Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 28 April 2014

Pening kepala dengan bunyi kipas dalam bilik

Assalamualaikum, peace upon you.
Ok ini rupa kipas shida dalam bilik dapat pula cari dalam google image serupa pula tu hehee. Apa yang buat shida tension dengan kipas ni dia dah start bunyi-bunyi, kalau bunyi pelan tak apa lagi ini bunyi naik bingit telinga shida ni haaa!! sabar je lah! tak ada hujan tak ada ribut tiba-tiba ada bunyi. Sampai semalam shida tidur lena dah letih sikit semalam, pukul4 pagi shida terjaga dengan bunyi kipas ni yang kuat. Korang tau bunyi macam mana? rasanya korang pun tak nak dengar bunyi dia macam zink bergeser bingit gila. Pagi sunyi sepi bunyi tu paling kuat. Nah tadi shida geram shida tolak-tolak kedalam kipas dengan tangan goyang-goyang sikit sayap-sayap dia, bunyi dah slow sikit. Alahai.. apa lagi lah yang tak kena tu, susah nak tidur bunyi bising macam tu, nak tunggu orang datang tengok masalah macam ni memang tak lah kot huhuu :( Selasa nanti shida cuci kipas ni guna tangga nak tengok apa masalah sebenarnya. Harap-harap dapat selesai masalah bunyi ni, sebelum ni shida pernah betulkan lampu bilik, semua buat sendiri sebab nak upah orang datang duit lagi padahal masalah tak besar mana cuma kena hati-hati betulkan sebab main dengan elektrik kan nanti jadi apa-apa susah pula, setiap langkah kena lebih berhati-hati :)
mak kata kalau dah teruk sangat tukar kipas jerlah dan shida dah terlintas dalam kepala nak cari kipas macam dalam gambar ni hehee ok dak? comel jer ^_^


10 comments:

  1. ada jugak kipas colourful tu ek....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum shida, comelnya kipas tu! hehe tukarlah! hihi singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
  3. omak.. klu cmni.. tdo pandang kipas je la.. hahaha

    ReplyDelete
  4. dia bunyi ikut cuaca x shida?maksudnya bile hujan die bunyi bila xhujan die xbunyi..kalau camtu, maybe ade air masuk ke..sbb pernah jadi kat kg..kalau sebab lain, cuci bilah kipas ke atau tgk kot ade habuk yg tersekat ke kan..alahaii comel lak kipas ladybird tu..nakk jugak!

    ReplyDelete
  5. Alahai..comelnya kipas tu...

    ReplyDelete
  6. Amboii.. Lawanye kipas idaman...

    ReplyDelete
  7. kipas dlm blk ann pun kdg2 bunyi juga..

    tapi kipas ladybird tu comel giler..nakkk!!:)

    ReplyDelete
  8. Kena pggl pomen repair kipas tu shida.. nk ganti baru.. hee

    ReplyDelete
  9. Comelnya kipas yng bawah tu.. :)

    ReplyDelete
  10. Kipas kalau lawa pun belum tentu lagi boleh bagi sejuk...kena tgk bilah dia dulu...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.