Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 25 January 2013

shida nak berhenti...........

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ha! korang ingat lagi tak entri Wordless Wednesday | i quit yang lepas, sampai shida type pun typo segan dah ada orang tegur hehee..entri type pagi-pagi buta macam tulah type sambil pejam mata hahaa :p Semua jawab salah hehee, ada yang kata shida nak berhenti kerja, wahh! mana boleh berhenti kerja sebab masih banyak tangungan lain tau. Kalau tak kerja macam nak online nak bayar bil kan :) so jawapan tu salah! ada juga yang teka shida nak berhenti dari bloging, yang ni tak de dalam kamus hidup shida. Shida tak boleh tanpa blog, macam mana pula nak berhenti bloging, domain pun belum sempat luput lagi kan, dah tentu-tentu salah juga :)

Sebenarnya shida nak berhenti dari mendesign blog, senang kata shida tak akan lagi design blog orang. Sebelum ni shida pernah post dekat Fanpage yang shida nak berhenti mendesign, ramai yang tak setuju. Tapi shida dah nekad. Sebab utama shida tak de masa lagi nak design-design ni. Korang tengoklah blog shida sendiri tak de baju ganti sempena tahun baru. Blog orang lain semua dah berbaju baru. sedih tau :(  serius cakap shida banyak komitmen luar (rumah dan kerja). Komitmen mengalahkan orang dah kahwen ^_^ apa nak buat shida seorang anak dan seorang pekerja yang diberi harapan dan kepercayaan menguruskan segalanya. Bahu ni pun dah berat memikul tanggungjawab.

Bagi yang faham tu terima kasih lah. Insyallah kalau shida rasa dah selesa dan masa shida pun dah teratur dengan baik, shida mengalukan kedatangan pelanggan-pelanggan shida yang selalu nak kan khidmat mengedit dari shida. Bukan senang tau nak edit blog orang bagi cantik. Itu pun satu tanggungjawab juga. So lepas ni siapa yang nak edit blog boleh tempah dengan design-designer yang lain, dah ramai blogger-blogger buat part time ambil tempahan edit blog sebenarnya. So semuanya dihujung jari. Lepas ni jangan ada yang kata nak berhenti bloging pula ya :) So sementara ni tempahan ditutup sementara waktu.




25 comments:

  1. hope keputusan yg dibuat ni adlah yg terbaik..cewahh..haha

    ReplyDelete
  2. terpulang pada shida.... jangan berhenti daripada berblog sudah lah... peaceeee..

    ReplyDelete
  3. Oh berenti edit blog..
    Ingatkan apa. Huhu.
    Takpelah, rezeki insyaAllah ada kat mana2 :)

    ReplyDelete
  4. RASENYE BRU SMALAM DEQ TNYE PASAL EDIT BLOG NI .. HIKHIK .. XPELA KAK :) TERUSKAN KERJA AKAK YG LEN .. :)

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Shida bukan nak benti terus dri design2 blog kan. Buat masa ni je kan, ^_^

    Mana la tau pas ni ada berlaku perubahan dlm hidup, shida leh sambung balik design2 ni.. rugi lau tinggalkan terus.. >_<

    ReplyDelete
  6. oh, berhenti mendesign blog rupanya ;) hehe

    ReplyDelete
  7. Ok lah .. Sy hormati kputusan Kak Shida .. Tapi kalo ada masa dan ada tutorial baru, share2 lah ye ..

    ReplyDelete
  8. hrap kputusan ini yg terbaik bt shida..hihihihi..apa pon arrange bek2x yer kehidupan ^^

    ReplyDelete
  9. bikin saspen je kan???hahahaha. ingatkan nak berhenti berbloging..hehehe

    ReplyDelete
  10. hehe...sure takkan berhenti nyer..:)

    ReplyDelete
  11. oo...kisahnya...
    bagus2..jangan berhrnti berblog..

    ReplyDelete
  12. ala.. hasil kerja shida kemas n cantik apa.. syg jer.. kat situ pon rezeki shida kan... tp takpe jijah sokong shida mane2 pon..jgn benti berblog dah la yer :)

    ReplyDelete
  13. aku pkir blh ke ko xbloging heheee..

    ReplyDelete
  14. bikib suspen aje ko nih benten

    ReplyDelete
  15. oic, itu macam ka.. smoga hepi2 slalu ^^

    ReplyDelete
  16. rezki kat tempat lain sida..

    ReplyDelete
  17. kalo xde mse better bernti..tkut customer marh kn..

    ReplyDelete
  18. bhenti edit xpa, jgn bhenti berblog.. hihii

    ReplyDelete
  19. hahahaha. manusia tak perfect :D

    ReplyDelete
  20. owh . berhenti edit blog rupanya :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.