Olahragawati Sekolah 2004 | Dunia sebenar Shida Olahragawati Sekolah 2004

Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Tuesday, 19 March 2013

Olahragawati Sekolah 2004

  Assalammualaikum, peace upon you.
Olahragawati Sekolah 2004, masa tahun 2004 shida masa tu tingkatan 5, bersekolah di SMK Raja Perempaun, Ipoh. Bagi orang perak terutamanya orang ipoh mesti tahu sekolah shida ni. Biasanya kami guna singkatan bagi nama sekolah ini RPS, sebut RPS mesti ramai yang tahu tentang kehebatan sekolah ni terutama orang ipoh lah. Bukan saja dari segi akedemik malah kokurikulum juga tapi bukan shida nak cerita tentang kehebatan sekolah ni. Masa dekat facebook tadi shida masuk group sekolah tengok dorang update masa Hari Sukan. Kalau hari sukan ramai pelajar suka sebab masing-masing sibuk nak menghias rumah sukan masing-masing. betul tak??
Macam shida sendiri masa tu Rumah Yakin (merah), terdapat 4 buah rumah sukan di sekolah shida Yakin (merah), Setia (biru), Murni (hijau) dan Bakti (coklat). Biasa rumah Yakin ni tengah-tengah sebab selalu dapat tempat ke2 atau ke3 masa turn shida rumah Setia paling TOP heheee.. memang seronoklah masa hari sukan tu. Tapi yang paling menyeronokkan shida masa tu dan kenangan yang tak dapat shida lupakan shida dapat Anugerah Olahragawati kumpulan D (kumpulan tingkat5&6) dan merangkap Olahragawati Sekolah 2004 masa tu hehee..hahaa bangga sekejap masa tu naik pentas terima Piala Pusingan Sekolah Untuk Rumah Shida YAKIN, semuanya kenangan tau memang manis sungguh!
Mesti ramai yang tak percayakan? sumber rujukan korang boleh tanya kak Yana dia senior shida masa tu tak pun boleh belek-belek Majalah Sekolah 2004 memang adalah muka shida dalam tu hehee.. Masa zaman sekolah shida memang aktif tau lagi-lagi shida pelajar sukan (HOKI) nanti shida cerita pengalaman shida dalam sukan hoki pula. Masa tu sukan dan shida memang tak dapat dipisahkan :) Masa hari sukan pelajar dibenarkan mengambil bahagian 5 acara saja. Masa tu shida ambil bahagian Lari 100m, 1500m, lompat jauh, rejam lembing dan lontar peluru dan kesemua acara shida rangkul EMAS so memang shida layak dapat Olahragawati dan ini pengalaman yang shida sendiri tak percaya dan jangka sebab pesaingan shida ramai tau tapi orang kata rezeki ^_^
Dah lama shida tinggalkan sekolah tau,kalau korang mesti banyak juga kan pengalaman disekolah. Baru-baru ni sekolah invite shida, ada buat reunion pada bulan Mei nanti dan shida nak join. Rindu sangat-sangat kat sekolah dah lama tak melawat sekolah. Tengok dari gambar dah banyak perubahan. Tak sabar nak jejak sekolah semula ^_^




click to sharePin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This

34 Jari Ohsem:

Mohamad Fathi said...

Ooo... cam tu.. Rindu kot nk bersekolah balik... Wuwuwuwu

ecadwinkyasha said...

atlet eh shida?..eca masa sekolah rendah aktifla..wakil bola jaring & bola keranjang je...bila masuk sekolah menangah,seua dibalik tabir je la daku....tapi aktif persatuan bahasa (malay & english),dok wakil sekolah pertandingan drama,bahas etc..hikhikhik

Miss N™ said...

hebat jugak shida ye..
nur dulu pun aktif gak sukan...
byk gak menang...

tp kategori olahragawati, nur kalah dengan senior...
huhuhuh....

Mek Onie said...

rindunya sekolahhhhhhhhhhhhhhhh :D

Unknown said...

kenangan tak dapat kita pisahkan :) AA dapat rasa apa yg kak shida rasa :)

kisah si dairy said...

rindu zaman persekolahan :)

Admin said...

wah hebat2 ..

QuraiStory said...

eh2. same la skolah RPS. dak hoki jgak :)

Cik Nor said...

tahniah..:)

Unknown said...

teringat kenangan time sek ... arghh rindu BFF ^^

Unknown said...

join la shida reunion tu..bestnya ada perjumpaan camtu.. rindu kat sekolah!
bila masuk sekolah terubat kenangan2 manis dulu..

AyueJean said...

AJ pun olahragawati sekolah 3tahun berturut2....
Syok gila bila imbau zaman2 tu... =D

nuyui a.k.a miss YUI said...

rindu zmn skolah..hihi

Sukma said...

teringat masuk lari 4 x 400 meter & 400 meter dpat pingat perak masa sukan sekolah...

Unknown said...

kat skolah dlu sangat liat bab2 sukan ni..skrng ni dah tua2 bru minat sukan..haha

Unknown said...

Perghhh hebat lah akak shida neh, hehe..olahragawati tuuu, ish3, anie xpernah lg dpt la anugerah tu...harapan.. :D tp kte masuk sukan sama la akak, hoki! tp anie just masuk utk koko je la, xmasuk tournament..hee..btw pengalaman kat sekolah la paling best dan manis2 kan..rindu dekat sekolah n kwn2 n cikgu2 too..huhu

Unknown said...

Rinduuuuuuuu kat sekolah jugak ;) Mesti best sekolah kak Shida ni..

Unknown said...

sebenarnya rindu nk sekoleh lagi..T_T...byk kenangan time skola..uwaaa...T_T

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

aktif juga shida ni kan :-)

Mrs Velentine said...

kakMV sukan tak aktif..aktif bahagian perbarisan jer dulu2..ahaha

Mrs Velentine said...

done klik2

mummyriena said...

aku bakti relaxx jer hahaa :P

patriq said...

kenangan abadikn heheeee

Unknown said...

tak aktif sukan2 ni tp yg ilmiah tu takyah cakap la.. hehe.. kalau time sukan sekolah tu mmg jadi tukang sorak je lah.. hehe

Si Matatajam said...

Atlit rupanya Shida ni yek...

Dayang Deno said...

deno tak sempat nak aktif zaman sekolah sbb deno mula sakit masa dneo umur 10 tahun.. sejak sakit. tak boleh bersukan.. sabo je la.... btw, tetiba deno rasa rindu sekolah.... :')

Ezad Skytech said...

aktif betul shida time sekolah dulu ye...

serius, mmg rindu giler zaman sekolah bila da lama tinggalkan alam persekolahan...

ayut said...

kira aktif sukan la shida ni...siap blh dpt anugerah olahragawati..terbaik...mcm tak caya jap.hihihi ^^

Nadia Johari said...

aktif juga shida ni erk..hehe..

IntaNBerliaN said...

oo kira shida aktif la yer...
kak ina dulu, time aktiviti camni lah kak ina plg xsuka..

hahha

Nur Nainis said...

Aaaaa....Rindunya..saya dulu pun dulu suka sukan..pantang je dengar hari sukan. Lompat tinggi, lompat jauh..acara balapan paling suka. Rinduuu..

Tinta Lana said...

Kenangan kan shida..

Bab sukan, lana memang failed..cepat mengah..

Unknown said...

Wah.. kuat bersukan la akk dulu ni. Skarang mesti maintain... ^____^

Cik Fie said...

wah ! aktifnya kak shida ni :)