Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 22 February 2013

Alhamdulillah dan Terima Kasih

 Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Terima kasih Kerajaan Malaysia BR1M 2.0
Majlis mula 9 pagi - 5 petang tapi shida sampai lewat juga lebih kurang 11.30 pagi sebab rasa tak nak datang awal mesti penuh dan sesak dengan rakyat-rakyat jelata kan. Sampai 11.30 macam tu masuk terus kat dewan ruangan depan tu tanya pakcik kat kaunter alhamdulillah layanan bagus sangat walau datang lambat heheee :p dia minta shida pergi ke kaunter 3 (mengikut no. yang ada pada sampul shida tu 2478) rasanya shida orang pertama kot yang beri salam dekat pakcik duduk dikaunter 3 tu. Dia tergamam bila shida bagi "salam" lepas dia jawab dia senyum :) 
Apa yang ada dalam fikiran shida masa tu lepas ambil voucer nak kena claim dekat bank lah pula tapi jangkaan salah, lepas ambil voucer siap dapat sarapan lagi (roti dan mineral water) shida tak makan pun terus bagi adik simpan then ada sorang pakcik ni tegur "kak long masuk dalam dewan tebus BR1M" haa? kak long? ok fine! kebanyakan pakcik-pakcik kat kawasan rumah shida memang dorang panggil shida kak long hehee walaupun sebenarnya bukan anak sulung. Shida pun masuk then dalam hati "baguslah dapat cash tak payah susah-susah claim dekat bank nanti masuk bank mesti penuh nak kena tunggu lagi" sampai turn shida seperti biasa shida mesti bagi "salam" jika orang kita (orang melayu) dah terima tunai ucapan "terima kasih" shida beri. 
Now adik dari jauh dah sengih-sengih minta belanja ^_^ Macam tu lah perjalanan dan suasana ketika nak ambil BR1M 2.0 ni. Alhamdulillah tiada masalah apa yang shida tengok semua berjalan dengan lancar dan muka semua suci dapat bantuan ni hehee :) balik tu singgah McDonald belanja adik lunch kat sana. Balik semua gembira hahaaa ^_^





39 comments:

  1. setengah lagi simpan tuk kawin..hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki akak dah dtg lg ari ni :) erm bagus tu, bila kita bg salam, insyallah semua yg dgr akan lembut hati nak menolong kita dgn baik :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki.. Sekarang ni semuanya dah mudah, tak perlu tunggu berjam-jam utk sesuatu urusan..

    ReplyDelete
  4. syukur pada Allah..
    dah dapat duit boleh la beli apa yang perlu..kan??bukan senang tetiba orang nak bagi duit kat kita..kan??

    ReplyDelete
  5. wah cantik bekas brim awk ye shida

    ReplyDelete
  6. wah kak shida dh dpt...tahniah2..hee :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum shida. alhamdullilah dah terima duit. sheila pun amik cash je. malas nak pergi bank pula. hee

    ReplyDelete
  8. wahh best nya.. yg kite punye xplan pon lagi nak beli pe. hehew~

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Shida..sweet ja dia.. ^_^

    Memang patut pun camtu, bagi salam tanda hormat kita pda org lain..paling tidak,senyum ^_^

    ReplyDelete
  10. waa.. siap ada sampul lagi kan?hehe
    baucer buku pn sama, ada sampul, mcm dapat duit raya lak,,hehe

    ReplyDelete
  11. sana sini semua tunjuk duit....... takpe...... nak alhamdulillah jugak.... sebab tadi baru umum...dapat sebulan gaji bonus ..... seminggu lagi dapat.....yes!

    ReplyDelete
  12. beznye dpt br1m..tahniah
    follower ke 4022

    ReplyDelete
  13. Hehe..tumpang seronok..tahniah dan Alhamdulillah..murah rezeki. ^____^

    ReplyDelete
  14. untung betul belia-belia zaman sekarang ni. syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  15. tahniah dpt duit! semoga golongan peretngahan mcm daddy ni pun dpt gak wang BR1M ni..gaji below rm5k pun kena dpt tau..?

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah,rezeki...terima kasih Allah

    ReplyDelete
  17. Alhamdulilah rezeki.. ramai yg upload br1m ni..mudah2an setia la dgn kerajaan..ekk?? undi adalah rahsia..hee

    ReplyDelete
  18. tak cukup umur nak daftar BR1M T_T

    ReplyDelete
  19. wahh, untung laa dapat BR1M. aina tak cukup umor lagi :D hehehehe

    ReplyDelete
  20. untung la

    bole sakan sakan blanja haha!

    ReplyDelete
  21. murah sungguh rezeki shida..leh blanja hahaha

    ReplyDelete
  22. saya pun dapat juga BR1M..esok baru nak ambik..rezeki.. :)

    ReplyDelete
  23. shida, nk BR1M tu boleh? hehe :) saje usik shida

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.