Dapat surat beserta denda (setem denda) | Dunia sebenar Shida Dapat surat beserta denda (setem denda)

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 10 October 2013

Dapat surat beserta denda (setem denda)

Assalamualaikum, peace upon you.
Ini setem malaysia yang biasa shida pakai kalau nak pos apa-apa, setakat ni shida belum pernah dapat lagi setem-setem yang unik atau limited edition punya :) mungkin Pejabat Pos Taiping ni tak aktif kot kan, tu yang ada setem lama je huhuu^^ Hari tu lama dah dalam 2 minggu sudah shida terima satu surat dari Giffarine Malaysia bersampul warna coklat, shida hairan juga dulu masa daftar katanya tak ada yuran tahunan kan. sebab dah setahun lebih shida masuk jadi Ahli Giffarine ni. Tapi yang jadi peliknya surat ni cukup setemnya 60sen tapi abang posmen minta lagi 20sen sebab surat ni kena denda. Shida pun tak tanya banyak masa tu terus je bagi 20sen dan ambil surat tu. Shida buka dalam tengok-tengok ada membership card shida yang punya lama shida tunggu sekarang baru dapat beserta denda 20sen. Hampehh betul kan!! Kenapa shida join Giffarine ni panjang cerita dia shida malas nak buka cerita lama  so biar je lah!! Lepas 2 3 hari dapat surat tu shida asyik fikir kenapa kena denda itu saja! lepas shida pun search memang dah jadi habit kalau shida nak sesuatu shida memang search je jarang nak tanya orang.
Baru shida tahu kena denda sebab bila sampul berwarna (coklat) minimum setem adalah 80sen jika berwarna putih minimum setem adalah 60sen tapi selalunya kan shida dapat surat ada dari 30sen dan 50sen pun ada tapi sampul putih, hairan shida boleh lepas pula. Kalau shida rasa shida pos surat atau barang menggunakan setem biasa shida letak setem RM1 atau RM1.60 sebab risau kena reject tak pun si penerima kena denda pula. Kesian dah lah dapat hadiah kena denda pula. Tapi alhamdulillah setakat ni tiada yang mengadu kat shida kena denda surat dari shida :) tapi kalau ada mohon ya beritahu shida ganti balik duit korang walau sebesar 20sen. 20sen besar nilainya bagi mereka yang kurang berkemampuan tau. gambar bawah ni adalah membership card giffarine shida. Tak pernah lagi beli barang atau produk dia sebab produk dia lebih kepada penjagaan kulit dan kosmetik so maybe shida tak guna. Kalau ada pun maybe lipstik saja. Ada ke diantara kawan-kawan shida ni Ahli Giffarine juga? hehee :)
 boleh tahan juga card ni unik :) itulah nama sebenar shida ya :)


16 Jari Ohsem:

cweet pinky said...

tak pernah dengar pown pasal giffarine...

CP jarang dah pos surat , yelar , sekarang kan zaman it , rupanya macam tuh syarat-syarat untuk pakai stem ek , tataw lak ..

singgah pagi sambil study untuk kuiz pagi nih :D

jemput ke blog ...

Azhafizah Md Nor said...

kadang kadang tak faham sistem pos setem ni..pernah jugak kena denda RM50..tapi tak ingat pulak surat ape ntah masa tu..ohh shida ahli giffarine ke?fiza suka pakai aqua spray giffarine tu..best!

Normi Nieza said...

cantik setem tu..:)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Tgk setem tu teringt hobi dulu kumpul setem.

trah zain said...

ow.. ad jgk ea sistem denda camtu?pelik..haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

haah..t penerima yg kena denda..ngeh2.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

cecantik setem2 nyer tu...baru tahu ader denda macamtu...tq share k...

Zaf98 said...

wahhh! semua akak pakai setem burung jaaa~
sampul surat coklat 80 sen?! saya pernah hantar surat pakai sampul c0klat tu...tapi letak setem 60 sen ja. o: maknanya, kawan saya kena bayar lagi 20 sen la ye? o:

Sukma Haron said...

akak bukan member giffarine tapi guna mask giffarine...

Dianaa said...

tak pernah pulak kena denda. dia je kot yg rajin nak bg terus. kalau posmen lain, masuk je dalam peti surat
btw cantik kad tu :D

aisya said...

staff kt post office pernah jugak explain pasal setem dan sampul surat ni.. sebab tu kalau nk beli setem mesti tanya dulu nk beli setem berapa puluh sen ikut sampul yg nk diposkan tu. huhu

azizah :) said...

cantiknya setem tu..

Marou Apple Hijau said...

1st time dengar setem denda ni. biasa main pos je..

Kisah Si Dairy said...

akak pun bru tau...dah lama tak pos surat..

sha (chirp chirp) said...

baru tau pasal warna2 sampul ni. ingtkan tak kisah guna mna2. huhu

baby comel said...

Kita dah lama xantar surat :)