Dunia sebenar Shida: August 2013

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Saturday, 31 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56

Assalamualaikum, peace upon you.
Pejam celik pejam celik kita dah pun menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 pada tanggal 31 Ogos pada hari ini, alhamdulillah masih boleh berpuasa, beraya dan menyambut merdeka bersama-sama, disini shida mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 kepada semua rakyat Malaysia tak kira dimana saja berada kita sudah pun meraikannya yang ke 56. Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara baca seterusnya...


Friday, 30 August 2013

Soal Jawab : Anda Tanya Shida Jawab #6

Assalamualaikum, peace upon you.
Pejam celik pejam celik kita dah hampir nak masuk bulan September kan dan lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Kemerdekaan, mesti ramai blog blogger sedang menghias blog masing-masing dengan tema kemerdekaan, baguslah kalau macam tu ada semangat patriotik :) shida pun ada semangat macam tu tapi shida tak ada masa nak hiasa blog ni mengikut tema mampu hias office saja huhuh^^ ok kita lupa kan dulu hal hias menghias ni, disebabkan shida kekurangan idea sementara shida nak jawab soalan soal jawab part5 ni, shida keluar dulu part6. Korang boleh tanya shida apa saja soalan tak kira peribadi atau tidak, shida try untuk lebih terbuka untuk menjawab semua soalan yang diajukan, soalan yang agak peribadi boleh tapi ada had nya ok? :) soal lah tentang apa saja Inshaa Allah shida jawab dengan sempurna dan tekun, soalan biar logik tau korang hehee :) thanks!



Jawapan untuk soalan mereka | Soal Jawab : Anda Tanya Shida Jawab #5

Assalamualaikum, peace upon you.

thanks semua yang sudi bertanya ^_^


Thursday, 29 August 2013

Link download Movie KL Gangster 2 tersebar di internet

Assalamualaikum, peace upon you.
Tudiaa kecoh dah pasal link-link download Movie KL Gangster 2 ni bocor angkara siapa?? entah la, siapa punya kerja belum pasti mungkin masih dalam siasatan, shida baca dari blog fizgraphic.com tadi, kesian pun ada dengan Syamsul Yusof tapi nak buat macam mana nasi dah jadi bubur. Apa saja yang bermain dengan internet memang cepat dari biasa, sekejap saja informasi seperti ini akan tersebar. Kita tengoklah nanti macam mana Syamsul handle hal ni sama ada dapat di bendung atau sebaliknya. Tapi tengok trailer saja perghh!! tak keluar lagi kat wayang lagi ni. haihhh sabar jelah~! 




Wednesday, 28 August 2013

10 Pemenang Cabutan Bertuah Entri Kad Raya Limited Edition Blog Shida 2013 | Tahniah!

Assalamualaikum, peace upon you.
2 barang ini adalah hadiah yang bakal korang terima dari shida :) klip paper dan bookmark kepada 7 pemenang bertuah manakala tambahan lagi 3 iaitu hadiah bookmark sahaja, jadi total hadiah adalah 10 pemenang, klip paper tu nanti shida akan design dan tampal dekat situ dengan nama korang ok sebagai kenang kenangan dari shida :) Tahniah semua pemenang yang bertuah mereka adalah :

7 Pemenang Cabutan Bertuah Entri Kad Raya 2013

3 Pemenang Tambahan Cabutan Bertuah Entri Kad Raya

Tahniah!! semua yang berjaya dari cabutan shida, yang tak kena tu boleh cuba next year tau :) kad raya tiap-titap tahun shida akan edar dan tahun depan mungkin bertambah dalam 100 ke 200 kad inshaallah :) bagi yang berjaya sila hantar detail (nama dan alamat) melalui facebook, fanpage atau komen saja dekat sini tapi hantar lah 2 komen ok 1 komen 1 detail korang, mudah kan?? detail shida akan padam! Tahniah semua :) p/s: sorry lambat post sepatutnya update 10pm tiba-tiba laptop hengg terus bawa jumpa member shida, nasib dia boleh selesaikan masa tu juga! oh! virus nyahhhh kau dari sini!! member dengan sabar melayan kerenah shida, of cos lah free hehee :)


Tuesday, 27 August 2013

Pemenang Cabutan Bertuah akan shida umum malam ini, yang terlibat mohon alert :)

Assalamualaikum, peace upon you.
Mesti korang tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menerima 7 hadiah dari cabutan tangan shida sendiri :) malas nak guna random, malam ni lebih kurang antara jam 9 hingga10 malam shida akan update pemenang-pemenangn dan hadiahnya sekali, hadiah ni shida buat sendiri tau, jadi ambil masa sikit shida kena print apa semua dulu :) hadiah ikhlas dari shida, mungkin ada penambahan pemenang doakan ye. Hope semua boleh beri detail selepas pemenang diumumkan ok. Good Luck ya :)



Monday, 26 August 2013

Blog Mereka Simple Saja

Assalamualaikum, peace upon you.




Sunday, 25 August 2013

Kad Raya Review : Blogger Intan Berlian & Blogger Emas Putih (terakhir)

Assalamualaikum, peace upon you.
Kad Raya dari Kak Intan Berlian yang ada sweet smile pada wajahnya :) thanks akak masih ingat shida walaupun shida dah jarang ke blog akak disebabkan masa yang tak menentu ni. Bulan 9 shida nak aktif balik sebab proses atau projek mengedit inshaallah diperlahan kan atau sementara waktu dibekukan hahaaa, dah tunggang langgang dah ni ayat shida, Thanks akak cium untuk saya pada Alisha dan Aqilah ye :)
dan ini pula Kad Raya yang terakhir dari Adik Comel uzu a.k.a Emas Putih dari blog yang tertera didalam gambar hehee :) cunn wooo kad raya ni tapi nak merajuk sebab dia tak bagi blogger card dia ^_^ ok apa-apa pun uzu awak adalah kawan paling syokk pernah saya ada :) ececeh berawak-awak pula geli den hahaa :p Kad raya terakhir dah tak ada siapa lagi bagi kad lagi rasanya, thanks kepada semua blogger yang sudi beri shida kad yang cantik-cantik cunnn meletopzz habiss tu haaa nanti shida siar kad-kad awak semua dalam Berita Harian ye hehee Inshaa Allah doakan semua yang baik-baik belaka :)


Saturday, 24 August 2013

Cabutan Bertuah Entri Kad raya Limited Edition Blog Shida

Assalamualaikum, peace upon you.
Cabutan Bertuah Entri Kad raya Limited Edition Blog Shida kepada semua blogger yang menerima kad raya limited edition shida dan juga blogger tersebut telah membuat entri tentang kad raya tersebut diminta PM link entri korang dikomen entri ini, shida akan list kan dan cabutan akan dibuat selepas seminggu raya In Shaa Allah, berapa pemenang belum pasti sebab nak tengok berapa blog yang terlibat nanti. Entri kad tu tak kisah lah kalau bercampur dengan kad-kad lain atau buat simple atau entri WW, janji ada kad shida ok :) shida akan senaraikan peserta dalam entri ini juga Good Luck korang!


 Senarai Peserta Cabutan Bertuah Entri Kad Raya Limited Edition Blog Shida 
  1. http://najihah90.blogspot.com/2013/07/kad-raya-1-thanx-sahabat.html
  2. http://www.ezadskytech.com/2013/07/kad-raya-dan-duit-raya-terawal-2013.html
  3. http://amad-jalanan.blogspot.com/2013/07/dia-buat-saya-terkejut.html
  4. http://miszrockers.blogspot.com/2013/07/dapat-kad-raya-pertama-dari-blogger-s.html
  5. http://www.coklateyes.my/2013/08/kad-raya-istimewa-dari-para-blogger.html
  6. http://www.fizgraphic.com/2013/08/kad-raya-dari-blogger-banyaknya.html
  7. http://nusha1706.blogspot.com/2013/07/ww-96-kad-raya-pertama-2013-dari.html
  8. http://chipmunkandbarney.blogspot.com/2013/07/kad-raya-bookmark-sticker-dari.html
  9. http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/08/hadiah-dari-dunia-shida.html
  10. http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2013/07/kad-raya-dari-shidar.html
  11. http://sayazaza.blogspot.com/2013/07/kad-raya-pertama.html
  12. http://eleventx.blogspot.com/2013/08/kad-raya-dari-shida-versi-2013.html
  13. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/08/kad-raya-dari-bloggers-part-1.html
  14. http://caliphshuriken.blogspot.com/2013/08/kad-raya.html
  15. http://www.mimiepinkummi.my/2013/08/kad-raya-dan-bookmark-daripada-blogger.html
  16. http://zakieazid.blogspot.com/2013/08/kad-raya-of-year-part-1.html
  17. http://superdreamland.blogspot.com/2013/08/kad-raya-blogger-2-entry-bergambar.html
  18. http://khairulzamri.com/kad-raya-2013-dari-bloggers/
  19. http://www.fatindiana.com/2013/07/kad-raya-dari-blogger-1.html
  20. http://tampawan.blogspot.com/2013/08/gila-cepat.html
  21. http://www.mialiana.com/2013/07/kad-raya-daripada-blogger-shida-2.html
  22. http://www.sop.name.my/2013/07/kad-raya-pertama-tahun-2013.html
  23. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2013/07/kad-raya-daripada-blogger-eqbal-zack.html
  24. http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/07/dapat-kad-raya-dari-blogger.html
  25. http://sallyyatiey.blogspot.com/2013/07/kad-raya.html
  26. http://akuayut.blogspot.com/2013/07/kad-raya-1-diterima.html
  27. http://afzalsukasuki.blogspot.com/2013/08/kad-pengganti-diri.html
  28. http://norminieza.blogspot.com/2013/07/kad-raya-pertama.html
  29. http://lianapm.blogspot.com/2013/08/kad-raya.html
  30. http://www.dianarashid.com/2013/08/kad-raya-dari-kawan-kawan-dan-peminat.html
  31. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/08/kad-raya-dari-rakan-blogger.html
  32. http://www.azhafizah.com/2013/07/kad-raya-dari-blogger-nurdani-shida.html
  33. http://www.kisahemasputih.com/2013/08/review-kad-raya-dari-blogger-2013_21.html
  34. http://diebadhie.blogspot.com/2013/07/kad-raya-da-sampai.html
  35. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/07/kad-raya-daripada-blogger.html
  36. http://justforfund.blogspot.com/2013/08/kad-ghaye-dari-kak-shida.html 
  37. http://www.myravea.com/2013/08/kad-raya-masih-tak-lapuk-ditelan-zaman.html
  38. http://www.ecadwinkyasha.com/2013/08/kadraya-teman-blogger.html




shida lanjutkan sehingga sehingga 24.8.2013 (sabtu) untuk submit entri ya :) 27.8.2013 (selasa) shida akan umum pemenang!! jika sampai 30++ peserta shida akan cabut 7 yang bertuah nanti :)


Esok Last hantar link entri kad raya ok :)

 Assalamualaikum, peace upon you.

Cepat-cepat hantar ya! esok last lepas tu shida nak cabut undian mungkin ada penambahan hadiah :) laju-laju hantar link dekat sini tau :) http://www.duniashida.com/2013/08/cabutan-bertuah-entri-kad-raya-limited.html .Hari selasa pengumuman siapa yang bertuah tu serta hadiah yang dia bakal terima :)


Friday, 23 August 2013

Duit Raya dan Hamper Raya

Assalamualaikum, peace upon you.
Tahun rasa best sebab bos bagi duit raya berganda, bukan baru dapat tau duit raya ni dah dapat lama dah sebelum raya lagi, shida dapat duit ni lagi 3 hari nak raya, bos kirim dekat rumah superb!! syok tiap-tiap tahun bos begitu, selalu buat kejutan dan duit raya yang dia bagi berganda dari biasa, terima kasih bos saya berjanji akan bekerja lebih rajin lagi walaupun sebelum ni memang dah terlebih rajin :)
Selain duit raya, bos bagi juga Hamper Raya untuk family besar dia boleh tahan, sampai sekarang cekedis dalam tu pun tak habis makan lagi huhuuu^^ asyik makan makanan raya kan tu lah pasal :) Apa-apa pun thanks bos :) saya hargai semua pemberian bos cuma tahun ni tak ada set kerongsang untuk saya, tak apa ini pun dah memadai :)


Thursday, 22 August 2013

Cpuv atau Be ke 59 dan 60 dari Nuffnang | Sanofi Lactacyd: Revitalize | Escape - Treaser

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah 2 hari lepas dan hari ini keluar lagi be/cpuv baru dari Nuffnang, iklan dari Sanofi Lactacyd: Revitalize dan Escape - Treaser, selalunya bila BE baru ni jarang muncul dekat blog selalu kena tunggu 2 3 hari baru dia muncul selalu, shida belum lagi sempat tengok iklan ni :) Sebanyak 60 BE atau CPUV terkumpul setakat ini, nak merayu Nuffnang tolonglah credited CPUV RHB Debit Mass Usage ni, saya nak cashout!! Tak pun clear semua sekali BE senang cashout sekali! dah lama cpuv bulan May shida ni duduk diam-diam je kat dalam tu huhuhu^^ Jangan sampai shida peerraammm sampai tahun depan haa!! baru tau!! Kalau macam tu tahun ni pecah record tak cashout langsung selalunya setahun 2 kali cashout tahun ni hampehh!! Nuffnang apa-apa pun tetap i tetap sayang u! belum tiba masa nak curang hehee :p


Wednesday, 21 August 2013

Wordless Wednesday | Not Responding

Assalamualaikum, peace upon you.
Masalah shida hadapi sekarang! kerja apa semua sangkut!! arghhh!!! :(


Tuesday, 20 August 2013

Kad Raya Review : Blogger Aida Omar & Blogger Azizah@Jiejah

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya dari Blogger Aida Omar, thanks kepada Aida sebab dia masih ingat shida, sudi bagi kad raya walaupun aida agak sibuk kan, dah lama kot shida tak berjimba dengan aida kan, aida bila nak call hehee rindu dah dekat aida tau :)
Kad Raya warna fav shida ni dari mama cute dari Blogger Azizah@jiejah mama blogpecut, jiejah sekarang dalam proses menunggu baby dia keluar melihat dunia :) seronok shida dengar jiejah tak sabar nak tengok baby cik shida ni kan mesti comel macam makcik dia hehee :) jiejah moga semua berjalan dengan lancar dan selamat :)


Monday, 19 August 2013

Kad Raya Review : Blogger Afzalsukasuki & Blogger Nabila Biela

Assalamualaikum, peace upon you.
 Kad Raya dari Blogger Afzal Sukasuki a.k.a ketuat group blogger sengal! perghh comel betul kad afzal mengalahkan retiss kan hehee :) thanks afzal masih ingat shida ni :) dan tahniah juga dah jadi BAPA kan :)
Kad seterusnya dari Blogger Nabilabiela, nabila memang nama betul ke nabila biela macam best je nama tu hehee :) thanks sudi exchange dengan akak kad raya k :) next year tukar lagi tau hehee :D


Sunday, 18 August 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....



Kad Raya Review : Blogger Hawa Syazana & Blogger Eymasu

Assalamualaikum, peace upon you.
 Kad Raya dari Blogger Hawa Syazana, thanks adik next year tempah lagi ok hehe :)
Kad Raya dari Blogger Eymasu, eymasu siap bagi pin bunga lagi tapi tak sempat akak nak guna raya pun hehe, macam tau-tau je akak ada baju tema oren kan hehee :)


Saturday, 17 August 2013

Segmen Blogwalking Raya by Emas Putih

Assalamualaikum, peace upon you.
Start 17 Ogos jam 12.00 PM - 23:59PM (12 jam sahaja)
syarat-syarat boleh klik banner terus, kalau sempat lah lagi berapa jam saja :)

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada pembaca & pengunjung blog Shida

Assalamualaikum, peace upon you.
Hai semua pembaca pengunjung blog shida, disini shida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Mohon maaf andai selama shida menulis dalam blog ni ada yang terasa, terguris atau terluka dengan penulisan shida, shida susun 10 jari tanda kemaafan sempena lebaran ini.  Nak ajak datang rumah masing-masing jauh, tapi kalau tak keberatan dah lalu taiping tu nak singgah boleh roger shida itu pun kalau shida tak kemana-mana lah sebab ada plan nak bercuti memandangkan cuti raya kali ini lama juga lebih seminggu hehee :) so Salam Lebaran Aidilfitri buat semua yang mengenali shida Shida Radzuan | www.duniashida.com | Dunia sebenar Shida Terima Kasih, sayang semuanya


Friday, 16 August 2013

Kad Raya Review : Blogger Azhafizah.com dan Blogger Fizgraphic.com

Assalamualaikum, peace upon you.
Kad Raya dari Blogger Azhafizah.com, blogger comel ni tak lama je lagi akan menamatkan zaman bujang dia, inshaa allah fiza kalau tak ada aral melintang shida datang lah kenduri fiza tapi jauh juga rasanya, kalau tak ada masalah sampailah shida ke sana ye :) kad raya comel dikirimkan berserta kad jemputan perkahwinan fiza pada 24 august 2013, tahniah fiza! love u! lepas ni susah dah nak berkepit dengan shida lepas ni hehee :D
Kad Raya dan duit raya dari Blogger Fizgraphic.com yang akan menamatkan zaman bujangnya juga tak lama lagi, kita berdoa dan tunggu kad jemputan dari apit pula hehee apa tema apit kahwin nanti?? :p sahabat blogger yang tak pernah dilupakan sampai bila-bila, banyak kot kenagan dengan apit ni! Apit bagi duit raya yang kena reject dengan bank cisss!! hehee apit thanks for everything :)


Thursday, 15 August 2013

Cpuv atau Be ke 58 dari Nuffnang | Q3 prepaid Roaming

Assalamualaikum, peace upon you.
Cpuv atau Be ke 58 dari Nuffnang | Q3 prepaid Roaming
Alhamdulillah selepas seminggu raya muncul lagi cpuv baru dari Nuffnang dan pihak periklanan ingatkan raya habis iklan pun habis tapi masih banyak lagi iklan syukur, shida sekarang ni asyik menghitung hari nak cashout duit Nuffnang ni tapi disebabkan banyak BE belum ME atau credited so malas pula nak cashout nak tunggu semua be clear baru cashout, tak pe lah sabar sikit lagi :) hope be kali ni kekal lama macam yang lain! Thanks Nuffnang!


Sunday, 4 August 2013

Kad Raya Review : Blogger Unclezuan & Blogger Dysha

Assalamualaikum, peace upon you.
Kad Raya dari Blogger : www.unclezuan.com (saiazuan)
zuan thanks bagi kad raya kat shida tahun ni :) special kad raya ni siap namecard lagi. Sorry shida tak ada namecard lagi tak dapat nak bertukar kad huhuhu..nanti shida dah buat shida bagi k :)

Kad Raya dari Blogger : http://dyshasahhir.blogspot.com (dysha)
kad dysha juga pertama kali untuk tahun ni tak silap shida, thanks dysha dan shida ucapkan takziah pada dysha diatas pemergian arwah (suami tercinta) Al-fatihah shida sedekah pada arwah amin. Hope dysha tabah dan sabar mengharungi liku-liku kehidupan seterusnya :) be strong dear!


Kad Raya Review : Blogger Santaileeza & Blogger Nurul Yui

Assalamualaikum, peace upon you.
 Kad Raya dari Blogger : http://nusha1706.blogspot.com (yui)

Kad Raya dari Blogger : www.santaileeza.com (leeza)


Saturday, 3 August 2013

Kad raya Review : Blogger Fatin Diana & Blogger Ecadwinkyasha

Assalamualaikum, peace upon you.
 Kad Raya dari Blogger : www.ecadwinkyasha.com

Kad Raya dari blogger : www.fatindiana.com


Kad Raya Review : Blogger Dedeq De Wishes & Blogger Siti Rohaida

Assalamualaikum, peace upon you.
 Kad raya dari Blogger : http://kisahsidairy.blogspot.com (Siti Rohaida)

Kad Raya dari Blogger : http://najihah90.blogspot.com (dedeq)


Friday, 2 August 2013

Kad Raya Review : Blogger Dayang Deno & Blogger Dieba Khairuddin

Assalamualaikum, peace upon you.
 Kad Raya darI Blogger : http://dayangdeno.blogspot.com

Kad Raya dari Blogger : http://diebadhie.blogspot.com


Kad Raya Review : Blogger NIsa Craft & Blogger Iman Zakaria

Assalamualaikum, peace upon you.



Thursday, 1 August 2013

Cpuv atau Be ke 57 dari Nuffnang | Twisties Traxxobeats

Assalamualaikum, peace upon you.
Wahhh..BE lagi dari Nuffnang, seronok betul tahun ni Nuffnang murah rezeki bagi BE selalu :) Nuffnang saja tau tak bagi shida cashout, dah 3 kali niat nak cashout bila asyik dapat BE semua tergendala, tapi shida nak tunggu BE RHB Debit Usage tu credited sebab earns paling banyak setakat ni tapi hairan Nuffnang tak kacau BE tu dah 3 bulan kot dia duk macam tu je, ada email nuffnang katanya akan kredit jika dah tamat tempoh pengiklanan lama betul lah huhuu. BE ke 57 shida dari Twisties Traxxobeats. Iklan baru masih belum nampak dia bergolek-golek dalam blog shida ni :) Apa-apa pun rezeki jangan ditolak kan. Thanks Nuffnang!