Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 23 December 2013

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 2014

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah bila dengar ada bantuan lagi untuk rakyat semua pakat senyum lebar kan :) samalah macam shida ni kerja pun dengan swasta saja tak ada keistimewaan macam kerja dengan badan kerajaan so dapat bila dapat BR1M ni bersyukur sebab kerajaan nak bantu kan :) so kepada yang terlepas BR1M 2.0 boleh cuba untuk BR1M 3.0 2014 ni. Korang boleh isi borang permohonan online. Bagi yang dah pernah dapat tak perlu isi lagi, tapi sekiranya ada yang korang nak update seperti alamat dan sebagainya bolehlah kemas kini data korang tu. Sebelum memohon kita tengok dulu syarat kelayakan lepas ke tak lepas. Jika layak boleh isi terus jika tidak kira tidak layak lah untuk memohon.

Syarat-syarat kelayakan memohon BR1M 2014 :
(i) Warganegara Malaysia 
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

* Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan 
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
* Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia
* Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014



13 comments:

  1. Nanti nak tolong isikan untuk adik.. :)

    ReplyDelete
  2. TQ :) dah kemaskini maklumat :)

    ReplyDelete
  3. Pernah try dulu tapi tak dapat. Susah juga nak dapat. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. msh dpt merasa brim..
    nt nk sruh suami apply.. hihi

    ReplyDelete
  5. wah... ni yang best ni... hehe :)
    nak kena mohon sekali lagi ni :)

    ReplyDelete
  6. 2tahun dapat BR1m ni.. tahun depan nak kemaskini balik.. harap2 dapat lagi..hehe

    ReplyDelete
  7. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. ALHAMULILLAH..KERAJAAN NAK BAGI..DAPAT UP LAGI DARI SEBELUM NI

    ReplyDelete
  9. fiza dah update tapi rasanya kena buat apply baru sebab dah berkahwin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.