Perghhhh..seksi betul dia ni!! | Dunia sebenar Shida Perghhhh..seksi betul dia ni!!

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 28 March 2013

Perghhhh..seksi betul dia ni!!

  Assalammualaikum, peace upon you.
Cerita hari ni tentang seksi! apa itu seksi sebenarnya? depend pada seseorang menilainya. Jika orang bertudung litup pun dikatakan seksi, maka seksilah dia. Sebenarnya shida bukan nak cerita tentang apa itu seksi. Semalam shida dengan adik pergi pasar malam tau. Kami berdua pergi naik motor baru tu lah ^_^ then siap parking baik punya. Kami jalan masuk dalam pasar malam kena jalan kaki lah mana boleh bawa motor sekali kan. Jalan punya jalan cuci-cuci mata tengok makanan yang superb sedap! kami berhentilah depan kedai jual potato spring tu tapi shida bukan nak beli itu shida nak beli wedges saja. Elok selesai beli kami pusinglah nak teruskan perjalanan dengan orang ramainya. Jalan-jalan berselisih dengan sorang couple ni. 

Shida terpandang awek dia perghhh..seksi betul dia ni, korang tau dia pakai sweter jenis kain cotton tu then zip tang dada tu dia buka sampai dada, dah la pakai bra (baju dalam) je! terkejut shida tengok korang! actually bukan shida saja yang nampak semua yang lalu dekat situ nampak dan tengok. Boleh dikatakan pakcik, abang atok semua tengok dia, lagi-lagi orang melayu kita. Shida yang tengok pun ya allah! rasa malu sangat-sangat.

Masa ternampak adik tolak-tolak tangan shida suruh cepat sikit jalan sebab jalan sesak dengan free show lagi. Dalam kami berjalan terus sampai ke hujung pasar malam kami borak-borak lah! cerita pasal perempuan tadi. Shida terfikir satu je, tak ke dia rasa malu semua orang tengok dia? and pakwe dia pula tak rasa marah ke bila semua tengok barang awek dia. Boleh jalan buat selamber je.

Dalam kami berborak kan berselisih lagi dengan couple tu, shida cepat-cepat tukar jalan sebelah jalan lagi satu kami tak nak bertembung. Shida perhati reaksi orang sekeliling semua geleng kepala je. tapi mata tetap pandang hahaaa^^ itu lah lekaki! tak boleh nak buat apa. Shida rasa kesian dengan perempuan tu dapat pakwe yang tak jaga maruah dia. Jalan je berpegangan tangan tapi bab maruah terabai, Bila shida tengok jadi pengajaran untuk shida.

Lepas dah balik rumah, shida fikir panjang dengan adik masing-masing mengeluh, mengucap astaghfirullahalazim banyak kali. Harap benda tu tak jadi dekat kita. Kita masih waras dan masih sayangkan maruah diri. Korang pernah ke alami macam shida ni? selama seksi yang shida nampak disekeliling shida, ini seksi yang paling melampau dan keterlaluan bagi shida. Hope dia berubah dan allah buka pintu hati dia untuk menjaga maruah diri. Amin.




38 Jari Ohsem:

ANa Ahmad said...

melampau sungguh.. terasa pada perkataan lekaki itu.. huhu :)

zaza =) said...

pernah juga terjumpa...hurm, susah nak cakap, berdoa je lah mampu semoga mereka diberi kesedaran..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

atoiii ai,, dia saje je tu kot.. hubby pernah nmpak perempuan tak pakai bra bju nipis.. nmpak segala bagai dok jalan2 kat pasar malam.. ini semua gilos kan shidah..hoho

Solehah Shamsuddin said...

Uiksss first time tau da jgk pmpuan yg sggup wt cmni. ish2 berubahla wahai perempuan tu. free2 je org len dapat dosa sbb pakai cmtu. memalukan sungguh.

Cik Nur™ said...

pasar malam simpang ke shida..?

apa eh perasaan perempuan yg seksi tu, bgga ke hapa..!

kadang2 tu la, org yg seksi, kita yg malu....

Nurmujahidah Ismail said...

muja malu dengan neelofa,, malu sangat,, ore klate satu negeri,, uwaaaaaa

Diana Azis said...

Adoila.kes seksi ni hot sekarang kan..jgn dia ckp juga seksi itu hak saya juga sudahlah.. :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

tnda dunia akhr zaman..

fieda said...

ape pun tak boleh......

azizah :) said...

lelaki shida.. kalau laki jijah jalan sebelah pompuan tu pon laki jijah tengok..haha yelah sendiri bagi free show kan.. hisshh mybe pakwe dia bangga kot dapat awek seksi camtu..ya Allah..

Eim Ma said...

pernah juga terserempak dengan orang yang mcam ni kak shida. ehhehe

Mrs Velentine said...

amboi melampau tue..tapi kak MV pun selalu nampak perempuan yang pakai jeans low cut pastu pakai baju pendek bila duduk nampak alur

Nor Salmi said...

Moga tidak terjadi kpd ahli keluarga kita. Sama2 kita doakan agar dia berubah, ye Shida..

Normi Nieza said...

nak g beli barang ke nak jual barng..huhu

syiela said...

dorang tak segan kan... pakwe pula tak melarang.. bangga agaknya barang awek dia jadi tatapan... moga budak tu diberikan hidayah nanti..

- G C - said...

penah jumpa perempuan yg pakai inner hitam semata2. inner tu kan nipis, patutnya inner tu di pakai kat dalam, ni pakai inner semata2. aiyooo

Siti Rohaida Yusof said...

mybe die berbangga denga apa yang ada...kesian..

sa mic said...

alahai zaman sekarang, maruah kian menghilang , astaghfirullahalazimmmm

Seneorita Baharin said...

dia saja nk buat freeshow kat pasar malam kot..haishh..astaghfirullah al-azim...

muslimah sejati said...

salam ukwah kak :) saya ada tag kak dalam entry saya :)
http://awekbananana.blogspot.com/2013/03/segmen-happy-birthday-honey-yeo-cik-fie.html

ayut said...

wow!parah gini....malu kot...mgkn agk ye dia rasa bju tu tak jrang kot...adehhh...moga kita dijauhkan lah drpda semua ni...

Mieza Jhaa K said...

Teruknya pakaian.. ke dia xperasan zip dia terbuka...∩__∩

aisya said...

amin.. mudah2an suatu hari nanti mereka berubah.. huhu..

p/s : bukan mereka je, mudah2an kita pun berubah menjadi insan yg lebih baik drpd kita pada hari ni.. =)

Zinnia Z A said...

mesti perempuan tu rasa bangga semua perhatikan dia.. padahalllll ......

kita doakan perempuan tu berubah menjadi lebih baik dari segi hati dan penampilan dia... :)

Nurul Faiz said...

melayu mudah lupa. huhuhu. bangga sangat la tu kot dapat tayang menayang.

patriq said...

gerunnye..

patriq said...

gerunnye..

mummyriena said...

dunia skg haih...dekat ipon pn byk shida oii..

Diari Si Froggie said...

wasalam shida.. lapar pulak dengan patato spring dengan wedges tu. eh! haha.. erkk.. nampak bra? awat dia tak bukak je terus tak pun tak payah pakai sweater tu kan senang.. boleh org sekeliling cuci mata.. serius shida zaman sekarang nie bebudak oberdose sangat lah cara depa couple.. meluat rasa. ^^ amin.. harap dijauhkan kita semua jadi lagu nie..

Sukma Haron said...

dorang suka tunjuk seksi kat orang...kekadang malu kalau bersama anak@ & suami terserempak dengan pompuan seksi meksi macam nie...

dEdEQ dE wIshEs said...

AHAK .. SENGAJA TAYANG TU .. NAK SUH ORG TGOK .. KOT2 LA PENGARAH @#$%^&* TGOK .. LEH AMIK BERLAKON . KUIKUI ..

Nadia Johari said...

kalo nad tgk mesti mata nad besr bulat..hehee..terkjut..bnyk nampk mcm tu..haishh xleh kata apa

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

dunia dh akhir zaman..mcm2 sungguh la kan

Nurul Aini said...

Malunya!!!!!...malu sangat2...rasa nak tutup muka masuk bawah katil..Ya Allah, moga di insaf.

jaakechik said...

jaa pun penah jumpa yg macam tu, di kelate ni ramai gak yg seksi....

caliph shuriken said...

slalu brg baik laa org tu nk tunjuk sgt kn.. kita plak yg rasa malu bila tgk org cmtu, erkk...

Ez Bil said...

Melayu Islam ker kak? Kalau melayu Islam buat mcm tu. Mmg dah xder perasaan malu gamaknyer. Yg boyfriend pon satu. Kalau dh syg xdee pulak nk jaga.
T_T Pity for them.

Cik Fie said...

isyh3 :(