Rumah blackout jam 3 pagi | Dunia sebenar Shida Rumah blackout jam 3 pagi

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 6 November 2014

Rumah blackout jam 3 pagi

Assalammualaikum, peace upon you.
Hahahaaa..ok gelak dulu sebelum shida start cerita, agak lawak pagi tadi sebenarnya masih teringat tu yang gelak dulu. Shida tidur lambat semalam sebab nak siapkan surat cinta untuk Top Komen Sep & Okt, kejap lagi shida terus pos time pergi kerja k. Ok sambung balik cerita pagi tadi, sebenarnya tengah syok tulis alamat korang sambil-sambil tengok tv cerita fav shida kan tiba-tiba blackout memang terkejut lah masa tu. Masa tu shida kat depan dengan adik shida kami memang nak tidur depan malam tu. Bila blackout tiba-tiba kan, shida terus kejut adik shida sebab shida nak ajak adik teman intai kat luar rumah. Rumah shida je ke atau satu taman ni blackout, rupanya satu taman blackout gelap gila kat luar rumah. Yang shida rasa nak tergelak tu masa kejutkan adik, boleh dia menjerit hahaaa..ayat dia "ya allah kenapa gelap sangat ni" hahaaaa..lawak gila rasa.. Terus shida dengar bunyi orang berlari rupa-rupanya adik-adik shida yang tidur dalam bilik terus lari keluar mai kat kami. heheeee..nasib tak berlanggar antara kami, padahal blackout jer! tapi adik-adik shida memang penakut orangnya. Shida pun dah siap buat kerja, memang gigih la guna lampu HP Samsung S3 ni je..kami semua terus tidur dalam kegelapan pagi tadi. Naseb lah ada Bugslock tak ada lah nyamuk hinggap ke gigit ke kan heheee..
pos dah, hope sampai dengan selamat :)

18 Jari Ohsem:

CXopportunities said...

hahha Ya Allah, kenapa gelap ni? muehehe comel. kalau cx pon, cx akan gelak. huhuhu. anyway, gigihnya buat dlm blackout . good3 :) blogger tegar sungguh :)

TunSha Ayunie said...

blackout memalam butersss memang seremmm....

siti zawiah said...

mestilah terkejut kan..tetiba blackout..hehe

Diana Rashid said...

hahahha..gelabah lebih..blackout je pun..

Maria Firdz said...

Moga selamat tiba kpd penerimanya...

ziezah.com said...

moga selamat sampai kat sabah ni..hehee Amin.. gigih shida buat dalam blackout

Mama Niza said...

adoi.. blackout ye.. pengsan jap.. hihi

Sukma Haron said...

Mesti panas kalau blackout

aswadz said...

tak pasang lilin ke?

Mummy Hana said...

hehe..lawak plak baca di ptg hari ni.. =P

hidayu ayumie said...

Heheheh trkjut la tu sedar2 dah gelap cmtu...

Kiz MySelf said...

3 pagi tido dah shida

Aqilah Azmi said...

Uish takut lah blackout malam senanye hikhik

Glory jane said...

Nasib ada teman kan? kalau sorang-sorang masa blackout memang menakutkan...

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Saya pernah dok sensorang masa blackout.
Masa tu dok sorang kat quarters doktor design British yang besaq tu.
Punyelah takut..tapi macam biasalah buat-buat berani.
Dah pulak tgh pregnant.
drshikinzainal.blogspot.com

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Seb baik ada bugslock.

izzeyda said...

Gigihnya shida siapkan smpai kul 3 pagi.. klu terjaga memang panik jap, yelah gelap tuh..

tenku butang said...

best gak yea.. dapat hadiah untuk top komen.. heee