Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 1 March 2013

Bekas kerani Bank didakwa mengeluarkan wang berjumlah 50k milik pelakon Lisa Surihani dan ibunya

  Assalammualaikum, peace upon you.
 
KUANTAN - Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milipelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas. Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama mereka. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda. Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Zaman sekarang ni macam-macam hal, dalam bank pun duit boleh hilang. Kira kalau simpan dalam bank pun tak selamat kalau ada pekerja yang tak amanah, pecah amanah dan sebagainya. Baik simpan bawah bantal ke bawah tilam ke, dalam tong beras ke kan =="  Harap kes ni cepat selesai, sumber : Sinar Harian





33 comments:

  1. orang yg malas berusaha memang mcm tu...suka hati nak amik duit orang lain..

    ReplyDelete
  2. hmm susah dah skg ni kan... x selamat dah..

    ReplyDelete
  3. kesian lisa,, hanya bleh bersabar.. nauzubilllahi min zaalik.

    ReplyDelete
  4. buat slh tp tak ngku, sje nk lmbtkan kes.

    ReplyDelete
  5. huhuh sanggup menipu tuk kesenangan sementara lak tu

    ReplyDelete
  6. BOLEH PULAK TAK MENGAKU BERSALAH,PADAHAL BUKTI DH ADA..HAIYAA

    ReplyDelete
  7. tu berlaku pada selebriti tu.. blom kira lagi yang berlaku pada orang awam. xtau la brape kes. huhu

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Pendpt shida pasal simpan duit dlm tong beras tu leh pakai..dalam umah la kiranya.

    Sebab, supervisor pernah citer, ibu dia kat kmpg, pernah simpan duit merata2 dlm umah, smpai jumlah mencecah rm10000. Selamat je.

    ReplyDelete
  9. Yang peliknya, macam mana pencuri tu boleh dapat kad atm lisa ye?

    ReplyDelete
  10. manusia ni tak takot ke makan duit harom kan..keja xamanah betul..haishh..huhu.ya Allah..moga dia diberi petunjuk ke jalan yg benar...aamiin..

    ReplyDelete
  11. itu lah psl..buat org tkot nk simpan duit je..huhuu

    ReplyDelete
  12. Boleh pulak dia tak mengaku.. Semoga kes ni cepat selesai :)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum shida...mcm2 dunia skg ni nak senang cepat boleh buat mcm tu...:)

    ReplyDelete
  14. simpan dalam bank pun dah tak selamat

    ReplyDelete
  15. bace jugak berita ni td,...sekarang ni mmg mcm2x cara nk tipu...kena lbh berhati2x :)

    ReplyDelete
  16. Dia tak mengaku kan..Kalau kena dekat orang awam, mungkin susahlah nak selesai..ada banyak dah kena macam ni.

    ReplyDelete
  17. kes macam ini terjadi pada tunang saya,,,,banyak yang dihacknya...tapi yang paling sedihnya...ambil masa terlalu lama untuk selesaikan masalah ini...naik turun makhamah....macam manalah kerani bank pun hack akaun....mcm system tak cekap je...sepatutnya kalau wang yang nilainya banyak sepatutnya...pengawai bank je yang boleh keluarkan...

    ReplyDelete
  18. kena tgkatkan lg sistem keselamatan bank

    ReplyDelete
  19. Jujur amanah.tu yg perlu ada

    ReplyDelete
  20. bila x amanah mcm2 perkara bole berlaku...

    ReplyDelete
  21. xde pasal cari pasal.. sia2 je kalau msuk penjara

    ReplyDelete
  22. xde pasal cari pasal.. sia2 je kalau msuk penjara

    ReplyDelete
  23. curi smpai bnyk..bgusla tu..apstu xnk mengaku..hasihh..suke buat bnde yang menyusahkn diri

    ReplyDelete
  24. sy pon ade ambil kes yg hampir serupa.ttpi berlaku di perak.dlm kes ni ada sindiket trmasuk org dalam (pengurus bank).jd sy harap org ramai berhati2 ya

    ReplyDelete
  25. astaga org dalam yg lakukan ni... hish tak amanah langsung!

    ReplyDelete
  26. mcm2 hal depa..ni, kalo dah blh lesap gtu mst keje org dlm punya..

    ReplyDelete
  27. apelah nasib bekas kerani tu nnt..

    ReplyDelete
  28. dah takde kerna nak cari bala...... yg untungnya lyssa.. sure dpt kembali dari bank duit yg hilang tu....

    ReplyDelete
  29. dasyatkan.. simpan dlm bank pun leh ilang

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.