Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Sunday, 17 March 2013

gaya rambut baru

  Assalammualaikum, peace upon you.
Tadi petang shida dengan kakak bincang-bincang nak pergi or tak kedai salon, bincang punya bincang sampai hujan tau, then terus pergi naik kereta kalau tak nak naik motor baru shida je sebab dekat je kedai tu disebabkan hujan tak jadi. Sampai je lega kedai masih buka then orang tak lah ramai itu yang lagi berkenan hehee.. Terus minta auntie ni gunting rambut shida bagi pendek tapi buat layer dan cuci sekali. Seronok tau masa dia cuci kepala gosok-gosok urut kepala rasa ringan sikit kepala, hilang semua stress hehee.. shida sampai pejam-pejam mata dibuatnya hahaaa.. Shida memang pantang orang belai or pegang rambut mesti mata nak pejam (rasa mengantuk) Auntie tu pun tegur shida "haiiyaa amoi mau tidur ka" pastu dia gelak hahaa lawak betul! time tu kami berdua je, masa urut-urut cuci kepala tu lama dia buat seronok rasa macam pergi spa. Ni belum pergi spa, kalau pergi mau tidur terus shida hahaa :p
A                                                B
Rambut shida mulanya macam contoh dalam gambar A panjang dia, hahaaa.. sayang kan potong rambut panjang yang shida bela berapa tahun. Bukan apa cuaca dekat sini panas hujan panas hujan shida pun rasa nak pitam. Shida orangnya bertudung bila rambut panjang sukar sikit dari segi penjagaan. Dah lama simpan hajat nak potong tapi tertangguh-tangguh sampai lah ke hari ni. Kira hari ni memang dah tak tahan sangat shida tekad potong je sampai rambut jadi macam B tengok berapa banyak rambut shida dipotong tapi shida tak rasa sakit hati pun sebab rela heheee.. lepas ni lega sikit tak lah panas, rambut shida yang agak tebal tadi shida dah minta auntie tu nipiskan. Sekarang berambut baru hehee :)




27 comments:

  1. onie nak potong,tpppppp sayanggggg

    ReplyDelete
  2. rambut pendek lebih sesuai utk mereka yang bertudung. senang nak jaga dan uruskan lebih-lebih lagi masa nak pakai tudung. huhu.

    ReplyDelete
  3. hehe...makin segak la kak shida skrg :D

    ReplyDelete
  4. wahh bestnyaa potong rambut tambah2 lepas kena urut2 pala dgn auntie tu kan, mmg ringan laa kepala tu kan akak shida, stress suma lari :D

    ReplyDelete
  5. Cantik contoh gambar B tu ^_^ Teringin nak rambut pendek macam tu jugak, tapi takut menyesal pulak kalau potong pendek nanti ;D hee

    ReplyDelete
  6. Samalah Shida..hari ni pun akak baru potong rambut..rimas kot rambut panjang...rambut pendek senang nak urus.. :)

    ReplyDelete
  7. CANTEKKKNYE GAYE RAMBUT TERBARU AKAK :)

    ReplyDelete
  8. rambut yang style B tu pun cantik jugak... he hehe...saya selalu potong cutting macam tu... tapi sekarang nak bela panjang balik...memang terasa sayangnya bila potong rambut yang dah lama dibela...

    ReplyDelete
  9. salam shida :)

    rambut B mcm ala2..victoria beckham..ayie suka dgn pmpuan rambut pjg..:)

    ReplyDelete
  10. ringan rasa bile potong rambut kan.tapi fiza sayang sangat nak potong rambut ni.even rimas pun still tak mo potong.

    ReplyDelete
  11. Dulu2 selalu potong rambut gambar b tu..hehe.

    ReplyDelete
  12. wa suka pompan rambut pendek... ^_^

    ReplyDelete
  13. sayangnya potong shida... lama simpan kan..huhuhu tp gambar B tu potongan rambut tu smart shida :)

    ReplyDelete
  14. Akak pun selesa berambut pendek..

    ReplyDelete
  15. sygnye.. panjang tu.. hehe

    alhamdulillah rambut sy jenis yg tak perlukan perhatian sgt jd biar je la pnjg mcm mane pun.. tnggu hujung rambut tu rosak baru pergi trim skit.. tu pun sikit je.. syg punya pasal.. haha

    ReplyDelete
  16. cute gak gaya rmbut pendek tu shida..

    ReplyDelete
  17. rambut akak pun pendek..pendek2 pun qalief suka tarik juga hahaha

    ReplyDelete
  18. kak MV ada fikir nak gunting mcm tue juga p nntlah

    ReplyDelete
  19. deno pula dah potong pendek terus mcm boboy dah... hehe.. senang sbb pakai tudung rimas panjang2.. ^_^

    ReplyDelete
  20. nice lah rambut yer..ayut suke gak jenis rambut pendek gitu.ni pon tnggu masa je nk potong ^^

    ReplyDelete
  21. memg syg klo dipotg..yela pent bela tu..hehe..tapi klo dh pns xleh wat ape..mmg kne potong

    ReplyDelete
  22. kak ina pun sama gak shida.. kalau cuci rambut mesti rs nk tertido.. mmg best.,,, hihii

    ReplyDelete
  23. mas pernah smpai had peha..now nak try lik lagi2 nak capaikan hajat arwah, nak mas try balik sampai had pinggang.kalau ikutkan panas n bebelan mak, memang nak ptong jugak..tapi bersabar..insyaAllah genap 2tahun arwah pergi, baru mas potong :) hope capai niat ni..

    ReplyDelete
  24. Lama x potong rambut.. syg pulak rambut ni nk dipotong.. T_T

    ReplyDelete
  25. saya suka rambut pendek hehe :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.