Pinjam Duit | Dunia sebenar Shida Pinjam Duit

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Saturday, 26 April 2014

Pinjam Duit

Assalammualaikum, peace upon you.
Pinjam Duit, bila sentuh soal duit atau wang ni memang sensitif sikit bagi shida bukan sikitlah banyak sensitifnya. Kerana duit tali persaudaraan boleh putus, laki bini bercerai berai, bermusuhan dan boleh juga bunuh membunuh, betul tak korang? Bahaya DUIT ni jika kita letak situasinya dalam keadaan yang salah. Shida nak berkongsi sikitlah pengalaman Duit juga tapi bukan duit hilang atau apa tapi jenis manusia yang suka pinjam duit ni. Shida kenal sorang kakak ni tak lah rapat sangat sebab kenal pun sebab kakak tu dia jual Produk Beauty yang memang shida pakai, so dari situ bermulalah satu sesi berkenalan secara tak rancang oleh shida dan kakak tu. Mulanya kenal kakak tu rasa ok ok je sebab dia rajin tegur shida kat luar kalau berselisihan dan shida beli juga barang dekat dia.
Nak cerita dari segi perwatakan atau sikap mulanya biasa je bagi shida sebab shida memang tak ada masalah dengan dia. Tiba-tiba satu hari tu dia datang tempat kerja shida katanya kad bank dia kena telan dia urgent nak guna duit nak pergi bank ambil kad tu duit tak ada kat tangan, dia pun Pinjam Duit dari shida RM50. Masa tu memang gaji kebetulan memang ada duit dalam dompet shida so shida pun rasa kesian shida pun tolong dia dan bagi RM50 kat dia. So dia pinjam masa tu hujung bulan feb, katanya husben dia belum gaji bla..bla..bla..dia membebel. Dia janji nak bayar bila kad dia dah siap mungkin seminggu atau 2minggu lepas tu lah sebab nak dapat kad tu bukannya makan hari atau bulan kan. So sejak dia pinjam duit shida tu, shida dah tak nampak batang hidung dia kat sekitar tempat shida. No.hp pun ada, rumah dia pun shida tahu tapi tak kan nak pergi rumah kan atau sms dia disebabkan RM50 tu so shida buat keputusan tunggu je lah dia datang.
Nak jadi cerita masa shida terserempak dengan dia kan masa tu dah sebulan dah dia pinjam duit tu, tapi yang buat shida hot dia boleh buat tak tau dekat shida masa terserempak tu, laju je bawa motor. Memang angin satu badan rasa! Shida tak kisah dia nak bayar lambat pun tapi bila buat macam tu rasa macam diri ni dipergunakan pun ada. Then shida pun buat keputusan untuk call kakak tu, plan nya nak buat macam nak beli barang dia lah. Tapi hampa no. maybe dia dah tukar atau tak pakai dah. So dalam hati geram juga rasa so shida kata dalam hati "nak lari kemana duduk satu taman je" selang 2 hari shida bertembung dengan dia dan husben dekat kedai. Dia nampak shida, shida nampak dia dan kami saling berpandangan, shida terus keluar sandar dekat kereta tunggu adik beli barang shida tengok je dia.
Tak lama tu dia datang dekat shida bagi RM50 tu, dia kata "shida sorry lambat ada masalah duit sikit". Shida pun dah meluat tengok dia shida senyum je cakap "sama-sama, tak pe kak" ok dalam hati lega Allah bantu shida ketemukan kakak tu masa tu kalau tak tak tau lah bila dia nak bayar kan. Minggu lepas shida dapat satu sms no.tak kenal tapi orang yang send sms tu kenal shida rupanya kakak tu dia dah tukar no. baru tapi dia save lagi no.shida agaknya. Dia sms shida "Salam dik kak iqah ni, nak minta tolong sikit nak pinjam duit sikit dalam RM100 husben belum gaji" shida balas "Wasalam kak, kak kalo husben akak tak gaji lagi saya pun belum gaji lagi kak, duit pun banyak nak pakai ni,sorry ye kak" pastu akak tu cakap "yeke ok lah sorry ganggu shida". Dalam hati rasa akak ni macam tak tahu malu pula! Rasa serik nak bagi pinjam. Kadang tu terfikir husben dia tahu ke perangai dia macam tu, kalau tak ada duit mesti ke nak pinjam dengan orang luar, mesti kita pinjam dengan orang yang terdekat contohnya macam adik beradik ke, saudara mara ke. Lagi pun dia jual produk, rumpai laut bagai macam tipu pun ada kalau kata tak ada duit. tengok gaya sembang masa dia jual produk kat shida bukan main lagi. Macam nak mempergunakan orang atas kepentingan diri sendiri pun ada. Shida dah mula nak bersangka yang tak baik je. huhuuu..
Harap lepas ni shida dah tak jumpa orang macam tu, shida ni jenis cepat kesiankan orang tapi tu lah dah terkena kat batang hidung sendiri lepas ni kena hati-hati sikitlah. Memang semua manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain kan. Berharap juga kakak tu tak buat kat orang lain macam dia buat kat shida ni. Nasib dapat balik RM50 tu kalau tak bebai je rasa, RM50 tu bukannya sikit banyak kot huhuhu.. dah lah kita kerja susah payah nak dapat duit gaji tu kan. Inshaa Allah kalau kata bersedekah dekat masjid atau surau atau dekat rumah anak-anak yatim memang shida ikhlas tapi kalau nak bersedekah dekat manusia macam tu last-last duit pun jadi tak berkat sebab mengungkit-ungkit kan huhuu.. baru mengungkit belum lagi berkata-kata tak elok dalam hati kan. Tapi kan kalau takdir memang shida tak jumpa kakak tu nak tak nak shida memang kena ikhlas duit tu kan walau dalam terpaksa huhuuu :')

sorry entri panjang kali ni, cuma sekadar berkongsi perasaan huhuu :3


9 Jari Ohsem:

Azhafizah Md Nor said...

susah lak ornag tak kenang budi dan jenis xde perasaan serik camni..dah ada husband kot, husband la kena cari duit..kesian

deno said...

sian kak shida... bila jadi macam ni, serik nak bg pinjam duit kat org kan

cenetos said...

sbb tu kita jarang bg pinjam..kalau kita ade duit lebih baru bg...tu pon niatkan dalam hati mmg nak bg..kalau x buat penat nak tunggu2 bayor kan ke menyesakkan jiwa raga...;D

salam perkenalan..sorry membebel kt blog org plak..

Aqilah Azmi said...

hmm sakit gak hati kalau dia buat buat tak tahu. positif thinking je lah kak shida heee~

hm betul, nanti kang hati tak sedap rasa mcm tak ikhlas so tak yah je kak shida ihihi. sepp perangai kita sama huhu.

betul. lebih baik sedekah dkt masjid n yg lebih memerlukan ;)

Bahrain Ramlan said...

aku takkan pinjam duit kalau orang tu susah nak bayar balik. Cukuplah sekali beri pinjam.

Maria Firdz said...

Pernh gak.shida... Tu kira sebulan ok lagi... Sy dua tahun kot... Huhu... Mmg serik dh nk buat baik dgn org tu..

Sukma Haron said...

sekali terkena orang macam nie kena beringat 100x lain kali....

azizah :) said...

Alamakk.. baru2 ni pon kwn fb pnjm 150. Kata nk pulang xnmpk2 lg dia on9.. adehh

Sya Mimie said...

Erm.. Sy pula terkena dgn mereka yng mtk topup, urgent katanya. Even x bnyk, kita nk bli topup tu ttap guna duit jgk..