Kembali Menaip | Dunia sebenar Shida Kembali Menaip

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Wednesday, 20 August 2014

Kembali Menaip

Assalammualaikum, peace upon you.
Kembali Menaip shida hari ni setelah 2 hari tinggal blog tidak berentri. Sebenar semalam dan ahad shida teman adik pergi Gopeng, Ipoh. Adik ada temuduga KEMAS kat sana. Masa hari ahad shida balik kerja terus pergi ipoh kami pusing satu pekan gopeng cari Pusat Temuduga tu, ikut jalan lama memang makan masa dari petang sampai masuk senja baru jumpa, itupun berhenti isi minyak dekat shell tanya orang kat situ nasib lah dia tahu orang gopeng agaknye "tak jauh ni dik jalan depan terus nanti jumpa bangunan warna biru tu lah dia" cakap orang tu :) kami pun terus lah sampai depan tu memang jumpa so mak kata esok kita lalu ikut highway senang satu jalan je tak perlu pusing-pusing. Lepas dah jumpa tempat temuduga adik terus singgah Mee Rebus Ramli pekena Nasi Ayam depa yang sedap tu hehee :) 
Kenapa Mee Rebus Ramli? (snap pun gambar terbalik! sabar jelah!) ini tempat favourite mak shida, dulu mak duduk ipoh selalu makan sini dengan ayah hehee :) keduanya sebab Restoran Mee Rebus Ramli ada surau so salah satu tempat makan yang wajib kita as muslim cari sebab nak solat. Lagi-lagi masa tu dah senja so lepas order makan kami gilir-gilir solat sebab bawa telekung sepasang je :) Selesai semuanya kami singgah Tesco Extra Ipoh, tak ada apa sangat shida tengok, hebat lagi Tesco Taiping so beli yang mana murah je then balik rumah, sampai pun lewat juga lebih kurang pukul12 malam sebab menyinggah rumah kakak dekat kamunting ambil kasut sukan adik. Memang terus tidur lah jawabnya! sebab temudauga adik esok jam 8 pagi so kena bertolak lebih kurang pukul6.45 pagi.
Selesai temuduga adik awal juga lebih kurang pukul12 macam tu so sempat lah masa shida berehat walau pun ayah yang drive heheee :p semalam dah penat gila! dalam cerita ni memang tak ada cerita pasal on laptop sebab tak sempat pun nak tengok blog or facebook, letih gila kot! Sampai rumah pun lebih kurang pukul6 petang macam tu, masa on the way balik kami singgah kuala kangsar makan abc hehee :) ada pula expo dalam dewan depan kedai tu jalan-jalan lah cuci mata, tak beli apa pun saja tengok-tengok. Masa kemas-kemas kereta waktu balik tu shida nampak ada surat dalam peti, buka-buka surat shida, dapat kad raya ke 25 dari Blogger Nurdani :) simple tapi menarik bagi shida :) Thanks dani. Ini lah kesudahan cerita tak update 2 hari dan sekarang shida kembali menaip :)


17 Jari Ohsem:

deno said...

Perghh.. banyak tu kad raya kak shida.. heeee^^

MNH SASTERA MELAYU said...

Best baca pengalaman Shida ni.

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihi eh suka ea nasi ayam situ?

jrg yui mkn..ekeke..

haaa.. selamat berblog =)

Normi Nieza said...

wah ada lagi kad raya..:)

Sally Yatiey said...

Selamat kembali menaip kak ;D hee. Cantik kad raya tuuuuu!

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Welcome back on track.
Dunia blog jadi sunyi wooo kalau stop. Hehehe...

Sally Yatiey said...

Jom join :
http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/08/giveaway-saya-nak-poskad-dari-moscow.html

ayut said...

Ayut pon bru kmbli mnaip...huhuhu.gopeng dgn taiping jauh ke shida?

Azhafizah Md Nor said...

fiza pun baru kembali nak menaip ni ha..sesamalah kita busy kan.fiza pun dapat kad raya dani..comel je kan

azizah :) said...

alaa.. jijah baru hari ni menaip.. idea xmuncul2...hee

Maria Firdz said...

Welcome back..

Yun Sing said...

Banyaknya dapat kad raya :D

Sukma Haron said...

Banyak story kalau lama tak update

ros_reeza said...

banyak dapat kad raya :) moga adik kak shida berjaya dalam temuduga tu :)

Mimi Azirah said...

byknue shida dpt kad raya

Haneeza Mohamad said...

Sedapnya nasi ayam tuuuu...alahai :D

Nadia Johari said...

macam ni la bila dah sibuk..hehee