Antara Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Fatihah yang perlu kita tahu | Dunia sebenar Shida Antara Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Fatihah yang perlu kita tahu

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 25 January 2013

Antara Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Fatihah yang perlu kita tahu

   Assalammualaikum, peace upon you.
Kalau dah nampak tu apa salahnya baca sebentar sambil-sambil  menghilangkan stress mengadap kerja yang banyak, komputer atau lappy 24 jam. Membaca surah ni tak sampai 10 minit pun :) dah tenang? mari baca pula apa yang nak shida kongsi pada korang rahsia Surah Al-Fatihah sebenarnya :)

Ikhtiar mengubati penyakit 
Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

boleh menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
- Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
- Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
- Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
- Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
- Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Ikhtiar Menghilangkan sifat Pelupa
Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan
Ambil sebuah bekas bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain (untuk diri sendiri )
letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali: "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".



 tekan share dan g+ jika perkongsian ini berguna untuk semua :)



21 Jari Ohsem:

Nadia Johari said...

perkongsian entry yang sngat berguna..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice sharing shida..Thanx...
surah Al-Fatihah mmg banyak khasiatnye...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Oh ya Shida...klip utk Qis & Kalendar dah sampai..smlm akak amik kat mailbox..terkejut akak..tak tau pun shida ada kirim.. Qis kata Cantik..terus jer dia pakai kelmarin... Thanx sgt² Shida..^^

Cik Nur said...

subhanaAllah...
banyakkan zat-zat surah ni...
kita tinggal amalkan selalu je..

terima kaseh sudi berkongsi..

dEdEQ dE wIshEs said...

ALHAMDULILLAH .. MEKASIH KONGSI2 KAK

nuyui a.k.a miss YUI said...

byk klbhnnya kan shida..

Sop said...

nice sharing
thx Shida

ayut said...

bgus...utk yg rabun tu ayut blh guna... :)

~Apam Gemok~ said...

Thanks kongsi.. Berguna sgt ! :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum..
terima kasih berkongsi ilmu, berguna untuk semua :)

Sally Yatiey said...

nice sharing sis :)

Remy hazza said...

thanks for sharing...

azizah :) said...

banyaknya kelebih surah al Fatihah ni.. Insyaallah akan amalkan... tq sharing shida :)

AidaSyahirah said...

Aida share buat entry. Dah credit pada Kak Shida :)
http://aidalor.blogspot.com/2013/01/surah-al-fatihah.html

mummyriena said...

nice sharing shida..baru aku tau smua n...

caliph shuriken said...

nice sharing ^^

IntaNBerliaN said...

thanks shida... ada yg akak patut lakukan ni.. thanks lg sekali.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tengs shida berkongsi ilmu yg bermanfaat untuk semua..Alhamdulillah hari2 memang akak baca al-fatihah :-)

Mrs Velentine said...

nice entry tq share

Aina Areen said...

alhamdullilah, bertambah lagi ilmu agama aina :) boleh kongsi dekat org lain ni :)

Cik Fie said...

AL FATIHAH penawar hati :)