Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Saturday, 13 April 2013

sahabat baik tikam belakang

  Assalammualaikum, peace upon you.
Thanks Yui sebab sudi bertanya kepada shida, dalam kes macam ni seperti soalan yang diajukan kepada shida "jika shida ada sahabat baik yang shida percaya tikam belakang shida, adakah shida memaafkan? masih berkawan? berat juga kes ni tapi shida ada pengalaman sikit tentang kes macam yui ni, actually susah juga kita nak cari kawan atau sahabat yang senang sama senang dan susah sama susah. Memang susah nak cari dan jumpa, jika ada pun mungkin 1000 dalam 1 tau. 
Pengalaman shida ni mungkin berbeza dari segi aspek lah. Dulu masa shida belum lagi ada blog, shida ada sorang kawan baik, sangat-sangat baik. boleh dikatakan dia tempat shida luahkan perasaan bagai. Nak dipendekkan cerita kawan shida ni tolong sesorang ni (seseorang tu ada lah ex shida) untuk dapatkan shida balik sedangkan shida betul-betul tak nak dah dengan ex shida kawan shida juga tahu perkara tu! disebabkan ada satu perkara yang tak dapat shida kongsikan dekat sini. Shida selama ni luah dekat dia kongsi everything apa yang shida rasa, sehinggalah shida bertemu dengan EN.H shida kalau bercerita atau berkongsi masalah selalu pesan kawan shida "ni antara kita-kita je k" masing-masing dah berjanji tapi.. tak sangka kawan baik shida tu cerita segalanya yang shida cerita dekat dia dan dia cerita pula pada ex shida tu. Benda ni terbongkar bila ex shida terkantoi cerita benda yang shida cuma cerita pada kawan baik shida ni tapi ex shida pun tahu.
Shida tanya kawan shida dengan serius! akhirnya terjawab dia dah mengaku pun. Dia minta maaf bagai, shida tanya dia kenapa buat macam ni, dia kata dia nak tolong shida rapat semula dengan ex shida tu, tapi shida hairan dia juga tak setuju jika shida berterusan berhubungan dengan ex. Masa tu shida susah nak maafkan dia sebab shida tak sangka dalam diam dia berhubung dengan ex shida, dan yang paling teruk dia cerita semua apa yang shida cerita dekat dia pada ex, itu lagilah shida rasa tak boleh nak terima. Lama-lama tu hati dah ok shida maafkan dia, now kami masih berkawan tapi tak macam sebelum-sebelum ni. Untuk tahun ni dan tahun lepas shida langsung tak contact dia, buat hal masing-masing je. Perasaan marah tu dah hilang pergi macam tu je. Kalau dia tegur shida, shida pun tak ada masalah nak bertegur sape cuma nak akrab macam dulu mungkin susahlah! 

Ciri-ciri sahabat yang baik :
mestilah jujur dengan sahabat
sedia memberi bantuan
menjadi seorang pendengar yang baik
sentiasa memaafkan dan mendoakan
menutup keburukan sahabat korang
sentiasa mengajak kearah kebaikan


17 comments:

  1. ALHAMDULILLAH, setakat nie tak ada lah yang tikam belakang....yang penting jaga p[erhubungan...jujur itu yang pntng....

    ReplyDelete
  2. nak berkawan tu boleh..tapi nak rapat mcm sebelumnya tu susahkan....

    pesti akan rasa lain...

    ReplyDelete
  3. sy pernah kena dgn kwn baik & bkn kwn baik.& kedua2nya prtner firma guaman sy.hilang duit hilang mase depan.yg sorang tu dh xjd lwyer lg, yg srg lagi dh pergi mekah pon tunai umrah minggu ni.agaknya bila balasan nk smpai kat dorang yg tikam belakang ni yer...

    mmmm

    ReplyDelete
  4. yup, bole maafkan tapi x mungkin bole rapat mcm dulu...

    ReplyDelete
  5. memang dah pernah jadi kat diri saya . susah nak maafkan . walaupun dh berbaik still sukar utk jadi kawan. serah pada Allah SWT :)

    ReplyDelete
  6. Sekali kena Tikam buatkan kita lebih berjaga-jaga ngan org camtu kan Shida..

    ReplyDelete
  7. Belum tu kak.. Maafkan tu boleh, tapi kalau nak rapat macam dulu2 tu, macam tak boleh je kan :) hee.

    ReplyDelete
  8. ishh susah nk maafkan. tapi kdg2 tu klu kisah dah lme, solehah senang maafkan

    ReplyDelete
  9. boleh maafkan tapi mgkin xserapat dulu la.. yelah teringat apa yg dia dah buat kat kita..

    ReplyDelete
  10. tikam menikam ni yg x best
    sebelum tikam kawan pastikan pikir kesan nya :)

    ReplyDelete
  11. hmmm rasanya xde kot kawan tikam blkg.. tp mslh2 dgn kwn ni ade la satu tu.. paling pahitt..sangatt

    ReplyDelete
  12. saya dah pernah kena macam ini..
    rasa nak marah pon ada..
    tp besabar itu lebih baik kerana kita ada Allah bersama2 kita di mana2 sahaja kita berada..

    ReplyDelete
  13. pernah jadi hal mcm ni.. sy dah maafkan pun, berkawan jugak cuma tak percaya dah..

    ReplyDelete
  14. saya pernah kena juga..kawan2 tapi dah tak rapat

    ReplyDelete
  15. akak baca tapi macam kurang paham.. myabe sebab shida xleh nak cite semuanya kat entry ni...

    btw, tu la kan, kita kne berhati2... yg kita boleh percaya adalah parent kita!

    ReplyDelete
  16. Takpe la akk. Nak buat mcm mana. Kita x boleh nk ubah perangai org.

    ReplyDelete
  17. saya pernah rasa camni . sakit rasanya :(

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.