Selamat Hari Guru 2014 | GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI | Dunia sebenar Shida Selamat Hari Guru 2014 | GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014 | GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Assalamualaikum, peace upon you.
Selamat Hari Guru 2014 | GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI, setiap tahun mesti ada sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei. Sejak-sejak dah habis sekolah ni selalu rindu nak sekolah balik kalau teringat tanggal 16 Mei macam hari ini. Memori zaman sekolah sangat-sangat banyak korang sampai shida tak boleh lupa selalu ingat. Kalau tengok adik-adik kat luar sana banyak sangat perubahan ketara dari segi bantuan dari sekolah. Dulu masa shida F5 shida adalah Olahragawati Sekolah, masa tu ramai cikgu rumah (Rumah Yakin) shida sayang shida sebab shida banyak menyumbang emas dalam setiap acara dijalankan masa Hari Sukan Sekolah. Dulu shida aktif korang tak macam sekarang ni dah lama tinggal bersukan lemak pun banyak dah hahaaa^^ Tapi ini kenangan paling manis bagi shida masa zaman persekolahan dulu :)
Kalau nak cerita tentang Guru pilihan pula, shida paling suka Teacher Nor Akmal Guru Bahasa Inggeris shida yang sangat-sangat sempoi! Masa zaman shida dia masih bujang tau! cantik comel cikgunya. Shida masuk sekolah SMK Raja Perempuan, Ipoh ni atas tiket SUKAN pelajaran no.2 jadi kebanyakan murid-murid kelas Sukan memang tak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris. Tapi itulah Guru Pelita Untuk Anak Bangsa, teacher shida ni sanggup adakan kelas tuisyen di Asrama untuk murid-murid kelas Sukan. Enjoy kami semua belajar English masa tu, tak ada rasa malu atau segan sebab masing-masing nak belajar nak faham so semua speaking main taraaamm saja hahaa^^ Alhamdulillah berkat teacher buat kelas bimbingan tu hampir 70% pelajar-pelajar dari kelas Sukan dapat masuk IPTA syukur alhamdulillah :)
Ini antara kenangan atau jasa guru yang tak dapat shida lupakan. Sehingga sekarang kata-kata cikgu masih terngiang-ngiang tepi telinga ni seperti cikgu sedang berbisik kat telinga. Tengok betapa hebatnya penangan teacher shida ni :) Tak silap teacher shida ni dah pun menamat zaman bujang dia 3 tahun yang lepas sebab nampak gambar dia dengan sorang lelaki tapi tak sure pula, tadi cari-cari cikgu dalam facebook dah tak jumpa pula hahaaa^^ mana cikgu menyorok tau-tau shida nak buat entri pasal dia, nak curi gambar dia hehee^^ kalau betullah cikgu dah berkahwin selamat pengantin baru ye cikgu :) Terima kasih selama ini menahan sesak dada ajar kami semua dalam subjek English "sesak dada" sebab ada Pak Lawak dalam group kami asyik usik cikgu sampai gelak sakit dada hahaaa^^ teringat betul peristiwa tu :) Selamat Hari Guru cikgu dan semua Guru-guru dan juga rakan-rakan blogger yang seorang guru.


11 Jari Ohsem:

Farrah MF said...

guru banyak ajar kita erti hidup, antara kita sedar atau tidak :)

Azhafizah Md Nor said...

Tanpa guru, tiadalah ilmu ynag diberikan kan..besar jasa guru mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya..

Mia Liana said...

selamat hari guru ya shida...

thanks ya sudi join segmen nak url #4, blog anda telah disenaraikan di http://www.mialiana.com/2014/05/senarai-url-blog-4.html

Sally Yatiey said...

Selamat Hari Guru! ;)

Mas Zull said...

ssalamualaikum shida...selamat hari guru shida...:)

Maria Firdz said...

Selamat hari guru shida...

cik lisa said...

jasa seorang guru, tinggi nilainya. selamat berhujung minggu, kak shida. ^^

Sukma Haron said...

Selamat hari guru yea

azizah :) said...

besar pengorbanan cikgu kan.. selamat hari guru buat guru2 semua

mummyriena said...

mmg ingt shida hehee..cikgu norakmal kite tu hehee..

Mimi Azirah said...

Pengorbanan guru teramat besar...