Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Thursday, 23 January 2014

Demam dah beransur pulih, Alhamdulillah lega sangat-sangat :)

Assalamualaikum, peace upon you.
Pagi-pagi lagi dah makan gula-gula ubat dengan pelbagai warna ni :) nasib lah shida ni jenis senang makan ubat, berilah ubat apa sekali pun boleh ditelan. dalam sehari 3x shida kena makan ubat sebanyak 7jenis ubat kesemuanya dengan berlainan waktu, nak sihat kena lah makan juga walau pun rasanya tak sehebat gula-gula yang jual dekat kedai tu kan. Waktu kena makan pagi, petang dan malam. Ramai pula yang tanya shida dekat facebook, shida sakit apa hehe tengok ubat macam serius je kan hehee :p Alhamdulillah hari dah terasa segar ya amat penangan kena cucuk dekat punggung semalam.

Nak dijadikan cerita kan, hari ahad malam tu shida keluar pergi tesco entah tak semena-mena melangkah je dalam tesco kan ada aircond terus rasa seram sejuk, hidung kena sejuk aircond terus dalam hidung tu kering dan rasa sampai ke kepala, pastu terus pening-pening. Nak kata perut masuk aingin tak pula, period baru lepas tak tahu apa sebab. Tapi sejak-sejak musim hujan dekat taiping ni memang shida hari-hari kena hujan tapi tak pula demam. Bos selalu nasihat bawa raincoat tapi degil tak bawa-bawa padahal boleh letak dalam bakul motor ni, shida bukan tak nak bawa tapi lupa bila nak letak je, start motor terus pergi kerja memang tak tengok apa dah! masalah kurang rehat pun ada minggu lepas punya cerita.

Jadi pening shida berpanjangan sampai isnin tapi malam balik dari tesco tu  memang shida makan panadol dengan harapan esok nya ok lah. Isnin tu memang ok rasa macam biasa lah tapi dah start batuk pula, dalam badan pula macam panas lain macam, rasa bahang. Suara pun dah bertukar jadi monster ini memang lawak bila jawab fone call kan semua panggil shida encik hahaaaa :D adoii memang lawak tapi sakit tetap sakit, sampai majikan shida pergi farmasi beli ubat untuk shida. Shida pun makan lah balik kerja tu. Esoknya hari selasa masih tak ok sakitnya makin menjadi-jadi siap badan panas gila-gila!

Emak balik dari berniaga pagi tu terus bawa pergi klinik tu yang terus kena cucuk kat punggung mak yang minta shida memang tak terdaya dah! Ini kali ketiga shida pergi jumpa doktor selama shida hidup tau. Biasa demam makan ubat biasa je dah ok kali ni demam dia manja lain macam sampai kena cucuk bagai. Dugaan ni bagi shida, asalkan shida sembuh sihat seperti biasa sudah tak nak sakit macam ni lama-lama tersiksa kot. Demam hari selasa ni demam panas+batuk kering+muntah+selsema+pening = Demam Manja!! Dapat cucuk terus sihat hari ni, petang shida tidur lepas kena cucuk tu bangun-bangun dan perpeluh rasa dah sihat alhamdulillah syukur lega sangat-sangat. Terus mandi dan solat mahgrib.

Hari ni hari Khamis, bangun macam biasa awal pagi dah boleh buat kerja rumah dan lain-lain termasuklah menaip entri yang panjang lebar ni. Hope korang tak letih membacanya :) MC doktor bagi 2 hari semalam dan hari ni so bolehlah rehat lama sikit. Tapi dalam kepala asyik fikir soal kerja semalam dan hari ni siapalah tolong tengokla kerja shida yang banyak tu huhuu. Esok dah mula kerja kena double kerja sebab nak cover kerja hari 2 hari MC. Tak sabar nak masuk kerja esok nak jumpa AH HONG birthday boy! :)

24 comments:

  1. moga akak cepat sembuh
    by the way ubat betul ke nie.......colorful lagi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum shida. alhamdullilah. makan ubat ikut time, senang nak sembuh. hehe. semoga cepat sihat dan cergas semula ya (",)

    ReplyDelete
  3. Sekarang memang musim.. kita pon baru baik demam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah beransur pulih... eh betullah shida, ubat tu macam gula2... warna warni pula dia...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dah beransur pulih :)

    ReplyDelete
  6. ubat tu meriah betul warna warni kan..suruh rajin makan ubat camtu kot..Alhamdulillahh shida baik dah..bolehlah meneruskan kerja semula kan :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya ubat! wane wani :)
    smoga cepat sembuh ^__^

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh ya sis, Kiera pun sama demam . Tak larat tapi gagahkan juga buat kerja . huhu

    ReplyDelete
  9. Salam, hahaha byk lah demam manja shida oii~ tp apesal mcm serius sgguh, siap 7 jenis ubat, dan kena ambil injection? demam apakah itu, rse xmanje pun, hahaha...btw, nasib ubat tu colorful, kira seronok lah nak makan..even pahit..
    haha sy pun jenis sng mkan ubat, tp klw jenis ubat besar gedabak tu mmg sy kasi pecah dulu tak pun bagi 2..haha

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum shida...moga cepat2 sembuh yer..;)

    ReplyDelete
  11. smge cepat sembuh
    jge kesihatan ye shida

    ReplyDelete
  12. Bila dh slalu bt kje..tpikir kje je...takpe shida.rehat duli.nnt dh sihat bru blh kje dgn berdedikasi.hahaha

    ReplyDelete
  13. get well soon kak shidaaaaaa >333

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah... Ubt wrna wni mcm gula2 dh...

    ReplyDelete
  15. yaa sekarang musim demam kak shida. dekat sabah nih lain macam sejuk nya. aku rasa ada ala ala korea dah. haha . btw semoga sembuh dengan cepat )

    ReplyDelete
  16. banyaknya ubat yg shida kena telan.
    sabar yer.
    nak sihat kena la makan semua ubat tu. hehe.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.