sudi jengah blog shida tiap-tiap masa!




Friday, 19 October 2012

Review Blog Diari Si Froggie dan Blog Solehah Shamsuddin

   Assalammualaikum, peace upon you.
Sudah selesai sehari sesi Review Blog Top Komen September, kini giliran Review dari Entri Ke 700 shida, korang ingat tak? yang shida letak tajuk Korang Komen Shida Review | 2 Komen terawal dan terakhir boleh klik link tersebut untuk baca dan ingat balik entri tersebut. sebanyak 59 Komen yang shida dapat dari situ dan entri tersebut tak lah lama shida publish lebih kurang 5jam sebelum 12am. Memandangkan entri shida sudah mencecah 700 shida nak review 2 komen special iaitu pengomen terawal dan terakhir sebelum shida publish entri ke 701. So mereka yang bertuah yang menjadi terawal dan terakhir adalah :
Ok pengomen terawal adalah milik Blogger Solehah Shamsuddin, pantas betul dia komen kan terus dapat yang pertama atau paling awal sekali. Tahniah shida ucapkan dan thanks juga sebab sudi singgah blog shida yang tak seberapa ni ya. Kalau dia dapat komen yang terawal mesti internet laju ni kan! jeles shida, pakai internet kuasa berapa eh solehah?? heheee^^ bukan apa masalah internet dengan shida rasa tak boleh dipisahkan pula hehee^^ Blogger Solehah ni shida pun baru-baru kenal dengan dia. Kenal pun dekat Facebook tak silap shida. Lepas dia rajin komen-komen dekat wall facebook baru tau dia blogger juga, Wahh! minah pink juga solehah ni. Header cantik tau shida like! Jom terjah Blog Solehah Shamsuddin :)

Dan pengomen terakhir sebelum entri 701 publish jatuh kepada Blog Diari Si Froggie, iaitu Blogger Aida Omar a.k.a Best Friends shida hehee^^ tak sangka kau jahh!! dapat review dari shida hehee :) Kalau nak cakap pasal blogger retis Aida Omar ni segan pula shida ni! Tapi Blog Aida memang dah superb! i like tema katak comel yang jarang sekali orang pakai hehee^^ kalau ternampak hijau dan katak teringat Blog Retis Aida Omar ni tau! jeles i!! Korang tengoklah semangat kakak Aida kita ni pasang header raya haji yang bakal tiba seminggu saja lagi hehee^^ Wahai Aida sahabatku apa yang shida boleh doakan semoga Aida berjaya dalam dunia bloging. Bila dah jadi retis dan  femes jangan lupa shida ya! Jom korang terjah www.diarisifrggie.com :)




Thursday, 18 October 2012

Review Blog Corat coret Nusha & Blog Cerita Tentang Kita

   Assalammualaikum, peace upon you.
Seperti yang shida janjikan dalam entri ini klik untuk membaca ya! shida nak review blog dari Top Komen September "Jari mereka Ohsem"setiap bulan. Maka setiap bulan 2 blog terpilih dari 15 akan shida review dan setiap bulan mestilah blog yang berbeza. Top Komen blog shida ni mereka ni memang Awesome tau! selalu datang blog shida, tak pernah jemu-jemu mereka datang memberi support dan komen-komen bagai. Terima Kasih sangat-sangat buat mereka yang tersenarai. So shida mulakan review :
Blog Corat Coret Nusha adalah kepunyaan Blogger Yui, itu nama samaran dia lah yang shida tahu Yui, shida panggil dia pun memang Yui, tapi asal kenapa yui korang tanya lah dia eh, nak cerita lebih-lebih tak tahu pun hehee^^ dengan Yui ni shida lama gak lah kenal mulanya dari dalam blog bawa ke facebook sekarang ke HP, tapi urusan niaga. Korang tahu Yui ada buka perniagaan Craft so comel-comel tau geram je! tapi bukan lah craft saja pelbagai juga tau. Korang boleh terjah BlogShop Yui ni. Shida kenal Yui asalnya dari Blog Puan Azizah lepas dah selalu singgah terus melekat berkawan sampai sekarang, Seronok kawan dengan Yui ni. Baru-baru ni shida ada beli kuih Popia Mini buatan tangan Yui sendiri dengan mak yui. Sedap tau shida dah 2x order hehe^^ satu time raya puasa satu lagi baru-baru ni shida nak bawa pergi KL raya haji nanti :) Fav shida tau Popia Mini ni. Beli buat makan sendiri bukan hidang heheee^^ korang nak boleh order masih boleh lagi tak silap shida^^ Nak lebih Info Boleh terjah Blog YUI ok :) Thanks Yui!
Blog Cerita Tentang Kita adalah kepunyaan Dedeq De Wishes, pelik tak nama dia? tapi yang pasti bukan nama sebenarlah! nama sebenar seperti url blog dedeq. Shida mesra dan manja panggil dedeq saja hehee^^ tak gitu deq? ok Blogger Dedeq ni shida baru kenal dia tak silap dalam beberapa bulan je, Dedeq salah sorang pengunjung setia Blog Shida tau, sampai dia pun dah naik dalam Top Komen Bulanan Shida. Tahniah Dedeq hehee^^ shida juga rajin juga pergi ke blog deq tapi kalau sibuk atau internet problem memang tergendala semua kerja! Blog dedeq dah berwajah baru tau! tak sampai seminggu pun lagi, orang kata masih panas macam baru keluar dari Avon hehee^^ rekaan yang simple berwarna campuran hitam, ungu dan putih. Memang sweet! eh! terpuji design sendiri ekekeke :p  Thanks juga buat sponsors doodle iaitu Blogger Apit! pakar segala doodle! So Korang jom terjah Blog Dedeq untung-untung boleh berkawan baik macam shida dengan dedeq sekarang. Dia sangat-sangat caring orangnya tau! Thanks Deq!




Wednesday, 17 October 2012

wordless wednesday | 1 day shida potong juga P1wimax ni!!

   Assalammualaikum, peace upon you.
seharian tak bloging, internet line problem huhuhu^^



Monday, 15 October 2012

Oh Google yang Owesome! | Little Nemo in Slumberland

   Assalammualaikum, peace upon you.
Nak tahu apa seterusnya, ada banyak lagi animasi dalam tu hehee^^ agak jakun sebab firstime nampak tapi shida tak sure bila start benda alah ni, tadi yang shida baru perasan. Syok juga hehee :) Shida tak kisah atau tak hiraukan disebalik cerita dia tapi seronok main tekan-tekan hahaaa^^ korang tak percaya cuba tengok, baru tahu apa maksud shida main dan tekan-tekan tu heheee^^ Google banyak buat macam ni, baru best tak lah bsan asyik tengok gambar google yang seketul tu kan! sekarang google semakin kreatif nak tengok google yang lagi menarik?? haaa..try jom google gravity klik sini >> google ini memang owesome!





Sunday, 14 October 2012

awan awan nano shida :)

   Assalammualaikum, peace upon you.
Cantik tak awan-awan tu? shida snap waktu time pagi kelmarin lingkungan pukul berapa eh shida dah lupa tapi serius shida terpandang cantik sangat-sangat, lokasi berhampiran tempat kerja shida :) pastu tiba-tiba teringat pula dekat blog shida yang juga ada awan-awan nano kecil molek tu kan hehee :) Rindu nak mengomen, shida nak blogwalking dulu kat blog korang, rasa lama tak terjah! Ohya shida dah sihat :)




Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

  Assalammualaikum, peace upon you.

Entri auto publish kawan-kawan, cepat-cepat shida siapkan entri ni 3 hari yang lepas duk dalam darft, so hari ni shida publish kan secara umum bagi semua baca Segmen Mari Berpantun anjuran Kak Mialiana, bagi yang pakar dalam pantun-pantun ni korang ada sehari saja lagi untuk join. 15hb adalah tarikh akhir penyertaan, so good luck untuk diri sendiri dan juga semua peserta yang join :)

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja
Wahai Mia banyak ilmu didada
 Memakai pula kebaya Nyonya
Yang manja bila dipanggil shida
Jangan pula ada yang tergoda ya

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga
Pergi ke kedai membeli baja
Beli baja untuk tanam bunga
Shida masih bujang bukan saja-saja
Belum sampai seru nak berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja
Tamat sudah sesi persekolahan
Banyak liku-liku dan juga cabaran
ramai yang tanya nak jawab segan
status bekerja dibadan bukan kerajaan

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
Mari-mari datang kemari
Jangan lupa depan ada titi
Ipoh adalah ibu negeri
Mestilah anak jati negeri Perak sejati



Saturday, 13 October 2012

OFF DAY

   Assalammualaikum, peace upon you.
Malam hingga esok shida mybe tak online sebab rasa tak berapa bagus kesihatan hari ni. Shida perlu tidur awal dan berehat seketika. Jadi bagi yang urgent nak contact shida boleh sms saja bagi yang tahu contact no. shida atau email ke kan, sebab email memang alert terus masuk dalam handfone shida so setakat belek-belek handfone ok la. Nak mengadap laptop ni dan blog mungkin tak boleh tahan, rasa pening ya amat! tengoklah maybe shida akan online semula sebelah petang atau malam ikut keadaan lah. Apa-apa pun shida nak baring tidur awal :) selamat berhujung minggu semua :)




2 Blog yang terawal dan terakhir yang bakal di review TAHNIAH!

   Assalammualaikum, peace upon you.
Korang masih ingat tentang entri yang 2 blog yang akan di review, so seperti yang dijanjikan shida sudah pun dapat 2 blogger yang komen paling awal dan cepat dan juga yang terkahir sebelum entri 701 publish so tahniah buat mereka berdua dan shida akan review mereka minggu hadapan bersama dengan 2 Blog Top Komen September. Bilangan komen shida tengok sebelum entri 701 publish adalah sebanyak 41, jadi bagi yang komen selepas 41 tidak dikira kerana entri ke 701 sudah pun publish. Minggu ni tiada entri kedua dalam sehari kerana kesibukan dan kesuntukan masa shida nak bloging adalah terhad. Tempahan edit mngedit pun pesat^^ Shida banyak nak jalan-jalan blog kawan-kawan saja :)
 Komen Terawal
Komen Terakhir




Friday, 12 October 2012

Hadiah dari 2 Blogger Awesome Ccicutedollylicious dan Sop.name.my

   Assalammualaikum, peace upon you.
klik untuk tumbesaran ya kawan-kawan, kelmarin shida join Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop, itu pun last minit sebab masa tu internet shida ada masalah sampai online dekat cc tau! ingat tak?? lepas seminggu tu baru ok sikit terus shida buat entri Sop ni. Mulanya tak ada idea sangat sebab yer lah baru lepas stress dengan masalah internet kan. So shida buat la Kad Hari Jadi untuk Sop sempena Ulangtahun umurnya yang ke?? hehee^^ korang tanyalah dia sendiri eh! So entri shida terpilih dalam peraduan tu dapat la cash RM10 dari Sop. Thanks ya Sop, shida bertuah dengan Sop ni sebab Peraduan sebelum ni dari Sop pun shida bertuah juga :) Jom berkenalan dengan Blogger Sop!

Ok untuk hadiah yang ini datangnya dari tak lain dan tak bukan kalau doodle yang cute-cute ni, shida jadi suka sangat-sangat tengok tau tapi bila sendiri yang dapat, nah!! melompat-melompat keriangan hahaa^^ macam budak-budak pulak! Kak Cci bagi shida hadiah ni sebab shida jadi Top Komen September Blog Cci, shida kalau tak ada pemberian macam ni pun memang shida akan selalu terjah blog Kak Cci sebab doodle dia buat shida teruja sampai melompat! serius! cute! shida dapat juga free doodle dari Kak Cci hehee^^ suka tak terkata lah!
Cute kan?? hehee^^ Jom berkenalan dengan Blogger Ccicutedllylicious :)



Thursday, 11 October 2012

KORANG KOMEN, SHIDA REVIEW | 2 komen terawal dan terakhir

   Assalammualaikum, peace upon you.
Memandangkan ini adalah entri ke 700 shida so shida nak tambah lagi 2 blog untuk shida review, cara penyertaan senang saja! korang komen dan untuk mendapatkan tempat yang terawal dan terakhir pada komen untuk menjadi blog yang akan shida review nanti. So shida akan mulakan setelah entri ini terbit sehinggalah keluar entri baru iaitu entri ke 701. Shida cuma akan pilih 2 Blogger (blog) yang komen terawal dan yang terakhir untuk entri ini sahaja ok. Jelas semua?? Kalau rasa nak shida review sila lah komen ya. (letak link blog sekali bukan link entri ok) Shida akan review sekali dengan TOP KOMEN SEPTEMBER shida tapi dengan entri berasingan. Shida akan review dalam masa terdekat ni sebabnya tempahan edit blog semakin pesat heheee^^ so kita tunggu dan lihat siapa yang terkono hehee^^ selamat berkomen ya kawan-kawan :)




Sifat Merendahkan Diri | Orang Yang Merendah Diri

   Assalammualaikum, peace upon you.
Spontaneous Thursday



Wednesday, 10 October 2012

Wordless Wednesday | Budak jepun yang comel "Nur Adriana Batrisya"

   Assalammualaikum, peace upon you.
comel tak saye?? hehee^^ anak buah shida no.4 eca :)




Tuesday, 9 October 2012

Pandangan shida tentang penggunaan Word Verification | Jom belajar part2

   Assalammualaikum, peace upon you.
So ini lah word verification yang shida maksudkan tu, yes! rata-rata tidak bersetuju dengan penggunaan word verification ni antara sebabnya yang ketara mengganggu perjalanan apabila kita nak komen entri blogger tersebut. Lagi-lagi kalau terkena macam shida ni, dah type betul-betul pun masih minta "please try again" hampir 4 kali shida kena macam ni, line memang laju tapi kalau dah berpuluh minit duduk tang tu je siapa-siapa pun hangin kan. Nasib disebabkan segmen kalau tidak terus shida pangkah je! ok dalam hal ini juga shida tidaklah salahkan newbie/blogger baru semata-mata. Sebab kebanyakannya pun yang guna ni newbie yang sudah ada follower melebihi 4ratus ++ so nampak gaya bukan newbie lagilah cuma part ini dia tak ambil berat sangat!
Macam shida sendiri memang suka komen-komen, kalau tak guna verification ni lagi galak shida mengomen, serius! sebab shida sendiri pun tak suka pakai verification ni. Dulu memanglah masa shida newbie pun ada pakai lepas tu shida ubah sebab nak bagi kesenangan dan kemudahan kepada sipenggemar komen. Lagi satu kesian juga pada blogger yang memakai khidmat broadband, rasanya boleh bikin stress nanti hehee^^ bayangkan lah, dah la line semput bila publish asyik salah kan, memang menyiksakan lah!
Shida sarankan lah kepada semua pengguna blogspot ni cuba ubah jangan pakai word verification ni ok, tak rugi pun tau sebab pembaca korang mesti mudah nak baca dan komen lepas ni, lagi-lagi yang join segmen beratus-ratus, mudah perjalanan nak blogwalking tak perlu ambil masa 2 3 hari, sehari dah boleh habis :) shida tak marah lah! hehee^^ shida cuma bangkit isu ni supaya semua boleh belajar, sama-sama kita belajar menambah ilmu sama-sama, kan nice macam tu :)
tutorial nak buang word verification (blogger interface) :
sign in >> setting >> posts and comments >> show word verificatin >> no
save! dan siap dah! :)




Monday, 8 October 2012

Beri shida tujuan yang munasabah dan logik untuk kita kongsi bersama-sama | Jom belajar part1

   Assalammualaikum, peace upon you.
Print Screen dari FB shida  :)
Masalahnya korang mesti tahu kan dari mana datangnya, benda ni newbie suka guna tapi tak semua newbie lah, apa kata korang share dengan shida dan kawan-kawan yang lain dan bagi shida 1 alasan yang logik kenapa Wajib pakai "word verification" ?? kalau ada sesiapa yang boleh bagi alasan yang memuaskan hati shida ni, ok isu ni shida tak kan sentuh lagi! kalau korang sendiri pula nak pakai ke tak verification tu?? kenapa perlu pakai?? kenapa tak perlu pakai??




Sunday, 7 October 2012

PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH BLOCKBUSTER

   Assalammualaikum, peace upon you.
Tahniah kepada semua pemenang pada malam ini dan tahniah juga kepada Syamsul Yusof kerana membawa pulang 5 Anugerah dari BlokBuster Astro Ria. Fuhh^^ banyak sungguh dan sememangnya dia layak terima kesemua anugerah yang tercalon. Tahniah Syamsul Yusof :)
 
ANUGERAH KHAS PFM - Syamsul Yusof

1.       Anugerah Filem Drama Muzikal terhebat - Nur Kasih the movie
2.       Anugerah Lagu Soundtrack Filem terhebat  - Ombak Rindu
3.       Anugerah Filem Aksi Terhebat - KL Gengster
4.       Anugerah Watak Penyangak Terhebat - Fikri Bakar (Klip 3GP)
5.       Anugerah Director Baru Terhebat - M.Suryaa (Sumpahan Puaka)
6.       Anugerah  Hero Baru Terhebat - Shahir (Karak)
7.       Anugerah Heroin Baru terhebat - Tasha Shila
8.       Anugerah Filem Kelakar  Terhebat -  Hantu Bongceng
9.       Anugerah Filem Takut Terhebat - Khurafat
10.   Anugerah Tuan Director Terhebat - Syamsul Yusof  (KL Gangster)
11.   Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak (Hantu Bongceng)
12.   Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsudin (Bini-biniku Gangster)
13.   Anugerah Astro Fisrt Terhebat - Kongsi
14.   Anugerah Filem Terhebat - KL Gangster