Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 16 June 2014

Kalau ada Jodoh tak kemana

Assalammualaikum, peace upon you.
Kalau ada Jodoh tak kemana, ayat ni selalu shida guna kalau ada yang bertanya-tanya tentang kami. Masa lepas kenduri kakak rumah dengan penuh sanak saudara, makcik pakcik, ipar duai semua duk bertanyakan shida, bila lagi? bila lagi? Kadang tu memang agak tertekan sebenarnya korang. Mak ayah shida relax je bukan jenis memaksa tapi orang lain pula yang banyak bunyi. Almaklumlah selepas kakak shida sebenarnya memang turn shida pula. Tapi apakan dayakan cuma shida selalu ingat kalau ada jodoh tak kemana. Shida pun tak boleh nak jangka bila shida akan jadi isteri orang sebab bagi shida untuk menempuh semua tu Inshaa Allah shida sudah bersedia dan akan lebih bersedia. Yang lain berserah pada dia dan Maha Esa. Kalau cepat, cepatlah kalau lambat pun nak kata apa kan. Ini semua soal jodoh kadang-kadang kita hanya merancang yang menentukan selebihnya yang diatas. Perancangan shida memang ada masih plan tapi ada beberapa part yang kami berdua perlu sabar dan mengambil masa sikit. 
Tapi mulut orang kan, ada juga yang kata tak kan nak kahwin time tua-tua kan. Ammboii..mulut depa. Tak makan saman betul bila berbicara kan. Terasa teman ni ha! kalau ada yang nak sponser boleh juga esok juga shida boleh kahwin!! Tapi fikirkan soal hati sidia shida tutup telinga je. Kadang sentap weiii!! serius cakap tapi sabar..sabar..sabar.. Biasalah umur macam shida sepatutnya memang dah kena kahwin tapi orang kata belum sampai seru. Nak buat macam mana kan, shida redha je! Moga nanti dipermudahkan hari-hari shida nanti. Kawan-kawan pun minta doakan sekali yang terbaik buat shida ya :) Mungkin juga ada hikmah disebaliknya kenapa shida kahwin lambat. Mungkin allah nak shida jaga mak ayah lebih lama, berbakti dengan mak ayah supaya hidup lebih berkat dan sejahtera, Inshaa Allah. Sentiasa berfikir positive :)

mulut orang ni kahwin lambat pun bunyi, nanti dah kahwin tak dapat-dapat anak lagi pun bunyi..haihh mulut manusia kan nak kata apa. shida malas nak ambil port sangat. buat hal sendiri, fikir positive je lagi baik kan :)


31 comments:

  1. mulut orang kita tak boleh nak tutup shida,akak pun dlu kena macam tu jugak la..tapi bila dah berkawen nie sibuk pulak nak tnye pasal anak pulak..boleh stress jadinya kalau melayan...buat dek jelah...betul jawapan yang shida bagi kat mereka tu

    ReplyDelete
  2. mulut orang macam-macam...bukan macam mulut tempayan, boleh tutup...hahaha
    btw, keep stady la, nak buat cam mana, mulut orang kan... :D

    ReplyDelete
  3. hurm..memang perit telinga bila dgr soalan2 mcm tu... buat kita rasa tertekan.. pernah gak org tanya mcm tu tapi bila inform nak kawin kuar pulak kenyataan 'eh,, awalnya nak kawin...' apakah??

    ReplyDelete
  4. Salam shida...hahaha setuju! mulut org ni xleh nk tutup ! even kita kawen cepat pun sebenarnya diorg akan bising cmni pulak, 'Ai baru keje kejap dah nak kawen...???' bila lambt kawen pun bising..dah kawin xde anak lagi, punn bising..haihhh...

    tak reti chill lah diorang ni..hehe :p

    ReplyDelete
  5. hmm nak buat macamana kan shida, orang keliling nampak macam caring sangat sampai isu dalam kelambu pon nak di ambil peduli.

    Ada jodoh ada la..tapi makesure siap sedia ngan jawapan lepas naik pelamin.

    "Dah berisi ke belum??"

    Caring kan?kan?

    *tangan di bahu.. mata ke atas :D

    ReplyDelete
  6. kak kena sabar je la huhuhu..
    sebab AA pun tak kawin lg ni..
    hehe ;)

    ReplyDelete
  7. betul tu. sentiasa berdoa padaNYA ,moga diketemukan dengan jodoh yang baik. =)

    ReplyDelete
  8. setiap ketentuanNya mmg dah cantik
    jodoh maut, rezeki semua bukan urusan kita kan?
    kita hanya berusaha
    kalau yg dok menanya atau perli xkahwin tu mmg xelok
    jd abaikan sahaja :)

    ReplyDelete
  9. MOGA allah permudahkan urusan shida. allah sudah aturkan yang terbaik untuk shida.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...shida...betul apa yang shida katakan tu..akak sendiri masih belum bertemu jodoh. macam-macam akak lalui untuk mendapatkan seseorang yang berjaya menjadi imam akak dunia akhirat. pedulikan mulut orang yang tak henti berkata-kata...ALLAH sentiasa berkata bahawa DIA tidak akan mensia-siakan doa setiap hambaNYA. Akak yakin DIA sentiasa memberi kita peluang untuk lebih banyak buat kebaikan. Percayalah jodoh kita telah tertulis di luth mahfuzNYA. persiapkanlah diri, pasti ada satu ketika kita dijemput menjadi suri hidup seorang yang bergelar lelaki. In Shaa ALLAH

    ReplyDelete
  11. ABAIKAN PE YG ORG CKP KAK .. ORG MMG .. SEMUA SAL KITE MESTI XKENE .. INSHA ALLAH . AKAN SAMPAI JUGAK TURN AKAK ..

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita nak, sebab Dia nak bagi kita apa yang kita perlu :)

    ReplyDelete
  13. alah xper lambat sikit jer.yg awal pun blom tentu bahagia pun.tgk jer si Aby tu 3 kali kawin pun masih cerai-cerai lg.bahagia sgt ker kalau kawin?ehehe

    ReplyDelete
  14. Mmng lumrah pertanyaan mcm tu. Tp kdng2 pedih jgk dgr bila orng blas yng x sepatutnya kn..

    ReplyDelete
  15. Jodoh pertemuan ajal maut semuanya telah di tulis di Luth Mahfodz

    ReplyDelete
  16. Biasalah tu kak shida.. Sabar je lah.. ;)

    ReplyDelete
  17. abaikan apa kata orang shida..kalau dah jodoh tak kemana :)

    ReplyDelete
  18. Kalau dah tak jodoh tak kemana..haha...Makcik-makcik tu terlalu caring pasal kak shida.. :)

    ReplyDelete
  19. itu la masyarakat sekarang.. suka meyibuk hal orang..
    terpaksa ignore je org2 macam tu.. sakit pula hati kita nanti

    ReplyDelete
  20. yui dh biasa dgn soalan itu

    kdg2 fkir takpelah mmg soalan sesuai dgn umur mcm yui ni..huhuh

    ReplyDelete
  21. Biarkan jela shida..mulut orang...yang pnting kite happy..hehe

    ReplyDelete
  22. Sabar ajelah shida..mulut org memg xleh tutup kan...bile xkawen sbuk tny bike nk kawen,dh kawen sbuk tny bile nk dpt ank...dh dpt ank tny bile nk tmbh...ishhhh xbrenti soklan ditnya

    ReplyDelete
  23. pekakkan telinga..lumrah dah tanya gitu...kang dah kawin soklan lain pulak timbul..

    akak ni pun depa dok tanya bila pulak nk hasilkan gegurl... eh daku pekakkan telinga shida ai

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum.

    Soalan itu dah jadi soalan wajib ditanya kan shida..sbb diorg da tak tau nak tanya apa,ekekeke

    Lana sengih2 jela bila ada yg tanya macamtu. :)

    ReplyDelete
  25. sokong sgt entry ini. mase cx nk kawen dulu pon ade jgk mulut yg berbunyi. mulut manusia mmg ssh nk tutup. aish. biar jela.

    ReplyDelete
  26. Biasa lah tu..anggap je mereka sayang terlebih kat kita dan mereka terlampau prihatin.heheh..

    Shida..
    banyak kali dah akak pasan blog shida ni bila buka kena refresh banyak kali sebab button komen tu asyik tak keluarr

    ReplyDelete
  27. Salam Shida..
    mmg selagi manusia bernama manusia, selagi tu la tak akan stop kot pertanyaan2 gitu ehehehe.. anggap jek la itu salah satu modal nak mulakan conversation..

    akak ni dah nak masuk anak ke-lima, ha lain pulak soalan/komen dorang ekekeke... ala2 sindiran gitu amboiii ramainyer.. pulok dahhh..

    :-)

    -Kak Fara-
    Fara Menulis Tentang..

    ReplyDelete
  28. hurm..siapa yg xmo kawen ye dok.. yg nk kawen, ngadap semua tu diri sendiri, yg menanggung pun diri sendiri..kalau yg menyebut tu nak tolong hulur sorang sikit takpe jugak..hehe
    mengadap keserabutan ini selalunya sy bals dengan senyum dan suruh mereka doakan aje..maleh melayan..

    ReplyDelete
  29. Hm... Normal la tu kn. Mmg ssh hidup kalau nk dgr ckp manusia je..

    ReplyDelete
  30. rimas btul dgn soalan bonus cmni kn, huh...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.