Dunia sebenar Shida: January 2013

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 31 January 2013

watermark baru | thanks blogger dysha studio

   Assalammualaikum, peace upon you.
Saja lah nak tayang kat korang watermark baru shida ni, sebenarnya shida tak ada benda nak update huhuu sedihkan tiba-tiba 2 3 hari ni jadi blurr semacam! terasa suram je! shida nak beritahu korang lepas ni dengan rasminya shida akan guna sepenuhnya watermark baru ni, design simple dan cute sepenuhnya dari blogger dysha studio, kalau korang berminat nak watermark macam ni boleh terus PM dysha :) thanks dysha shida suka sangat watermark ni yang penting mesti biru :)





Hadiah dari terengganu kita | Blogger Dedeq DE Wishes

   Assalammualaikum, peace upon you.
Terima kasih tak terhingga kepada Blogger Dedeq sebab sudi beri shida hadiah dari terengganu ni, seronoknya rasa dapat hadiah sekali dua tau, Keychain penyu dengan brooch biru, alahai macam tahu-tahu je shida suka pakai brooch macam tu tau :) Apa-apa pun thanks dear, shida belum sempat lagi nak pilih-pilih ole-ole untuk deq, kalau ada shida send terus lah sebab alamat memang dah ada :) Jom kenal dengan Dedeq DE Wishes cute orangnya :)




Wednesday, 30 January 2013

Wordless Wednesday | kreatif betul!

   Assalammualaikum, peace upon you.
mana paling kreatif??




Hadiah Surprises dari Blogger Mialiana | Thanks Kak Mia sayang

   Assalammualaikum, peace upon you.
Hooyehh^^ hadiah surprises dari Blogger Mia dah sampai petang semalam :) thanks sangat-sangat Kak Mia untuk pendrive Sony 4gb ni :) shida belum fikir lagi nak guna pendrive ni sebab shida baru beli pendrive Kingstone 8gb itu pun belum penuh lagi, shida tak tahu pun kak Mia nak bagi pendrive kalau tahu shida tak beli pendrive kingstone tu hehee ^_^ apa-apa pun thanks kak Mia shida hargai pemberian tu :) sayaaangnya dengan kak Mia :)




Tuesday, 29 January 2013

Tutorial: keyboard shortcuts yang perlu kita tahu

   Assalammualaikum, peace upon you.

Ctrl + A : Select All
Ctrl + C : Copy
Ctrl + X : Cut
Ctrl + V : Paste

Ctrl + Z : Undo
Ctrl + Y : Redo
Ctrl + F : Find

F5 : Refresh Browser

shortcuts ni boleh guna masa korang nak type entri tapi kena highlight dulu

Ctrl + U : underline tulisan
Ctrl + I : Italic tulisan
Ctrl + B : Bold tulisan






Perkembangan terkini berat blog shida #part2 | www.duniashida.com

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ini print screen terakhir shida sebabnya shida tak boleh lagi timbang sebab dah limit, dalam satu masa shida terlalu banyak timbang blog, baru-baru ni shida ada guna satu tutorial dimana boleh gabungkan beberapa widget  menjadi satu widget seperti yang shida pakai sekarang dibahagian bloglist. Kenapa shida pakai? sebab shida nak jimat ruang dan ringankan lagi berat blog ni, mulanya shida tak berapa sure tapi yakin juga kena buat eksperimen dulu baru tahu hasilnya. Then shida dah pakai code tu dan shida sendiri ada buat tutorial dia jika korang juga nak pakai la, so hasilnya seperti dibawah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
nampak tak ada perubahan sikit walau tak banyak tapi ada juga turun KB load time juga tak lepas dari 1minit alhamdulillah syukur dapat turunkan lagi berat blog ni. Shida tengah cuba juga ni nak turunkan lagi tapi kena ambil masa sikit. Lagi pula entri shida dalam blog ni dah 800++ so macam mustahil blog ni nak terlalu ringan. Apa yang penting korang tak pangkah bila masuk dan korang boleh datang baca-baca dan komen. Kiranya keselesaan korang masuk blog shida tu penting sekarang ni. Ohya! thanks pada sicomel emas putih sebab tolong shida timbang dan print screen result atas ni :)






Monday, 28 January 2013

Tutorial: Nak gabungkan widget pada sidebar (guna tab)

   Assalammualaikum, peace upon you.
ok sebenarnya shida dah lama sangat stop buat tutorial kan, so hari ni rasa nak mula semula, untuk pengetahuan semua kebanyakan tutorial shida ni shida memang pakai then shida share dengan korang, kalau ada pun beberapa yang shida memang tak pakai tapi shida share juga dengan korang. So kali ni shida nak share tutorial macam mana nak gabungkan widget-widget pada sidebar macam yang shida pakai. Shida guna untuk bloglist, shida gabungkan dengan bloglist dan top komen so nampak kemas sikit, jimat ruang dan yang paling penting berat blog turun sikit ^_^ jom cuba tutor dia simple je.

1. page element >> add a gadget >> tambah javaHTML >> copy kod bawah dan paste
<style type="text/css">
    .tabber {
     padding: 0px !important;
     border: 0 solid #bbb !important;
    }
    .tabber h2 {
     float: left;
     margin: 0 1px 0 0;
     font-size: 12px;
     padding: 3px 5px;
     border: 1px solid #bbb;
     margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/
     overflow: hidden;
     position: relative;
     background: #ffffff;
     cursor:pointer;
    }
    html .tabber h2.active {
     background: #fff;
     border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/
    }
    .tabber .widget-content {
     border: 1px solid #bbb;
     padding: 10px;
background: #fffffff;
     clear:both;
     margin:0;
    }
    .codewidget, #codeholder {
     display:none;
    }
    </style>
    <script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
    <script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
    <script type="text/javascript">
    $(document).ready(function() {
     $('#codeholder').bloggerTabber ({
      tabCount : 4
     });
    });
    </script>
    <!-- to make sure the widget works, do not alter the code below -->
<div id='codeholder'><p>Get this <a href="http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>

 NOTED: 
untuk yang shida warnakan background ini : untuk color background tab, untuk yang warna background ini : untuk background sidebar korang, so boleh tukar ikut warna kesukaan korang ok
untuk warna merah jumlah tab yang kita nak gabungkan
title biarkan kosong dan susun widget seperti gambar bawah ni
 ini contoh yang shida punya gabungan widget macam shida pakai sekarang shida gabungkan 4 widget seperti dalam blog, kalau boleh korang jangan ubah apa-apa kod ya sebab nanti tak jadi pula.





doodle birthday dari zakie11 | thanks blogger zakie

   Assalammualaikum, peace upon you.
comelkan doodle ni? berbakat besar adik zakie kita ni dalam bidang art graphic tak percaya boleh terjah blog adik zakie kita ni  www.zakie11.blogspot.com





Kak Mia nanti kita berWeChat lagi ya :) | Punca Kak Mia jarang komen entri shida

   Assalammualaikum, peace upon you.
Tadi petang kami berWeChat tau, terkejut juga kak mia send voicemail kat shida nak tahu ke apa kami bebelkan kat dalam tu? hehee..hal biasa je, kak mia cakap yang dia memang susah nak masuk blog shida yang berat ni lagi-lagi kak mia guna broadband kan, sebab tu kak mia jarang komen-komen sebab lambat loading, so dia tinggalkan jejak dekat shout saja. Then shida cakaplah shida dah pun buang apa-apa yang patut minta kak mia tengok ok or masih berat, alhamdulillah kak mia kata dah slim gitu heheee.. Thanks kak mia kata shida slim hehee perasan kejap :p shida pun lega juga kak mia dah bisa masuk blog shida dengan aman. Lepas ni senang kak mia nak komen-komen apa-apa yang patut kan :) Sekarang ni shida memang tengah usaha nak ringankan lagi :) just tunggu~! Thanks kak Mia :) jom melawat kak Mia yang suaranya comel gitu www.mialiana.com.

kalau boleh shida nak buat yang terbaik untuk blog ni bagi semua senang dan puas hati masuk blog shida yang tak seberapa ni :)



Sunday, 27 January 2013

Topup Giveaway by FD

   Assalammualaikum, peace upon you.
Topup Giveaway dari Blogger Fatin Diana dan dijayakan juga oleh beberapa sponsor. Untuk syarat-syarat shida dah buat untuk klik-klik, like, share gambar dan follow :) siapa nak topup free boleh join Insyallah kalau ada rezeki dapat topup kan :) Jom join tekan banner, thanks FD and the gengs :)


Tarikh tutup : 30 jan 2013 | 6 petang :)





Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ok Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 ni shida join sebab nak bantu gadis sabah ini dalam cabaran SEO  beliau (blogger Eca). Shida ni kalau bab-bab SEO susah sikit nak join atau masuk campur sebab malas nak peningkan kepala fikir SEO SEO ni, cukuplah apa yang ada sekarang ni kan. Mungkin belum tiba masanya, kalau dah tiba baru lah join. Kalau korang join boleh masuk sekali dalam Bloglist Eca, actually eca memang dah tersenarai dalam bloglist shida so tak perlulah nak masukkan lagi. Follow dan lain-lain syarat shida dah buat tapi kalau eca semak ada yang tertinggal dan tak buat bagitahu eh! kadang terlepas pandang biasalah, so segmen ni tamat pada 31 jan 2013 tepaj jam 11.59 malam. So korang nak join tekan banner eca k :) cantik kan banner tu, header terbaru eca yang awesome! yang pasti PINK, oh minah pink juga eca ^_^

segmen ni ada hadiah tau, hadiah apa? meh-meh shida bagitahu:
1. Peserta Pertama yang JOIN segmen ini akan menerima Topup RM5.
2. Peserta dengan entry yang memikat hati eca akan menerima Pin Blogger.
3. Top Referrer akan menerima Topup RM5 + Pin Blogger.
kesemua peserta yang terlibat,eca akan letakkan link blog mereka pada ruangan BLOGLIST 2013.

"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com"




Perkembangan terkini berat blog shida | surprises yang shida nak beritahu korang

   Assalammualaikum, peace upon you.
inilah surprises yang shida nak beritahu korang tu, berat blog dah turun tau, alhamdulillah shida cuba perbaiki yang lebih baik. Semalaman juga shida buat eksperimen dalam blog ni akhirnya turun juga, walau tak banyak tetap nice :) nak tahu ke berapa yang turun? tengok pic bawah pula :)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
apa yang shida buang pada sidebar adalah banner yang terdapat pada widget yang buka tutup tu, kalau korang perasan shida ada buat satu widget macam popup, kalau perasan yang tu shida buang dan shida buat satu page baru untuk bahagian letak banner. Lepas tu shida buang live traffic source shida and yang terakhir shida buang 1 bloglist daripada 4 jadi 3 saja, terpaksa buang yang bloglist shop, shida tengah fikir-fikir nak buang lagi satu bloglist tinggalkan 2 saja, cuma tunggu dan lihat.. rasanya boleh tak blog ni berat dia bawah 100 KB? hurmm...kita tengok macam mana :) amacam loading ringan sikit tak?

nak timbang? klik sini > timbang berat anda blog





Cantik nombor LIKE Fanpage Dunia sebenar Shida 1,234 | www.duniashida.com

   Assalammualaikum, peace upon you.
Tadi shida terperasan nombor like fanpage Dunia sebenar Shida ni 1234 nice kan :) sempat shida print screen untuk dijadikan kenangan dalam blog ni :) Thanks bagi yang sudi like Fanpage shida yang tak seberapa ni. Insyallah lepas ni nak banyakkan post tentang perkembangan blog shida ni. Oh ya! shida ada surprises nak bagitahu korang nanti, tunggu entri seterusnya mungkin dalam 12 tengahari shida update ok. Memandangkan cuti sempena Hari Thaipusam shida lama 3 hari tau, shida rasa nak upgrade blog ni sikit-sikit tengok lah mana yang sempat shida buat :) Selamat Bercuti Semua :)
Fanpage bukan sekadar rupa hahaa^^ boleh ke macam tu? :p





Saturday, 26 January 2013

Ramai kata blog shida berat bahagian sidebar | bloglist mungkin?

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ok ini adalah senarai bloglist shida dari sidebar, semuanya ada 4 widget shida asingkan mengikut citarasa shida sendiri. Setiap satunya mempunya lebih kurang 35++ link blog. Korang rasa mungkin ini salah satu punca kenapa sidebar paling lambat load? dan terus efek kepada blog menjadi punca blog berat? Shida rasa nak buat blog lain untuk bloglist korang rasa ok tak? memandangkan shida betul-betul sibuk tak sempat nak terjah yang komen-komen dan shout dekat cbox shida. Blogger yang rajin komen atau terjah terus shida masuk dalam bloglist blog lagi satu. Shida kalau ada masa shida banyak BW dekat bloglist sebab kebanyakan yang dalam bloglist shida ni semua akan terjah dan komen blog shida. So kalau shida rasa nak letak lebih banyak lagi bloglist lebih baik buat blog lain kan. Tapi kadang-kadang shida fikir macam leceh pun ada hurmmm..korang fikir macam mana? tak pe nanti shida tengok apa lagi yang membuatkan sidebar menjadi lambat loading. Thanks korang :)





Taman Rekreasi Gunung Lang part2 (9 gambar)

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ingat lagi tak sebelum ni shida pernah cerita shida pergi Taman Rekreasi Gunung Lang dekat ipoh Perak. Kalau tak ingat boleh tengok entri ini. Shida ada juga tanya korang kan sama ada shida naik atau tak menara tinggi tu, nak tahu jawapan dia tengok gambar-gambar bawah ni.
 dah lewat petang dah time ni, cantik awan dia :)
 kecik jer orang macam boleh di picit dan dipenyek-penyek heheee ^_^
 ramai yang tangkap-tangkap gambar, ala-ala model lagi tu heheee =="
Jadi kesimpulannya shida naik lah menara tu sebab semua gambar diatas shida tangkap dari atas, maaflah gambar tak berkualiti sebab ditangkap oleh seorang tidak profesional hahaaa.. shida lah tu ^_^
letih juga naik atas tu tercungap juga shida, betul-betul menguji tahap mental dan fizikal hehee :)





Friday, 25 January 2013

Shida minta korang kritik | Blog shida berat ke?

   Assalammualaikum, peace upon you.
Hai, korang selamat malam :) so entri ini adalah entri auto publish dan shida set dia akan keluar tepat jam 7.40 malam. So tak nak membazir masa dan waktu shida izinkan korang kritik sikit blog shida ni sebab shida nak buat sedikit baik pulih blog shida yang shida rasa semakin berat? korang setuju? ya! shida katakan memang berat blog ni disebabkan mungkin tuan dia dah semakin berat? hahaaaa^^ bab makan susah nak elak ^_^ atau pun boni kacak kata disebabkan bloglist yang meleret-leret banyaknya. 

So cuba korang bagi shida pendapat sebab apa. Macam shida sendiri masuk blog shida terasa lama juga loading tapi dia dah load habis semua keluar cuma bahagian reload current page tu dekat bahagian url kita tu masih berputar dengan lamanya. So shida buat andaian mesti blog ni masih berat. Apa kata korang bantu shida selesaikan, sebab bila shida masuk macam shida cakap tadi tapi kalau korang masuk blog shida macam mana pula? sebab ada yang guna wifi ada yang guna broadband kan, so korang cakap komen je! jangan segan-segan k :) shida nak sangat-sangat tahu pendapat korang tu, harap ada yang sudi membantu :)

berat ke korang? nak timbang? klik sini > timbang berat blog





shida nak berhenti...........

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ha! korang ingat lagi tak entri Wordless Wednesday | i quit yang lepas, sampai shida type pun typo segan dah ada orang tegur hehee..entri type pagi-pagi buta macam tulah type sambil pejam mata hahaa :p Semua jawab salah hehee, ada yang kata shida nak berhenti kerja, wahh! mana boleh berhenti kerja sebab masih banyak tangungan lain tau. Kalau tak kerja macam nak online nak bayar bil kan :) so jawapan tu salah! ada juga yang teka shida nak berhenti dari bloging, yang ni tak de dalam kamus hidup shida. Shida tak boleh tanpa blog, macam mana pula nak berhenti bloging, domain pun belum sempat luput lagi kan, dah tentu-tentu salah juga :)

Sebenarnya shida nak berhenti dari mendesign blog, senang kata shida tak akan lagi design blog orang. Sebelum ni shida pernah post dekat Fanpage yang shida nak berhenti mendesign, ramai yang tak setuju. Tapi shida dah nekad. Sebab utama shida tak de masa lagi nak design-design ni. Korang tengoklah blog shida sendiri tak de baju ganti sempena tahun baru. Blog orang lain semua dah berbaju baru. sedih tau :(  serius cakap shida banyak komitmen luar (rumah dan kerja). Komitmen mengalahkan orang dah kahwen ^_^ apa nak buat shida seorang anak dan seorang pekerja yang diberi harapan dan kepercayaan menguruskan segalanya. Bahu ni pun dah berat memikul tanggungjawab.

Bagi yang faham tu terima kasih lah. Insyallah kalau shida rasa dah selesa dan masa shida pun dah teratur dengan baik, shida mengalukan kedatangan pelanggan-pelanggan shida yang selalu nak kan khidmat mengedit dari shida. Bukan senang tau nak edit blog orang bagi cantik. Itu pun satu tanggungjawab juga. So lepas ni siapa yang nak edit blog boleh tempah dengan design-designer yang lain, dah ramai blogger-blogger buat part time ambil tempahan edit blog sebenarnya. So semuanya dihujung jari. Lepas ni jangan ada yang kata nak berhenti bloging pula ya :) So sementara ni tempahan ditutup sementara waktu.




Antara Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Fatihah yang perlu kita tahu

   Assalammualaikum, peace upon you.
Kalau dah nampak tu apa salahnya baca sebentar sambil-sambil  menghilangkan stress mengadap kerja yang banyak, komputer atau lappy 24 jam. Membaca surah ni tak sampai 10 minit pun :) dah tenang? mari baca pula apa yang nak shida kongsi pada korang rahsia Surah Al-Fatihah sebenarnya :)

Ikhtiar mengubati penyakit 
Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

boleh menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
- Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
- Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
- Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
- Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
- Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Ikhtiar Menghilangkan sifat Pelupa
Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan
Ambil sebuah bekas bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain (untuk diri sendiri )
letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali: "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".



 tekan share dan g+ jika perkongsian ini berguna untuk semua :)



Thursday, 24 January 2013

Tarikh-tarikh penting dalam Islam Tahun 2013 / 1434-1435H bagi Malaysia

   Assalammualaikum, peace upon you.

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM  TAHUN 2013 / 1434 - 1435 H BAGI MALAYSIA
* tertakluk kepada perubahan
sumber : Jawatan Teknikal Kalendar Islam & JAKIM



Segmen Khas : Islam Itu Indah

   Assalamualaikum, peace upon you.
Segmen Khas Islam Itu Indah ini anjuran dari Blogger Fizgraphic. Bagi yang tak kenal lagi blogger hebat ni boleh terjah beliau. Alang-alang dah terjah join sekali segmen ni. Segmen jarang orang buat tau "menguji kewarasan kita" katanya. Baik! kita langsai dulu soalan-soalan yang diberi oleh Apit. Thanks juga Blogger Emas Putih tag shida untuk segmen ini.

1. Senaraikan Rukun Islam
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

2. Senaraikan Rukun Iman
 1. Beriman kepada Allah s.w.t
2. Beriman kepada para malaikat.
3. Beriman kepada kitab-kitab suci.
4. Beriman kepada para Rasul.
5. Beriman kepada Hari Akhirat.
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar.

3. Bilakah Al-Quran diturunkan
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
  • Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M) berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal.
  • Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M) berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
sumber : sini 
 
4. Berapakah ayat dalam Al-Quran 
 6236 
sumber : sini

5. Berapakah Surah-surah dalam Al-Quran
jumlah surah dalam Al-Quran ada 114 surah semuanya
sumber : sini 

6. Surah apakah yang paling teragung dalam Al-Quran
bagi shida semua surah dalam Al-Quran adalah yang teragung kerana kitab Al-Quran adalah kitab yang teragung didunia, setiap surah dalam Al-Quran ada kelebihan surah masing-masing dan kebaikan jika kita membaca dan menghafal surah tersebut tapi bagi shida surah yang secara umumnya biasa kita selalu dengar adalah surah Al-Fatihah. Jika ada keraikan atau majlis tak kira dalam situasi apa pun surah ini menjadi disetiap pembuka atau penutup majlis atau tak kira dalam apa jua situasi majlis. 
(idea dan pendapat sendiri)


Jom join kawan-kawan, klik banner tau! :)
shida tag : blogger Mialiana dan Santai Leeza



Akhlak-akhlak terpuji Baginda Rasullah s.a.w | Salam Maulidur Rasul 1434H 2013

   Assalammualaikum, peace upon you.
Sempena Maulidur Rasul ni, shida mengambil kesempatan nak berkongsi sedikit akhlak-akhlak terpuji Rasullah s.a.w yang patut kita contohi dan teladani sepanjang kehidupan kita. Semoga kita belajar sesuatu dari akhlak-akhlak terpuji baginda Rasullah s.a.w dan sentiasa bselawat dan mengamal sunah Rasullah s.a.w.  Salam Maulidur Rasul buat semua :)

- Pemaaf dan tidak mengendahkan sikap buruk orang lain.  (Sangat sabar dengan karenah orang lain  )
-Adil, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran .
-Sangat penyabar dalam perjuangan . (Walau diduga beliau tetap bertahan dengan begitu sabar)
-Menolak kejahatan dengan baik . ( Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya )
-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t
-Mampu menahan kemarahan .
-Menunaikan hak sesama muslim.  (hadis hak sesama muslim )
-Melahirkan kasih sayang melalui ucapan salam.
-Menghadiri undangan .
-Suka memberi nasihat dan menjawab kemusykilan.
-Mendoakan orang yang bersin.
-Menziarahi orang sakit, mengurus jenazah , menolong orang teraniya
-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri
-Berbuat baik kepada jiran
-Sentiasa bersedekah pelbagai perkara
-Membantu meringankan beban orang lain
-Menutup aib orang
-Merintis dan menunjuk jalan kebaikan .
-Memberi kepada orang yang meminta atau mendoakannya
-Meninggalkan perkara sia-sia
-Mencari keredaan dan menghormati ibubapa
-Menyambung siraturrahim dengan keluarga
-Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri
-Sentiasa muhasabah diri
-Bersifat malu
-Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain
-jujur dan ikhlas dalam beramal
- bersifat tawaduk
-tidak bersifat riak
-tidak menduduki tempat orang lain tanpa izinnya
-tidak bebrisik antara teman ketika bertiga
-berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta
-memikirkan dan mengutamakan orang lain
-tidak memulau sesama muslim
-tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
-tidak berdengki
-mampu menguasai dan menahan perasaan marah
-tabah dan tetap pendirian
-berani
-dermawan dan pemurah
-tidak buruk sangka
-tidak mencaci maki sesama muslim
-tidak berdebat dan berbantahan
-Lemah lembut
-menyayangi anak yatim
- Walaupun beliau terpelihara dari dosa : maksudnya walaupun beliau mulia di sisi ALLAH, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk.
-bertanggungjawab terhadap pembantu rumah
-menyayangi binatang





Cuti sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w | Salam Maulidur Rasul 2013

   Assalammualaikum, peace upon you.
Salam Maulidur Rasul kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam dan sama-sama kita berselawat keatas Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.




Wednesday, 23 January 2013

Memperkenalkan HTC Butterfly, Samsung GALAXY SIII Mini dan Sony Xperia™ Tipo dengan Celcom

Assalammualaikum, peace upon you.
Memperkenalkan tiga daripada telefon pintar Android terbaru tiba dan akan dilancarkan oleh CELCOM dan sekarang dalam rangkaian terpantas iaitu HTC Butterfly, Samsung GALAXY SIII Mini dan Sony Xperia™ Tipo. Kenapa mesti beli bersama CELCOM
  • Menambah kepada pelbagai jenis alat-alat yang mereka tawarkan. 
  • Memberi pembeli pilihan terbaik telefon pintar yang dipasangkan dengan pelan terbaik.

Dapatkan HTC Butterfly serendah RM1,468 (RRP: RM2,299), Samsung GALAXY S III Mini serendah RM588 (RRP: RM1,199) atau Sony Xperia™ Tipo serendah RM88 (RRP: RM499) dengan mana-mana pilihan hanya dengan Celcom First Plan.

spesifikasi telefon pintar Android pilihan terbaik : 

 
HTC Butterfly: World’s first full HD smartphone display from as low as RM1,468.
  • Experience super speed and performance on the latest Android 4.1 (Jelly Bean) and 1.6 GHz quad-core Snapdragon S4 processor.
  • It has the world’s first full HD smartphone display, 5” wide.  
  • With an amazing 8MP camera, you won’t need any other 
  • Equipped with Beats Audio™ to bring music to life.


 Samsung GALAXY S III mini: Intuitive and high performance from as low as RM588.

  •    Also runs on the latest Android 4.1 (Jelly Bean) 
  • Has a 1GHz dual-core processor.
  • Enjoy large view on the 4” Super AMOLED display. 
  •  Take pictures wherever you go with the 5MP camera and 4x optical zoom.
 Sony Xperia™ Tipo: Smart meets simplicity from as low as RM88.
  • Runs on Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) 
  •  Has a 800 MHz Snapdragon™ processor. 
  • Not too big, not too small at 3.2” with Scratch-Resistant display. 
  • Snap away with the 3.2MP camera.

Mengapa Celcom Pertama? Berikut adalah top 10 sebab mengapa:
3 pelan mudah dengan satu kadar rata untuk panggilan suara & video, SMS & MMS.
• Nikmati lebih untuk bercakap dengan SIMPANAN AUTOMATIK pada panggilan anda kepada semua rangkaian.
FLEKSIBILITI untuk beralih antara pascabayar dan prabayar, bila-bila masa.
Bayaran yang dibuat pilihan MUDAH untuk anda melalui tambah nilai, dalam talian atau di kaunter.
pelanggan EKSKLUSIF & PERIBADI perkhidmatan sentiasa bersedia untuk membantu anda.
TIADA BIL kejutan dengan komitmen bulanan anda sudah termasuk IDD dan yuran perayauan.
RANCANGAN ANEKA untuk pertengahan yang lebih rendah, atau penggunaan yang lebih tinggi untuk memenuhi setiap keperluan mudah alih.
DATA PERCUMA serta-merta untuk memastikan anda melayari, berbual dan menghantar e-mel di mana sahaja.
Berhubungan dengan KETENANGAN FIKIRAN melalui pengemaskinian dan pemberitahuan masa sebenar mengenai penggunaan anda.
• TALIAN TERPANTAS di Malaysia yang menawarkan perlindungan unggul dan kualiti.
Untuk keterangan lebih lagi boleh berkunjung di mana-mana kedai Blue Cube terdekat anda atau mendapatkan maklumat selanjutnya di www.celcom.com.my



Wordless Wednesday | i quit

   Assalammualaikum, peace upon you.
i quit, apa yang korang fikir?



Tuesday, 22 January 2013

CPUV / BE ke 37 dari Nuffnang | Digi iPhone 5 (CPUV pertama 2013)

   Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah lepas update akaun Nuffnang semalam, hari ini timbul pula BE atau CPUV dari Nuffnang yang ke 37 iaitu Digi iPhone 5. Rata-rata blog shida yakin korang pun dapat iklan ni kan. Thanks to Nuffnang sebab masih lagi beri kepercayaan kepada blog usang shida ni mendapatkan iklan kekal di blog ini. Insyallah shida sedaya upaya jaga untuk BE/CPUV pertama dalam tahun baru 2013 ni.
Untuk BE ke 33 dari Microsoft Windows 8 masih kekal sudah hampir 2bulan tau. Earning dia baru belas-belas shida pun tak berapa faham kenapa BE tu kekal lama tapi earns dia kurang running. Tapi tak rezeki juga tu puas hati juga BE tu kekal lama biar lama lagi seronok hehee :)

korang nak tips dapat BE / CPUV klik sini > berkesan atau tidak tips ni korang try sendiri :)




Monday, 21 January 2013

Hadiah Birthday untuk Ah Hong 21 Jan 2013 | Thanks Eyriqazz.com

   Assalammualaikum, peace upon you.
Terutama sekali shida nak ucapkan Thanks to Bro Eyriqazz sebab shida beli Set Duit Baru Malaysia RM1 dan RM5 ni dari dia. Sebab pertama shida beli dari bro Eryqazz ni sebab shida pernah join GA Eyriqazz yang lepas untuk dapatkan beberapa koleksi duit kertas baru ni tapi tak menang pun. So saja-saja tanya mana dia beli dan shida berminat nak beli koleksi tu bukan untuk simpanan shida tapi nak bagi dekat someone and tak lama kemudian Eryqazz balas kata dia ada beberapa lagi koleksi dan tanpa fikir panjang shida beli dari dia. Itulah kaitannya Bro Eyriqazz dengan entri kali ini. Actually benda ni boleh buat sendiri kan tapi shida berminat dengan kulit album set duit kertas baru ni nampak unik dan semestinya ORI!
Siapa Ah Hong? ini lah dia budak kecil yang pakai snowcap warna kuning tu. Actually ini gambar lama masa dia 6 tahun now dia dah std 2 tau. Pandai cakap melayu+english+cina kira dengan dia shida senang dan selesa, dia juga rapat dengan shida. Shida kenal dia dari umur dia 2 tahun lagi. Siapa Ah Hong? dia anak sulung majikan shida :) Majikan shida yang perempuan tu Pn. Ooi :) Muda lagi tau majikan shida ni, dia so friendly dan kami rapat tak macam pekerja dengan majikan tapi macam family :) Selama 5 tahun lebih shida berkhidmat untuk dia tak pernah rasa nak berhenti kerja disebabkan kebajikan dari majikan cina. Shida rasa selesa dan bertuah lagi ada :)
So dah siap balut :) esok pergi kerja nak bagi dia. Biasa dia akan datang dulu office sebelum pergi sekolah (sesi petang). Kenapa shida bagi dia duit kertas baru? Dia ni suka dengan duit baru malaysia. Mengalahkan orang kita suka dia. Lagi-lagi kalau duit RM5 lagi dia suka. Shida hairan juga kenapa dia suka sangat dengan duit RM5 tu :) shida pernah tanya dia tapi dia macam tak dapat nak jawab, lastly shida gelak sebab dia fikir panjang nak jawab soalan shida ni, sampai berkerut juga dahi dia hehee. Shida faham biasa lah benda dah suka memang susah kita nak terangkan lagi-lagi budak-budak. Hope dia happy terima hadiah ni esok :) eh! dia wish tau masa birthday shida 5 Jan yang lepas :) 


Ah Hong! Happy Birthday :)

update : tadi ah hong call shida dia cakap "thank you kak, saya suka present tu"