Dunia sebenar Shida: December 2013

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Tuesday, 31 December 2013

Cpuv ke 75, 76 dan 77 dari Nuffnang | INTI Cycle 1 Degree Extend

Assalamualaikum, peace upon you.
Rasa macam lama sangat tak buka akaun Nuffnang ni, Alhamdulillah baru dapat cheque ke lima dari Nuffnang pada 9.12.2013 sekarang lam acc Nuffnang ada dalam 50.99 yang jadi cepat sangat naik disebabkan earning cpuv lah, kalau nak kata cpc memang kurang shida dapat banyak. Dah boleh cashout tu tapi nak peraamm dulu dalam bulan 3 atau 4 tahun depan baru proceed :) kalau dalam sebulan RM50++ x 5 bulan dah RM250++ kan so sedap sikit dapat sebab nak tunggu dapat dekat tangan pun sebulan juga kan. Orang kata "simpan sikit-sikit lama-lama berbukit-bukit" tak gitu?? hehee. ok lah hari ni shida sebenarnya nak blogwalking sebab dah lama tak blogwalking kan, agak sibuk dengan kerja harian shida huhuu. Kadang-kadang update pun tak sempat. Design pun sambil-sambil je ni. Thanks kepada semua blogger yang masih sudi datang blog shida ni terharu tau :')


Sunday, 29 December 2013

6 Month Ladies & Gentlemen Awesome Bloglist by IamLiniey

Assalamualaikum, peace upon you.
http://iamliniey.blogspot.com/2013/12/segmen-6-month-ladies-gentlemen-awesome.html
 saya join ya liniey segala syarat like dan follow juga setel 
now tag mereka dua ni : azhafizah.com & kisahemasputih.com thank you :)


Saturday, 28 December 2013

Pencarian Bloglist dan Review Blog

Assalamualaikum, peace upon you.
http://splashurl.com/k4ukcux
Pencarian Bloglist dan Review Blog
semua syarat sudah dipenuhi bagi yang nak join juga boleh klik banner ok :)


Friday, 27 December 2013

PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI

Assalammualaikum, peace upon you.
http://syazwani30.blogspot.com/2013/11/percuma-calendar-2014-bergambar-sendiri.html
Rugi siapa yang tak join Contest ni sebab hadiahnya berupa Kalendar bersaiz A3 tau gila besar saiz dia hahaa, biasa shida pegang yang kecil-kecil je kalendar nah kalau dapat kalendar  ni puas hati nak conteng birthday kawan-kawan hehee. So kalau nak join boleh klik banner awesome atas tu ya :) Tamat 31 DIS 2013 dan pengumuman pemenang pada hari jadi shida 5 Januari 2014 waaalaawehhh best kalau menang!!

Wednesday, 25 December 2013

Design Bookmark Calendar dan Mini Calendar Vintage Version

Assalammualaikum, peace upon you.
Shida ada design dan print extra bookmark dan mini calendar 2014 untuk kawan-kawan, disebabkan yang sebelum ni dah habis shida beri pada pemenang-pemenang yang shida sponsor dan kawan-kawan yang nak exchange. So print baru dengan design baru seperti di atas. So tema pilihan kali ni blue vintage yang nampak sejuk dan aman je bila tengok. Biru memang tak boleh dipisahkan hehee :) entah dulu boleh lagi tak ada biru tapi kali ni warna biru bagaikan satu sumber inspirasi bagi shida. Ada saja idea bila tengok warna-warna biru yang comel lote ni :) so far macam dulu. Nak explore lebih-lebih belum cukup pro dalam bidang edit dan design ni, masih belajar dan menapak dalam dunia design. Berminat nak buat? PM shida ok :)


Tuesday, 24 December 2013

GA Disember 2013 Nurul Yui

Assalamualaikum, peace upon you.
http://nusha1706.blogspot.com/2013/12/ga-disember-2013-nurul-yui.html
jemput join semua :) hadiah berupa topup sahaja :) macam best je macam syokk je hehee :)
klik banner untuk join, good luck semua :)


Monday, 23 December 2013

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 2014

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah bila dengar ada bantuan lagi untuk rakyat semua pakat senyum lebar kan :) samalah macam shida ni kerja pun dengan swasta saja tak ada keistimewaan macam kerja dengan badan kerajaan so dapat bila dapat BR1M ni bersyukur sebab kerajaan nak bantu kan :) so kepada yang terlepas BR1M 2.0 boleh cuba untuk BR1M 3.0 2014 ni. Korang boleh isi borang permohonan online. Bagi yang dah pernah dapat tak perlu isi lagi, tapi sekiranya ada yang korang nak update seperti alamat dan sebagainya bolehlah kemas kini data korang tu. Sebelum memohon kita tengok dulu syarat kelayakan lepas ke tak lepas. Jika layak boleh isi terus jika tidak kira tidak layak lah untuk memohon.

Syarat-syarat kelayakan memohon BR1M 2014 :
(i) Warganegara Malaysia 
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

* Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan 
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
* Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia
* Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014



1ST GIVE AWAY BY PINGJE.ORG

Assalamualaikum, peace upon you.
http://www.pingje.org/static/1st-give-away-by-pingje-org/
Jemput ya kawan lain join juga Giveaway pertama dari Pingje.Org sebuah Laman Perkongsian Artikel Blogger Malaysia! Shida juga salah satu pengguna pingje.org ni sejak pingje ditubuhkan mungkin dalam beberapa bulan ditubuhkan. Nak kata pengguna tetap tu masih tidak sebab shida guna pelbagai. So kalau korang rasa nak extra traffic kan boleh guna pingje.org sebab trafik dia bagi memang keeebaaboomm lah! bukan saja-saja promot tapi memang betul! tak percaya?? boleh try ok :) so bagi yang nak join GA ni juga boleh klik banner atas tu dan good luck untuk semua yang join TAMAT? 23 JAN 2014 selama sebulan berlangsung GA ini :) nak try http://ohpingblog.com pun boleh :) guna mana-mana laman perkongsian artikel korang yang korang rasa selesa dan ok :)

senarai hadiah boleh tengok sini > 36 pemenang dicari!!! tunggu apa lagi join lah!!


Sunday, 22 December 2013

Kisah benar - Jangan melancong ke Bangkok, Thailand

Assalamualaikum, peace upon you.
Shida ternampak artikel ni dari facebook Blogger Ben Ashaari, rasa teringin nak baca bila dah baca rasa terkejut sebab tak sangka ada juga manusia yang suka mengambil kesempatan sesama manusia lagi-lagi kita ni hanya seorang pelancong ke negara jiran dengan bahasa yang digunakan berbeza dan budaya serta agamanya. Tak kira lah dimana-mana pun korang melancong Thailand ke Indonesia ke Singapura ke sikap berhati-hati perlu ada sebab kalau nak kena benda tak baik atau musibah memang tak kira tempat. Tapi selepas membaca artikel ini shida rasa kia perlu share kejadian benar ini. Shida simpati juga apa yang menimpa keluarga si mangsa ni, nasib lah keluarga orang senang buatnya yang kurang senang nampak gayanya duduk lah dalam lokap tu sampai bila-bila huhuuu korang nak baca lanjut boleh ke web sini > Kisah benar - Jangan melancong ke Bangkok, Thailand


Saturday, 21 December 2013

8 Perkahwinan Paling Hebat dan Gempak di Malaysia 2013

Assalamualaikum, peace upon you.
Tudiaa dengar pasal perkahwinan gempak dan hebat ni macam-macam kan kita akan sangka kan, tapi bagi shida gempak dan hebat ni juga datangnya dari kontroversi dari pelbagai pihak kan. kalau takda kontroversi tak ada lah orang kata hebat dan gempak ye dak? tapi bagi shida Perkahwinan yang paling buat orang nonstop talking perihal Zain Saidin dan Rozita Che Wan heheee. So kita layankan je! kredit to 8share sumber yang shida dapat ni :)

 
1. GLAMER: Perkahwinan 'Janda Termahal' Rozita Che Wan Bersama Zain Saidin Yang Berumur 11 Tahun Lebih Muda
2. ROMANTIS: Jehan Miskin Berkahwin Dengan Gadis Korea, Julie Camelia Rhee 
3. COMEL: Jejaka Cina Malaysia Lamar Wanita Idaman Dengan Penuh Berpesta Di Covent Garden, London 
4. AYU: 'Cinta Pandang Pertama' Berakhir Dengan Perkahwinan Bagi Adam AF & Fiza Elite
 
5. KONTROVERSI: Kisah Penuh Perkahwinan & Penceraian Pasangan Muda Berumur 20 Dan 13 Di Kulim, Kedah
 6. GEMPAR: Perkahwinan Poligami Pelakon Asyraf Muslim & Isteri Keduanya Wan Sakinah
 
7. MEGAH: Video Perkahwinan Pasangan India, Roshan & Sumi Di KLCC Dikatakan Yang Terbesar Tahun Ini
 8. MEWAH: Perkahwinan Anak Menteri, Nina Sabrina Ismail Dengan Pereka Fesyen, Jovian Mandagie di Istana Negara


Thursday, 19 December 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda | www.oceanlife2u.com

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah barang atau hadiah yang ditunggu-tunggu telah pun sampai ke tangan shida dengan selamat. Masih ingat ke entri kemenangan shida dalam Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda Oleh Blogger Mialiana ingat kan?? so hadiahnya telah shida terima 2 hari lepas tapi agak sibuk semalam tak sempat nak update. So hari shida dah mula galas tanggungjawab untuk membuktikan kebenaran dari Produk Ephyra ni. Hari ni setiap malam shida akan minum satu sachet sehingga 30 hari dan kita tengok perubahan yang dibawa dalam minuman kesihatan dari ephyra ni. Cash RM50 juga telah pun selamat dalam Acc Bloging shida alhamdulillah :) sebelum minum kena snap dulu kulit sebelum dan after. Nak tahu perubahan dia?? kena lah tunggu selepas 30 hari ok :) 
Harapan shida mesti lah nak kelihatan jelita macam owner oceanlife tu cantik kot kulit dia flawless, putih dan gebu gitu. Tengok MEMEY je kan hehee. Tak sabar nak tengok wajah shida yang sedikit bermasalah dengan jerawat dan kulit berminyak ni menjadi seperti yang diinginkan tu. Banyak dah produk shida guna semua tak berapa sesuai dengan kulit shida. Hope ephyra boleh selesaikan masalah shida ni. Kalau berkesan lepas ni menang ke tak shida nak beli untuk set/kotak kedua nak minum terus sampai bila-bila Inshaa Allah :) kepada kawan-kawan yang lain good luck ok :) thanks again Kak Mia (:


Wednesday, 18 December 2013

Hadiah dari Menang GA November dari Dedeq

Assalamualaikum, peace upon you.
Hadiah FM ni shida dapat dari GA November by dedeq, lama dah shida dapat FM ni sampai basah lagi sampul dia sebab time tu hujan lebat 'abg posmen' dia selit je kat kereta depan rumah. Kereta kakak shida dah blok jalan ke peti surat dekat pagar rumah shida tu. Tapi memang nasib lah sebab FM tu berbalut dengan plastik so tak lah basah. Alhamdulillah tersangkut juga dekat GA dedeq hadiah dari Blogger Adriana. I love Malacca warna biru haa naseb biru sebab tu suka hehee warna lain pun suka tapi tak la sesuka warna biru yang aman damai ni :) Thanks tu PENAJA dan PENGANJUR GA ini.


Azean Irdawaty Meninggal Dunia (Al-FATIHAH)

Assalamualaikum, peace upon you.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty yang telah pun pergi meninggalkan kita dan juga dunia seninya kira-kira jam 8.25malam tadi. Allahyarhamah Azean Irdawaty yang berusia 62 tahun menghidapi sakit kanser tahap empat dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman AMIN.


Tuesday, 17 December 2013

Wish Yang Terakhir "Happy Birthday Fizgraphic a.k.a Hafizzy Aziz" 16 Dec 2013

Assalamualaikum, peace upon you.
Bila tengok header semua pakat duk angguk-angguk kepala bukan apa, semua tahu ni blog siapa kan hehee, siapa lagi empunya blog ni kalau tak lain tak bukan Blogger No.1 dalam hati para blogger lain Blogger Fizgraphic.com atau Apit nama samaran dia. eh!! cam pelik je Blogger No.1 dalam hati para blogger lain. hahaa tibai jer lah!! apit lah ni dia pi update status baik punya. Langsung kremmm ayat aku tau!! hahaaa! btw apit ni shida betul-betul seluuutt dengan dia. Bukan apa dari shida kenal dia seawal 2011 kalau tak silap sampai laaa ni banyak tau perubahan yang dia dah buat. Masa shida kenal dia dulu apit ni biasa ja! orang kata macam newbie lah! tapi sikap dia yang shida tak boleh lupa sampai laa ni, dia ni jenis tak lupa kawan tau. Dah femes sampai sekarang pun dia tak sombong dengan shida. Shida tumpang sekaki dia dah femes heheee :3 Apit sorry entri kali sangat-sangat simple sebab shida dah ready hat lain nak bagi hang!! tunggu naaaa hehee :D apa-apa pun apit shida doakan semoga maju jaya, murah rezeki selalu dan jangan lupa kenduri jemput!! tu yang penting sangat-sangat kalau tak merajuk setahun!! hehee :) lama dah berkawan kita belum ketemu lagi kan fiza uzu hehee :D Inshaa Allah dunia ni kecik ja tak ada aral melintang ketemu lah kita :)
Happy Belated Birthday Apit > macam biasalah shida memang suka wish paling last sekali tapi semalam dah terwish awal hahaaa!! dah tak suspen pi habaq kat semua orang :p :3


Monday, 16 December 2013

Logo dan Sticker Shaklee versi bulat

Assalamualaikum, peace upon you.
Dua-dua pengedar sah shaklee, kalau korang nak order shaklee murah-murah boleh contact no yang tertera tu ok sebut nama shida je Inshaa Allah berganda diskaun dapat heheee.. Sebenarnya bukan shida nak promot barang shaklee ni sebab shida pun tak jual. Cuma nak share dekat korang shida ada design logo dan sticker untuk produk shaklee ni dan ini kali pertama shida mengguna mockup untuk design ok tak?? Biasa dorang lekat atas penutup botol dan ada juga yang buat watermark atau logo. Boleh lah setakat simple-simple shida caj pun tak mahal harga ekonomi orang kata, selain shaklee lain-lain pun boleh PM je :)


Sunday, 15 December 2013

Hadiah untuk Top Komen Bulanan (nov-dis) Blog Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.
2014 Bookmark Calendar
Blogger Name Card
Bagi yang belum PM shida boleh tengok ENTRI SINI mungkin korang salah satu penerima hadiah limited ni dari shida :) tahniah dan PM shida ASAP ok :) shida tunggu semua dah complete shida send sekali ok. Tahniah dan thanks korang!! :)


Saturday, 14 December 2013

Top Komen November dan December 2013

Assalamualaikum, peace upon you.
Rasanya dah lama tak update Top Komen Bulanan blog kesayangan shida ni :) Alhamdulillah walaupun blog shida ni pernah kesunyian dalam beberapa hari tapi masih ada yang sudi datang membaca dan komen-komen blog picisan ni. Terima kasih sangat-sangat ya korang terharu shida! so sebagai penghargaan shida nak beri hadiah berupa Bookmark Calendar 2014 Limited Edition ni kepada yang tersenarai dalam JARI OHSEM! jadi untuk memudahkan kerja korang komen je NAMA + ALAMAT korang dekat komen ni! shida tak akan publish janji ok :)
Bagi yang tersenarai juga shida akan beri Name Card/ Card Blogger shida tiap satu. Terima kasih dan Tahniah! nak beri kepada semua tak termampu rasanya just terima kasih shida ucapkan kepada yang datang atau pernah datang. Inshaa Allah jika nama korang naik dalam TOP KOMEN shida nanti ada lah habuannya :) itu kena tunggu untuk tahun depan 2014 lah ok semua? so jangan lupa tinggalkan 1 komen dan 1 nama dan alamat korang ok :) tanpa korang tak kemana blog shida ni. Cuma berharap korang dapat support terus Blog Biru Dunia sebenar Shida ni.


Friday, 13 December 2013

Kami

Assalamualaikum, peace upon you.
Ini lah dia teka teki semalam hehee :) gambar illustrasi shida dan pasangan (pasangan macam terkacak lebih dalam illusion ni hehee :p). so bila dapat illustrasi ni dalam fikiran macam-macam nak buat dengan illustrasi hasil tangan yang penuh dengan bakat dan seni illustrasinya tak lain tak bukan shida tempah dari Blogger NurdaniUb. Dah lama sebenarnya nak memiliki illustrasi macam ni akhirnya dapat juga. Korang kalau berminat boleh dapatkan khidmat dari Blogger Dani yang super sporting :) boleh tengok juga hasil kerja dani dalam blog dan instagram. Inshaa Allah illustrasi ni shida nak kekalkan dalam blog sempena tahun baru 2014 nanti :) Nantikan perubahan wajah blog shida dan rasanya tak akan tukar lagi sehingga rasa nak tukar. Template sekarang pun tak sampai 6 bulan pakai kot. So ini saja yang shida nak share dengan korang. Dani!! thanks love it! :)



Thursday, 12 December 2013

12.12.13 suatu yang baru (teaser)

Assalamualaikum wbt, peace upon you.
korang rasa apa ni? maii.. teka dulu hehee.. esok shida bagi tengok gambar penuh :)


Wednesday, 11 December 2013

Wordless Wednesday | Ustaz Mohd Kazim Elias

Assalamualaikum wbt, peace upon you.
betul ke tidak katanya?? :)


Tuesday, 10 December 2013

KONTES U-BLOGGER

Assalamualaikum wbt, peace upon you.


PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".


SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]


Senarai Fanpage U-Blogger





Monday, 9 December 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

Assalamualaikum wbt, peace upon you.


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour


December Giveaway by Fatin Diana

Assalamualaikum wbt, peace upon you.


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ❤ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

Cheque dari Nuffnang dan Churp-churp dah sampai dengan selamat

Assalamualaikum wbt, peace upon you.
Sebenarnya masa hujung bulan november hari tu shida dah dapat payment advice dari HSBC Bank ni, dapat dua payment dari HSBC sebab satu dari Nuffnang dan satu lagi dari Churp-churp. Cheque ke5 dari Nuffnang dan cheque pertama dari Churp-churp Jumlah tak banyak pun tapi alhamdulillah campur kedua-dua nilai ni dapatlah half gaji shida ni. Syukur sangat-sangat bertambah lah lagi saham dalam acc bank shida. Biasa pendapatan bloging shida asing dengan gaji sendiri.
Sebenarnya dapat cheque ni dalam shida tengah sibuk-sibuk urusan hal family. So macam kelam kabut ada pleuang shida terus bank in tak sempat nak snap pun macam tak fikir nak snap biasa snap dulu. Sekarang tinggal slip saja untuk shida masukkan dalam blog ni sebagai kenangan shida berbloging. Siapa kata berblog ni buang masa?? kena dengan gayanya boleh buat pendapatan bulanan tau :) Biasanya pendapatan bloging shida asingkan dengan gaji. Shida simpan dalam acc maybank untuk duit bloging. Gaji shida guna cimb dan shida dah buka accc baru RHB  tapi ni urusan loan ASB shida tapi dah setting siap online banking rhb ni. So senang lah sikit semua ada online banking tak perlu bersusah payah nak pergi bank kan. So kalau korang ada niat berblog sambil menjana pendapatan teruskan janji pastikan dengan cara halal ok :)



Sunday, 8 December 2013

Menang Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda oleh Blogger Mialina

Assalamualaikum wbt, peace upon you.
print screen dari blog kak mialiana.com

Alhamdulillah syukur dan tak sangka pula boleh menang dari GA kak mialiana.com ni, pilihan dari pihak oceanlife2u.com (pihak ephyra) lagi, terima kasih juga kepada pihak ephyra sebab sudi memilih blog shida sebagai pemenang dan juga peserta yang akan meneruskan cabaran selepas 30 hari menggunakan ephyra ni dan pencabar lain adalah dari tempat pertama dan kedua iaitu kawan-kawan blogger shida sendiri azhafizah.com dan kisahemasputih.com, tahniah ya korang :) so Inshaa Allah hope ada lah perubahan menggunakan Produk Ephyra ni nanti.


Saturday, 7 December 2013

CPUV ke 74 dari Nuffnang | Pusat Pungutan Zakat

Assalamualaikum wbt, peace upon you.
Alhamdulillah dalam-dalam kesibukan pun dapat juga CPUV dari Nuffnang, dah lama juga shida tak update acc Nuffnang ni. Kali ni dapat BE ke 74 untuk tahun 2013. Alhamdulillah syukur walau pun tak banyak earning dia dan banyak cpuv yang dah credited sebab shida tak update tapi tetap berjalan. Terima kasih juga kepada kawan-kawan sebab sudi berkunjung walaupun shida belum lagi berkunjung kembali, sedih pula segan pun ada.Inshaa Allah shida akan kembali seperti biasa. Thanks Nuffnang untuk CPUV CAMPAIGN Pusat Pungutan Zakat.



Wednesday, 4 December 2013

Minta Maaf sebab akan lama menyepi dan mohon berdoa untuk Mak

Assalamualaikum, peace upon you.


Pertama kali shida nak minta maaf sebab lama tak wujudkan entri personal disebabkan masalah-masalah yang tak dapat shida elakkan. Mulanya memang banyak yang shida nak draft tapi disebabkan pula kekangan masa shida seorang yang bekerja. Jadi membuatkan shida rasa tak ada masa dan letih sebab kali ni kerja pagi dan petang. Mak pula tak sihat jadi balik kerja memang akan jaga mak sepenuh masa.

Ditambah pula sekarang mak semakin tak berapa sihat. Mulanya demam-demam biasa tapi demam tu tak sembuh dan bertambah demam sehingga sekarang. Dah jumpa doktor dekat klinik berdekatan rumah pada hari rabu sebelum ni. Dengan harapan mak sembuh lah, tapi semakin hari semakin teruk demam mak sampai menggigil-gigil. Masuk hari ke 3 kami (shida dan family) tengok mak masih tak ok walaupun makan ubat doktor. Kami bawa mak dekat Pusat Rawatan Perubatan Urat Saraf Islam. Bila dah selesai buat rawatan sebenarnya dalam badan mak ada 'benda' part ni nanti shida story dekat korang ya!

Lepas buat rawatan mak tengok dah sembuh sikit so ustaz ada lah cerita sikit dan bagi kami beberapa nasihat. Sedikit kelegaan bila tengok mak kembali boleh berjalan sikit, makan dan berbual dengan kami semua. Esok pagi mak kembali panas dan demam, kami segera bawa mak ke Hospital Taiping tanpa fikir lanjut terus masuk wad kecemasan dan doktor dah cek badan mak, darah, air kencing dan lain-lain semua ok cuma badan mak ni panas sebab kurang air. Lepas doktor dah masukkan air dalam badan mak ok sikit dah kebah. Cuma mak ni kurang air jadi dia kerap panas.

Pada sabtu mak kena tahan tu shida memang tak kerja balik awal, ahad cuti jaga mak saja. lepas isyak mak mesti buat hal. Badan panas dan mula nak menggigil semula. Kami memang panik dan sedih tengok keadaan mak sekarang. Bila keadaan mak macam tu memang dia hanya terbaring tanpa makan dan berbuat apa. Suruh makan dia tak nak sebab tak lalu. Shida dan keluarga banyak kan berdoa minta pertolongan dari Allah swt.Bagi mak minum Air Yassin serta mandikan juga. Esoknya kami panggil lagi ustaz dari Pusat Rawatan tu, saudara mara dan kawan-kawan mak mula berkunjung ke rumah. Perasaan tu tuhan je yang tahu betapa sedihnya kami tengok mak bertarung dengan makhluk yang kami sendiri tak nampak tapi mak sedar kehadiran benda tu.

Ustaz kata minta bawa ke Darussyifa' mungkin boleh selesai masalah ni. Ustaz ada bagi mak kayu cendana di mana sebagai pengganti ketika ketiadaan ustaz.Ustaz tu ada la ajar bagaimana nak urut-urut kaki mak dengan kayu tu. Shida rasa mungkin benda ni bukan lawan dia. Now kami ikhtiar cari jalan untuk mak sembuh. Sentiasa berdoa sembahyang memohon pertolongan dan keampunan dariNYA. Semalam iaitu hari isnin malam makcik saudara shida (mak shida punya kakak sulung) datang untuk tolong mak sebab dia pandai juga berubat dia kata dia rasa juga apa yang mak rasa sekarang yang ini juga shida akan cerita kemudian ya. Alhamdulillah mak semakin sembuh cuma kami kena beringat tak boleh tinggal emak, selalu baca Al-Quran untuk emak, tawakal dan berserah kepada Allah swt kerana dia Maha Mengetahui.

Malam ni, kami berterusan baca Al-Quran, Surah Yassin dan sebagainya. Alhamdullah mak semakin pulih dan tidur juga lena. Hari mak dah boleh solat dah boleh makan dengan sempurna cuma kami jangan leka dengan kesembuhan mak, Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan rapat mak, sahabat dan kawan-kawan shida juga yang mendoakan untuk Mak. Hanya Allah yang akan membalas segala budi baik dan doa korang semua. Mungkin ini adalah entri terakhir setakat ini. Tunggu mak sembuh sepenuhnya baru shida mula berbloging seperti biasa.

Terima kasih semua dan berharap mak akan sentiasa sembuh seperti biasa. Malam ini saat ini mak sedang tidur dan adik-adik sedang membaca Al-Quran untuk mak. Walau pun mak tidur shida yakin mak masih dengar dengan sempurna. Inshaa Allah dengan izin Allah swt semuanya akan selamat Amin. Kalau nak cerita memang banyak nak cerita tapi shida stop sini dulu. Ada masa terluang shida sambung ya :)


Monday, 2 December 2013

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

Assalamualaikum, peace upon you.
http://miseyz.blogspot.com/2013/11/23th-birthday-giveaway-by-miseyz-blurz.html
Senarai Hadiah :
(pilihan pemenang secara random!)
* Peplum Dress x 1 *
* Tribal Shawl x 1 *
* Kerongsang/ Brooch bunga x 2 *
* Fridge Magnet khas dari Terengganu x 2 *
* Keychain Special x 2 *
* Black + White Mask Shiseido x 1 *
* White Mask Shiseido + Naturgo Mask x 2 *
* Detox Gold x 2 *
* Topup RM5 x 1 *
* Topup RM10 x 1 *

Tarikh Tamat: 10 Disember 2013