Cara shida spend masa untuk berblog | Dunia sebenar Shida Cara shida spend masa untuk berblog

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Tuesday, 12 March 2013

Cara shida spend masa untuk berblog

Assalammualaikum, peace upon you.
Shida tertarik dengan soalan yang Blogger Yui ajukan kepada shida dan shida rasa nak ulas dengan lebih detail dan terperinci bagi kita sama-sama berkongsi. Terima kasih juga kepada Yui sebab sudi join ruangan soal jawab bersama shida ni. Actually idea bernas ruangan soal jawab ni shida copy dari Yui seperti semua sedia maklum yang shida pernah cakap pada entri sebelum ini iaitu entri pertama soal jawab bersama shida dan telah shida creditkan kepada Yui, thanks yui.

Berbalik pada topik asal, cara shida spend masa untuk berblog. Masa yang shida ada memang terhad untuk berblog disebabkan shida bukanlah fully blogger shida cuma partime blogger kerana shida seorang yang bekerja. Kerja pula tak macam kerja dengan kerajaan banyak masa terluang. Shida bekerja dibadan swasta bahagian pendidikan. Jadi kerja memang banyak majikan pula cina so faham-fahamlah bagi siapa yang pernah bermajikan kan orang cina. Kerja shida ada pagi petang dan petang malam, ada cuti seminggu sekali dan ada halfday juga.


Biasanya kalau shida kerja petang malam, masa shida luang berblog awal pagi dan tengah malam. Jika shida kerja pagi petang masa berblog cuma waktu malam sahaja. Boleh dikatakan masa shida untuk enjoy diluar shida terhadkan dan lebihkan kepada berblog. Kira shida 3 tahun bersosial dengan internet bukan diluar rumah. Memang shida tumpu habis masa dengan berblog jika shida ada masa. Kena pandai-pandai lah bahagikan masa walau sesukar mana. Kebanyakan entri shida auto publish sebabnya bila shida buat auto publish masa yang ada shida blogwalking atau ping entri sana sini itu cara terbaik shida rasa tapi lain orang lain caranya kan.


Kalau time cuti atau public holiday itu paling shida suka sekali, memang banyak masa shida dengan blog kesayangan ni. Yes! family juga perlu diutamakan tapi macam shida sendiri duduk memang dengan family jadi tak hairan sangatlah kalau shida duduk berjam depan lappy ni shida masih boleh berbual-bual dengan family. Ada masa juga shida keluar berjalan-jalan dengan family. Kita sebenarnya yang kena pandai bahagikan masa kita sendiri.


Sehari wajib dalam dua atau tiga entri tapi jika shida betul-betul tak dan nak buat entri mungkin sehari satu entri. Misi tahun ni kira berjaya sebab memang nak buat sehari dalam 2 atau lebih entri dalam sehari alhamdulillah shida mampu buat. Kita kalau nak blog kita menjadi satu tahap yang membanggakan kita kena banyak lah berkorban sikit bukan sahaja dari segi masa, mental fizikal dan tenaga. Anggap blog korang tu satu harta yang bernilai seperti shida anggap blog ni sebagai harta pertama shida. Kalau terkurang sikit shida mula dah risau macam hilang apa je kan.


Sebelum entri ni menjadi lebih panjang dan korang mula rasa malas nak baca kan shida akhiri dulu dengan jutaan terima kasih kepada korang yang sudi selalu singgah blog shida sehingga blog ini menjadi seperti sekarang. Terima kasih sangat-sangat :) sayang korang semua :)




43 Jari Ohsem:

Mrs Velentine said...

kak MV pun kalau xda masa mmg tak terupdate lansung

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

kena pndai cri masa kan shidah:).. sy ne pagi2 jgn harap nak hapdate or bw.. satu hari 2-3 jam dapt online.. malam bru free cikit..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

zuan sofar takde kekangan blogging ni.. dlm office pun masih boleh bw... tapi just around my bloglist je la sekarang.. :)

dulu xde hal..hehe

Farah Waheda Wahid said...

setuju dengan shida... saya pun buat autopublish...dan sekiranya ada masa terluang sedikit...saya blogwalking... jenguk kawan2...

sa mic said...

sokong, hehe .. samalah jugak untuk blogger yang berstatuskan pelajar sekolah ni, heheh

Mas Zull said...

assalamualaikum shida...memang betul tu kena pandai2 bahagikan masa yg kita ada kan baru boleh berjaya...:)

Eca Dwinky Asha said...

eca klu jaga baby adamhaziq,xde masa sgt nak berblog.

Emas Putih said...

masa terhad :)

Nory Zoulkefle said...

nory plak selalu belek blog time kat opis...kat rumah ikut mood, sebab malu dengan Abi, takut die curi2 baca...heheheheh....

onie said...

onie kat office ,ni pun curi2 berblog,hikkkk...kalau betul2 blogwalking waktu malam ,hehe..yang penting family jangan lupa lepas dah ngadap laptop,selesaikan apa yg patut dulu...

Sally Yatiey said...

Saya kalau ada idea terus update tapi tak terus publish pun.. hee ;D Update selalu waktu petang je ^_^

huny madu said...

slalu tak cukup masa nk update blog :(
tu yg slalu bersawang bagai hihi

Cik Nur™ said...

bijak bahagi masa mmg xdinafikan...
nur pun sehari satu entry dah memadai...

dulu lagilah xde masa langsung..huhuhu...

apapun tjanks for shring ya .. :)

deno said...

ohhh... deno pula tak tentu.. hihi... tp biasanya malam baru bleh update byk2, ptg deno main ngan anak buah.. hehe

zaza =) said...

zaza 24jam kt rumah...xkeje...hari2 online tp blog jarang update..hehe

fairus mohamad noor said...

mmg kene pandai2 curi mase utk bkk blog,updet entri,blogwalking..sebagai surirumah..walaupun 24jm duk rumah..masih terikat dgn keje2 rumah dgn anak2..

Phat said...

pembahagian masa tu penting sgt kalo x x berupdate la x BW la hehe

Nurul Faiz said...

cayalah shida. pandai bahagikan masa yang ada.

Seneorita Baharin said...

terbaek lah akak shida..sye plak sekarang ni misi setiap hari kalau boleh mesti kena buat 1entry, nnt try buat lebih pulak kan...in shaa Allah :)

NinaAz said...

Huuu. Nina payah nk ada idea utk berbelog :(

azizah :) said...

bestlah shida..tabik!pandai bahagikan masa..

kalau jijah penat2 mmg tak terlayan la blog.. entry pon tak tertaip..

Ieyzartd Syahieyr said...

sangat bermanfaat...

IntaNBerliaN said...

dlm bab ni, kne pandai bahagi masa kan :-)

shahdiana said...

ermm...k.yna tetap x cukup masa lg..aduhai....tahniah utk shida..semoga makin maju dear...

umi said...

semuanya bergantung pada diri masing-2 :)

ANa Ahmad said...

kena pandai curi masa :D

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Kena pandai bahagikan masa.keep it up Shida..^^

Nurul Aini said...

Kena pandai manage masa kan kak.

fieda said...

kena pandai bahagi masa..

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok syg.terjwb sudah =)..tq tau.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

pandai shida bahagikan masa kan

ayut said...

terjawab sudah soalan utk pertanyaan yui... :)

Aku Penghibur said...

assalamualaikum kak shida.. pandai bahagiakan masa :)

aisya said...

mcm tu ye.. hmmmm..

NaZiRaH @ Ezyra said...

student pun macam tak sempat ja nak buat semua tu, cuti sem terbaik, habis masa dgn blog jerr..hhihi

Remy hazza said...

kena pandai bahgikan masa..... remy yg berkerjaya nie...susah sikit...selalu terabai blog.....

Nadia Johari said...

mcm ni rupernyer shida buat..bagus tu..nad pun ank watla..tapi line la yang bermaslh

caliph shuriken said...

wahh, mmg pandai bahagi masa shida ni ^^

Cik Nur™ said...

ohh..yg ni Nur baca dah...
mcm mana boleh lupa ni..hihih...

Roger shida.. :)

Che Rosliza Che Mat said...

terbaiklah shida...akak jarang auto publish hihihi

Ez Bil said...

Tq sharing akk!! :))

Cik Fie said...

kena pandai bahagikan masa ;)

mama amir said...

yang penting pandai bahagi masa...thanks for sharing shida...^_^