Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung | Dunia sebenar Shida Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 11 September 2014

Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung

Assalammualaikum, peace upon you.
Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung | Memakai tudung bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan tentang kesihatan rambut kita. Malah, gadis-gadis bertudung perlu lebih menjaga rambut kita yang terlindung. Kesilapan dalam penjagaan rambut boleh menyebabkan masalah-masalah seperti rambut rosak, berbau dan kulit kepala berkelemumur. Ingat, penampilan dalaman haruslah dijaga rapi walaupun ia tertutup ok. So ada beberapa Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung untuk korang cuba dan jangan lupa share juga kepada kawan-kawan yang bertudung :)

1. Cuci rambut secara berkala.
Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadinya.

2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.
Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang. Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut dan membantu rambut agar lebih bersinar.

3.Gunakan cara semulajadi
Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa. Pilih juga syampu dengan bahan semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala anda. Jangan lupa gunakan kondisioner juga !

4. Memakai hijab ketika rambut kering
Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering sebelum ia dilitupi. Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk perlindungan rambut !

Longgarkan Ikatan Rambut
5. Longgarkan ikatan rambut
Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran. Jika anda sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.

6. Lepaskan rambut
Bebaskan ikatan rambut anda jika anda berada di rumah atau di tempat-tempat bila mana anda tidak berhijab. Rambut yang sering diikat akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.

7. Pilih pengikat rambut yang betul
Kami sarankan anda memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung. Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.

8. Trim rambut secara berkala
Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung rambut pada setiap beberapa bulan sekali.

9. Pilih tudung dari material selesa
Pastikan anda memakai hijab atau tudung yang diperbuat dari bahan yang selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala anda panas dan berpeluh, hal ini akan menyebabkan ia tidak bernafas dan menjurus kepada masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan sebagainya.

Manjakan Rambut
10. Manjakan rambutmu
Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang optimal.


sumber : NISA@NUR.MY


21 Jari Ohsem:

Azhafizah Md Nor said...

nak manjakan rambut tu yang susah tu..tq shida for the tips :)

miminadam said...

Boleh praktikkan. Mmg mimin gunakan tips ni mulai esok. Sbb rambut mimjn rancak gugur

Asha Lya said...

Rambut mahkota wanita yg terpenting so kna jaga sebaiknya

Ena's Stories said...

tip yang menarik...tq shida

Siti Rohaida Yusof said...

bagus tips nie shida...sekarng nie rambut pun dah berkurangan dan tak terjaga macam dulu2 hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

tips berguna =)

nor nazliana said...

good tips untuk berkongsi..tq :)

Mia Liana said...

tips yang amat berguna ni.. tq ya..

p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

Sally Yatiey said...

Nice sharing ;D

Diana Rashid said...

akak jarang lepas rambut sebab rambut gugur lepas bersalin..lepas keringkan rambut terus ikat.kalau tak,letih la nak sapu lantai..

MG schmidt said...

jgn ikat masa bsah nnti bau kurg enak ..huhu

Fhatin Amelia said...

Nice ! Sesuai utk diaplikasikan :)

Azwar Syuhada said...

bagus sangat tips ni.. :)

ros_reeza said...

no 5 tu yg susah tu...

Sya Mimie said...

walaupun kita ertudung, rambut tetap kena dijaga sebaiknya.. tidaklah nti bila tudung dibuka, lain pula baunya..hehe

Normi Nieza said...

good tips..:)

azizah :) said...

rambut kan mahkota wanita even kita pakai tudung sekali pon kan.. kena jaga bagus2

Nadia Johari said...

kalau tak ikat nampak rimas pulak..heee

Akif Imtiyaz said...

Nice Sharing

Akif Imtiyaz said...

Kak Lya lau bab2 rambutni mmg jaga betul la ..Takleh langsung kalau rambut jadi gatal kulit kepala huhuhu

Yun Sing said...

*Rambut hampir kering masa baca entri ni* *pukul-pukul nak bagi kering cepat nak tidur* *gugur* ARGH!! Haha.. (Budak yang cuci rambut setiap hari dan sentiasa mengikat rambut dengan ketat) =,= Nice tips :D