Dunia sebenar Shida: January 2014

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 31 January 2014

Indah khabar dari rupa

Assalamualaikum, peace upon you.
Ini bukan lah nak mengata atau apa lah! baru-baru ni shida demam tau, bagi yang ada facebook, shida ada update status demam masa tu. Masa dah baik demam rasa teringin nak makan KFC Golden Wrap Chicken ni, sebab nampak iklan dalam tv sangat-sangat menyelerakan. So emak pun bergegas malam tu belikan untuk shida dan semua yang ada dalam rumah tu. Beli yang set combo ada 6 ketul ayam dan dapat sebotol air revive. Berkobar nak makan tau! tapi alahai bila dah makan menyesal kot! dah baru baik demam kan selera tengah ada langsung makan sikit je. Tak lah sedap mana macam dalam tv tu huhuuu. Cendawan pun pejal lagi betul-betul spoil mood nak makan tau! so lepas ni memang tak akan beli dah apa-apa kalau dekat KFC sebab sebelum ni yang terbaru ball ape tah yang ada cheese tu kan pun macam tu. Lagi dah ada satu group shida terbaca dorang komplen pasal ni. So korang dah try macam mana rasanya kalau kat tempat korang? tempat shida memang balcklist dah! layanan budak-budak kfc tempat shida pun tak mesra! tak sopan juga cakap dengan mak pun kasar! mak kan orang tua memang order lambat sikit biasa lah kan! itu pun tak boleh nak sabar. Mak cerita shida pun jadi geram je dengar tau!


Thursday, 30 January 2014

Bagaimana Ephyra membantu shida dalam tempoh 30 hari menggunakannya | Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum, peace upon you.
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda, selesai sudah tempoh yang diberikan dalam Fasa Kedua dalam Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda di blog Blogger Mialiana kalau ada yang lupa pengumuman pemenang telah pun dibuat dalam entri ini klik sini. Ok dalam tempoh yang diberikan memang shida cukup mencabar menghabiskan Produk Ephyra yang sememangnya menjadi bulan ramai sekarang ni lagi-lagi dikalangan blogger. Dah ramai blogger yang mencuba sendiri Produk Ephyra dan masing-masing dah dapat apa yang diimpikan dengan Ephyra! Sebelum shida melanjutkan lagi entri ni shida nak share dulu kebaikan Produk Ephyra yang disukai ramai ni.

kebaikan kelebihan Ephyra untuk kita :
  • Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  • Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  • Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  • Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  • Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  • Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  • Membantu seimbangkan tekanan darah.
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  • Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  • Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.

Bagaimana Ephyra membantu shida dalam tempoh 30 hari menggunakannya, cantik dan perempuan memang sinonim bila dikaitkan dua perkataan tu kan. So cantik?? cantik hanya subjektif sebab erti cantik sebenar tu sebenarnya adalah dari pelbagai segi. Korang sendiri pun tahu kan cantik luar dan dalam adalah CANTIK sebenar yang kita cari. Ok macam shida sendiri mempunya masalah kulit macam selalu shida bagitahu korang kan. Kulit muka terutama sekali! kulit shida sekarang ni semenjak meningkat umur macam kurang stabil, tona warna yang tidak sekata, dengan masalah jerawat lagi dan tompok-tompok atau bekas jerawat serta kulit berminyak. Ini memang masalah shida selepas masuk alam dewasa. Masa shida time remaja masalah ni memang tak ada. Mungkin ada beberapa perkara atau faktor yang menyebabkan terjadinya masalah-masalah macam ni. Mungkin shida kurang berkolagen atau minum apa-apa produk untuk kulit atau beri vitamin yang secukupnya.

Masa shida terima Produk Ephyra ni kan memang rasa berkobar-kobar nak mulakan aktiviti baru dengan Ephyra, bukan sebab produk ni ada memey dan norman ni pakai tapi disebabkan testimoni-testimoni yang selalu shida baca pada facebook page Ephyra ni buat shida teruja nak pakai. Sebab masalah yang mereka hadapi sama macam shida! now selepas consume dengan konsisten produk ephyra ni banyak perubahan yang dorang terima. Selepas 30 hari menggunakan ephyra banyak sangat-sangat yang shida perasan dengan perubahan yang shida alami sendiri bukan perubahan orang lain ok perubahan shida sendiri. Perubahan yang shida dapat ni pun dah cukup ketara dan shida boleh katakan Ephyra terbaik!! Cara shida guna mudah saja shida ambil ia untuk waktu malam, sebelum tidur shida minum ephyra! kat rumah shida memang ada shaker so lagi memudahkan aktiviti shida dengan ephyra. Gunakan air biasa bukan air panas atau suam ye air biasa mengikut sukatan 180ml, masukkan serbuk ephyra ni dan shake-shake! lepas tu minum dah siap! mudah kan? Rasa air ephyra ni pun sedap macam jus oren sedap!!

Ini kulit muka shida masa sebelum pakai Produk Ephyra, korang sendiri boleh lihat boleh dalam kategori teruk juga, struktur wana dan kulit shida ni. Sebelum ni shida ada guna beberapa produk tapi kurang berkesan sebab kulit shida yang sensitif, berjerawat dan  cepat merah-merah bila tak sesuai dengan sesuatu produk yang shida pakai tak kiralah produk tu jenis sapu atau makan.

Alhamdulillah selepas 30 hari menggunakan Ephyra korang!! menakjubkan kesan dia!! shida sangat-sangat happy tau!! happy sebab kulit dah mula stabil jerawat dah kurang kulit berminyak di bawah kawalan sekarang ni. Ephyra benar-benar membantu shida dalam mengatasi masalah-masalah kulit yang shida ceritakan pada korang. Walaupun tak flawless putih serta gebu (baru guna sekotak kan) tapi perubahan yang ada ni pun shida dah bersyukur :) Inshaa Allah shida nak consume lagi ephyra tau! sebab shida dapat tawaran menarik dari ephyra dan juga mestilah untuk korang juga pembaca setia blog shida ni!! Terima kasih tak terhingga kepada Ephyra dan kini terbukti bagaimana Ephyra mambantu shida dalam 30 hari menggunakannya! 

Tips untuk mendapatkan kulit yang cantik ekstravanganza!! Minum lebih daripada 8 gelas air setiap hari untuk kulit sihat dan cantik berseri serta tambahkan suplimen terbaik Ephyra!!

Jadi bagi yang berminat untuk menggunakan Ephyra juga kini korang boleh dapatkan dengan harga terbaik dari shida dan semestinya MURAH dari harga yang ada pada kotak Ephyra. Premium Pack Ephyra (30 sachets) RM197 dan untuk Trial Pack Ephyra (10 sachets) RM68 tapi dengan shida korang dapat berganda murahnya dan free delivery! Bagaimana nak menempahnya?? boleh isi order form klik sini dan shida akan email korang semula HARGA MURAH yang shida bagi dan cara pembayaran mudah kan? :)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi lanjut :

GIVEAWAY CNY by DEDEQ

Assalamualaikum, peace upon you.
http://najihah90.blogspot.com/2014/01/giveaway-cny-by-dedeq.html
jom join memeriahkan lagi CNY 2014 kat blog blogger dedeq klik banner untuk join ya!


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN

Assalamualaikum, peace upon you.
2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.



Wednesday, 29 January 2014

Wordless Wednesday | Berhati-hati dengan tandas dirumah anda!

Assalammualaikum, peace upon you.


Monday, 27 January 2014

D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik

Assalamualaikum, peace upon you.
D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik salah satu produk keluaran Havarline Diamond Sdn Bhd yang mempunyai pelbagai khasiat dan ia juga satu makanan tambahan kesihatan dan supplemen kesihatan terbaik serta tambahan kolagen di dalam tubuh kita. D-Collagen nama produk yang menjadi sebutan masa kini salah satu hidangan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan (hanya shake-shake) berbanding produk-produk masa kini yang lebih kepada pil-pil kesihatan kan.  D-Collagen khas untuk penjagaan dalaman dan luaran wanita mahupun lelaki, ianya sesuai juga digunakan oleh semua peringkat umur. Seperti yang semua tahu produk-produk seperti ini tumbuh bagaikan cendawan dan kita sebagai individu berhak memilih produk yang betul-betul sesuai untuk kita dari menjaga keperibadian wanita sesuai juga untuk penjagaan kesihatan dalaman orang kata 2 in 1.

Dari penjagaan kulit D-Collagen juga membantu dari segi masalah sakit lutut, sengal sendi, resdung, alergic dan banyak lagi semua dalam 1 produk. Produk D-Collagen adalah HALAL serta mendapat kelulusan Jakim dan KKM. Bagaimana D-Collagen membantu? terdapat kandungan seperti pitera, bird nest, madu, sengkuang putih, ektract tomata, pic dan lemon serta banyak lagi bahan-bahan yang digunakan khusus untuk Anti Penuaan bagi wanita dan lelaki boleh juga dikatakan ubat penghilang parut serta ubat sendi dan tulang. Dengan pengambilan yang kosisten tanda-tanda penuaan dapat dikurangkan seperti parut-parut lama semakin pudar, kulit kusam tiada lagi, sakit-sakit sendi, mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru, melembap dan mencerahkan kulit secara alami, segar berseri, lebih anjal dan mulus pada masa yang singkat (seawal 7hari penggunaan yang konsisten). Harga untuk 1 jar D-Collagen adalah RM168 percuma shaker dan penghantaran!! Bagi korang yang ada Parent bermasalah dengan sendi dan tulang D-Collagen shida syorkan.


Kelebihan D-Collagen :

  • kulit putih berseri, pinkish dan berseri
  • anti aging menampakkan kulit sentiasa muda remaja
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga dan membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
  • mengecutkan, mengurangkan dari bengkak akibat jerawat yang teruk dan bernanah
  • mengecilkan pori-pori dan meghaluskan serta mencerahkan kulit
  • mengurangkan kesan parut jerawat, jeragat, stretch-mark di perut, peha, pinggul
  • mencerahkan kawasan yang tersembunyi seperti di celah ketiak, kelengkang,leher.

Kegunaan D-Collagen :
  • menghasilkan asid amino  penting seperti lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin 
  • melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darahh dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

Testimoni terbaik dari pengguna :
ada banyak lagi testimoni dari pengguna D-Collagen klik sini : TESTIMONIAL

  soalan-soalan lazim :
Jika ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung atau penyakit kronik lain selamat di minum atau tidak?
D-Collagen selamat di minum.Ianya minuman nutrisi yang bebas kandungan gula dan bahan pengawet.Jika ragu dan bimbang akan tindak balas yang teruk, boleh mengurangkan dos pengambilan.

Adakah D-Collagen sesuai untuk ibu mengandung dan juga menyusukan anak?
Ya,ianya sesuai untuk ibu mengandung atau menyusukan anak kerana tiada kandungan yang berbahaya untuk bayi.Insyallah kulit baby akan jadi gebu dan halus bila di lahirkan.Kandungan seperti sarang burung, white yam,dan madu mempunyai protein dan khasiat yang tinggi.

Alahan Seafood atau resdung boleh mengambil D-Collagen?
Boleh. D-Collagen di formulasikan dari sumber akuatik ikan talapia dan sarang burung(walid) serta kandungan pitera dan buahan-buahan sangat sesuai untuk kesihatan dalaman dan memperbaiki struktur kulit menjadikan lebih cantik dan lembap.

Alhamdulillah seminggu sudah shida menggunakan D-Collagen ini, perubahan yang ketara shida dapat setelah seminggu menggunakan D-Collagen ini shida rasa lebih bertenaga! sebab setiap pagi shida minum D-Collagen ni dan diikuti sebelum masuk tidur. Untuk perubahan lain setakat ini muka kelihatan segar dari sebelumnya nak kata mulus baru seminggu sebab kulit shida agak sensitif, jadi lain orang lain perubahan yang dialaminya. Kulit muka shida pula sememangnya bermasalah dengan jerawat (terkawal) dan berminyak jadi dengan adanya D-Collagen ni Inshaa Allah akan membantu shida dalam mengatasi masalah kulit muka yang berjerawat dan warna yang tidak sekata dan berharap juga D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ini dapat membantu shida dan juga rakan-rakan dalam menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran serta memberi impak yang sangat baik untuk tubuh kita. Siapa yang tak nak cantik kan?? semua nak kan! kalau nak pilihan ditangan korang!! D-Collagen seribu dalam satu kegunaan, tak lalu nak telan pil-pil kecantikan? D-Collagen kan ada, mudah!! sediakan air mengikut sukatan (150ml), masukkan setengah sudu D-Collagen tutup baik-baik dan shake-shake siap! tak sampai 5 minit dah boleh minum, semudah 1 2 3 menyediakan air minuman berkhasiat ini :) JOM ORDER!!

Untuk keterangan lebih lanjut :
Website : www.dcollagen.asia
Call (INA) 017-6833148 for order!!


Sunday, 26 January 2014

Projek Memikat Suami | Tonton Online | Drama Pilihan Keluarga

Assalamualaikum, peace upon you.
Projek Memikat Suami sebuah drama pilihan keluarga shida dan termasuklah shida juga join sekaki layan drama-drama melayu ni walaupun masa mengadap tv adalah terhad berbanding blog kan. Tapi apa yang nak diceritakan oleh shida dalam rumah shida ni ada seorang budak yang cukup suka tengok drama ni. Bila datang rumah shida dia akan tanya bila Drama Projek Memikat Suami ni nak start kan. Agak korang siapalah budak tu ye?? Dia kan anak buah shida lah!! korang baru 6 tahun kot dah layan cerita macam ni. Sepatutnya zaman dia layan kartun kan tapi disebabkan mak-mak makcik dia layan dia pun dah terikut sampai zaman kanak-kanak dia macam tak ada dalam life dia. haihh sian dengar tapi bila tukar kartun dia tak nak dia suka tengok drama pula. Bila tengok tu shida tengok reaksi dia macam faham je kan contoh babak-babak cinta, melawak ke apa ke dia boleh sengih-sengih haihhh budak-budak sekarang kan tapi dalam masa yang sama kena pantau juga :)
2 gandingan hebat pelakon Aiman Hakin dan Emma Maembong boleh juga Tonton Online sila klik ya!


Saturday, 25 January 2014

Virus Demam

Assalammualaikum, peace upon you.
Hari ni hari yang meletihkan, hari sabtu paling shida tak suka sebab tak ada masa nak mengadap blog, kerja dari pagi sampai petang. Dah letih bekerja mesti shida nak berehat nak tidur, lagi-lagi kalau lepas mandi solat terus lena dekat katil kesayangan tu. Badan baru baik demam kan lemau dia masih ada terasa, batuk-batuk sikit, mulut kelat. Sampai rasa nak minum air hangat tiap masa baru tekak lega. Orang sakit memang macam ni kan huhuu sabar jelah! Ni pula adik-adik dah tersangkut demam juga tapi semua terkawal yang paling teruk shida demam sampai cucuk punggung heheee Adik-adik makan ubat setel hehee :) Shida jarang nak sakit-sakit tapi bila sakit NAYAA.. Musim sekarang ni ramai sangat yang demam Virus Demam tengah melanda sekarang ni so kena jaga kesihatan baik-baik ok :)


Friday, 24 January 2014

Alhamdulillah 5k sudah follower www.duniashida.com

Assalamualaikum, peace upon you.
Pejam celik pejam celik 5k sudah follower shida ni, cepat-cepat print screen dan terima kasih kepada follower ke 5ribu shida iaitu Blogger iLyA_izZaTy sebab dalam dia join Pre 5k Giveaway shida yang telah pun tamat tadi dengan bertuahnya dapatlah jadi follower 5k shida. Biasa macam tahun-tahun sebelum ni pun shida memang ada review blogger-blogger pilihan berdasarkan no follower yang unik seperti 5k ni :) by the way tahniah ya and good luck moga bertuah dalam Pre 5k Giveaway Dunia sebenar shida Dianjurkan oleh Nur Alja. Pengumuman pemenang akan dibuat pada hari SABTU, ingat ya SABTU jangan lupa 15 pemenang yang awesome dan pantas dicari. Thanks semua thanks juga kepada Blogger Alja a.k.a CC page Dunia sebenar Shida yang menjayakan GA ni hanya dengan 5 hari sahaja dan target telah pun dicapai Alhamdulillah :)


Thursday, 23 January 2014

Demam dah beransur pulih, Alhamdulillah lega sangat-sangat :)

Assalamualaikum, peace upon you.
Pagi-pagi lagi dah makan gula-gula ubat dengan pelbagai warna ni :) nasib lah shida ni jenis senang makan ubat, berilah ubat apa sekali pun boleh ditelan. dalam sehari 3x shida kena makan ubat sebanyak 7jenis ubat kesemuanya dengan berlainan waktu, nak sihat kena lah makan juga walau pun rasanya tak sehebat gula-gula yang jual dekat kedai tu kan. Waktu kena makan pagi, petang dan malam. Ramai pula yang tanya shida dekat facebook, shida sakit apa hehe tengok ubat macam serius je kan hehee :p Alhamdulillah hari dah terasa segar ya amat penangan kena cucuk dekat punggung semalam.

Nak dijadikan cerita kan, hari ahad malam tu shida keluar pergi tesco entah tak semena-mena melangkah je dalam tesco kan ada aircond terus rasa seram sejuk, hidung kena sejuk aircond terus dalam hidung tu kering dan rasa sampai ke kepala, pastu terus pening-pening. Nak kata perut masuk aingin tak pula, period baru lepas tak tahu apa sebab. Tapi sejak-sejak musim hujan dekat taiping ni memang shida hari-hari kena hujan tapi tak pula demam. Bos selalu nasihat bawa raincoat tapi degil tak bawa-bawa padahal boleh letak dalam bakul motor ni, shida bukan tak nak bawa tapi lupa bila nak letak je, start motor terus pergi kerja memang tak tengok apa dah! masalah kurang rehat pun ada minggu lepas punya cerita.

Jadi pening shida berpanjangan sampai isnin tapi malam balik dari tesco tu  memang shida makan panadol dengan harapan esok nya ok lah. Isnin tu memang ok rasa macam biasa lah tapi dah start batuk pula, dalam badan pula macam panas lain macam, rasa bahang. Suara pun dah bertukar jadi monster ini memang lawak bila jawab fone call kan semua panggil shida encik hahaaaa :D adoii memang lawak tapi sakit tetap sakit, sampai majikan shida pergi farmasi beli ubat untuk shida. Shida pun makan lah balik kerja tu. Esoknya hari selasa masih tak ok sakitnya makin menjadi-jadi siap badan panas gila-gila!

Emak balik dari berniaga pagi tu terus bawa pergi klinik tu yang terus kena cucuk kat punggung mak yang minta shida memang tak terdaya dah! Ini kali ketiga shida pergi jumpa doktor selama shida hidup tau. Biasa demam makan ubat biasa je dah ok kali ni demam dia manja lain macam sampai kena cucuk bagai. Dugaan ni bagi shida, asalkan shida sembuh sihat seperti biasa sudah tak nak sakit macam ni lama-lama tersiksa kot. Demam hari selasa ni demam panas+batuk kering+muntah+selsema+pening = Demam Manja!! Dapat cucuk terus sihat hari ni, petang shida tidur lepas kena cucuk tu bangun-bangun dan perpeluh rasa dah sihat alhamdulillah syukur lega sangat-sangat. Terus mandi dan solat mahgrib.

Hari ni hari Khamis, bangun macam biasa awal pagi dah boleh buat kerja rumah dan lain-lain termasuklah menaip entri yang panjang lebar ni. Hope korang tak letih membacanya :) MC doktor bagi 2 hari semalam dan hari ni so bolehlah rehat lama sikit. Tapi dalam kepala asyik fikir soal kerja semalam dan hari ni siapalah tolong tengokla kerja shida yang banyak tu huhuu. Esok dah mula kerja kena double kerja sebab nak cover kerja hari 2 hari MC. Tak sabar nak masuk kerja esok nak jumpa AH HONG birthday boy! :)

Wednesday, 22 January 2014

Wordless Wednesday | Dugaan Allah

Assalammualaikum, peace upon you
3 hari dah demam huhuu sabar je lah :(


Monday, 20 January 2014

Harta karun terbaik 2013

Kotak atas ni sememangnya warna pink tau, bukan shida beralih arah kewarna pink tidak sama sekali hehee.. sebab bekas ni shida beli dengan harga RM12 sahaja, bekas ni cute and nampak menarik terus dalam kepala shida nak bat bekas untuk shida simpan kesemua hadiah-hadiah menang GA, atau hadiah dari kawan-kawan blogger semua ada dalam tu. Nasib juga semua barang-barang ni kecil kan so dapatla shida simpan setempat semua skali. Ada yang besar-besar shida simpan tempat lain. Boleh nampak tak barang korang dalam tu? dah bertindih bawah-bawah tu pun ada banyak lagi kad-kad bookmark :) Terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger yang sudi beri shida satu kenangan besar dengan koleksi terbaik seperti ini :) semua hadiah-hadiah tu shida hafal siapa pemberinya, masih belum pada ada space lagi untuk hadiah-hadiah 2014 Inshaa Allah jika ada rezeki. Thank You semua :)

Korang nak hadiah dari shida juga? join GA ni > Pre 5k Giveaway DSS Dianjurkan oleh Nur Alja


Sunday, 19 January 2014

Hadiah menang Giveaway Button Badge dari Blogger FD (fatin diana)

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah rezeki bloging dapat Button Badge i love blogging dari Blogger FD a.k.a fatindiana.com yang sememangnya seorang blogger yang sangat-sangat sukakan pink, habis semua pink korang!! tak caya boleh terjah blog dia heheee.. kalau tengok Button Badge dan Blogger Name Card ni pun dah tahu FD suka pink so tak hairanlah segalanya pun warna pink kan. Thanks kepada FD selaku penaja giveaway tersebut dan tak lupa juga kepada Adik Eymasu yang selalu PM shida jika menang sesuatu GA ni alert betul dia, so ada hadiah juga shida nak bagi dia buat kenang-kenangan kan :) bertambahlah koleksi hadiah dalam page shida yang shida upload semua hadiah-hadiah yang shida dapat tak kira lah yang kecil hingga ke besar-besar hehee.. perasan je macam ada yang nak bagi besar-besar hehee :)


Saturday, 18 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum, peace upon you.
http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html
Sebelum Giveaway Birthday Azhafizah ni melabuh tirai jom kita pakat join ramai-ramai sebabnya?? sebab setiap penyertaan atau siapa join dapat juga hadiah, kalau menang pun dapat lagi hadiah haaaaa rare gitu kan hehe so apa tunggu lagi klik banner comel tu untuk lebih lanjut. Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni. Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali. Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014. Jom cepat-cepat join :)


Cpuv campaign ke 80 dari Nuffnang | Caltex Journey Card Launch

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah tak sangka Nuffnang bagi lagi cpuv yang ke 80 untuk shida dan blog serba biru ni :) Caltex Journey Card Launch menyinggah dalam blog ni :) patutlah shida tengok iklan ni selalu muncul bahagian leaderboard tu, tepat jangkaan shida. Untuk tahun ini bulan Januari suatu permulaan yang baik bagi shida so dikesempatan itu shida bakal membuat giveaway sempena dari pelbagai tak lama lagi tapi shida akan ceritakan di entri yang lain, so tunggu untuk GA shida yang akan datang nanti :) Thanks kepada semua pengunjung blog shida sebab sudi datang dan datang ke blog serba biru ni :)