Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 21 January 2013

Hadiah Birthday untuk Ah Hong 21 Jan 2013 | Thanks Eyriqazz.com

   Assalammualaikum, peace upon you.
Terutama sekali shida nak ucapkan Thanks to Bro Eyriqazz sebab shida beli Set Duit Baru Malaysia RM1 dan RM5 ni dari dia. Sebab pertama shida beli dari bro Eryqazz ni sebab shida pernah join GA Eyriqazz yang lepas untuk dapatkan beberapa koleksi duit kertas baru ni tapi tak menang pun. So saja-saja tanya mana dia beli dan shida berminat nak beli koleksi tu bukan untuk simpanan shida tapi nak bagi dekat someone and tak lama kemudian Eryqazz balas kata dia ada beberapa lagi koleksi dan tanpa fikir panjang shida beli dari dia. Itulah kaitannya Bro Eyriqazz dengan entri kali ini. Actually benda ni boleh buat sendiri kan tapi shida berminat dengan kulit album set duit kertas baru ni nampak unik dan semestinya ORI!
Siapa Ah Hong? ini lah dia budak kecil yang pakai snowcap warna kuning tu. Actually ini gambar lama masa dia 6 tahun now dia dah std 2 tau. Pandai cakap melayu+english+cina kira dengan dia shida senang dan selesa, dia juga rapat dengan shida. Shida kenal dia dari umur dia 2 tahun lagi. Siapa Ah Hong? dia anak sulung majikan shida :) Majikan shida yang perempuan tu Pn. Ooi :) Muda lagi tau majikan shida ni, dia so friendly dan kami rapat tak macam pekerja dengan majikan tapi macam family :) Selama 5 tahun lebih shida berkhidmat untuk dia tak pernah rasa nak berhenti kerja disebabkan kebajikan dari majikan cina. Shida rasa selesa dan bertuah lagi ada :)
So dah siap balut :) esok pergi kerja nak bagi dia. Biasa dia akan datang dulu office sebelum pergi sekolah (sesi petang). Kenapa shida bagi dia duit kertas baru? Dia ni suka dengan duit baru malaysia. Mengalahkan orang kita suka dia. Lagi-lagi kalau duit RM5 lagi dia suka. Shida hairan juga kenapa dia suka sangat dengan duit RM5 tu :) shida pernah tanya dia tapi dia macam tak dapat nak jawab, lastly shida gelak sebab dia fikir panjang nak jawab soalan shida ni, sampai berkerut juga dahi dia hehee. Shida faham biasa lah benda dah suka memang susah kita nak terangkan lagi-lagi budak-budak. Hope dia happy terima hadiah ni esok :) eh! dia wish tau masa birthday shida 5 Jan yang lepas :) 


Ah Hong! Happy Birthday :)

update : tadi ah hong call shida dia cakap "thank you kak, saya suka present tu"



20 comments:

  1. mesti dia suka t..hppy birthday utk ah hong ya =)

    ReplyDelete
  2. dpt hadiah lg la shida.. :)
    happy birthday bt ah hong..hihihi..klu majikan bek mmg best sbnr yer.. ^^

    ReplyDelete
  3. Huhu, happy birthday Ah Hong :)

    ReplyDelete
  4. mesti dia suka punya..

    happy birthday yer ah long :)

    ReplyDelete
  5. tentu ah hong suka hadiah shida tu.. :)

    ReplyDelete
  6. mesti ah hong suka dpt hadiah dr shida :-)

    ReplyDelete
  7. mesti ah hong senyum sampai telinga bila b uka nanti :)

    ReplyDelete
  8. anak bos..happy birthday ah hong

    ReplyDelete
  9. bro eyriqazz byk koleksi mcm tu.hehehe

    ReplyDelete
  10. Happy birthday buat Ah hong.. hee ;D

    ReplyDelete
  11. Mesti Ah hong happy terima hadiah dari shida tu..Happy b'day Ah Hong..^^

    ReplyDelete
  12. HB Ah Hong.. mesti suka dpt hadiah dr kak shida.. :)

    ReplyDelete
  13. tahniah ah hong..bkn sng nk dpt hadiah dr kakak ni kan hahaa.. :D

    ReplyDelete
  14. TERINGAT DGN AH HONG YG DLM MASTERCHEF MUSIM KE-2..HIKSSSS

    ReplyDelete
  15. hihi..nama sama mcm ah hong masterchef tu..

    ReplyDelete
  16. mesti dia suka nanti...... hb birthdau ah hong...kechil2 dah pandai main duit.....

    ReplyDelete
  17. happy birthday buat ah hong :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.