Assalammualaikum, peace upon you.
Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung | Memakai tudung bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan tentang kesihatan
rambut kita. Malah, gadis-gadis bertudung perlu lebih menjaga rambut kita yang terlindung. Kesilapan dalam penjagaan rambut boleh
menyebabkan masalah-masalah seperti
rambut rosak,
berbau dan
kulit
kepala berkelemumur. Ingat, penampilan dalaman haruslah dijaga rapi walaupun ia tertutup ok. So ada beberapa Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung untuk korang cuba dan jangan lupa share juga kepada kawan-kawan yang bertudung :)
1. Cuci rambut secara berkala.
Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap
hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak
semulajadinya.
2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.
Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang.
Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut
dan membantu rambut agar lebih bersinar.
3.Gunakan cara semulajadi
Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk
semulajadi seperti minyak kelapa. Pilih juga syampu dengan bahan
semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala anda.
Jangan lupa gunakan kondisioner juga !
4. Memakai hijab ketika rambut kering
Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu
kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala
berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering
sebelum ia dilitupi. Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan
rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk
perlindungan rambut !
5. Longgarkan ikatan rambut
Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan
menyebabkan keguguran. Jika anda sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.
6. Lepaskan rambut
Bebaskan ikatan rambut anda jika anda berada di rumah atau di
tempat-tempat bila mana anda tidak berhijab. Rambut yang sering diikat
akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.
7. Pilih pengikat rambut yang betul
Kami sarankan anda memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau
pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung.
Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.
8. Trim rambut secara berkala
Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut
rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung
rambut pada setiap beberapa bulan sekali.
9. Pilih tudung dari material selesa
Pastikan anda memakai hijab atau tudung yang diperbuat dari bahan yang
selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala anda panas dan
berpeluh, hal ini akan menyebabkan ia tidak bernafas dan menjurus kepada
masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan
sebagainya.
10. Manjakan rambutmu
Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk
merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara
berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan
kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan
rambut yang optimal.