Soal Jawab : Anda Tanya Shida Jawab #3 | Dunia sebenar Shida Soal Jawab : Anda Tanya Shida Jawab #3

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Tuesday, 26 March 2013

Soal Jawab : Anda Tanya Shida Jawab #3

  Assalammualaikum, peace upon you.
Rasanya untuk hari selasa ni tiada entri peribadi mungkin, rasa kepala tengah semak and shida nak type yang santai-santai je. Sebelum bulan mac mengakhiri atau melabuhkan tirai sebelum masuknya bulan april. Shida keluar lagi sesi soal jawab kali ke2 untuk bulan ini. seperti biasa ini bukan segmen tau, cuma satu aktiviti hanya untuk kita-kita je. Mungkin ramai blogger yang nak tahu tentang shida atau blog dan tak kisahlah mengenai apa-apa, shida jawab dari segi apa saja soalan diajukan tapi biarlah yang logik sikit eh :) 
Semua jawapan shida akan reply esoknya ikut kesempatan shida nak balas semua soalan tu. Semua soalan yang bakal korang tanya nanti akan shida jawab dont worry kecuali yang terlalu personal mybe shida fikir dulu :) so sedikit sebanyak korang akan tahu lah perihal shida dan blog ini :) mungkin juga akan masuk dalam segmen shida yang akan datang! korang tak perlu buat entri just leave ur comment ok. Kalau boleh seorang blogger satu atau dua soalan cukuplah :) "Selamat Bertanya"



29 Jari Ohsem:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

salam shidah

berapa ketinggian shidah??
dan berat??

boleh la bayang shidah mcmana orgnya..hohohohohoho

cci said...

hai shida,...nak tanya apa yang membolehkan seorang blogger tu kerap datang ke blog kita... salunya pastilah entry yg menarikkan.. selain daritu ada tak tips2 lain..

zakie 11 said...

saya nak tanya pendapat kak shida

bagaimana kita tau....sekarang ni blogger tumbuh macam cendawan yg subur....so apa pendapat kak shida tentang blogger-blogger baru yang bersepah merata-rata macam saye ni ?

ANa Ahmad said...

bestnye huhu.. kak tinggal dekat mana? bila kita boleh lepak ramai-ramai dengan blogger lain? huhu :D

Choi•Minhoヅ™ said...

Salam, Akak~
↬ Kenangan paling tak best sepanjang akak berblogging ni apa?
↬ Pernah tak ada pengalaman kene bash ke, orang tiru tema blog ke?





Love and Colourful life said...

akak ~ nak tanya .

kenapa dengan blog saya ni ? Wieya dah post banyak entri, tapi bila tengok blog kita dekat bloglist blog orang lain . tajuk dia, still tajuk entri yang saya tulis last week ??

kenapa dia taknak gerak ke tajuk lain ?? padahal dah banyak entri saya tulis ??

nuyui a.k.a miss YUI said...

Yui nak tanya, jika ada sahabat baik yg shida percayai tikam belakang shida tak kisah dari segi aspek mcm mana

adakah shida memaafkannya?
masih berkawan?


=)

Normi Nieza said...

nak tanya tp tak thu nak tanya apa...hehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

shida bila nak kawin?

haha xyah jawab. joking2 je..

Farra Atiqah said...

Nak tanye !!

Upsr kak Shida :
PMR Kak shida :
SPM kak Shida :

xpayah segan2.Tahun nie fara ambik PMR jugakk :)

Cikgu Fizi said...

Saya nak tanya , kenapa pokok rambutan kat umah saya masih tak berbuah ? :p

Sheila Salim said...

Assalamualaikum syida. ni bukan soalan, tapi nak minta tolong ajar buat widget tabber macam syida gabungkan 3 bloglist bersama jari ohsem tu. sheila nak buat tak pandai. hehhee

Nurul Aini said...

Wah..ada lagi. Selamat bertanya dan menjawab..hehe.

ayut said...

shida...best tak kawan gan ayut hanya di alam maya? :)

Seneorita Baharin said...

akak shida bila nak dating ni? akak shida ada family kat penang tak?

Arol Mubin said...

Family kak Shida tahu tak yang kak hida nie seorang blogger dan adik-beradik kak Shida baca blog kak Shida tak? :)

azizah :) said...

family shida tahu ke shida berblog? kalau dapat cek dari nuffnang tu dorang akan cakap apa? hehe

Cik Nur™ said...

Nur teringin nak tahu cara shida blogwalking...mcm mana ye..?sehari berapa blog dan berapa jam diperuntukkan untuk BW.. :)

Mrs Velentine said...

nak tanya lagi boleh???Kak MV nak tanya mcm mana shida buat pemilihn untuk masuk blogslist shida

aisya said...

tak tau nak tanye ape sebenarnya.

hmm..

apa yg menjadi daya penarik utk kak shida komen entri seseorang blogger tu?

*soalan apakah ini? Haha*

Mieza Jhaa K said...

Blog Shida ni ada dimana-mana saya tengok..mcm mana nak suruh org letak blog kita kat bloglist mereka ek?

Diari Si Froggie said...

aida nak tanya.. shida nie orangnya macam mana? kelakar ke, tegas ke, serius ke.. tapi kalau ikutkan kita 'bergayut' hari tu shida nie kelakar dan peramah.. ^^

Mohd Zuhri said...

shida rasa how about newbie blogger mcm sye

btul mcm mne shida bole blaja edit2 blog

fieda said...

ermmm...bile shida nak kkawin.......hihihihi...cabut.....!!!

udie joe said...

kak nak tanye dalam dunia ni ade bpe biji dragon ball sbnanye?

Rochelle Liong said...

Mcm mna nak tingkatkan trafik blog?

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ramai gak yg tanya shida kan

Ez Bil said...

Hihihi.. nk join la next segme akk..

Cik Fie said...

selamat menjawab :)