Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 18 July 2014

5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA

Assalammualaikum, peace upon you.
5 TIPS UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA | Siapa sini yang tak suka Make Up? Shida yakin 100% semua wanita diluar sana dan juga pembaca shida yang cantik-cantik ni suka akan Make Up, betul?? tepuk tangan sikit sebab betul hehee :) Make Up adalah salah satu perkara wajib dalam Menjaga Penampilan Diri. Make Up yang tahan lama juga menjadi idaman dan dambaan setiap wanita untuk kelihatan cantik setiap masa dan dimana-mana sahaja. Shida kongsikan dengan korang 5 Tips yang wajib korang ambil tahu. Lagi pun Lebaran hampir tiba, ini lah masanya kita kena memastikan Make Up kita boleh tahan lama. Nak berjalan-jalan kerumah kawan-kawan dan sanak saudara bukan 2 3 jam, shida percaya hampir seharian nanti kalau beraya kan :) Jadi jom follow 5 Cara Untuk Memastikan Make Up Tahan Lama khas buat pembaca shida :)


1. Cuci Muka Dengan Bersih
Langkah yang pertama, pastikan anda mencuci muka dan memastikan kulit bebas minyak dan apa jua bentuk kotoran.

2. Sapu Krim Muka atau krim Asas
Kemudian, sapu krim muka atau krim asas dengan tidak terlalu tebal sebelum anda memakai bedak atau mengenakan blusher.

3. Sapukan Base Eyeshadow
Untuk bahagian mata, sebelum anda menyapukan sebarang eyeshadow dikelopak mata anda, sapukan terlebih dahulu base eyeshadow secara menyeluruh (base eyeshadow lazimnya berwarna krim atau putih)

4. Gunakan Eyeliner dan MaskarWaterproof (kalis air)
Kemudian buat garisan lurus diatas dan bawah kelopak mata dengan menggunakan eyeliner waterproof (kalis air) . Gunakan juga maskara waterproof untuk melentikkan bulu mata anda.

5. Sapukan Bedak Pada Bibir Sebelum Memakai Lipstick
Untuk sentuhan terakhir, sapukan bedak terlebih dahulu dibahagian bibir anda sebelum mengenakan gincu atau lipstic. 


Haaa..macam mana 5 cara yang shida share dengan korang? mudah bukan? Pastikan korang ikut langkah-langkah berikut untuk mendapat solekan yang lebih tahan lama. Ada lagi info untuk korang! korang boleh luangkan masa untuk melayari laman web ZALORA MALAYSIA hari ini juga kerana untuk mendapatkan barangan atau produk kosmetik yang terbaik dan harga berpatutan. Diskaun?? pasti ada! Jom shopping di ZALORA MALAYSIA! Selamat mencuba! :)


22 comments:

  1. Nampak mudah dan ringkas je

    ReplyDelete
  2. base eyeshadow tak pernh guna..huhuuh

    ReplyDelete
  3. good tips..ida suka letak mnyk kelapa dara skit,,pastu sapu ngn bedak..tahan lama..nti just touch up skit je

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum shida.. wahh tips yang bagus tapi sheila tak reti bermake up. sekadar guna pencuci muka dengan lipgloss hehehe singgah menabung invest smart sini~~~

    ReplyDelete
  5. nak tengok kak shida make up dulu, hehehe :-p

    ReplyDelete
  6. nice tip ! sha selalu mekap takdan setengah jam dah cair... haha

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum shida...wah terbaik tips ni..:)

    ReplyDelete
  8. kalau fiza make up biasa je..guna foundation 2 in 1 pakai eyeliner n liptint/lipgloss :) btw, thanks for the tips :)

    ReplyDelete
  9. tipss menarik! boleh di pakai untuk di hari raya nanti..weee~

    ReplyDelete
  10. waa nice sharing kak shida :)

    ReplyDelete
  11. yg last tu, final step sy sapu lip gloss selalunye. hehe

    ReplyDelete
  12. Tips no 5 tu memang bebetul tuh..

    ReplyDelete
  13. Yang part bibir tu sangat setujuu :D

    ReplyDelete
  14. dlu bleh la akak prakyikkan skang kurg mekap..hehehe

    ReplyDelete
  15. sy kurang bermakeup.. sebabnya bila pakai rasa panas je muka.. pastu tak tahan.. kjap je dah hilang..hehe

    ReplyDelete
  16. Nice sharing... Tmbh pengetahuan wpun kurg make up..

    ReplyDelete
  17. Nice sharing...byk yg dipelajari ttg mekap arini..

    ReplyDelete
  18. boleh dicoba nih caranya agarbedak nya tahan lama dan sempurna hehe :) thanks infonya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.