Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Thursday, 17 October 2013

Samsung Galaxy S3 | Paris Tower Cover Case

Assalamualaikum, pece upon you.
Bestnya kalau dapat pergi kota Paris ni :) shida mengidam je nak pergi sana tapi apa kan daya dapat lihat gambar-gambar je lah nak pergi tak mampu rasanya huhuhu^^ rasanya semua pun tahu kan shida sudah pun memiliki gadget impian shida baca sini tapi sampai sekarang shida masih belum jumpa baju yang sesuai untuk dia. Hampir setahun shida bersama S3 tapi baju tak pernah satu pun yang bertahan lama. Lagi satu shida juga memilih kalau bab-bab nak mengena baju dengan S3 ni ^_^ disebabkan shida ni suka sangat dengan Paris Tower ni so shida tempah rubber case hitam dengan custom design yang dah memang shida pilih dekat satu laman Instagram yang jual banyak sangat casing. Harga boleh tahan RM50 termasuk kos pos. Bila sampai rumah memang tak sabar nak pakai kan. Tapi shida sedih dan rasa terkilan sebab apa yang shida lihat dalam IG tak sama dengan yang shida dapat dan rasa tak berbaloi langsung dengan duit yang shida bayar. Memang kecewa gila lah!! rasa serik dah nak beli online. Lepas sebulan macam tu shida cari dekat Mall berdekatan cari satu baju baru untuk S3 ni akhirnya dapat tapi malangnya gambar Paris Tower tak ada, yang ada suma Minion Banana (minion ni kan hot item sekarang) tu shida pun tanpa fikir panjang rembat satu huhuu. Sebab risau casing original calar sebab tu beli juga. Now dan 3 bulan lebih shida guna case tu tapi masih nak cari gambar Paris Tower tu selagi tak dapat tak puas hati betul huhuhu :(
hasil rembatan dari google cantik gila, tapi semua pink tak ada ke yang warna biru??


10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.